Saturday, March 28, 2009

Earth Hour

Tak pasti bila promotion about earth hour nih melanda Malaysia. Rasanya daripada 2-3 minggu lepas kalau tak salah. Pada sapa yang tatau earth hour tu apa.. sila google sendiri. Ini bukan blog yg ada segala mcm maklumat yang korang nak baca. Cuma ayat-ayat merapu dan merepek dan kisah aktiviti harian aku jer. Tak penting untuk dibaca pun... tapi kalo sudi nak baca.. sukatilah. Takde sape yg paksa.

So.. kita cite pasal ape td? Haaa earth hour.. Kalo ikut ads kat tv3 td, depa kata earth hour ni mula2 start kat tahun 2007 kat Australia. Lelama berjangkit. Tahun lepas.. makin ramai plak yg join.

Landmark2 kat dunia ni kebanyakkannya join tahun lepas. So tahun ni Malaysia pun mo joinlah. Curios juga mo tau kalo KLCC padam.. ape cite? Tapi disebabkan mood tak berapa nak elok.. maka earth hour dipraktik di rumah sahaja.

Jiran-jiran kebanykkannya keluar. Maybe depa pi bukit permai atau menara tinjau Ampang kut nak tgk pemandangan KL bergelap dari jauh. Huhuhu mesti menarik kan..

Di rumah.. orang yang paling kecoh sekali ialah Irfan dan Danish. Kahkahkah! Bising mulut bertanya kenapa kena tutup lampu? Kita pasang lilin pulak ker. Lilin tu kecik. Api dia panas. Tah ape menda ntah lagi yg dicecehkan budak dua orang tuh. Kadang2 tak paham. Aku main iyakan aje.

"Danish sedang hairan bila lilin semakin cair dan pendek"

Along kat kedai Dal duk telefon. Tesco Ampang dah bergelap!! Bangunan2 kat KL pun mula bergelap. Hahaha kekaguman terserlah dr nada suaranya. Tapi nape lampu jalan still on? Ape la kerajaan tak support.

Ye ke? Bukan ke lampu jln tu pakai fius.. dia tak pakai suis.. camne nk off? Kahkahkah.. tataulah.. nnti kena tanya TNB.

Sejam rumah kami bergelap. Tapi tv tetap on. Kahkahkah! Takda pape yang aneh berlaku selama sejam tersebut. Happy earth Hour everyone!!! Tahun depan kita join lagi ok ;)

2 comments:

Aku said...

ada berlaku kes curik/rompak tak time gegelap tu?? hahahahhaaa

cik-zura said...

tatau plak... tak kedengaran di mana-mana.. huhuhu..

ada ker?