Tade ape berita gempak pun nak diceritakan sebenarnya. Hari ni aku ke bank mengorek2 baki duit yg ada. Lega hati bila hutang2 bank dapat dibayar mengikut masanya.
Singgah di McDonalds Pandan Indah berhadapan Hospital Ampang. Apa?? Traffic jammed di McDonalds? Huhu.. tgk jam dah pukul1.30 tgh/hari. Oooh patutlah. Ramai yang nak mengejar McLunch agaknya. Aku yg hanya berhajat nak tapau McFlurry Oreo tiba2 terorder Double Cheesburger. Cuaca panas.. elok sgtlah kita menjamu aiskrim. Nyummm!! Dalam pada melayan jammed di kaunter DrivetHRU tersebut, aku baru perasan ada construction apartment kt sebelah tu. Dah 80% siap pun. Isk! Isk! Memerap sgt dirumah sampai tatau pembangunan sekeliling. Hehehe..
Settle urusan di bank. Aku terus ke car wash. Memang patut sgt pun. Dah berbulan kete tak berjaga. Sejak eksiden tahun lepas.. aku dah semakin malas nak jaga kereta sendiri. Kereta yang dibeli dengan duit keringat sendiri. Baru perasan ada beberapa tompok kecil cat dah terkopek. Mungkin kesan asid taik burung agaknya. Sedih juga dibuatnya. Nasib baik cat hitam. Takde lah perasan sgt.
Balik rumah. Melayan Along berborak. Katanya dah bosan keje bank. Aku layankan aje. Buat2 paham. Tak layan kang derhaka pulak. Huhuhu..
Yang pasti.. ingatan pada chenta tak hilang2. Dah nama pun chenta.. siapa boleh lupa? Ye tak? Masih cuba mencari cara termurah menelefon dia disana. Selalunya dialah yang rajin menelefon sbb kadar panggilan dari sana ke tanahair lebih murah berbanding aku yang menelefon dia. Bersembang online bukan pilihan kami sbb serasa mcm tak puas bercakap. Lain benar rasanya kalau bersembang ditelefon. Lebih dekat dan lebih ... hmm apa ya? Ntah. Hard to explain. Terasa lambat sgt hutang telekom ni nak dilangsaikan. Boleh la menyambung talian fixedline semula di rumah. Hmm.. tp aku tak tggl di KL kan? adei..
Dalam pada tu, sempat juga aku berborak di YM dgn ME. Dia dah sampai PA dengan selamat dari AK. Ddk di Walnutport dengan kawannya. Minggu depan baru dpt arrange interview kerja. Tapi katanya.. hati dia dh ddk kt AK. Hahahaha.. aku layankan aje. Dua-dua tmpt tu pun aku susah nak bayang mcm mana bentuknya. Tinggal di mana shj pun tak kisah ME. Asalkan ko happy ;) aku pun tumpang happy juga. Kesian dia. Kucing kesayangan si kitty dah mati. Masa tu dia masih di Alaska. Tersedu-sedu dia dicorong telefon sebulan yg dulu. Dengan aku-aku sekali ikut menangis. Aku faham.. sbb kucing itulah 'kawan' dia semasa tggl di sana.
Oyya! Aku terjumpa Pn Amna di facebook. My beloved bahasa teacher. Huhuhu.. terkejut juga. Langsung saja aku add dia. Kali terakhir berita aku dengar dia dah mengajar di sekolah lain. Itu 10 tahun dulu rasanya. Banyak gambar2 yg budak2 ni upload masa zaman sekolah. Rata-rata mereka ckp muka aku nampak lain. Mungkin dulu aku kurus sekarang dah montel.. atau mungkin dulu comot aje sekarang dah comel? Hua hua hua.. mungkin dulu gelap sekarang dah terang? Hah??? Berkat whitening treatment bersama clarins! Hahahaha.. tp sekarang aku tatau nk teruskan treatment atau tidak. My beautician dah nak resign this coming Oct. Hmm.. takpelah. Mungkin facial treatment di beauty suite boleh berehat sebentar. Err merehatkan poket pun iye jugak kot. Tapi serum, losyen, scrub, mask dan sunblock jgn ditinggalkan. Masih berbotol2 stok dalam simpanan. Memang aku kedekut nak habiskan sbb harganya mahal. Sampai my beautician pernah tegur... "Simpan2 nak buat apa? Nanti bila dah habis tarikh luput langsung tak boleh pakai." Gulp! Saya berazam untuk meneruskan rutin tersebut walaupun masyaAllah malas. Hehehe.. nk cantik tak boleh malas tau! Orang yg dah sedia cantik tanpa perlu penjagaan khas mungkin boleh bermalas2. Tapi kalo muka ko tu setakat biasa-biasa.. sket2 kusam.. sket2 kering.. sket2 berbelak2.. silalah gagahkan juga tak kira walau betapa malasnya anda ;) dan jangan harap resultnya boleh dilihat dalam masa 2 minggu!!!!
eh yg aku nak marah2 tak tentu fasal ni kenapa? Hah? Nak cari gaduh ke? Eh emosi pulak. Mintak maaflah. Saya terlupa nak makan ubat hormon 2 hari ni. Bukan terlupa nk makan. Tapi terlupa nk bawak balik sebenarnya. Tertinggal di rumah abah. Terpaksalah ubat yg aku dapat free di Hospital Kerajaan tersebut di beli di farmasi. Nak tunggu abah dan mummy balik esok mungkin makin memudaratkan pulak. Tak elok main2 kalau dah amik pil hormon ni. Yang ko pi amik pil hormon tu kenapa? Dah doktor pakar yg suruh makan. Bukan aku suka-suki nak makan ubat tu.
Ya Allah.. main teruk sakit jiwa budak nih. Makin hari makin kuat dia merapu dan membebel sorang kt blog nih. Dah la.. pi la buat keje lain yg lebih berfaedah. Ciao!!
Saturday, September 26, 2009
Friday, September 25, 2009
Aidilfitri 1430H
Hehehe.. hari ni dah masuk 6 Syawal. Baru hari ni aku dapat beronline semula. Sakan beraya? Tidak juga.
29 Ramadhan
Keluarga kecil kami sangat sangat sangat sederhana setiap kali menyambut aidilfitri. Tiada acara masak-memasak melampau, menukar perabot, membuat kuih raya, membakar lemang dan sebagainya.
Abah dan mummy tinggal berdua di kondominium. Ke surau untuk untuk bertakbir pun takde orang kata abah. Mummy pulak dah siap memasak rendang istimewa utk juadah kami pagi esok. Merebus ketupat nona sudah memadai. Lemang juga aku dan along dah beli dalam perjalanan ke rumah abah tadi. Tak banyak membeli. Hanya 2 batang lemang bersaiz kecil sudah memadai.
Tudung bawal yang mumyy beli di Jalan TAR diacu bersama baju raya tahun ni. Sepasang saja yang sempat aku sediakan sendiri. Iye.. kami semua membeli/menempah baju raya sendiri-sendiri. Warna basic sahaja ditentukan. Tak kisah kalau sorang terlebih terang dan sorang lagi terlebih gelap pula tona warnanya.
Tahun ni aku memilih kain kapas berbunga kecil biru sebagai baju raya. Huhu. Kali terakhir aku berbaju kurung cotton berumur 8 tahun kalau tak salah. Arwah mak yang jahitkan. Bertahun baju tu ku ulang pakai sampai naik pudar warnanya :D dan tak muat lagi untuk dipakai.
1 Syawal
Rendang rusa yang mummy masak semalam memang sedap. Tapi aku tak rasa apa-apa yang aneh pun. Rasanya sama aje dgn daging lembu biasa.. hahaha.. atau aku mmg tak pandai menilik rasa. Janji perut kenyang.. sudahhh..
Lepas abah pulang dr masjid. Kami pun berayalah anak-beranak. Takde lah sampai menangis-nangis. Huhuhu.. dan juga tiada foto kenangan aidilfitri tahun ini. Along sekeluarga menyambut Syawal di rumah mertuanya di Serdang. Kami bertiga saja nampaknya.
Hidangan yang aku agak wajib di pagi raya adalah lontong. Huhuhu.. selain lodeh.. mummy masak nasi beriyani dan ayam masak merah. Nyummmm!!!
Settle makan dan berkemas. Acara wajib adalah ke rumah Mak Lang di Ampang Tasik. Walaupun arwah uwan dah takde disana. Kami tetap berkunjung ke sana setiap 1 Syawal. Walaupun abah tu abang yang tua.. tp dia rilex aje berjalan ke rumah adik-adiknya dahulu. Tak berkira. Ada sesetengah keluarga.. bg abang/kakak yang sulung.. adik2 mesti ke rumah mereka dahulu beraya. Abang/kakak pula tak semestinya wajib ke rumah adik2 pulak. Hmmm... macam2 hal ek? Minta maaf pada yang terasa. Hari Raya kan elok kita saling kunjung-mengunjung tanpa perlu berkira siapa perlu ke rumah siapa dulu.
Ok. Settle beraya ke rumah Mak Lang. Kami beraya ke rumah Pak Chik. Adik abah juga. Tak jauh. Sebelah rumah Mak Lang aje. Hahahahaha... yang hairan. Kami mesti mendahului keluarga ini ke rumah Mak Lang padahal mereka tinggal bersebelahan sahaja. Hmmm..
2 buah rumah dah settle. Kami menuju ke rumah Mak Long pula di Teluk Panglima Garang. Kakak ipar mummy. Pak Long dah meninggal beberapa tahun lepas. Walaupun begitu masih meriah setiap kali aidilfitri. Maklum anak-anaknya ramai. Mak Su Rosnah sekeluarga pun ada di sini. Salam.. salam...
Hari dah petang bila kami menuju ke Meru pulak. Rumah Pak Ngah. Wahh disini pun meriah. Kemain penuh rumah dengan sanak-saudara. Lewat petang baru kami beransur. Settle 4 buah rumah pada Hari Pertama Syawal tahun ini. Setahun tak berjumpa macam2 cerita ada. Hehehe.. tak bleh la tulis disini.. ye tak? ;)
2 Syawal
Planningnya nak berkonvoi dengan keluarga Mak Lang, Pak Chik, Pak Chu dan Pak Andak untuk balik kampung di Lubuk China, Melaka. Sudahnya kami tak join pun konvoi tersebut. Perjalanan ok. Tapi baru sampai Nilai highway dah mula sesak. 30-50kmj sahaja abah memandu. Aku kat seat belakang lena tak ingat dunia. Huhu... nak offer driving sure abah tak mahu seperti biasa. Buat letih aku meng-offer aje.
Sampai di kampung.. rumah berkunci. Alamak!! Tak sampai 2 minit orang2 kat rumah pun sampai. Oooo rupanya mereka ke rumah saudara juga menghadiri kenduri doa selamat. Tak lama kemudian Mak Lang, Pak Chik, Pak Chu, Pak Andak and geng plak sampai. Penuh rumah Tok Ngah dengan kami semua. Hahaha.. Owh.. di Lubuk China ni rumah Tok Ngah tau! Abang kepada arwah uwan Yam sebelah abah. Sejak uwan meninggal.. kami beraya ke sini la plak.
Mak Lang and geng semua nak ke rumah saudara jauh kami di Felda Jelai, N.Sembilan. Kami pula bercadang nak ke rumah Pak Chek di Bukit Jalur, N.Sembilan. Dah lama tak jumpa Pak Chek sekeluarga. Satu2nya adik arwah mak yang masih ada. Lubuh China ke Bkt Jalur tak jauh mana. Sekejap aje dah sampai. Dulu masa aku kecik2.. arwah atuk dan arwah uwan sebelah arwah mak ddk di Felda Bkt Jalur ni. Setiap kali raya aku, along dan sepupu2 dikerah kejar ayam keliling rumah untuk dibuat rendang. Banyak kenangan sebenarnya kat rumah lama atuk ni. Tapi sekarang.. sejak Pak Chek ambil alih rumah terbiar tersebut yang pernah terbakar angkara 'doktor sdn bhd' yang buat rumah tu sbg port mereka.. Pak Chek sekeluarga pula yg duduk disitu. Dah bina rumah baru pun. Elok lah. Bukan ada sapa lagi dah yg nak duduk disitu.
Lewat petang kami bertolak ke K.Pilah pulak ke rumah Mak Ngah dan Mak Lang.. kakak sebelah arwah mak. Sejak arwah atuk meninggal.. ke sini lah kami balik beraya setiap tahun. Tapi sejak arwah mak dah takde. Kami cuma beraya balik hari sahaja. Tak bermalam mcm dulu2.
Malamnya kami balik ke KL ikut jalan Simpang Pertang - K.Klawang - Titi - Hulu Langat. Gelap hutan. Nasib baik ada beberapa buah kereta lain yang guna jalan tersebut. 2 jam dah sampai KL. Sangat dekat.
3 Syawal
Hari ni Mak Lang and geng plak bertandang ke rumah. Petang kami beramai2 ke rumah Pak Long Jamal di Sg.Kantan, Kajang. Pak Long ni abang tiri abah. 1 mak lain ayah. Time nak balik tu.. Pak Long hulur duit raya kat aku. Opocottttt!!!! Umur dah nk masuk 30 ni dapat duit raya! Wakakakaka.. rasa cam nak terguling seronok. Pak Long lupa agaknya. Ataupun Pak Long ingat aku sekolah lagi. Aiyoo bkn sorang-dua yang ckp muka aku ni mcm budak2 tak abeh belajar lg. Kehkehkeh.. sila kontrol lubang hidung anda ;)
4 Syawal
Patutnya aku balik rumah Ampang harini. Kak Long dan Along dah start keje. Aku cuma balik rumah kejap menlaundry kain baju yang melimpah bakul. Sakit pinggang menyidai kain sbb ampaian kat rumah mummy ni tinggi. Sudahnya aku panjat atas kerusi :D
Irfan dan Danish nak ikut aku ke rumah atuk katanya. So masa ambil kain tadi.. angkut juga la bdk berdua tu. Kak Long EL rupanya harini. EL kemas rumah. Hahahaha.. nak harapkan bibik sampai ke malam la tak sudah berkemas. Dia tu mengelat skit. Baby Aqil merengek sket dia dah kelam kabut nak suruh budak tu diam. Kalau boleh taknak budak tu berkutik pun. Kalau time tu tengah siang ikan.. terbiar la ikan tu dengan perut kat atas tempat siang ikan. Management dia out sket lah. Tu pasal Kak Long bercadang nk tukar maid. Hmm.. ada sesapa bleh tolong?
Bebel pasal bibik mmg susah nak berhenti.. tp kita kembali kepada tajuk Hari Raya kita. Mak Su Rosnah dgn Pakcik Roslan sekeluarga dapat beraya di rumah mummy. Masuk Bandar Tasik Permaisuri tau. Nak keluar ke MRR2 dorang tatau. Wakakaka.. aku pun mengoffer tunjukkan jalan sampai ke Tesco Ampang.
5 Syawal
Aku masih dirumah abah. Huhuhu.. abah pun macam tak bg aku balik. Kak Long ckp.. "dah agak dah.. iyelah... anak perempuan ko sorang je.. dah la jarang ddk umah dia.. ni cuti panjang.. raya pulak tu.. mmg la dia x bg ko balik.."
Huhuhuhu.. anyway aku mmg takde plan nak buat ape atau ke mana pun. Mmg bercadang nk memerap dirumah shj. Nak ke rumah kawan2 pun malas. Semuanya cuti raya ni sibuk balik kg atau blk kg suami atau sibuk dgn anak2. Aku yang single lg awet muda ni.. melepak shjlah dirumah. Dah berkeluarga sendiri esok.. tak cukup time nak bersenggang dan bersenang-lenang begini ;)
Akhirnya malam td aku pulang ke rumah Ampang. Kebetulan Irfan batuk teruk. Puncanya atuk kesayangan bg dia mkn aiskrim. Dah la budak tu ada bronkitis. Melengkung-lengkung la batuknya. Kebetulan juga mummy dan abah nak pe Penang esok. Menghantar rombongan meminang sepupu aku. Anak Mak Long di Teluk Panglima Garang tu.
So.. tu la serba sket sambutan Aidilfirti bagi keluarga kecil kami.
Selamat Hari Raya!!

Saturday, September 19, 2009
ucapan
Selalu sangat bermonolog sorang2.. rupanya aku mmg tak ramai yang bergelar kawan. Kebanyakkannya cuma kenalan. Maknanya kenal org tu tapi sangat jarang bertegur sapa. So, ada masalah ke?
Takde masalah besar pun. Cuma segan orang kata kita ni kera sumbang tak pandai bergaul. Hahahaha.. dah dilahirkan bukan peramah. Nak buat camne?
Ni salah satu ucapan hari raya yg menarik perhatian aku.. dikirim oleh kenalan chatter ym..

"Kalo dilipek sebosar kuku, kalodibontang sebosar alam, kok ilang dicaghi, kok hanyut dipinteh, kok tongolam disolam, datang biarlah nampak muko, kok poie biarlah nampak belakang, jauh di imbau, dokek digamit, seuntai solam, sojambak kato, degup bicagho merisik raso, salam aidil fitri maap zahir dan batin buek org kek sinun"
Hari ni aku, along dan kak long pagi2 nak buang keringat. Memang tahun ni dari sebelum puasa lagi aku dah plan nak bersihkan kubur arwah mak. Dan hari ni sempurna hajat kami. Memandangkan tanah perkuburan Cheras Baru nih kat lereng bukit, so kubur arwah pun semakin rata tanahnya.. dibawak air hujan agaknya. Dengan kudrat yang ada, kami bertiga mengangkut tanah yang hujung tanah perkuburan ni utk dikambus semula kat kubur arwah mak. Dah siap tambak tanah baru bagi tinggi sket.. kami mengerjakan garden stone yang aku beli hari tu pulak. Kembang kempis gak lubang idong tgk kubur arwah mak dah bersih.
Dah settle semua.. singgah kedai gunting rambut pulak. Mamak.. kasi gunting ini rambut 2 org budak. Nak jadi cerita... si Irfan dan Danish mmg suka pegi gunting rambut. Taktau la kenapa. Sampai tobek2 kepala sbb main barber shop berdua.
Hari ni.. aku "balik kg". Hahahaha.. dekat sgt.. kat Bandar Tasik Permaisuri tu aje. Tak jammed pun ;)
Ntah nampak ke idak anak bulan malam ni ek? Kat luar kemain hujan lebat. Huhuhu.. wait and see.

Thursday, September 17, 2009
ho ho hati girangggg
Hari ni hari last bekerja before bercuti panjang. Satu ape pun aku blom pack. Ala balik drive sorang2 ape ada hal nak pack beriya2? Susun je la dlm kete. Hahaha.. lepas balik keje kang aku terus shoot balik balik ler. Sengaja ambil cuti awal sehari memandangkan baki cuti banyak lagi. Cuti untuk tahun ni pun belum berusik lagi. Duk mengabehkan cuti yg thn lepas yg fwd ke thn ni jer.
Walaupun mood raya tak timbul tahun ni.. tapi aku masih teruja untuk balik 'bandar' dan bercutiiiiiii (dasar malas kerja..) hahaha.. sempat juga ngerjakan sudut 5S.. semakin meriah opis yang lemau ni sejak start program 5S. Walaupun lembab.. tp berjalan juga la sket2 sbb kerja tak pernah surut. Antara 5S dengan kerja hakiki.. kami utamakan kerja hakiki dulu.. ye tak?
Kepada semua yang masih bekerja esok hari... selamat bekerja. Memandu balik kg tu leklok ye ;) dikesempatan ini.. saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua kawan-kawan, sahabat-handai dan readers sekalian.
Selamat tinggal Cameron Highlands!!! Yeehawwwww!!!

Tuesday, September 15, 2009
bosan
Yup.. saya kebosanan. Orang lain semuanya dah masuk mood raya. Tapi aku tak rasa apa-apa pun. *sigh*
Anyway, duit raya utk budak2 ofis yang nak blah bln depan dah siap. Duit raya utk housemate-ku berdua pun dah siap. Duit raya untuk anak buah yang dah tambah jadi 3 org tu pun dah siap. Tapi tahun ni semuanya kena potong duit raya. Kahkahkah.. nasib la korang.. aku pokai!!
Kuih raya pun aku cuma beli tat nenas yg sedap 200 biji. Confirm 50 bagi mummy.. 50 bagi kak long.. 100 untuk tekak aku. Ahaks!
Kerepek raya pun dah settle. Semuanya dah tercongok ready dalam kereta. Maleh aku nak angkut banyak2 tu masuk umah. Nanti nak balik aku sumbat je semua barang2 dalam kereta. Apa ada hal? Aku sorang jer dlm kete.. lalalala memandu dengan riang ria. Awas ops sikap ok ;) make sure kurangkan kelajuan kereta anda 10km/j daripada hadlaju yg ditetapkan. Please remember yang hadlaju kabangsaan adalah 70km/j (kalo x silap aku.. igt2 lupa la) sahaja kecuali di tempat2 yg ditentukan. Selalu la tgk signboard hadlaju tu. Kang tak pasal kena saman ekor.. hehehe.. dlm pada duk beringat tu.. berderet gak saman ekor aku kena.. kah kah kah..
Oyya.. saya bosan rupanya. Melalut-lalut cerita pasal hadlaju. Haihhhh..
Budak-budak nak blah dari opis sampai tade mood. Yang sorang dah terlepas ke Kuwait. Orang duduk diperantauan blk tanahair sambut raya. Dia plak menyerah diri pi beraya kat perantauan. Huhuhu.. selamat menangis lah ye ;) Yang lenlain bz sudahkan keje b4 bercuti panjang. Dengan selamba badak je aku luluskan cuti budak2 ni seminggu stret!!! Tutup pejabat seminggu. Lantaklah! Malas nak fikir banyak-banyak..
Tahun ni sambutan hari raya yang paling simple kut. Mcm td.. kuih raya pun sejenis je aku 'tunjuk'. Baju raya pun selai. Kasut raya tak beli pun.. pakai je kasut raya tahun lepas.. elok lg.. watpe membazir? Handbag raya pun takde. Memang setiap thn aku takde handbag raya. Aku cuma ada sebuah handbag shj. Itu juga la aku bawak pi keje. Shopping bag pun cuma ada satu. Nantilah.. dah nak lerai dua-dua tu esok aku beli la yang baru.
Bukannya kedekut atau buta fesyen. Cuma sedang belajar belanja berhemat. Eh mmg dari kecik aku mcm ni. Bukannya orang senang nak ikut sangat perkembangan semasa. Nak beli tudung yang berharga RM100 sehelai tu pun aku tak sanggup. Handbag pun baru-baru ni je belajar beli yang mahal dan berkualiti sikit. Bukan kedekut.. tapi berusaha membeli dengan berhemat. Aku tau aku tak pandai menjaga barang dengan baik. Sedih kalau tgk barang yang kita beli beratus2 atau beribu with your hard own money tetiba rosak dan tak bleh digunakan lagi.
Ya... lagi pun saya bangga dengan apa yang saya ada. Saya beli semuanya dengan duit sendiri. I don't have wealthy family yg bleh bg elaun tiap bulan atau asal mintak jer bleh dapat.. aku pun tak perlu tunggu hadiah atau merengek2 daripada boyfriend or husband untuk memuaskan nafsu berbelanja tersebut. Syukur alhamdulillah dengan apa yang ada.
Hehehe.. jgn terasa ye kengkawan.. saya membebel ketika bosannnnnnn...

Saturday, September 12, 2009
Suara (Ku Berharap)
Encik Chenta introduce me with this song. Indonesian song. Not sure ngetop di Malaysia or not. Di Cameron Highlands ngak dapat siaran radio deh.
Jom dengar dan hayati liriknya. Cocok banget sehhh.. bisa rindu menonggeng gini.. uwaaa..
1. Hijau Daun version.
2. Luna Maya version

Hijau Daun - Suara [Ku Berharap]Googled and Youtubed the song and end up there are 2 versions of this song. Anyway, both are syahdu dan meruntun kalbu. Nice one ;) Tak percaya? Cuba dengar kat bawah nih.
Disini Aku Masih Sendiri
Merenungi Hari-hari Sepi
Aku Tanpamu
Masih Tanpamu
Bila Esok Hari Datang Lagi
Ku Coba Untuk Hadapi Semua Ini
Meski Tanpamu
Meski Tanpamu
Bila Aku Dapat Bintang Yang Berpijar
Mentari Yang Tenang Bersamaku Disini
Ku Dapat Tertawa Menangis Merenung
Di Tempat Ini Aku Bertahan
#
Suara Dengarkanlah Aku
Apa Kabarnya Pujaan Hatiku
Aku Di Sini Menunggunya
Masih Berharap Di Dalam Hatinya
Suara Dengarkanlah Aku
Apakah Aku Slalu Dihatinya
Aku Di Sini Menunggunya
Masih Berharap Di Dalam Hatinya
Kalau Ku Masih Tetap Disini
Ku Lewati Semua Yang Terjadi
Aku Menunggumu
Aku Menunggu
Suara Dengarkanlah Aku
Apa Kabarnya Pujaan Hatiku
Aku Di Sini Menunggunya
Masih Berharap Di Dalam Hatinya
Suara Dengarkanlah Aku
Apakah Aku Ada Dihatinya
Aku Di Sini Menunggunya
Masih Berharap Di Dalam Hatinya
Back To #
Suara Dengarkanlah Aku
1. Hijau Daun version.
2. Luna Maya version
Friday, September 11, 2009
email berantai
Aku baru terima email ni daripada my beloved brother - Encik Along.
Saje buat entry kat sini untuk infomasi kepada sesiapa yang berkenaan. Subjeknya berkenaan dengan sekian banyak email yang kita terima setiap hari. Since aku mmg tak berapa suka forward email so takde lah terasa dengan subjek yang hendak dikupas.
Memang biasa la kita terima jenis email yang lasssst sekali dia tulis :-
1. Jangan delete email ini sebelum dihantar kepada 10 orang lain.
2. Emailkan kepada 10 orang, kamu akan dapat berita baik selepas 10 minit.
3. Saya telah emailkan kepada 10 orang dan sejam kemudian saya mendapat durian runtuh.
4. Sila emailkan kepada 15 orang muslim yang lain jika tidak anda akan mendapat balasan dalam tempoh 15 minit.
5. Dan ada banyak pesen lagi lah.. semuanya lebih kurang gitu juga.
Lepas aku baca abeh email tu.. rupa-rupanya memang salah kalau kita terpengaruh, percaya atau mengikut tanpa usul periksa untuk memforward email2 tersebut. Sampai boleh jatuh hukum syirik. Ayyo.. sangat berat ini topik.
Nasib baik la aku mmg bukan jenis manusia yang suka memforward email terutama email yg suruh aku fwd kat orang lain plak. Peduli la kat ujung email tu dia tulis nanti aku dapat bala ker ape ker...
Aku cuma suka terima email, baca sekali lalu dan klik next email.. hahaha.. kalau email yang difwd tu jenis kelakar atau hiburan kosong sahaja bleh la dilayan dan diforward kepada orang plain pulak. Its better to make other people smile or laugh lah kan?
Oh.. tujuan entry ni cuma nak bgtau jgn suka-suki jer memforward email tanpa usul periksa. Hujah panjang lebar ada encik dalam email tu bgtau. Maleh plak aku nak tampal kat sini. Panjang beno. Letih nak ngedit. Kalo nak baca.. korang bgtau lah.. nanti aku forwadkan. Hahaha..

Tuesday, September 8, 2009
Confirmation Penempatan
Akhirnya surat penempatan staf OSC kumpulan sokongan 2 yang memilih opsyen untuk kekal dalam penjawatan persekutuan dah keluar.
Memang expected awal bulan Oktober dorang akan ke Federal semula. Hehehe.. ofis aku masih lg belum buka penjawatan baru untuk replace tempat budak2 nih. Esok2 aku la terkangkang buat keje sorang2. Mampos lah!!
Pada aku.. ada eloknya juga.. takde staf bermakna kurang beban kerja yg nak dilonggok kat aku. Ada alasan kukuh untuk keje cam cipan "staff takde".. hahahahaha.. lantaklah.. aku pun dah malas nak amik port sekian banyak masalah kat opis nih.
Biar lah pensijilan 5S tak dapat pun tak pe.. bukan masalah aku.
Hehehe.. 2-3 minggu ni plak penuh dgn sesi temuduga untuk jawatan kontrak kat JPBD. Aku agak dorang buka jawatan2 tu untuk isi kekosongan yg byk kat HQ dan beberapa ofis OSC seluruh Malaysia ekoran ramainya manusia naik pangkat ke 44 arituh.
Bagus. Harap2 permohonan aku nak blah dari sini pun diangkat sekali. Amin!!
Budak2 ni plak sibuk mencari rumah sewa kat KL. Akak jugak la yg jadi GPS masing2 utk ke tempat kerja baru nanti. Siap lukiskan map lg. Hahahaha..

Monday, September 7, 2009
Nuzul Quran
Its a public holiday again!! Kali kedua public holiday jatuh pada hari Isnin dalam bulan ni. Minggu lepas cuti Hari Kemerdekaan tanahair tercinta. Minggu ni sambutan Nuzul Quran pulak.
Macam biasa... hari Jumaat lepas kerja aku terus berdesup balik KL. Esoknya Sabtu aku berdating dengan Faze ke Sunway Pyramid. Gila lama tak jumpa dia. Aku pun bila blk KL tade masa nak merayap dgn dia. Kadang2 dia yg tadak time nk ikut aku pi ukur Mid V. Huhuhu..
Kitorang menshopping bawak adik Faiz sekali. Wahh dah kurus dah mamat ni. Muka pun dah makin dewasa. Elok la.. utk kesihatan jugak.
Pusing satu mall.. sudahnya aku membeli selai suar jeans, 1 beg comel yang sesuai utk isi duit raya nanti ;) dan selai blouse comel. Semuanya tak sampai RM150 pun. Penjimatan yang sangat berhemat. Kasut raya takyah beli kot. Sbb kasut raya tahun2 lepas elok lg. Wedges masih in ketika nih kan??? I love wedges. Comfortable dan tak sakit kaki dan yang penting.. cantikkkk!!!
Sampai ke petang menshopping. Kak Long bg sms tanya berbuka kat mana. Katanya nak pi berbuka kt umah mak dia. Err abeh tu aku? Hmmm takpe.. aku berbuka dgn Faze and geng lah jawabnya.
Kitorang ke Bazar Ramadhan Puchong Perdana. Nostalgia. Dulu masa aku keje kat Kinrara dan bermastautin kat umah Faze zaman dia blom kawen, kitorang slalu gak pi bazar ramadhan kat situ. Apart of gaji kecik.. sebenonya aku suka keje kt ofis lama tuh. Everything flexible asalkan tak melampau batas dan sedar diri yg company tu bkn bapak ko yg punya. Hmm.. takpe lah.. life must go on kan?
Ahad. Semalam. Aku ke nursery beli garden stone kaler putih yang cantik tuh. Dah bertahun cakap2 nak beli garden stone tu. Akhirnya ku beli jua. Aku beli 2 kampit sahaja. 1 kampit 20 kg. 1 kampit batu beso. 1 kampit batu kecik. Apek tu tanya apasal beli sikit sangat. Aku cakap la nak testing dulu buh kat garden. Kalo cantik.. aku dtg lg beli byk2. Hahahaha... dia tatau aku nak tabur batu tu kat kubur arwah ibunda tercinta.
Dlm masa sengah jam jer aku shopping batu2 tuh. Along ckp "batu pun ada org jual ek?" hahaha.. lepas beli terus belah dan balik. BBB. Beli - Belah - Balik.
Hajat dihati nak di ke kubur esok pagi. Tapi Along plak keje. Kalo aku nak pegi sorang2 tu boleh. Tapi sapa nak angkut batu2 tuh? Tak larat doh. Tapi sebelum raya kena pi gak kubur. Takkan di pagi raya dgn baju lawa2 nak angkat batu berat2 tuh? Stakat pi menziarah tu takpe lah.
Hmm.. hari ni Nuzul Quran. Takyah lah aku membebel pasal penghayatan Nuzul Quran dan sebagainya. Korang pi dengar Ustaz kat masjid tu bg ceramah lagi elok. Kalo aku yg bg ceramah kang. Harus tersalah maklumat atau fakta pulak kang sbb aku bukan arif dalam hal2 agama ni. Korang jangan salah paham plak.
Ina call td.. dia tanya bila aku nak balik CH? Mmg aku plan nak balik hari ni jugak. Malas nak balik esok lps Subuh sbb sure aku akan terbabas seperti cuti2 sebelumnya. Ina cakap dia nak masak Nasi Ayam. Yahooooooooo!!!! Sungguh happy perutku mendengar kabar berita tersebut ;) Akan ada lah posting about food main masak2 di Bulan Ramadhan kali ini. Tercapailah hajat encik Lankutu yg kehairanan.. apasal dah takde posting main masak2? Ko dah tak masak ker? Hahahaha... tiada ku sangka ada juga readers yg suka baca entry masak2 nih.
Sabo ye.. Bulan Puasa ni tak baik marah2. Bulan tak puasa lagi la tak elok marah2. Bukan Tuhan je tak suka.. org keliling pun menyampah ;)
p/s : Full Moon la now. Sangat cantik eh? Subhanallah. Tengok full moon sure teringat kat orang jauh. Hmm.. how are you?

Friday, September 4, 2009
klraidos
Finally blog yang ditunggu oleh peminat motorsikal from medium class sudah muncul dipasaran. Yup... itulah target readersnya. Peminat motorsikal (bukan mat rempit hokeyy) ada macam-macam jenis. Ada yang minat motor berkuasa tinggi (superbike), ada yang minat motor easy riding (mcm harley davidson tuh), ada juga yang minat motor sport (ni kadang2 aku kompius jugak.. motor racing mcm motogp tu lah kot), ada juga yang minat vespa atau scooter, dan ada juga golongan yang meminati satu atau semua jenis motor di atas dan hanya mampu memiliki kapcai (eh jimat belanja apa).
Aku sendiri pun hanya sekadar minat. Suka tengok. That's it.
Nak cerita panjang lebar pasal techinical, ape la yang aku tau kan? Walaupun dulu aku salah sorang female rider dalam kelas aku kat UTM sanun. Dalam kelas aku ada 2 org je female rider termasuk aku. Ohh ada ramai lg female rider yang lain di seluruh dunia ;) aku cakap aku ni salah sorang sahaja. Yang reti bawak motor (berlesen atau tidak) memang ramai. Ada juga la yang berani-berani takut nak pinjam motor aku pada masa tu.
Yang hairannya, penumpang yang berani membonceng boleh dikira dengan jari. Mana yang suka bonceng aku tu suka la... katanya lebih cepat sampai (you know what it means).
Eh niat dihati nak promote blog yang satu nih. Baru jer beroperasi. Cerita pasal motor (of course) dan travelling. Blog owner adalah bekas ketua pengarang sebuah majalah motorsikal tempatan. So here's the link. [Sila klik sini]