Hehehe.. hari ni dah masuk 6 Syawal. Baru hari ni aku dapat beronline semula. Sakan beraya? Tidak juga.
29 Ramadhan
Keluarga kecil kami sangat sangat sangat sederhana setiap kali menyambut aidilfitri. Tiada acara masak-memasak melampau, menukar perabot, membuat kuih raya, membakar lemang dan sebagainya.
Abah dan mummy tinggal berdua di kondominium. Ke surau untuk untuk bertakbir pun takde orang kata abah. Mummy pulak dah siap memasak rendang istimewa utk juadah kami pagi esok. Merebus ketupat nona sudah memadai. Lemang juga aku dan along dah beli dalam perjalanan ke rumah abah tadi. Tak banyak membeli. Hanya 2 batang lemang bersaiz kecil sudah memadai.
Tudung bawal yang mumyy beli di Jalan TAR diacu bersama baju raya tahun ni. Sepasang saja yang sempat aku sediakan sendiri. Iye.. kami semua membeli/menempah baju raya sendiri-sendiri. Warna basic sahaja ditentukan. Tak kisah kalau sorang terlebih terang dan sorang lagi terlebih gelap pula tona warnanya.
Tahun ni aku memilih kain kapas berbunga kecil biru sebagai baju raya. Huhu. Kali terakhir aku berbaju kurung cotton berumur 8 tahun kalau tak salah. Arwah mak yang jahitkan. Bertahun baju tu ku ulang pakai sampai naik pudar warnanya :D dan tak muat lagi untuk dipakai.
1 Syawal
Rendang rusa yang mummy masak semalam memang sedap. Tapi aku tak rasa apa-apa yang aneh pun. Rasanya sama aje dgn daging lembu biasa.. hahaha.. atau aku mmg tak pandai menilik rasa. Janji perut kenyang.. sudahhh..
Lepas abah pulang dr masjid. Kami pun berayalah anak-beranak. Takde lah sampai menangis-nangis. Huhuhu.. dan juga tiada foto kenangan aidilfitri tahun ini. Along sekeluarga menyambut Syawal di rumah mertuanya di Serdang. Kami bertiga saja nampaknya.
Hidangan yang aku agak wajib di pagi raya adalah lontong. Huhuhu.. selain lodeh.. mummy masak nasi beriyani dan ayam masak merah. Nyummmm!!!
Settle makan dan berkemas. Acara wajib adalah ke rumah Mak Lang di Ampang Tasik. Walaupun arwah uwan dah takde disana. Kami tetap berkunjung ke sana setiap 1 Syawal. Walaupun abah tu abang yang tua.. tp dia rilex aje berjalan ke rumah adik-adiknya dahulu. Tak berkira. Ada sesetengah keluarga.. bg abang/kakak yang sulung.. adik2 mesti ke rumah mereka dahulu beraya. Abang/kakak pula tak semestinya wajib ke rumah adik2 pulak. Hmmm... macam2 hal ek? Minta maaf pada yang terasa. Hari Raya kan elok kita saling kunjung-mengunjung tanpa perlu berkira siapa perlu ke rumah siapa dulu.
Ok. Settle beraya ke rumah Mak Lang. Kami beraya ke rumah Pak Chik. Adik abah juga. Tak jauh. Sebelah rumah Mak Lang aje. Hahahahaha... yang hairan. Kami mesti mendahului keluarga ini ke rumah Mak Lang padahal mereka tinggal bersebelahan sahaja. Hmmm..
2 buah rumah dah settle. Kami menuju ke rumah Mak Long pula di Teluk Panglima Garang. Kakak ipar mummy. Pak Long dah meninggal beberapa tahun lepas. Walaupun begitu masih meriah setiap kali aidilfitri. Maklum anak-anaknya ramai. Mak Su Rosnah sekeluarga pun ada di sini. Salam.. salam...
Hari dah petang bila kami menuju ke Meru pulak. Rumah Pak Ngah. Wahh disini pun meriah. Kemain penuh rumah dengan sanak-saudara. Lewat petang baru kami beransur. Settle 4 buah rumah pada Hari Pertama Syawal tahun ini. Setahun tak berjumpa macam2 cerita ada. Hehehe.. tak bleh la tulis disini.. ye tak? ;)
2 Syawal
Planningnya nak berkonvoi dengan keluarga Mak Lang, Pak Chik, Pak Chu dan Pak Andak untuk balik kampung di Lubuk China, Melaka. Sudahnya kami tak join pun konvoi tersebut. Perjalanan ok. Tapi baru sampai Nilai highway dah mula sesak. 30-50kmj sahaja abah memandu. Aku kat seat belakang lena tak ingat dunia. Huhu... nak offer driving sure abah tak mahu seperti biasa. Buat letih aku meng-offer aje.
Sampai di kampung.. rumah berkunci. Alamak!! Tak sampai 2 minit orang2 kat rumah pun sampai. Oooo rupanya mereka ke rumah saudara juga menghadiri kenduri doa selamat. Tak lama kemudian Mak Lang, Pak Chik, Pak Chu, Pak Andak and geng plak sampai. Penuh rumah Tok Ngah dengan kami semua. Hahaha.. Owh.. di Lubuk China ni rumah Tok Ngah tau! Abang kepada arwah uwan Yam sebelah abah. Sejak uwan meninggal.. kami beraya ke sini la plak.
Mak Lang and geng semua nak ke rumah saudara jauh kami di Felda Jelai, N.Sembilan. Kami pula bercadang nak ke rumah Pak Chek di Bukit Jalur, N.Sembilan. Dah lama tak jumpa Pak Chek sekeluarga. Satu2nya adik arwah mak yang masih ada. Lubuh China ke Bkt Jalur tak jauh mana. Sekejap aje dah sampai. Dulu masa aku kecik2.. arwah atuk dan arwah uwan sebelah arwah mak ddk di Felda Bkt Jalur ni. Setiap kali raya aku, along dan sepupu2 dikerah kejar ayam keliling rumah untuk dibuat rendang. Banyak kenangan sebenarnya kat rumah lama atuk ni. Tapi sekarang.. sejak Pak Chek ambil alih rumah terbiar tersebut yang pernah terbakar angkara 'doktor sdn bhd' yang buat rumah tu sbg port mereka.. Pak Chek sekeluarga pula yg duduk disitu. Dah bina rumah baru pun. Elok lah. Bukan ada sapa lagi dah yg nak duduk disitu.
Lewat petang kami bertolak ke K.Pilah pulak ke rumah Mak Ngah dan Mak Lang.. kakak sebelah arwah mak. Sejak arwah atuk meninggal.. ke sini lah kami balik beraya setiap tahun. Tapi sejak arwah mak dah takde. Kami cuma beraya balik hari sahaja. Tak bermalam mcm dulu2.
Malamnya kami balik ke KL ikut jalan Simpang Pertang - K.Klawang - Titi - Hulu Langat. Gelap hutan. Nasib baik ada beberapa buah kereta lain yang guna jalan tersebut. 2 jam dah sampai KL. Sangat dekat.
3 Syawal
Hari ni Mak Lang and geng plak bertandang ke rumah. Petang kami beramai2 ke rumah Pak Long Jamal di Sg.Kantan, Kajang. Pak Long ni abang tiri abah. 1 mak lain ayah. Time nak balik tu.. Pak Long hulur duit raya kat aku. Opocottttt!!!! Umur dah nk masuk 30 ni dapat duit raya! Wakakakaka.. rasa cam nak terguling seronok. Pak Long lupa agaknya. Ataupun Pak Long ingat aku sekolah lagi. Aiyoo bkn sorang-dua yang ckp muka aku ni mcm budak2 tak abeh belajar lg. Kehkehkeh.. sila kontrol lubang hidung anda ;)
4 Syawal
Patutnya aku balik rumah Ampang harini. Kak Long dan Along dah start keje. Aku cuma balik rumah kejap menlaundry kain baju yang melimpah bakul. Sakit pinggang menyidai kain sbb ampaian kat rumah mummy ni tinggi. Sudahnya aku panjat atas kerusi :D
Irfan dan Danish nak ikut aku ke rumah atuk katanya. So masa ambil kain tadi.. angkut juga la bdk berdua tu. Kak Long EL rupanya harini. EL kemas rumah. Hahahaha.. nak harapkan bibik sampai ke malam la tak sudah berkemas. Dia tu mengelat skit. Baby Aqil merengek sket dia dah kelam kabut nak suruh budak tu diam. Kalau boleh taknak budak tu berkutik pun. Kalau time tu tengah siang ikan.. terbiar la ikan tu dengan perut kat atas tempat siang ikan. Management dia out sket lah. Tu pasal Kak Long bercadang nk tukar maid. Hmm.. ada sesapa bleh tolong?
Bebel pasal bibik mmg susah nak berhenti.. tp kita kembali kepada tajuk Hari Raya kita. Mak Su Rosnah dgn Pakcik Roslan sekeluarga dapat beraya di rumah mummy. Masuk Bandar Tasik Permaisuri tau. Nak keluar ke MRR2 dorang tatau. Wakakaka.. aku pun mengoffer tunjukkan jalan sampai ke Tesco Ampang.
5 Syawal
Aku masih dirumah abah. Huhuhu.. abah pun macam tak bg aku balik. Kak Long ckp.. "dah agak dah.. iyelah... anak perempuan ko sorang je.. dah la jarang ddk umah dia.. ni cuti panjang.. raya pulak tu.. mmg la dia x bg ko balik.."
Huhuhuhu.. anyway aku mmg takde plan nak buat ape atau ke mana pun. Mmg bercadang nk memerap dirumah shj. Nak ke rumah kawan2 pun malas. Semuanya cuti raya ni sibuk balik kg atau blk kg suami atau sibuk dgn anak2. Aku yang single lg awet muda ni.. melepak shjlah dirumah. Dah berkeluarga sendiri esok.. tak cukup time nak bersenggang dan bersenang-lenang begini ;)
Akhirnya malam td aku pulang ke rumah Ampang. Kebetulan Irfan batuk teruk. Puncanya atuk kesayangan bg dia mkn aiskrim. Dah la budak tu ada bronkitis. Melengkung-lengkung la batuknya. Kebetulan juga mummy dan abah nak pe Penang esok. Menghantar rombongan meminang sepupu aku. Anak Mak Long di Teluk Panglima Garang tu.
So.. tu la serba sket sambutan Aidilfirti bagi keluarga kecil kami.
Selamat Hari Raya!!
No comments:
Post a Comment