Friday, September 4, 2009

klraidos

Finally blog yang ditunggu oleh peminat motorsikal from medium class sudah muncul dipasaran. Yup... itulah target readersnya. Peminat motorsikal (bukan mat rempit hokeyy) ada macam-macam jenis. Ada yang minat motor berkuasa tinggi (superbike), ada yang minat motor easy riding (mcm harley davidson tuh), ada juga yang minat motor sport (ni kadang2 aku kompius jugak.. motor racing mcm motogp tu lah kot), ada juga yang minat vespa atau scooter, dan ada juga golongan yang meminati satu atau semua jenis motor di atas dan hanya mampu memiliki kapcai (eh jimat belanja apa).

Aku sendiri pun hanya sekadar minat. Suka tengok. That's it.

Nak cerita panjang lebar pasal techinical, ape la yang aku tau kan? Walaupun dulu aku salah sorang female rider dalam kelas aku kat UTM sanun. Dalam kelas aku ada 2 org je female rider termasuk aku. Ohh ada ramai lg female rider yang lain di seluruh dunia ;) aku cakap aku ni salah sorang sahaja. Yang reti bawak motor (berlesen atau tidak) memang ramai. Ada juga la yang berani-berani takut nak pinjam motor aku pada masa tu.

Yang hairannya, penumpang yang berani membonceng boleh dikira dengan jari. Mana yang suka bonceng aku tu suka la... katanya lebih cepat sampai (you know what it means).

Eh niat dihati nak promote blog yang satu nih. Baru jer beroperasi. Cerita pasal motor (of course) dan travelling. Blog owner adalah bekas ketua pengarang sebuah majalah motorsikal tempatan. So here's the link. [Sila klik sini]

No comments: