Monday, March 30, 2009

Joy and Sad Update

Aku call Sal tadi. Alhamdulillah.. dia dah keluar hospital. Skang dia dh ada kat umah. Seronok dengan suara di bercakap. Doktor bagi dia mc lagi 2 minggu. Itu pun 2 minggu lagi nnti kena pi hospital lg utk check up. Kalo kena lanjut mc.. maka bertambah la hari cuti sakit dia.

Lapang sket dada. Sorang lagi staff aku yang bercuti panjang pun sudah selamat sampai ke tanahair. Lapang lagi dada sbb serabut sket bila pembantu semua bercuti. Dah la aku tak berapa gemar jumpa dan bersoal jawab dgn client yang mostly soalan2 depa tu bukan tanggungjawab unit aku.

Beberapa minit sebelum tamat waktu bekerja... dapat news daripada pihak pentadbiran yang salah sorang staff kat sini meninggal dunia sbb eksiden kereta. Sekarang ada di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom Cameron Highlands. Innalillah!!!

Sedih juga dalam hati sbb arwah (baru berumur 20 tahun) selalu panggil aku ni kakak dia. Katanya aku mirip kakak dia. Bila tgk muka aku, dia selalu teringat kat kakak dia yg bekerja di luar CH. Ni aku nak berangkat ke hospital... nnti aku update lagi..

Sesungguhnya kematian tidak mengenal batas usia. Huwaaaaa....!!!!

Saturday, March 28, 2009

Earth Hour

Tak pasti bila promotion about earth hour nih melanda Malaysia. Rasanya daripada 2-3 minggu lepas kalau tak salah. Pada sapa yang tatau earth hour tu apa.. sila google sendiri. Ini bukan blog yg ada segala mcm maklumat yang korang nak baca. Cuma ayat-ayat merapu dan merepek dan kisah aktiviti harian aku jer. Tak penting untuk dibaca pun... tapi kalo sudi nak baca.. sukatilah. Takde sape yg paksa.

So.. kita cite pasal ape td? Haaa earth hour.. Kalo ikut ads kat tv3 td, depa kata earth hour ni mula2 start kat tahun 2007 kat Australia. Lelama berjangkit. Tahun lepas.. makin ramai plak yg join.

Landmark2 kat dunia ni kebanyakkannya join tahun lepas. So tahun ni Malaysia pun mo joinlah. Curios juga mo tau kalo KLCC padam.. ape cite? Tapi disebabkan mood tak berapa nak elok.. maka earth hour dipraktik di rumah sahaja.

Jiran-jiran kebanykkannya keluar. Maybe depa pi bukit permai atau menara tinjau Ampang kut nak tgk pemandangan KL bergelap dari jauh. Huhuhu mesti menarik kan..

Di rumah.. orang yang paling kecoh sekali ialah Irfan dan Danish. Kahkahkah! Bising mulut bertanya kenapa kena tutup lampu? Kita pasang lilin pulak ker. Lilin tu kecik. Api dia panas. Tah ape menda ntah lagi yg dicecehkan budak dua orang tuh. Kadang2 tak paham. Aku main iyakan aje.

"Danish sedang hairan bila lilin semakin cair dan pendek"

Along kat kedai Dal duk telefon. Tesco Ampang dah bergelap!! Bangunan2 kat KL pun mula bergelap. Hahaha kekaguman terserlah dr nada suaranya. Tapi nape lampu jalan still on? Ape la kerajaan tak support.

Ye ke? Bukan ke lampu jln tu pakai fius.. dia tak pakai suis.. camne nk off? Kahkahkah.. tataulah.. nnti kena tanya TNB.

Sejam rumah kami bergelap. Tapi tv tetap on. Kahkahkah! Takda pape yang aneh berlaku selama sejam tersebut. Happy earth Hour everyone!!! Tahun depan kita join lagi ok ;)

Friday, March 27, 2009

Jiwa Kacau

Dua tiga bulan ni aku mengalami jiwa kacau yang agak hebat pada abad ini. Malas nak mengarang bercerita berkenaan sebab dan musabab kejadian jiwa kacau ini berlaku. Apa yang pasti, ianya sangat sukar nak get out from my system.

Susah nak terima kekacauan jiwa tersebut sebenarnya sbb dia datang secara tiba-tiba. No alarm no signal. Kaboom!!! Meletop!! Atau sebenarnya aku dah nampak tapi menafikannya? Hmm.. interesting question untuk digali jawapannya.

Ohya.. aku juga mendapati aku akan sakit kepala berterusan sekiranya kekacauan jiwa ini tidak ditangani dengan segera. Blood pressure pun dah naik. Selain faktor stress di pejabat juga membantu menaikkan lg blood pressure aku nih. Adeh..

Ok lah.. malas nak type panjang pada entry takde hala tujuan ni.

Wednesday, March 25, 2009

more update..

Lupa mo cerita.. kelmarin Sal sms aku..
"Salam.. akak, sy dh kuar dr blk icu.. sy ditmptkan kat wad sakit kulit yg akak pi aritu. alhmdllh sy dh mula cuba mkn bubur nasi tp sy msh xleh nk berdiri lg, td dh cuba tp tumbang.."
Eh.. Sal dah kuar icu. Yay!!!! Alhamdulillah dia dah semakin sihat bunyinya. Aku suh dia berehat dan makan banyak2. Bila dah ada byk tenaga baru bleh bangun berdiri dan berjalan..

So.. bila kita nak pi melawat ke Ipoh lagi?

Assistant Malfunction

Ada 3 orang assistant tak bermakna ketiga-tiganya boleh membantu menyiapkan sesuatu task dalam sesuatu masa yang diberikan. For the past 2 weeks.. only one of them are functional as my assistant.

Case 1

Assistant No.1 - Bercuti tanpa gaji sebulan untuk menghabiskan masa bersama suami tercinta yang bekerja di luar negara.
Ok. Can't blame on her since she only met her husband twice since their marriage.

Assistant No.2 - Bercuti sakit sehingga diberitahu kemudian.
Ok. Can't blame her either since dia tak mintak pun doktor bagi dia makan salah ubat. Doktor bengong tu la yg bengong sbb bagi prescription yang salah.

Assistant No.3 - Since last week kerap bercuti sakit kerana 'morning sickness' yang juga kerana buatan orang.
Ok. Also can't blame her sbb penyakit sedemikian adalah penyakit biasa di kalangan perempuan yang baru berkahwin.

The only thing which I quiet regret is.. why are they had this disfuctional at the very same time? Hmmm.. maybe God want me to learn to be more patient kot.

And also bojokolah kito sekueknyo.. kahkahkah.. seperti ayat di dalam surat semalam "semoga pelantikan ini akan menjadi pendorong kepada puan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih cemerlang pada masa akan datang". Yayyy!!!

Tuesday, March 24, 2009

Pengesahan



ALHAMDULILLAH

Akhirnya...!! Surat yang ditunggu-tunggu tiba juga di atas meja pagi tadi. Hahahaha!!

Mari kita tulis surat penyelarasan gaji!!!! weaahhhooooooo!!!!

.

.

Sunday, March 22, 2009

Brunch

Hari minggu ni tersangatlah bosannya di Cameron Highlands. Nak pulak penghujung school breaks. Manusia ada di mana-mana.

Semalam aktiviti menlaundry kain baju yang maha banyak. Gara-gara mesin basuh rosak di rumah KL dan di rumah CH. Sudahnya aku menlaundry di rumah orang. Huhuhu.. semuanya sedang bersidaian di rumah CH dan di rumah orang. 5 kali trip basuhan mesin dan tangan.

Hari ni pagi-pagi buta terjaga dengan sorakan manusia di padang awam bertentangan rumah. Ada tournament apakah inih? Haiyaaa.. perut dah kelaparan baru dapat menolak selimut ke tepi.

Nak masak ape ye? Bahan-bahan utk mee goreng dah ada. Potong-potong dan campak dalam kuali. Voilaaa!!! Mee goreng ala mamak pun tercipta.

Jemput makan.

Wednesday, March 18, 2009

update....

Tengah hari semalam.. selepas hantar L.O pada supplier di Serdang aku pun terus balik CH. Perjalanan seperti biasa. Masih pemandangan yang sama. Di tengah-tengah highway.. enpon mampos tadak bateri. For some reason.. enpon ku senang 'hang' dan mematikan diri secara sukarela.

Pada firasat aku sbb phone memory dah hampir penuh. Huhuhu... adakah? adakah? adakah ini petanda agar enpon itu bakal ditukar dgn yang baru? Owhhhhh.. kepada chenta.. dengarlah jeritan batin telepon itu (ape kena mengena dgn chenta?) huwarghahahahaha..

Sampai di CH.. aku terus charge telefon tersebut. Terus dia meroyan dengan gila hebat. Bisa ku campakkan ke dinding atau ke dlm 'fire place' yang tak berapi itu. Masuk 1 sms daripada Rina (one of my staff).
Sal dh 2kar wad. Skrg kat icu. Dia perlu rawatan rapi. Dats y dia dmskkn icu. Keadaan dia ok sket dr hr 2. Badan dia b'balut mcm mumia.
Dengan segera aku mereplynya...
Alhmdllh.. Dah bleh berckp dan mkn ker dia?
Alhamdulillah da blh. Tp guna picagari je la. Nk msk tgk dia pn kena guna mask.
Fuuhhhh.. lega gila aku dengar berita camtu di tengah maghrib begitu.

Pagi tadi masuk ofis.. budak-budak dengan segera meng'update' lagi cerita mereka. Dorang turun ke Ipoh dlm pukul3 smlm. (hmmm tak bgtau pun smlm? sapa bg kebenaran keluar pejabat nih? kalau ada pape jadi dlm perjalanan sape nk jawab?)... hahahahaha.. ok aku ckp dlm nada suku marah aje.. marah dalam imannnn..!!

Daripada cerita si Syukri.. Sal dah dipindahkan ke ICU Hospital Ipoh. Juga ditempatkan di bilik isolation. Orang luar tak bleh masuk ramai2. Kalau nak masuk kena pakai baju khas dan mask/topeng (seperti lazimnya di ICU). Sal dah boleh bercakap dan dah boleh makan. Keadaan kulitnya pun dah kering. Ada macam salin kulit gitu. Doktor bagi dia ubat tido untuk elak dia daripada kerap picit button untuk ubat tahan sakit tu. Lebih baik dia tido dan berehat. Memang keadaannya jauh lebih baik daripada my last visit lah. Tapi rasanya lama lagi dia kena duduk kat hospital tu kut.

Ye lah.. kalo ikut teori.. kulit kita tumbuh dan matang dalam tempoh 28 hari. Tu pasal kita sentiasa ada sel kulit mati. Nak keterangan lebih lanjut.. sila google sendirilah.

Ohyaaa.. pagi2 td sampai di office. Akak di kaunter khidmat pelanggan tu bgtau KPKT call smlm. KPKT tanya kenapa tak bgtau staff masuk hospital. Eh? Nak kena bgtau ker? Depa suh anto GL ke pentadbiran JKT. Aik? Bukan ke GL tu digunakan semasa dia keluar hospital nanti untuk urusan pembayaran. Iskk.. tak paham lah orang pentadbiran nih. Atau aku yang cetek pengetahuan dalam dunia pentadbiran? Entahhhhh... nanti la aku call bgtau lisan je.

Dilemma..

Sungguh aku berada dalam dilema sekarang ni. Memang masih ada banyak masa nak fikir kan dilema dan penyelesaiannya. Persoalannya sekarang.. this coming July genap 2 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Masih dalam tempoh percubaan. Belum terima apa-apa surat pengesahan lantikan mahupun pengesahan jawatan daripada JPA/SPA. Kursus induksi umum dan khusus dua-dua dah settle. BTN pun dah pergi dengan jayanya. Exam? Hmm.. the interesting part is skim J tak perlu lulus exam untuk sah jawatan/lantikan.

Basically, tinggal tunggu surat nak sah jawatan dalam perkhidmatan aje lah.

Dah tu ape yang merunsingkan anda? Bukan aku tak bersyukur diterima masuk ke perkhidmatan awam. Syukur sangat2.. matlamat aku untuk bekerja di sektor awam pun semata-mata terletak pada benefit dan tangga gaji yang jauh lebih baik daripada yg aku terima semasa di swasta. Walaupun bila campur claim sebenarnya sama je semasa keje di swasta. Hahaha.. cuma perasaan secure dan tak terbelenggu (fuhh perkataan) dengan krisis ekonomi yang melanda. Yup! Secara terus-terang memang aku tak terasa pun tempias krisis ekonomi. Nak pulak diposting ke tempat jin bertendang yang takde tempat nak menghabiskan duit.

Cerita pasal harga minyak naik.. aku memang sediakala menggunakan kereta jimat minyak. Isi minyak di Cameron Highlands ni mmg untung sbb cuaca sejuk. Penggunaan pun tak banyak setakat pergi keje balik keje sahaja. Abis kuat pun pegi ke Brinchang dan Kea Farm sekali sekala time boring ya amat menyampah di Tanah Rata nih. Perjalanan rumah ke pejabat hanya mengambil masa 2 minit tak termasuk masa nak memanaskan enjin kete tambah lg 3 minit. Total 5 minit dah sampai pejabat. Jammed? Pagi2 buta diwaktu bukan peak season sangat tak sesak. Cameron Highlands hanya dilanda kesesakan jalanraya bermusim sahaja. Itu pun ketara hanya di kawasan Kea Farm sahaja. Waktu balik pun memandu dalam keadaan bosan 5 minit dah sampai rumah. Sangat tensen bila memandu sambil on radio time pegi keje. Lagu blom abis tp dah sampai. Arghhhh.. bleh kata sejak work and living di Cameron Highlands aku mmg ketinggalan carta lagu. Hahaha... takpelah.. tak penting pun.

Cerita pasal harga barang naik.. memang certain goods memang mahal di Cameron Highlands. Especially on fresh fish, meat, chicken etc. Senang ckp menda2 makanan yang diimport dari luar Cameron Highlands. Tapi.. ada kesan sangat ke pada aku? Aku bukannya makan sangat pun. Tinggal berdua dgn housemate. Boring tau.. apatah lagi kalau masing2 bz.. outstation. Alamat dapur tak berasap lah.

Cerita pasal rumah... harga rumah dan sewa rumah di Cameron Highlands memang mahal. Bagi kawasan hulu dan berkepadatan rendah nih patutnya sewanya murah. Tapi tidak di Cameron Highlands. Harga rumah dan sewa rumah adalah sama je ratenya dengan Lembah Klang. FYI, disini tak banyak rumah yang boleh disewa bulanan. Kebanyakkannya pemilik lebih rela menyewakan rumah mereka dengan kadar harian pada cuti hujung minggu dan waktu2 puncak yang lain. Lebih menguntungkan kata mereka. Nasib baiklah aku dapat menumpang di kuarters kerajaan. Campur duit api, air, astro dan bahan makanan.. tiap2 bulan aku bayar RM250 sahaja. Cola tak potong.. ITP pun tak potong.. Hidup aman damai tak banyak karenah segala macam..

Work load? Hmmm.. kalo ikutkan scope of work aku.. keje aku sangatlah simple. Bila dah berkali-kali buat benda yang sama.. lama-lama bleh naik muak. Terasa macam senang sgt keje aku. Ni makan gaji buta ke ape nih? Hahaha.. kalau di semak semula.. aku rasa tak banyak mende yg aku belajar dulu digunapakai dalam keje aku sekarang. Dah nak masuk 2 thn ni aku terasa tersangat bosan dengan kerja aku sekarang :( rasa mcm nak benti kerja dan jadi isteri mithali je.. uhux..)

Dah tu ape kena mengena dgn dilema yang aku nak cerita nih? Hahahah... Eh yg panjang2 kat atas tu semuanya mukadimah je ke?

Sebenonya aku dalam dilema samada nak memohon pelepasan dengan izin atau memohon cuti tanpa gaji atau meletak jawatan...

Fuh.. very serious topic kalau dah sampai bab meletak jawatan.

Hmmm.. walaupun everything is still blurry dan serba-serbi "belom confirm" tapi masih juga menyesakkan fikiran. Saya seorang planner. Town planner yang tak berapa well planned dlm kehidupan. Hahaha.. Oleh sebab itu, think beyond the future is crucial. Takde la mcm Einstein nak fikir pasal hukum gravity ke ape..

Sebenarnya apa arah tujuan entry nih? Owh.. saya dalam dilema. Takpelah... dilema ini akan dihurai dan diungkai selepas bln depan.. apsal bulan depan? cuba jgn banyak tanya ok.. huhuhuhu.. bersambung lagi nanti nanti.. penyelesaian pada dilema tersebut..

InsyaAllah..

Monday, March 16, 2009

Ceqleen's Wedding

Dalam pada risau kat staff ku yang terlantar (wahhh perkataan) di hospital.. staff yang seorang lagi bercuti sebulan.. yang seorang lagi mabuk pregnant at early stage (dah tu tinggal aku je la kena buat keje? nak marah sape nih? aarghhh tensennya jadi bos tp anak buah tadak.. kahkahkah).. sempat juga aku book tiket ke JB menghadiri Majlis Walimatulurus my bestfriend a.k.a my kupu-kupu kertas.

Majlisnya hari Sabtu 14 Mac 2009.

Hari Jumaat selepas kerja pukul530 aku gegas drive balik KL. My brother and family takde.. depa pi Langkawi cuti-cuti Malaysia. Flight pukul9 kalo tak salah. Lepak-lepak tengok tv cite the benchwarmer kat AXN. Dah abeh cite baru aku bertolak ke rumah Faze plak kat kinrara. Sengaja tido kat sana sbb nak suh Faze hanto aku ke LCCT pagi2 buta esoknya.

Sabtu.. set jam pukul5 tapi pukul540 aku terjaga. Nak kena ada kat airport at least pukul710. Pukul630 juga aku drive cam ribut pi LCCT. Hahaha.. Alhamdulillah sempat sampai ke airport. Macam pompan penjual bunga pun ada juga sbb aku duk mengusung fresh flower yang Ceqleen order.

Sampai di Senai, kakak pengantin (Kak Nor) dah tunggu kat luar. Fuhh bleh tahan mengantuk ddk dalam kete. Sampai umah pengantin.. pengantinnya pun blom mandi lagi. Kitorang sarapan roti canai sekeping dulu. Lepak jap ngan pengantin :D TAHNIAH... semalam dah selamat dinikahkan pun. Huhuhuhu.. berseri-seri nampaknya ye ;-)

Mak andam datang nak mekap aku tengah bz gosok baju kurung dan tudung. Azie (remember her?) pun ada.. dia dilantik jadi pengapit. Disebabkan dia jadi pengapit so tak pasal2 aku kena jadi unofficial photographer since Azie bawak D60 dia. Haiyaaa asik amik gambar orang.. sapa nak amik gambar aku? Ok la Ok la.. Aku bukannya pandai sangat guna DSLR.. tapi dah ada depan mata so snap snap snap snap je lah. Bukan susah sgt pun (ayat ape nih?).

Temanya warna OREN. Pelamin konsep kontemporari.. simple tapi cantik. Takde kain rambu-rambu mcm biasa yg kita tgk tuh.

Lepas pengantin dah siap mekap jadi terkejut kejap. Eh ceqleen ka? Lain gila.. cantik macam anak patung!!! Hahahaha.. tersenyum lebar lah laki ko ceqleen..!! bagus.. baguss..

Sesi bersanding pukul230. Jenuh juga nak tunggu. Aku, Azie, Along dan Azza (assistant mak andam) dah mcm org gila duk tangkap gambo dgn pengantin. Posing macam2.. wakakaka..

HERE's ada sket je gambo dari camera aku.
Kenapa dia jadi kupu-kupu kertas aku?

Panjang gak kalo nak story kat sini. Nenantilah cite. Anyway.. sangat cantik ek sang pengantin? Dah memang lawa pun. Jadi pengantin bertambah-tambahlah. Tak banyak gambarnya sbb kebanyakkan aku snap guna 'kamera pinjam' tersebutlah. Kalau Azie send gambar2 tu kat email.. ada lah aku tepek sini or FB nnti. Tahniah sangat2 pada ceqleen dan suami baru nya incik Rahmat (mcm ada suami lama je.. citt). Pada sesiapa yang tau cerita lanjut pasal ceqleen dgn bekas tunangannya.. alhamdulillah takde pape yg buruk berlaku sepanjang majlis. Majlis berjalan lancar. Cuaca pun cantik. Tetamu dah balik barulah hujan menjelma. Ok la tuh.. hujan rahmat. Hehehe..

Friday, March 13, 2009

Gambar lama..

Ekceli aku baru je berkesempatan nak install dan memperguna picasa. Testing-testing buat collage. Ok ker? Bleh la... biasa jer.. tp blom pandai buh text. Nanti aku explore lg ek..

Semuanya gegambar ni di'snap' guna camera orang. Masa ni aku blom beli camera lagi. 3 gambar kat baris atas tu masa malam kebudayaan di Wood Valley Camp, Sg.Congkak bulan 6 tahun lepas. Kitorang ada Kursus BTN dan Kursus Induksi Umum kat sana. 2 minggu duduk dalam hutan weh. Hahaha... bleh selak kat blakang2 cerita masa kat sana.

6 baki gambar ialah masa di ESSET, Bangi. Kitorang ada orientasi dengan jabatan. Tak lama lepas balik dari Sg.Congkak pun. Kitorang pi main bowling dan makan sate kajang kat Hj Samuri. Sangat bestlah memori tersebut.

Thursday, March 12, 2009

Rasa macam nak nangis..

Pagi semalam dapat mms lagi daripada Sal. Keadaan dia semakin teruk. Sakit yang disangka demam campak dah jadi penyakit lain... Mari tengok daripada mula..

1st mms - Isnin 9.3.2009

"Akak tgk bbir sy ngeri kn.. kat bdn sy pnuh. kat dpn ktil sy ni plak de org tgh nazak"

"ade yh ckp dmm campak tp doc pn xleh nak sahkn lg.. dh pnuh 1 bdn. dlm mulut n bbr. nak mkn n tln air liur pn ssh. dari smlm sy x mkn pe2 lg ni. kalau akak tgk muka sy sure tkejut"

"tp sy pn xtau terlalu teruk ni. nk ckp pn xleh. arini je dh 2x doc amk drh.. dh le drh ssh nk amik.. kali ke4 baru dpt amk darah"
2nd sms - Selasa 10.3.2009

"Akak, sy kne hntr hsptl ipoh la.. kalau akak nk dtg tlg bawakn borg gl leh x? sy dh btmbh teruk. doc suspek ubt rhang yg sy mkn tu"
3rd mms - Rabu 11.3.2009

"Akak, sy dh tukar wad, wad pakar kulit. ni pic hari ni. sy mgkin mc lama.. kalau akak tgk sok lg tkjut. suspek doc pergigian tu bg ubt salah.. ubt rahang yg bnyk.. tu sbenonya ubt kejang otot.."
---------------

Petang smlm.. aku buat permohonan keluar daerah semasa waktu bekerja dan menggunakan kenderaan jabatan untuk pi melawat Sal. Kebetulan Dato YDP pun ada kat ofis.. aku tunjuk je la gambar2 Sal yang teruk gila ni. Terperanjat semua orang. Tak sangka sbb ari Jumaat minggu lepas before bercuti nampak dia elok sihat jer. Dato bg pelepasan tanpa banyak soal.

Tetiba ramai plak nak ikut. Tapi takkan nak tinggal keje begitu saja. Unit aku takpela... aku bos.. sukati aku la nk tutup bila nk bukak bila (ayat takbur disitu.. astaghfirullah al'azim).

Pukul4 kami berempat bersama Vasu si driver pun turun ke Hospital Ipoh. Aik mana datang staff aku lg sorang nih? Owh Pyan.. dia staff unit lain. Tapi suka menempel di unit aku yang ramai 'bunga' nih. Dia dah dpt kebenaran daripada bos dia ker? Huh! Lantak lah.. jadi apa2 sila bertanggungjawab sendiri ye..

Perjalanan ikut jalan Simpang Pulai. Sengaja aku duduk depan sebelah driver. Kereta 4wd tinggi dan ada cermin beso luas pemandangan. So insyaAllah aku tak kena pening yang dasyat semasa perjalanan jalan bengkang-bengkok nih. Petua aku sekiranya taknak pening mabuk kenderaan semasa turun-naik bukit Cameron Highlands ni ialah memandu sendiri. Hanya dengan memandu sendiri je baru aku tak mabuk gunung muntah2 sepanjang jalan. Hehehe.. sebenonya baru beberapa kali aku berani turun-naik Cameron ni tanpa memandu sendiri. Baru 2 kali aku tak pening dan mabuk gunung.

Sampai di Ipoh pukul530 petang. Sebbaik takde jammed yang melampau di Bandaraya Ipoh ni. Terus aje ke hospital. Dah turun kereta.. tetiba kami berempat tercangak2. Eh.. dia ddk wad berapa? Tingkat berapa?

Cadangan bernas daripada Rina.. "kita cari nama pesakit yg setiap wad la kak". Hoh!!! Okay gak tu.. ko pi tengok.. akak tunggu sini.. dah jumpa kang.. call..

Hahahaha... kitorang naik ke tingkat 1 wad 1B. Tanya dengan nurse disitu. Sebbaik dia tau orang yang kami cari. Dia kata dah tukar ke wad kulit. Tapi dimana wad kulit? Dia garu kepala..

"Meh akak lukis map"

Oyeahhh.. lukis punya lukis.. dekat sebelah wad bersalin.. ada selekoh.. dkt dgn homedelisis (betul ke ejaan? lantak lah.. janji paham).. wad kulit dekat2 situ bangunan 2 tingkat.

Pyan dengan kompidennya... "oooo wad bersalin tau la kat mana.. jommm.."

"woi.. dekat ke?"

"alaaaa dekat jer.. jalan kaki jer.."

Kitorang pun berbondong2 la mengekor si Pyan. Terlupa dekat driver nak ajak pi jengok Sal bersama. Sian Vasu ddk dalam kereta layan perasaan dgr lagu hindustan sorang2.

Jalan punya jalan.. haaaaaaaaaaa wad bersalin!! tapi mana bangunan 2 tingkat? Masuk wad bersalin dan bertanya lagi..

"Wad tu kat belakang.. kena jalan pusing.. lps tu pegi ke belakang sana.. dekat dengan asrama doktor"

Berjalan lagi.. hmmm horror juga hospital nih.. campuran bangunan lama dan baru.. jalan punya jalan sehingga ke hujung jalan.. haaaaaaaaaaaaaaa bangunan 2 tingkat..

Tapi.. tapi.. tak tulis pape pun? Jom pusing.. Owhh kena keluar pagar hospital dan masuk semula ikut pintu sana. Yeyyy akhirnya jumpa juga wad kulit.

Sesampai jer.. ada sorang pesakit pakai uniform hijau bertanya.. "Nak pi mana?"

Kitorang pun tunjuk ke kiri.. dah nampak signboard "WAD KULIT".

Makaihhhh.. memang terkejut ya amat tengok Sal dengan kulit melepuh gitu. Dia diasingkan daripada orang lain. Duduk dalam Bilik Isolation.
Tak sampai hati nak ambik gambar macam paparazzi. Member tu tengah sakit2 ko plak nak snap2 gambo dia. Gila ke apa? Kitorang bersembang rancak dengan mak dia la.. "makcik ni bosan ni.." aku ckp dalam hati. Layan jer lah..

Tengah sedap sembang.. ada 2 nurse masuk.. siap pakai mask tutup hidung dan mulut. "Minta maaf.. kami nak dressing".. kitorang pun beransur keluar dari bilik tu. Tunggu kat luar. Nak balik tapi blom salam mak Sal lagi. Takpelah.. tunggu jer lah.

Huwaaaa.. cuak gak bila dgr Sal duk jerit2 sakit kat dalam tu. Bila nurse dah keluar.. mak dia ckp.. nurse tu pecahkan gelembung2 air tu. Aiyohhhh... sangat sakit woo...

Ada sorang staff nurse ni datang tegur kitorang.. dia kata jangan masuk ramai2 sangat. Ada sebab kitorang asingkan dia. Badan dia lemah.. kulit dah expose. Dia senang kena serangan kuman daripada kita orang luar nih. Kita ni ada bawak banyak kuman. Tapi kita ni sihat.. bleh lawan. Tu pasal nurse tadi masuk pakai mask.

Terlongo kejap kitorang. Dia kata lagi.. toksah risau lah.. Sal stabil. Penyakit tu cuma ada kt surface jer. Kalau bengkak kat paru-paru atau organ dalaman lain barulah risau. Setakat ni okey. Jangan bimbang tak tentu pasal. Eh nurse ckp cam gitu ker? Hehe aku saje je tambah.

So lepas sembang gedebak-gedebuk dgn mak Sal.. kitorang pun mintak diri. Waktu melawat tamat pukul730.. tapi pukul750 baru kami keluar mencari jalan ke tempat parking semula.

Perjalanan pulang ke Cameron Highlands.. singgah di kedai makan (tu pun nak cerita ke? lantak lah..). Sampai CH jam dah pukul1030. Basuh muka, gosok gigi dan siap2 ape yg patut.. sms chenta b4 tido dan terus terlena.

Kesimpulan?
Kesimpulannya penyakit Sal menjadi teruk dengan sangat cepat. Ohya lupa nak tunjuk gambo dia tanpa penyakit kulit tersebut. Beza sangat kan? Memang rasa macam nak nangis. Semoga staff aku yg sorang ni cepat sembuh. Tabahkan hati dan minta maaf kalau ada salah silap atau tersinga lebih daripada yg sepatutnya.

Wednesday, March 11, 2009

Hari orang masuk hospital sedunia...!!

Isnin - 9 Mac 2009.. Hari orang masuk hospital sedunia...!!

Pukul 1126 pagi sms diterima. Sms daripada bit.
Alhamdulillah, Welcome anep jr on maulidur rasul. 8.13am, weight 3.3kg. We r safe n sound at kjmc room 311.
Aku yang sedang ber-ym dengan jurah baru je duk sebut2 bila la si bit nih nak meletop. Alih2 dapat sms. Akhirnya Bit selamat 'meletop'kan seorang baby boy. Alhamdulillah. Terus call Faze, tanya dia mau ikut pi visit the new born ke idak? So okay. Perancangannya.. lepas packing2 aku terus pi visit dan terus balik CH lah. Tetapi astro sungguh jahat. Bleh aku melepak dulu melangut depan tv. Jam dah kul12 baru terhegeh2 nak pack barang sumbat dalam kereta.

Tapi sesungguhkan masa sangat mencemburui saya.. maka aku tak jadi pi visit the new born. Maka terus saja menuju utara. Meskipun kenyang tapi tersinggah juga di Damansara Damai di McDonalds drivetruuuu.. Cittt..!!

Drive sambil mengunyah french fries terasa nikmat dunia. Singgah di RnR Rawang isi minyak. Dah sambung semula perjalanan. Hari nampaknya mendung beransur cerah. Eloklah. Letih tau drive di highway bertarung dengan hujan lebat yang selebat-lebatnya sambil cegil-cegil biji mata. Iskkk..

Exit di tol Tg.Malim... saja jer mengimbas nostalgia ikut jalan lama. Drive pun selo sepoi-sepoi bahasa jer. Perjalanan KL - CH selama 3 jam bleh jadi sampai 5 jam dibuatnya...!!! Wakakaka..!!!

Sampai di Tanah Rata jam lebih kurang pukul6. Selesai angkat barang2 dlm rumah dan parking kereta gila jauh di bawah bukit sinun.. hujan turun dengan lebatnya. Wahhh bleh tido dengan aman damai tenteram dan nyaman dalam penghawa dingin semulajadi malam nih.

Pukul 648 petang sms diterima. Sms daripada Sal.
Akak.. sy msk wad ni.. skang ada di Hsptl Tapah.
Erk!! Terasa masih ternampak2 di ruang mata signboard hospital tapah di persimpangan jalan persekutuan 59 yang menghubungkan Tapah - Cameron Highlands. Daripada smlm sal dah call dan sms mengadu sakit kuar bintik2 merah mcm demam campak.

So okay. Noted. Takde la bimbang mana sebab 5 bulan yang lepas aku dah mengalaminya. Memang tak best.. cuma hairan.. kenapa demam campak sampai kena tahan wad di hospital? Aku dulu cuma 2 minggu berkurung dirumah. hmmm.. sesuatu nih..

Pukul 1033 malam sms diterima. Sms daripada Faze.
Aku admit kjmc. Sakit sgt x tahan.
Hoh?? Faze pula masuk spital? Ape nih??? Tak sangka pula sampai masuk hospital. Aiyooooo!!! Memang dah 2-3 hari duk dengar Faze juga mengadu sakit. Katanya esok memang ada appointment dgn doctor di kjmc sbb dia mmg under treatment dgn doctor di sana. Baru jer bulan lepas didiagnos mempunyai penyakit yg sama mcm aku. Tapi aku tak pulak sakit seteruk ini. Huwaaaa takotnyaaaa!!!!!

Jadi macam mana? Hanya boleh berdoa dan berdoa kepada 3 org rakan yang sedang kesakitan ini diberi sembuh.. InsyaAllah aku akan kemaskini status mereka lagi..

Stop dulu.

Wednesday, March 4, 2009

Clarins Indulgence

Amcam? Lawa tak lepas mekap? Ni masa Clarins Indulgence kat Mid Valley hari sabtu lepas. Dorang ada cam promotion utk product baru yang snow lotus tuh. Di samping tu dorang buat la cam sesi makeover gitu la. Urut aromaterapi, manicure dan mekap. Ala free for clarins member.. aku join selamber jer la. Kalo bayo pikir2 gak lah.. kekekekeke...

Rompin

Minggu terakhir bulan Februari aku out station ke Rompin. 8 jam perjalanan dari Cameron Highlands ke Kuala Rompin. Sampai hari ni letih tak ilang lagi.

Perjalanannya okey jer. Ikut LPT keluar di exit Gambang. Ikut Jalan Negeri C3 across Pekan. Aku tak pernah sampai Bandar Pekan tu. Apatah lagi daerah Rompin. Kekekekeke... Atas nasihat kawan-kawan aku ikut jalan pantai ke Kuala Rompin. Dalam 2 jam la perjalanan dari Kuantan/Pekan. Sepanjang jalan sunyi jer hanya ditemani dj radio (bosan dgn cd collection sendiri) dan juga kera-kera di tepi jalan.Kak Yati cakap.. lepas jumpa simpang / signboard ke Summerset (yang dah nak terjun ke laut sbb hakisan tu) dan Lanjut Resort.. call dia. Tak lama lepas kedua-dua simpang / signboard tourist attraction tu.. akhirnya sampai juga aku di Kuala Rompin.
Bermalam di rumah Kak Yati di Sungai Puteri. Esoknya hadir meeting anjuran JPBD di pejabat Majlis Daerah Rompin. Tengah hari dapat makan udang galah which is trademark daerah Rompin. Sedap sangat makan sampai tak ingat nak snap gambar. Kekekeke..

Is This LOVE?

Aku dapat offline from my chenta. Dia bagi link videoclip kat youtube. Jom tengok bidio dan hayati liriknya... auwww..



White Snake - Is This Love

I should have known better
Than to let you go alone
It's times like these
I can't make it on my own
Wasted days, and sleepless nights
An' I can't wait to see you again

I find I spend my time
Waiting on your call
How can I tell you, babe
My back's against the wall
I need you by my side
To tell me it's alright
Cos I don't think I can take anymore

Is this love that I'm feeling
Is this the love that I've been searching for
Is this love or am I dreaming
This must be love
Cos it's really got a hold on me
A hold on me

I can't stop the feeling
I've been this way before
But, with you I've found the key
To open any door
I can feel my love for you
Growing stronger day by day
An' I can't wait to see you again
So I can hold you in my arms

Is this love that I'm feeling
Is this the love that I've been searching for
Is this love or am I dreaming
This must be love
Cos it's really got a hold on me
A hold on me

Is this love that I'm feeling
Is this the love that I've been searching for
Is this love or am I dreaming
Uih.. bleh tahan jiwang rock btul chenta aku nih. Kehkehkeh..