Aku baru terima email ni daripada my beloved brother - Encik Along.
Saje buat entry kat sini untuk infomasi kepada sesiapa yang berkenaan. Subjeknya berkenaan dengan sekian banyak email yang kita terima setiap hari. Since aku mmg tak berapa suka forward email so takde lah terasa dengan subjek yang hendak dikupas.
Memang biasa la kita terima jenis email yang lasssst sekali dia tulis :-
1. Jangan delete email ini sebelum dihantar kepada 10 orang lain.
2. Emailkan kepada 10 orang, kamu akan dapat berita baik selepas 10 minit.
3. Saya telah emailkan kepada 10 orang dan sejam kemudian saya mendapat durian runtuh.
4. Sila emailkan kepada 15 orang muslim yang lain jika tidak anda akan mendapat balasan dalam tempoh 15 minit.
5. Dan ada banyak pesen lagi lah.. semuanya lebih kurang gitu juga.
Lepas aku baca abeh email tu.. rupa-rupanya memang salah kalau kita terpengaruh, percaya atau mengikut tanpa usul periksa untuk memforward email2 tersebut. Sampai boleh jatuh hukum syirik. Ayyo.. sangat berat ini topik.
Nasib baik la aku mmg bukan jenis manusia yang suka memforward email terutama email yg suruh aku fwd kat orang lain plak. Peduli la kat ujung email tu dia tulis nanti aku dapat bala ker ape ker...
Aku cuma suka terima email, baca sekali lalu dan klik next email.. hahaha.. kalau email yang difwd tu jenis kelakar atau hiburan kosong sahaja bleh la dilayan dan diforward kepada orang plain pulak. Its better to make other people smile or laugh lah kan?
Oh.. tujuan entry ni cuma nak bgtau jgn suka-suki jer memforward email tanpa usul periksa. Hujah panjang lebar ada encik dalam email tu bgtau. Maleh plak aku nak tampal kat sini. Panjang beno. Letih nak ngedit. Kalo nak baca.. korang bgtau lah.. nanti aku forwadkan. Hahaha..
1 comment:
sms pun selalu dpt kan? aku pun malas lah nak layan.. only kalau dia betul2 bermakna baru aku forward.. rupanye memang salah ek.. good info mai..
Post a Comment