Monday, June 25, 2007

agnEs m0nica livE in KL

Meh baca Utusanonline hari nih...

Agnes Monica konsert hebat, penonton kurang
Oleh Nor Fadzilah Baharudin

SEAKAN ada yang tidak kena, apabila menyaksikan konsert penyanyi jelita seberang, Agnes Monica yang diadakan di Stadium Negara, Kuala Lumpur, malam Sabtu lalu.

Jika sebelum ini konsert artis-artis seberang pastinya mendapat sambutan, namun konsert anjuran Trophic Jaya Entertainment ini hanya dihadiri hampir 3,000 penonton sahaja.

Memang macam tidak percaya dengan situasi tersebut. Namun setelah sejam dihiburkan dengan persembahan artis-artis undangan seperti Karen Kong dengan lagu Bintang, Cheryl Samad (Tiada Lagi Rahsia), Dia Fadilla (Na Na Kataku) dan Imran Ajmain (Kata Orang), keadaan stadium masih tidak berubah.

Hinggalah si cantik jelita ini muncul tepat pukul 9.30 malam, suasana stadium masih juga lenggang.

Persoalan yang timbul, adakah kerana harga tiket yang dikenakan iaitu
antara RM35 sehingga RM135 menjadi penyebab khalayak tidak mahu hadir menonton persembahan Agnes? Atau Agnes masih tidak cukup popular di sini? Senang cakap hanya beberapa sahaja lagunya yang diketahui khalayak negara ini seperti Bilang Saja, Tak Ada Logika dan Ku Tlah Jatuh Cinta.

Mungkin kerana itu, ruang hadapan pentas hanya dipenuhi oleh 'mamat-mamat Indon' yang begitu teruja menantikan kemunculan artis negara mereka. Jika tiada mereka, besar kemungkinan bertambah lengang lagilah stadium tersebut.

Namun Agnes Monica menafikan perkara tersebut sekeras-kerasnya.

“Saya tak kisah siapa saja yang datang menonton konsert saya, sama ada peminat dari negara saya ataupun peminat Malaysia. Yang penting mereka hadir untuk berhibur dan mendengar muzik. Susah untuk saya meneka berapa ramai yang datang tapi saya yakin ramai juga warga Malaysia yang datang. Kerana saya mempunyai jurugambar sendiri dan mereka telah mewawancara beberapa peminat yang datang dan kesemuanya warga Malaysia,“ kata Agnes ketika ditemui selepas konsert Agnes Monica Live in Kuala Lumpur.

Sambil menafikan popularitinya di Malaysia tidak segah mana, Agnes berkata, “Saya tak tahu mengapa ini berlaku. Tapi mungkin juga kerana ada beberapa faktor lain. Rakan saya sendiri ada memberitahu saya yang album saya cukup susah untuk didapati di sini.”

Tidak cukup dengan itu, ketika konsert berlangsung, puas Agnes mengajak peminat menyanyi bersamanya. Tetapi tidak ramai yang mengikut permintaannya.

“Mereka tidak menyanyi bersama saya mungkin kerana mereka tak tahu lagu saya. Tapi saya lihat mereka enjoy dengan persembahan saya, itu yang penting. Kerana sepanjang konsert, aksi spontan itu yang penting dan saya lihat mereka terhibur dan mengikut segala aksi spontan saya. Apa pun saya anggap semua ini satu proses pembelajaran,” katanya.

Agnes hebat

Biarpun kedatangan peminat tidak sehebat mana, namun pujian patut diberikan kepada penyanyi berusia 21 tahun ini.

Dua jam menyanyi dan menari dipentas, bukan satu perkara mudah. Tetapi penyanyi ini berjaya membuktikan kehebatannya.

Tampil mengadakan persembahan bersama band iringannya, Innocent serta 12 penari, Agnes membuka tirai konsert dengan lagu berhantunya Bilang Saja. Persembahannya memang menakjubkan. Tarian dan nyanyian disatukan dalam satu pentas yang cukup menghiburkan. Membahagikan persembahannya kepada tiga segmen iaitu R&B, Balada dan Rock, ternyata peminat yang hadir kadang kala tenggelam timbul dengan mood masing-masing.

Ini kerana ramai yang seakan-akan tidak mengetahui lagu-lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi itu. Menyanyikan hampir 20 buah lagu antaranya Ku Disini, Tanpa Kekasih, Malu Tapi Mahu, Tak Bisa dan Pernikahan Dini, ramai peminat hanya memberi respons ketika Agnes menyanyikan lagu-lagu berentak rancak berbanding lagu-lagu balada.

Cuma dia bijak menggunakan strategi membuka dan menutup tirai konsert dengan lagu popularnya. Jika pembukaan dia memilih lagu Bilang Saja, penutup konsert, dia memilih untuk menyanyikan lagu Tak Ada Logika.

Kecoh sepanjang konsert

Sepanjang konsert berlangsung pastinya ada juga anasir-anasir yang mengganggu perjalanan konsert.

Dua perkara yang berlaku ketika konsert iaitu sedikit pergaduhan di antara penonton yang berada di hadapan pentas. Pihak keselamatan terpaksa masuk campur dan menghalau mereka.Tidak cukup dengan itu, ketika konsert berlangsung, tiba-tiba sekumpulan peminat menyerbu masuk ke dalam stadium bagai anak-anak ayam terlepas reban.

Mungkin itulah penangan Agnes Monica sehinggakan ada peminatnya sanggup menceroboh untuk menyaksikan konsertnya.



Dalam pada takde duit ni berjaya jugak aku ke konsert julung kali Agnes Monica kat Malaysia. Takde la excited macam pegi konsert² yang ada Dewa. hehehe... sesampai stadium negara (actually tersilap parking kat stadium merdeka.. isk ddk kl bertahun² pun bleh kompius stadium negara dgn stadium merdeka.. haiii dunia... dunia..) mmg lengang takde ramai org. Tak macam konsert Peterpan dulu.. gila sesak dgn umat.

Aku, bye dan tunangannya beli tiket RM35. Free standing kat atassssss sekali. Tercangak² juga sbb first time masuk stadium negara. ekekekekek..

Time Agnes keluar perform ada org annouce suruh org yg free standing kat atas (tiket murah) join org yg free standing kt depan stage atau penuhkan tempat kosong kat numbered seats (tiket mahal). Aku and geng turun sampai numbered seats jer. Malas nak join crowd yang terkinja² kat depan stage tu. Agnes perform mmg superb la walaupun sound system dia takde la best gila.. kadang² dengar muzik kuat gila dari mic. Abeh tenggelam suara. Kagum juga la tgk dia menari² nyanyi² dgn mantap sekali. Satu lg yg aku perasan... Agnes salin 3 baju sepanjang konsert... dan semuanya SOPAN gila kalau nak banding dgn Agnes yg dalam bidioklip2 dia tu la.. Bagus la.. at least dia buat homework dan hormat dgn cara berpakaian masyarakat melayu Malaysia walaupun ramai org melayu Malaysia sendiri yang berpakaian dedah sana sini.

Keseluruhannya ok la.. aku bagi 3 stars... sbb mamat indon sebelah aku dengan depan aku tu tak henti² isap rokok kretek. Sampaikan terpaksa kipas² asap tu dengan tiket. Tapi dorang buat bodooo jer. Malas aku nak tego. Kang pape jadi susah plak.

Konsert abeh kul11 lebih. Pukul11.30 kut. Lapo beb.. singgah suzy's corner makan roti nan. Nampak si Zizi ERA tuh. Oooo panjang rambut dia rupanya. Pukul12 lebih aku dah sampai rumah. Letih.. letih...

No comments: