Friday, June 15, 2007

hidup berdua tak seronok?

Dah setahun dia bergelar isteri. Suaminya pun aku kenal.. kawan sekelas kami. Bukan aku tak suka dia atau nak memburukkan dia. Sebenarnya kami agak rapat juga. Masa aku frust menonggeng dulu.. dia jugak la tempat luahan perasaan. Dulu² masa time belajar aku selalu pergi kat tempat dia.. bersembang berjam².

Sejak berkahwin mereka suami-isteri duduk berasingan kerana tuntutan kerja. Sorang di utara sorang di selatan. Alaa perkahwinan jarak jauh ni dah semakin boleh diterima masyarakat. Ramai juga kenalan aku yang dah kahwin tapi ddk berasingan mcm ni. Pendapat aku? Hmmm.. kalau pada pendapat aku yang bujangan nih.. takde masalah la kot kalau pasangan² ni nak duduk jejauh pun.. asalkan dorang happy. Sebulan sekali berjumpa.. nak melampiaskan rindu didada pun takde masalah nak bergaduh dgn hukum dan larangan agama. Semuanya dijamin halal. Hehehe..

Setahun dia duduk berjauhan dari suami. Sekali sekala mereka bersama² pergi interbiu kerja. Untung² dua² diterima bekerja di tempat yang sama. Malangnya masih belom berhasil. Jika ditanya, dia mmg tidak kisah kalau duduk berjauhan dengan suami tercinta. Tapi sampai bila? Perihatin dengan masalah mereka, aku rekomen dia berkerja di KL. Kebetulan suaminya juga diterima bekerja di KL juga walau tidak sama tempatnya. Beberapa bulan kemudian alhamdulillah mereka berdua selamat menjalani rukun rumahtangga berdua dengan aman bahagia hendaknya.

Sampai satu ketika aku berjumpa dengan dia. Berbuallah kami.. bertanya kabar dan update berita² terkini mengenai kawan² kami. Aku bertanyakan perkembangan dia dengan hidup baru dan kerja barunya. Alhamdulillah.. dia gembira dengan tempat kerja barunya. Tapi gembira di wajah bertuka rupa bila sebaris ayat ini keluar dari mulut dia "Lebih seronok hidup seorang daripada berdua". Terperanjatnya aku tak terkata. Melongo aku seketika.

"Seronoknya jadi macam ko.. stay single je la weh. takyah la kawin-kawin ni.. bukannya best pun mcm yg org duk ckp².. kalau aku ada anak nanti.. aku nak ajar dia takyah kahwin.. menyusahkan aje".. dia menambah. Aku istighfar dalam hati sambil pandang tak percaya. Astaghfirullah!!!! Kenapa sampai begitu sinis sekali dia pada institusi perkahwinan yang dibina atas dasar cinta?

Hairannya aku tak terhingga...

No comments: