Thursday, March 12, 2009

Rasa macam nak nangis..

Pagi semalam dapat mms lagi daripada Sal. Keadaan dia semakin teruk. Sakit yang disangka demam campak dah jadi penyakit lain... Mari tengok daripada mula..

1st mms - Isnin 9.3.2009

"Akak tgk bbir sy ngeri kn.. kat bdn sy pnuh. kat dpn ktil sy ni plak de org tgh nazak"

"ade yh ckp dmm campak tp doc pn xleh nak sahkn lg.. dh pnuh 1 bdn. dlm mulut n bbr. nak mkn n tln air liur pn ssh. dari smlm sy x mkn pe2 lg ni. kalau akak tgk muka sy sure tkejut"

"tp sy pn xtau terlalu teruk ni. nk ckp pn xleh. arini je dh 2x doc amk drh.. dh le drh ssh nk amik.. kali ke4 baru dpt amk darah"
2nd sms - Selasa 10.3.2009

"Akak, sy kne hntr hsptl ipoh la.. kalau akak nk dtg tlg bawakn borg gl leh x? sy dh btmbh teruk. doc suspek ubt rhang yg sy mkn tu"
3rd mms - Rabu 11.3.2009

"Akak, sy dh tukar wad, wad pakar kulit. ni pic hari ni. sy mgkin mc lama.. kalau akak tgk sok lg tkjut. suspek doc pergigian tu bg ubt salah.. ubt rahang yg bnyk.. tu sbenonya ubt kejang otot.."
---------------

Petang smlm.. aku buat permohonan keluar daerah semasa waktu bekerja dan menggunakan kenderaan jabatan untuk pi melawat Sal. Kebetulan Dato YDP pun ada kat ofis.. aku tunjuk je la gambar2 Sal yang teruk gila ni. Terperanjat semua orang. Tak sangka sbb ari Jumaat minggu lepas before bercuti nampak dia elok sihat jer. Dato bg pelepasan tanpa banyak soal.

Tetiba ramai plak nak ikut. Tapi takkan nak tinggal keje begitu saja. Unit aku takpela... aku bos.. sukati aku la nk tutup bila nk bukak bila (ayat takbur disitu.. astaghfirullah al'azim).

Pukul4 kami berempat bersama Vasu si driver pun turun ke Hospital Ipoh. Aik mana datang staff aku lg sorang nih? Owh Pyan.. dia staff unit lain. Tapi suka menempel di unit aku yang ramai 'bunga' nih. Dia dah dpt kebenaran daripada bos dia ker? Huh! Lantak lah.. jadi apa2 sila bertanggungjawab sendiri ye..

Perjalanan ikut jalan Simpang Pulai. Sengaja aku duduk depan sebelah driver. Kereta 4wd tinggi dan ada cermin beso luas pemandangan. So insyaAllah aku tak kena pening yang dasyat semasa perjalanan jalan bengkang-bengkok nih. Petua aku sekiranya taknak pening mabuk kenderaan semasa turun-naik bukit Cameron Highlands ni ialah memandu sendiri. Hanya dengan memandu sendiri je baru aku tak mabuk gunung muntah2 sepanjang jalan. Hehehe.. sebenonya baru beberapa kali aku berani turun-naik Cameron ni tanpa memandu sendiri. Baru 2 kali aku tak pening dan mabuk gunung.

Sampai di Ipoh pukul530 petang. Sebbaik takde jammed yang melampau di Bandaraya Ipoh ni. Terus aje ke hospital. Dah turun kereta.. tetiba kami berempat tercangak2. Eh.. dia ddk wad berapa? Tingkat berapa?

Cadangan bernas daripada Rina.. "kita cari nama pesakit yg setiap wad la kak". Hoh!!! Okay gak tu.. ko pi tengok.. akak tunggu sini.. dah jumpa kang.. call..

Hahahaha... kitorang naik ke tingkat 1 wad 1B. Tanya dengan nurse disitu. Sebbaik dia tau orang yang kami cari. Dia kata dah tukar ke wad kulit. Tapi dimana wad kulit? Dia garu kepala..

"Meh akak lukis map"

Oyeahhh.. lukis punya lukis.. dekat sebelah wad bersalin.. ada selekoh.. dkt dgn homedelisis (betul ke ejaan? lantak lah.. janji paham).. wad kulit dekat2 situ bangunan 2 tingkat.

Pyan dengan kompidennya... "oooo wad bersalin tau la kat mana.. jommm.."

"woi.. dekat ke?"

"alaaaa dekat jer.. jalan kaki jer.."

Kitorang pun berbondong2 la mengekor si Pyan. Terlupa dekat driver nak ajak pi jengok Sal bersama. Sian Vasu ddk dalam kereta layan perasaan dgr lagu hindustan sorang2.

Jalan punya jalan.. haaaaaaaaaaa wad bersalin!! tapi mana bangunan 2 tingkat? Masuk wad bersalin dan bertanya lagi..

"Wad tu kat belakang.. kena jalan pusing.. lps tu pegi ke belakang sana.. dekat dengan asrama doktor"

Berjalan lagi.. hmmm horror juga hospital nih.. campuran bangunan lama dan baru.. jalan punya jalan sehingga ke hujung jalan.. haaaaaaaaaaaaaaa bangunan 2 tingkat..

Tapi.. tapi.. tak tulis pape pun? Jom pusing.. Owhh kena keluar pagar hospital dan masuk semula ikut pintu sana. Yeyyy akhirnya jumpa juga wad kulit.

Sesampai jer.. ada sorang pesakit pakai uniform hijau bertanya.. "Nak pi mana?"

Kitorang pun tunjuk ke kiri.. dah nampak signboard "WAD KULIT".

Makaihhhh.. memang terkejut ya amat tengok Sal dengan kulit melepuh gitu. Dia diasingkan daripada orang lain. Duduk dalam Bilik Isolation.
Tak sampai hati nak ambik gambar macam paparazzi. Member tu tengah sakit2 ko plak nak snap2 gambo dia. Gila ke apa? Kitorang bersembang rancak dengan mak dia la.. "makcik ni bosan ni.." aku ckp dalam hati. Layan jer lah..

Tengah sedap sembang.. ada 2 nurse masuk.. siap pakai mask tutup hidung dan mulut. "Minta maaf.. kami nak dressing".. kitorang pun beransur keluar dari bilik tu. Tunggu kat luar. Nak balik tapi blom salam mak Sal lagi. Takpelah.. tunggu jer lah.

Huwaaaa.. cuak gak bila dgr Sal duk jerit2 sakit kat dalam tu. Bila nurse dah keluar.. mak dia ckp.. nurse tu pecahkan gelembung2 air tu. Aiyohhhh... sangat sakit woo...

Ada sorang staff nurse ni datang tegur kitorang.. dia kata jangan masuk ramai2 sangat. Ada sebab kitorang asingkan dia. Badan dia lemah.. kulit dah expose. Dia senang kena serangan kuman daripada kita orang luar nih. Kita ni ada bawak banyak kuman. Tapi kita ni sihat.. bleh lawan. Tu pasal nurse tadi masuk pakai mask.

Terlongo kejap kitorang. Dia kata lagi.. toksah risau lah.. Sal stabil. Penyakit tu cuma ada kt surface jer. Kalau bengkak kat paru-paru atau organ dalaman lain barulah risau. Setakat ni okey. Jangan bimbang tak tentu pasal. Eh nurse ckp cam gitu ker? Hehe aku saje je tambah.

So lepas sembang gedebak-gedebuk dgn mak Sal.. kitorang pun mintak diri. Waktu melawat tamat pukul730.. tapi pukul750 baru kami keluar mencari jalan ke tempat parking semula.

Perjalanan pulang ke Cameron Highlands.. singgah di kedai makan (tu pun nak cerita ke? lantak lah..). Sampai CH jam dah pukul1030. Basuh muka, gosok gigi dan siap2 ape yg patut.. sms chenta b4 tido dan terus terlena.

Kesimpulan?
Kesimpulannya penyakit Sal menjadi teruk dengan sangat cepat. Ohya lupa nak tunjuk gambo dia tanpa penyakit kulit tersebut. Beza sangat kan? Memang rasa macam nak nangis. Semoga staff aku yg sorang ni cepat sembuh. Tabahkan hati dan minta maaf kalau ada salah silap atau tersinga lebih daripada yg sepatutnya.

7 comments:

Muzik Hati said...

semoga dia cepat sembuh...

(ngeri sehhh tgk... meremang bulu roma aku 1 badan)

cik-zura said...

ko baru tgk gambo dah meremang.. aku tgk dpn mata rasa cam nk nangis ko tau.. :(

Anonymous said...

I came across your blog and I can't help feeling sad when I looked at her pic. I wish her a really really speedy recovery.

Amin.

jijah montel said...

kesiannya..

dia kena sakit ape sebenarnya ni..
moga2 dia cepat sembuh..

by the way mai.. sok aku naik CH.. nak gi merisik gf adik ipar aku.. aku masuk kut kelantan.. tanah merah.. tido semalam sana..

Anonymous said...

kawan aku penah kena similar symptom mcm ni sebab doc kasi salah ubat n dia allergic ubat tu tapi lagi teruk condition dia sampai doc tatau nak buat apa dah. tapi alhamdulillah dia recovered.

cik-zura said...

lisz!!! ko nak mai ch esok? aku ada kat kl nih. kah kah kah.. esom baru balik ch :D ngeeee.. ptg2 bleh la jumpa ko kut..

cik-zura said...

eh bleh recover ka? insyaAllah.. harapnya staf aku ni pun bleh recover lah.. sbb doctor ckp orgam dlm tak kena pape.. kat kulit luar jer jadi gitu.