Tuesday, September 15, 2009

bosan

Yup.. saya kebosanan. Orang lain semuanya dah masuk mood raya. Tapi aku tak rasa apa-apa pun. *sigh*

Anyway, duit raya utk budak2 ofis yang nak blah bln depan dah siap. Duit raya utk housemate-ku berdua pun dah siap. Duit raya untuk anak buah yang dah tambah jadi 3 org tu pun dah siap. Tapi tahun ni semuanya kena potong duit raya. Kahkahkah.. nasib la korang.. aku pokai!!

Kuih raya pun aku cuma beli tat nenas yg sedap 200 biji. Confirm 50 bagi mummy.. 50 bagi kak long.. 100 untuk tekak aku. Ahaks!

Kerepek raya pun dah settle. Semuanya dah tercongok ready dalam kereta. Maleh aku nak angkut banyak2 tu masuk umah. Nanti nak balik aku sumbat je semua barang2 dalam kereta. Apa ada hal? Aku sorang jer dlm kete.. lalalala memandu dengan riang ria. Awas ops sikap ok ;) make sure kurangkan kelajuan kereta anda 10km/j daripada hadlaju yg ditetapkan. Please remember yang hadlaju kabangsaan adalah 70km/j (kalo x silap aku.. igt2 lupa la) sahaja kecuali di tempat2 yg ditentukan. Selalu la tgk signboard hadlaju tu. Kang tak pasal kena saman ekor.. hehehe.. dlm pada duk beringat tu.. berderet gak saman ekor aku kena.. kah kah kah..

Oyya.. saya bosan rupanya. Melalut-lalut cerita pasal hadlaju. Haihhhh..

Budak-budak nak blah dari opis sampai tade mood. Yang sorang dah terlepas ke Kuwait. Orang duduk diperantauan blk tanahair sambut raya. Dia plak menyerah diri pi beraya kat perantauan. Huhuhu.. selamat menangis lah ye ;) Yang lenlain bz sudahkan keje b4 bercuti panjang. Dengan selamba badak je aku luluskan cuti budak2 ni seminggu stret!!! Tutup pejabat seminggu. Lantaklah! Malas nak fikir banyak-banyak..

Tahun ni sambutan hari raya yang paling simple kut. Mcm td.. kuih raya pun sejenis je aku 'tunjuk'. Baju raya pun selai. Kasut raya tak beli pun.. pakai je kasut raya tahun lepas.. elok lg.. watpe membazir? Handbag raya pun takde. Memang setiap thn aku takde handbag raya. Aku cuma ada sebuah handbag shj. Itu juga la aku bawak pi keje. Shopping bag pun cuma ada satu. Nantilah.. dah nak lerai dua-dua tu esok aku beli la yang baru.

Bukannya kedekut atau buta fesyen. Cuma sedang belajar belanja berhemat. Eh mmg dari kecik aku mcm ni. Bukannya orang senang nak ikut sangat perkembangan semasa. Nak beli tudung yang berharga RM100 sehelai tu pun aku tak sanggup. Handbag pun baru-baru ni je belajar beli yang mahal dan berkualiti sikit. Bukan kedekut.. tapi berusaha membeli dengan berhemat. Aku tau aku tak pandai menjaga barang dengan baik. Sedih kalau tgk barang yang kita beli beratus2 atau beribu with your hard own money tetiba rosak dan tak bleh digunakan lagi.

Ya... lagi pun saya bangga dengan apa yang saya ada. Saya beli semuanya dengan duit sendiri. I don't have wealthy family yg bleh bg elaun tiap bulan atau asal mintak jer bleh dapat.. aku pun tak perlu tunggu hadiah atau merengek2 daripada boyfriend or husband untuk memuaskan nafsu berbelanja tersebut. Syukur alhamdulillah dengan apa yang ada.

Hehehe.. jgn terasa ye kengkawan.. saya membebel ketika bosannnnnnn...

No comments: