Sunday, November 1, 2009

bom jangka

Seperti yang dijangka. Aku demam dan selsema hari minggu nih. Sangat bosan ok sakit di hari minggu. Ditambah dgn tempat yang boring mcm Cameron Highlands ni (ni ckp2 org luar yg dah letih dgn cuaca sejuk disini ye). Di tambah lg dengan cuaca mendung dan hujan almost everyday. Bosan.. bosan.. bosan..

Semalam.. dipenuhi dengan aktiviti tidur sepanjang hari. Badan letih dan sakit2. Mana idaknya.. bukan keje aku membanting tulang mengangkat batu-bata membuat landscaping di ofis. Tapi apakan daya.. dah mmg keadaan mcm ni.

Malam td Ina bawak aku gi Klinik Dr. Ayob. Dia bg ubat demam selsema dan ubat batuk. Lepas tu beli bubur nasi kat Marrybrown. Taktau kenapa time2 demam gini aku mesti teringat pd 2 org manusia nih : abah dan my chenta.

Hari ni bgn tido ada la semangat sket. Ina ajak ke pasar. Dia teringin nak masak Nasi Beriyani. Kebetulan mmg aku ada beli perencah Nasi Beriyani. Hmm.. walaupun sakit tekak dan tak berapa selera nak makan. Aku gagah juga ke pasar.

Walaupun kat kertas pembalut perencah tu ada tulis cara-cara nak memasak Nasi Beriyani. Aku masih telefon mummy untk confirmkan. Hahahaha.. gila la nak masak Nasi Beriyani tanpa pengawasan orang tua. Aduyai..

But... it's turns out nice dan berbau harum gila. Kalau hidung aku ni tak tersumbat sure lg masyuk kut bau nya. Ina plak buat Ayam Goreng Rempah. Perghhhh.. lagi la meleleh ailio. Perut dah berbunyik2 nih. Tade selera.. perut tetap lapar ok. Disebabkan hari tu kita tgk papadom. Kita beli la papadom sepeket. Ahaks. Siap buat jelantah lg buat kawan.

Ok. Cara-cara membuat Nasi Beriyani yang mudah ya amat.
  1. Beli perencah Nasi Beriyani jenama Adami. Memang susah nak dapat dipasaran. Hahahahaha.. Ini pun aku kirim kat ofismate kpd housemate aku. Dia org Muar. Perencah jenama Adami ni ada mcm2. Yang pernah ditemui diKL adalah perencah2 selain Nasi Beriyani. Hahahaha.. pepandai la korang camne nak cari perencah ni. Perencah jenama lain jangan tanya sbb ni pertama kali aku masak Nasi Beriyani lorrrrrr...
  2. Disebabkan nak makan 3 org jer.. Kitorang cume beli 1 kg berasmati. Takut2 kalau tak jadi. Maka kita testing masak 1/2 kg dulu ok. Perencah tu pun guna separuh je sbb dia tulis kat situ 1 perencah utk 1 kilo beras.
  3. Masak nasi seperti biasa. Campak perencah. Campak biji gajus sepeket. Campak kismis sepeket. Campak daun ketumbar sepokok. Voila!!!! Dah siap Nasi Beriyani. No tumis2 ok! Sgt sesuai utk carrier women seperti anda yg nk masak sedap tp nk cpt.. wakakakaka
Now, cara-cara membuat ayam goreng rempah pulak.
  1. Ayam seekor. Siang la ikut sukati. Nak belah 8 ke 14 ker.. nnti masuk perut gak.
  2. Blend serai, halia, bawang putih, bawang merah dan lengkuas.
  3. Campurkan dengan serbuk jintan putih, jintan manis dan ketumbar.
  4. Bubuh garam dan gula secukup rasa.
  5. Perap la berapa lama korang suka. Lagi lama lagi sedap ;)
  6. Lepas tu goreng la. Ok dah siap ayam goreng rempah kita.
Pastu buat jelantah. Aik nak kena bg resepi jugak?
  1. Potong timun, carrot dan bawang besar.
  2. Buh garam dan gula.
  3. Gaul.
  4. Dah siap. Aku tak buh cuka sbb cuka takde. Wakakakakak..
Yeay... mari kita lunch dengan ria. Sila la cuba ye. Gambar aku tepek kemudian.

2 comments:

jijah montel said...

ni baru betul.. campak-campak cooking style.. baru lah art of cooking beb!! hehehhehe

cik-zura said...

wakakakakaka.. yeee aku tau ko suka campak2 nih. saje je aku bg resepi campak tu utk ko. hahahaha