Wednesday, March 18, 2009

update....

Tengah hari semalam.. selepas hantar L.O pada supplier di Serdang aku pun terus balik CH. Perjalanan seperti biasa. Masih pemandangan yang sama. Di tengah-tengah highway.. enpon mampos tadak bateri. For some reason.. enpon ku senang 'hang' dan mematikan diri secara sukarela.

Pada firasat aku sbb phone memory dah hampir penuh. Huhuhu... adakah? adakah? adakah ini petanda agar enpon itu bakal ditukar dgn yang baru? Owhhhhh.. kepada chenta.. dengarlah jeritan batin telepon itu (ape kena mengena dgn chenta?) huwarghahahahaha..

Sampai di CH.. aku terus charge telefon tersebut. Terus dia meroyan dengan gila hebat. Bisa ku campakkan ke dinding atau ke dlm 'fire place' yang tak berapi itu. Masuk 1 sms daripada Rina (one of my staff).
Sal dh 2kar wad. Skrg kat icu. Dia perlu rawatan rapi. Dats y dia dmskkn icu. Keadaan dia ok sket dr hr 2. Badan dia b'balut mcm mumia.
Dengan segera aku mereplynya...
Alhmdllh.. Dah bleh berckp dan mkn ker dia?
Alhamdulillah da blh. Tp guna picagari je la. Nk msk tgk dia pn kena guna mask.
Fuuhhhh.. lega gila aku dengar berita camtu di tengah maghrib begitu.

Pagi tadi masuk ofis.. budak-budak dengan segera meng'update' lagi cerita mereka. Dorang turun ke Ipoh dlm pukul3 smlm. (hmmm tak bgtau pun smlm? sapa bg kebenaran keluar pejabat nih? kalau ada pape jadi dlm perjalanan sape nk jawab?)... hahahahaha.. ok aku ckp dlm nada suku marah aje.. marah dalam imannnn..!!

Daripada cerita si Syukri.. Sal dah dipindahkan ke ICU Hospital Ipoh. Juga ditempatkan di bilik isolation. Orang luar tak bleh masuk ramai2. Kalau nak masuk kena pakai baju khas dan mask/topeng (seperti lazimnya di ICU). Sal dah boleh bercakap dan dah boleh makan. Keadaan kulitnya pun dah kering. Ada macam salin kulit gitu. Doktor bagi dia ubat tido untuk elak dia daripada kerap picit button untuk ubat tahan sakit tu. Lebih baik dia tido dan berehat. Memang keadaannya jauh lebih baik daripada my last visit lah. Tapi rasanya lama lagi dia kena duduk kat hospital tu kut.

Ye lah.. kalo ikut teori.. kulit kita tumbuh dan matang dalam tempoh 28 hari. Tu pasal kita sentiasa ada sel kulit mati. Nak keterangan lebih lanjut.. sila google sendirilah.

Ohyaaa.. pagi2 td sampai di office. Akak di kaunter khidmat pelanggan tu bgtau KPKT call smlm. KPKT tanya kenapa tak bgtau staff masuk hospital. Eh? Nak kena bgtau ker? Depa suh anto GL ke pentadbiran JKT. Aik? Bukan ke GL tu digunakan semasa dia keluar hospital nanti untuk urusan pembayaran. Iskk.. tak paham lah orang pentadbiran nih. Atau aku yang cetek pengetahuan dalam dunia pentadbiran? Entahhhhh... nanti la aku call bgtau lisan je.

No comments: