Its a public holiday again!! Kali kedua public holiday jatuh pada hari Isnin dalam bulan ni. Minggu lepas cuti Hari Kemerdekaan tanahair tercinta. Minggu ni sambutan Nuzul Quran pulak.
Macam biasa... hari Jumaat lepas kerja aku terus berdesup balik KL. Esoknya Sabtu aku berdating dengan Faze ke Sunway Pyramid. Gila lama tak jumpa dia. Aku pun bila blk KL tade masa nak merayap dgn dia. Kadang2 dia yg tadak time nk ikut aku pi ukur Mid V. Huhuhu..
Kitorang menshopping bawak adik Faiz sekali. Wahh dah kurus dah mamat ni. Muka pun dah makin dewasa. Elok la.. utk kesihatan jugak.
Pusing satu mall.. sudahnya aku membeli selai suar jeans, 1 beg comel yang sesuai utk isi duit raya nanti ;) dan selai blouse comel. Semuanya tak sampai RM150 pun. Penjimatan yang sangat berhemat. Kasut raya takyah beli kot. Sbb kasut raya tahun2 lepas elok lg. Wedges masih in ketika nih kan??? I love wedges. Comfortable dan tak sakit kaki dan yang penting.. cantikkkk!!!
Sampai ke petang menshopping. Kak Long bg sms tanya berbuka kat mana. Katanya nak pi berbuka kt umah mak dia. Err abeh tu aku? Hmmm takpe.. aku berbuka dgn Faze and geng lah jawabnya.
Kitorang ke Bazar Ramadhan Puchong Perdana. Nostalgia. Dulu masa aku keje kat Kinrara dan bermastautin kat umah Faze zaman dia blom kawen, kitorang slalu gak pi bazar ramadhan kat situ. Apart of gaji kecik.. sebenonya aku suka keje kt ofis lama tuh. Everything flexible asalkan tak melampau batas dan sedar diri yg company tu bkn bapak ko yg punya. Hmm.. takpe lah.. life must go on kan?
Ahad. Semalam. Aku ke nursery beli garden stone kaler putih yang cantik tuh. Dah bertahun cakap2 nak beli garden stone tu. Akhirnya ku beli jua. Aku beli 2 kampit sahaja. 1 kampit 20 kg. 1 kampit batu beso. 1 kampit batu kecik. Apek tu tanya apasal beli sikit sangat. Aku cakap la nak testing dulu buh kat garden. Kalo cantik.. aku dtg lg beli byk2. Hahahaha... dia tatau aku nak tabur batu tu kat kubur arwah ibunda tercinta.
Dlm masa sengah jam jer aku shopping batu2 tuh. Along ckp "batu pun ada org jual ek?" hahaha.. lepas beli terus belah dan balik. BBB. Beli - Belah - Balik.
Hajat dihati nak di ke kubur esok pagi. Tapi Along plak keje. Kalo aku nak pegi sorang2 tu boleh. Tapi sapa nak angkut batu2 tuh? Tak larat doh. Tapi sebelum raya kena pi gak kubur. Takkan di pagi raya dgn baju lawa2 nak angkat batu berat2 tuh? Stakat pi menziarah tu takpe lah.
Hmm.. hari ni Nuzul Quran. Takyah lah aku membebel pasal penghayatan Nuzul Quran dan sebagainya. Korang pi dengar Ustaz kat masjid tu bg ceramah lagi elok. Kalo aku yg bg ceramah kang. Harus tersalah maklumat atau fakta pulak kang sbb aku bukan arif dalam hal2 agama ni. Korang jangan salah paham plak.
Ina call td.. dia tanya bila aku nak balik CH? Mmg aku plan nak balik hari ni jugak. Malas nak balik esok lps Subuh sbb sure aku akan terbabas seperti cuti2 sebelumnya. Ina cakap dia nak masak Nasi Ayam. Yahooooooooo!!!! Sungguh happy perutku mendengar kabar berita tersebut ;) Akan ada lah posting about food main masak2 di Bulan Ramadhan kali ini. Tercapailah hajat encik Lankutu yg kehairanan.. apasal dah takde posting main masak2? Ko dah tak masak ker? Hahahaha... tiada ku sangka ada juga readers yg suka baca entry masak2 nih.
Sabo ye.. Bulan Puasa ni tak baik marah2. Bulan tak puasa lagi la tak elok marah2. Bukan Tuhan je tak suka.. org keliling pun menyampah ;)
p/s : Full Moon la now. Sangat cantik eh? Subhanallah. Tengok full moon sure teringat kat orang jauh. Hmm.. how are you?
No comments:
Post a Comment