Hari ni Khamis terakhir bagi progress meeting untuk projek Seberang Perai Tengah ni. Lepas ni aku ada 4-5 minggu lagi nak finalise DRT at EVERY level. Masak!! Cerita pasal road network pun tak abis².. tu belum masuk bab traffic management pusat bandar dengan public transport network. Adeh!!
Semalam aku lepak² tepi jalan depan Hospital Sungai Buloh. Lepak sesaja? Nope! Ni lepak berbayar beb.. kekekekekek lepak sambil kira kereta. Bosan toksah cerita lah sebab kat situ bukannya heavy traffic. ipod plak bateri weak. Pagi tadi belom pukul6 gelap subuh aku dah keluar rumah, target nak sampai site before pukul7. Traffic count survey nih actually ada 3 session ikut peak hour. Pagi pukul7-10. Tengah hari pukul12-2. Petang pukul4-7. Tapi lately selalu skip tengah hari session. Ikut site juga la sbb dalam berpuluh traffic count survey yang aku buat.. peak hournya still pagi dgn petang aje. Tgh hari tu tak jammed pun.
Lepas settle sesi pagi.. balik opis. Singgah Jejantas Sg.Buloh. Along and family nak pegi holiday kat Bukit Merah Laketown Resort. Abah dan mummy pun ikut! Aku je tak dapek nak join. Byk kerja la lately.. walaupun mmg teringin gila nak ikot since aku tak pernah pegi lg Bukit Merah tu. Uwaa.. Ampessss...
Ok. Tu cerita semalam. Ni cerita hari ni. Tadikan aku pegi meeting kat JRS. Kak Lia, Sya dgn Zul ckp SPA dah keluar list yang layak ditemuduga. Haaa aiyok!! Aku ada gak apply. Huhuhu.. sampai ofis.. aku siapkan proposal utk PKNS dgn PHBB dulu. Pastu baru check website SPA. Haa.. aku interview minggu depan 21 haribulan. Isk.. risau pulak tali perot aku nih sbb aku mmg tak suka pegi interbiu (tp dulu masa nak masuk kerja sini okey je ek? hahaha). Jadi tunggu je la ape nak jadi minggu depan. Doakan aku berjaya diinterbiu ek.
Persoalannya, serius ke aku nak tukar kerja? Bleh ke aku serasi jadi Pegawai Kerajaan? Time² macam gini aku rindu sangat kat arwah mak. Kalau dia ada lagi sure macam² nasihat dia bleh bg untuk mententeramkan jiwa raga aku yg kacau bilau nih. Memang dari kecik aku phobia dengan interbiu. Atau sebenonya cpt lemah semangat.. tak yakin diri sendiri. Huh dah tua bangka gini pun tak yakin² lagi. Nak jadi ape ntah... adeh semangat.. pulanglahhhhh!!!!!!!
No comments:
Post a Comment