Thursday, June 21, 2007

Interview SPA

Pukul5 pagi aku dah bangun... bunyi alarm clock aku set kat henpon. Ngantuknya.. berat mata nak bukak. Pukul6 baru gerak dari katil.. eheheheh tu pasal kunci jam sejam lebih awal. Punya la lama nak amik masa bangun dari katil. Baju ngan tudung aku dah gosok mlm tadi. So takde rushing sangat. Mandi, solat, siap².. belom pukul7 aku dah on the way ke SPA Jalan Cenderasari. Ikut Jalan Loke Yew, lalu Istana, pusing kat Muzium Negara pastu masuk Jalan Tugu kat bulatan KTM tu. Pukul7.40 gak la baru sampai. Nasib baik la still ada parking dekat satu kawasan lapang kecik dekat SPA tu. Takyah la aku parking jejauh kat depan klinik tu.. hehehe..

Naik tingkat 2.. register. Huhu ramai gak muka² familiar yang aku jumpa. Sembang² pape patut. Lama juga nak tunggu dia panggil lagi sekali dan bagi nombor giliran. Ada 3 bilik temuduga yang disediakan dengan tiap2 bilik ada 2 panel penemuduga. Hehehe.. mmg awal² aku dah dengar khabar penemuduga nnti orang JPBD dgn KPKT shj. yeahuuu.. lega sket tali perot aku nih.

Dah dapat nombor giliran naik tingkat3. Aku orang kelima ditemuduga dalam Bilik J. Bilik K salah sorang panelnya Tuan Haji Isa, Pengarah Perancang MPSJ. Jarang ada kupu² masuk dalam badan aku nih... tapi buat muka macho je la sepanjang masa. Hehehe.. setiap kali orang yang dah selesai temuduga dari ketiga² bilik.. kena serbu.. tak kisah la kenal ke tidak... tanya jer.. "ape cerita org di dlm? ok? ape dia tanya?"

Semuanya keluar.. ckp benda yang sama.. iaitu soalan² berkenaan OSC dan kesanggupan diposting ke pedalaman. Nasib baik dalam masa 3 hari ni aku mmg study gegila pasal OSC nih. Alhamdulillah.. sket sbyk ada la jugak gambaran ape sebenarnya OSC tuh.

Sampai giliran aku, dah takde rasa kupu² dalam perot dah. Rilek aje. Mula² dia suruh perkenal diri dan cerita pasal latar belakang sendiri. Pastu soalan yang pertama dia tanya "Berapa gaji awak sebulan?"... "Lebih kurang je dgn gaji permulaan J41... sanggup ke berhenti kerja dan berkhidmat dgn kerajaan?".. "Awak tau tak gaji permulaan J41 ni berapa?". Haaaaa.. jawabbbb!!!

Antara soklan² lain.. dia tanya pasal punca² banjir kilat di Lembah Klang dengan pemahaman sendiri mengenai OSC... keseluruhannya tak byk soklan² teknikal yang disoal.. kebanyakkan soalan² saiko je yg ditanya. Kepada kengkawan yang sama turut layak ditemuduga.. sesak napas aku dah lepas.. ni giliran korang pulak. muahahahaha... best of luck my fren..!!

===============

Update 3 July 2009

Since ramai yg search mcm mana nak gi SPA Jalan Cenderasari.. aku rasa terpanggil nak update entry nih. Aku tatau korang sume dari mana... tetapi secara general.. landmark untuk ke SPA Jalan Cenderasari adalah Masjid Negara. Ikut jalan kecik sebelah kanan Masjid Negara tu pun korang bleh sampai ke tempat yg dituju. Adalah signboard SPA kat situ tapi kena jegil bijik mata sket la sbb signboard dia agak kecik pada pendapatan aku. Tatau la mebi sbb mata aku rabun dan mata korang terang.. harap2 aku membantu memana yg patut..

So.. still tatau camne nak kesana? Sila tanya di ruangan komen. Malu bertanya sesat jalan tau ;) anyway.. selamat berinterbiu.. aku dah lepas.. giliran korang plak ek.. gudlak :D

2 comments:

jasmine0981 said...

Salam. Untuk senang ke spa, mana agaknya hotel paling dekat. Takut lambat smpai je:-)

Anonymous said...

12jun sy akan pergi intrview kt spa jln cenderasari..ase berdabar ble bca blik post sis..msa blas comment ni mgkin sis sdah sukses dlm kje trsebut..hrap dpt intrview ngan baik..