Wednesday, March 11, 2009

Hari orang masuk hospital sedunia...!!

Isnin - 9 Mac 2009.. Hari orang masuk hospital sedunia...!!

Pukul 1126 pagi sms diterima. Sms daripada bit.
Alhamdulillah, Welcome anep jr on maulidur rasul. 8.13am, weight 3.3kg. We r safe n sound at kjmc room 311.
Aku yang sedang ber-ym dengan jurah baru je duk sebut2 bila la si bit nih nak meletop. Alih2 dapat sms. Akhirnya Bit selamat 'meletop'kan seorang baby boy. Alhamdulillah. Terus call Faze, tanya dia mau ikut pi visit the new born ke idak? So okay. Perancangannya.. lepas packing2 aku terus pi visit dan terus balik CH lah. Tetapi astro sungguh jahat. Bleh aku melepak dulu melangut depan tv. Jam dah kul12 baru terhegeh2 nak pack barang sumbat dalam kereta.

Tapi sesungguhkan masa sangat mencemburui saya.. maka aku tak jadi pi visit the new born. Maka terus saja menuju utara. Meskipun kenyang tapi tersinggah juga di Damansara Damai di McDonalds drivetruuuu.. Cittt..!!

Drive sambil mengunyah french fries terasa nikmat dunia. Singgah di RnR Rawang isi minyak. Dah sambung semula perjalanan. Hari nampaknya mendung beransur cerah. Eloklah. Letih tau drive di highway bertarung dengan hujan lebat yang selebat-lebatnya sambil cegil-cegil biji mata. Iskkk..

Exit di tol Tg.Malim... saja jer mengimbas nostalgia ikut jalan lama. Drive pun selo sepoi-sepoi bahasa jer. Perjalanan KL - CH selama 3 jam bleh jadi sampai 5 jam dibuatnya...!!! Wakakaka..!!!

Sampai di Tanah Rata jam lebih kurang pukul6. Selesai angkat barang2 dlm rumah dan parking kereta gila jauh di bawah bukit sinun.. hujan turun dengan lebatnya. Wahhh bleh tido dengan aman damai tenteram dan nyaman dalam penghawa dingin semulajadi malam nih.

Pukul 648 petang sms diterima. Sms daripada Sal.
Akak.. sy msk wad ni.. skang ada di Hsptl Tapah.
Erk!! Terasa masih ternampak2 di ruang mata signboard hospital tapah di persimpangan jalan persekutuan 59 yang menghubungkan Tapah - Cameron Highlands. Daripada smlm sal dah call dan sms mengadu sakit kuar bintik2 merah mcm demam campak.

So okay. Noted. Takde la bimbang mana sebab 5 bulan yang lepas aku dah mengalaminya. Memang tak best.. cuma hairan.. kenapa demam campak sampai kena tahan wad di hospital? Aku dulu cuma 2 minggu berkurung dirumah. hmmm.. sesuatu nih..

Pukul 1033 malam sms diterima. Sms daripada Faze.
Aku admit kjmc. Sakit sgt x tahan.
Hoh?? Faze pula masuk spital? Ape nih??? Tak sangka pula sampai masuk hospital. Aiyooooo!!! Memang dah 2-3 hari duk dengar Faze juga mengadu sakit. Katanya esok memang ada appointment dgn doctor di kjmc sbb dia mmg under treatment dgn doctor di sana. Baru jer bulan lepas didiagnos mempunyai penyakit yg sama mcm aku. Tapi aku tak pulak sakit seteruk ini. Huwaaaa takotnyaaaa!!!!!

Jadi macam mana? Hanya boleh berdoa dan berdoa kepada 3 org rakan yang sedang kesakitan ini diberi sembuh.. InsyaAllah aku akan kemaskini status mereka lagi..

Stop dulu.

No comments: