Dalam pada risau kat staff ku yang terlantar (wahhh perkataan) di hospital.. staff yang seorang lagi bercuti sebulan.. yang seorang lagi mabuk pregnant at early stage (dah tu tinggal aku je la kena buat keje? nak marah sape nih? aarghhh tensennya jadi bos tp anak buah tadak.. kahkahkah).. sempat juga aku book tiket ke JB menghadiri Majlis Walimatulurus my bestfriend a.k.a my kupu-kupu kertas.
Majlisnya hari Sabtu 14 Mac 2009.
Hari Jumaat selepas kerja pukul530 aku gegas drive balik KL. My brother and family takde.. depa pi Langkawi cuti-cuti Malaysia. Flight pukul9 kalo tak salah. Lepak-lepak tengok tv cite the benchwarmer kat AXN. Dah abeh cite baru aku bertolak ke rumah Faze plak kat kinrara. Sengaja tido kat sana sbb nak suh Faze hanto aku ke LCCT pagi2 buta esoknya.
Sabtu.. set jam pukul5 tapi pukul540 aku terjaga. Nak kena ada kat airport at least pukul710. Pukul630 juga aku drive cam ribut pi LCCT. Hahaha.. Alhamdulillah sempat sampai ke airport. Macam pompan penjual bunga pun ada juga sbb aku duk mengusung fresh flower yang Ceqleen order.
Sampai di Senai, kakak pengantin (Kak Nor) dah tunggu kat luar. Fuhh bleh tahan mengantuk ddk dalam kete. Sampai umah pengantin.. pengantinnya pun blom mandi lagi. Kitorang sarapan roti canai sekeping dulu. Lepak jap ngan pengantin :D TAHNIAH... semalam dah selamat dinikahkan pun. Huhuhuhu.. berseri-seri nampaknya ye ;-)
Mak andam datang nak mekap aku tengah bz gosok baju kurung dan tudung. Azie (remember her?) pun ada.. dia dilantik jadi pengapit. Disebabkan dia jadi pengapit so tak pasal2 aku kena jadi unofficial photographer since Azie bawak D60 dia. Haiyaaa asik amik gambar orang.. sapa nak amik gambar aku? Ok la Ok la.. Aku bukannya pandai sangat guna DSLR.. tapi dah ada depan mata so snap snap snap snap je lah. Bukan susah sgt pun (ayat ape nih?).
Temanya warna OREN. Pelamin konsep kontemporari.. simple tapi cantik. Takde kain rambu-rambu mcm biasa yg kita tgk tuh.
Lepas pengantin dah siap mekap jadi terkejut kejap. Eh ceqleen ka? Lain gila.. cantik macam anak patung!!! Hahahaha.. tersenyum lebar lah laki ko ceqleen..!! bagus.. baguss..
Sesi bersanding pukul230. Jenuh juga nak tunggu. Aku, Azie, Along dan Azza (assistant mak andam) dah mcm org gila duk tangkap gambo dgn pengantin. Posing macam2.. wakakaka..
HERE's ada sket je gambo dari camera aku.
Kenapa dia jadi kupu-kupu kertas aku?
Panjang gak kalo nak story kat sini. Nenantilah cite. Anyway.. sangat cantik ek sang pengantin? Dah memang lawa pun. Jadi pengantin bertambah-tambahlah. Tak banyak gambarnya sbb kebanyakkan aku snap guna 'kamera pinjam' tersebutlah. Kalau Azie send gambar2 tu kat email.. ada lah aku tepek sini or FB nnti. Tahniah sangat2 pada ceqleen dan suami baru nya incik Rahmat (mcm ada suami lama je.. citt). Pada sesiapa yang tau cerita lanjut pasal ceqleen dgn bekas tunangannya.. alhamdulillah takde pape yg buruk berlaku sepanjang majlis. Majlis berjalan lancar. Cuaca pun cantik. Tetamu dah balik barulah hujan menjelma. Ok la tuh.. hujan rahmat. Hehehe..
4 comments:
Assalamualaikum, Habis saya baca laman pertama ni dari atas sampai bawah. Best lah ! Kalau bahasa beginilah tulis dalam buku hard cover - boleh masuk Malaysian Book of Books kategori shorthand bersaiz M.
Seronok hang crite rasa macam dibawak belayar sama. Balik ke Ampang , pi lak Puchong, pi Johor naik flight, pi Kl balik, kemudian pi Rompin - 8 jam oooo ; free sungguh ; balik CH tu macam sebelah aje hang buat ! Tapah pulak macam kat belakang rumah aje. Patutlah sihat.
Kalau 'after' tu begitu - 'before' tu masih yang seadanya dan baik lah.
Kawasan Langat Jumaat lepas banjir - tak tahulah tempat Congkak atas sana affect tak. Semoga Cik Zu dan kawan kawan yang ditulis tu sihat sejahtera lah yerr,Insyallah.
Selamat Pengantin Baru kepada Ceqleen !
Waalaikumsalam. Terima kasih. Adakah begitu best?
Huhuhu.. begitulah ceritanya bila bersembang bermonolog sorang2. Terima kasih sudi membaca.
Artwork di blog sinun sangat cantik. Terkebil mata tgk sbb tak reti nk buat sendiri. Hahaha.. good day!!
assalamualaikum wahai icherq.....yg comei..
firstly - sorry beb aku tak sempat lagi nak upload foto tuh ..lgpun camera DSLR tu masih dipinjam ceqleen buat amik gambo kat majlis si rahmat plak eheheheh.so harap bersabar yerk ..tunggu sat eh....
aku baca gak cite ko tuh ..best gak eh..eh member ko yg masuk ICU tu amacam dah ok ker???
ok ..aku ada gak blog tapi tak ler reti nak publish ...ala blog suke2 aje buat meluah rasa...monolog sendiri2 la katakan...jiwang sendiri rock sendiri , bengong sendiri huarghahahaha ! jadi tak pernah publish kat kengkawan pun huahahahaha ....
kahkahkah.. hi Azie. tq for dropping by. igt sapa dia emochi nih.
sama la.. aku tulis saja2.. bukan ada org baca sgt pun.. luahan perasaan sorang2 tp bkn dlm bahasa yg menjengkelkan (fuh perkataan.. mana dpt nih?)
ada idea.. aku tulis lg...
Post a Comment