Selamat Ulangtahun Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-52....
Tahun kedua hari kemerdekaan kita disambut pada bulan puasa. Jika tahun lepas aku mengelat dengan tidak menghadiri perhimpunan dan sambutan kemerdekaan peringkat daerah, sama juga juga dengan tahun ini.
Bukan bermaksud tidak bersemangat patriotik. Cuma dirasakan keperluan meluangkan masa di rumah bersama keluarga adalah lebih bermakna. Tidak kira dimana sahaja sambutannya, asalkan intipati masih berada di dalam jiwa raga.
Ya. Saya anak Malaysia. Berbangga menyarung kasut jenama Bata. Malah tidak pernah menyarung mahupun membeli seluar jeans berjenama. Owh... mungkin sahaja aku ini buta fesyen. Atau kedekut pahit. Atau apa sahaja. Aku sendiri tidak tahu kenapa. Mungkin masih mengharapkan body akan kembali slim seperti dahulu kala (dream on!!!) owh harapan masih ada. Produk anak tempatan sudah berada di pasaran untuk dicuba keberkesanannya. Antara mahu dengan tidak sahaja.
Jadi apa erti kemerdekaan pada anda? Hmmm.. apa pula konsep 1Malaysia? Ahhaaa.. sila google dilain blog yg lebih mesra pembaca dan lebih berinfomasi. Terima kasih.
Sebelum merepek lebih dasyat, sila jawab pertanyaan ini. Apakah aktiviti anda sepanjang hari minggu yg indah ini? (indah laaa sbb cuti.. takyah kerja...)
Sabtu - Aku hanya melepak2 dirumah menyakat Aqil seadanya. Menlaundy kain baju yang diangkut dari tanah tinggi. Sengaja tidak menlaundry disana. Biar aku menlaundry di KL kerana sekejapan sudah kering berbanding di tanah tinggi sana yang 2-3 hari baru terhegeh2 nak kering kain baju guwe. Petangnya kami beramai2 ke rumah abah di Bandar Tasik Permaisuri yang sekangkang gajah jauhnya. Pertama kali berbuka bersama keluarga pada Ramadhan tahun ini. Mummy menghidang nasi briyani instant yang sedap penuh dengan biji gajus dan kismis (dah namanya masak sendiri.. campak gajus dan kismis sesedap rasalaaahhhh...) bersama kari yogurt kambing serta udang sambal petai. Dilawankan lagi bersama ayam golek yang dibeli di pasar ramadhan berdekatan. Harganya murah RM1 daripada harga ayam golek yang sama di Cameron Highlands. Hmmm...
Ahad - Menunaikan kewajipan kepada diri sendiri dengan facial appointment di Mid Valley. Semasa sampai masih belum ramai org. Ingatkan kurang sedikit manusia sbb mereka semua pulang ke kampung halaman. Sangkaan ku meleset sbb kemain ramai manusia menyerbu Mid Valley. Mungkin sahaja kerana baru dapat gaji? Hehehe.. Oyya.. diberitakan my beautician akan berhenti kerja tidak lama lagi (starting from October). Dia akan buat freelance pulak lepas ni. So memandangkan hari ni adalah pakej aku yg terakhir (masih boleh renew pakej sebenarnya) tapi aku tak renew. Dalam hati dah simpan hajat nak tukar beautician pulak. Kabarnya facial di Origins juga bagus ya? Hmmm... Faze!!!!!
Isnin - Aku melayan 'kebun sayur' di facebook seperti biasa sebelum bergegas ke rumah cik puan Tailor. Kabarnya trip kain baju aku kali ini adalah yang terakhir dalam simpanannya. Memang resminya aku akan membeli kain pasang sehingga 10-12 pasang untuk dihantar sekaligus. Kalau cik puan tailor siapkan baju kurung aku sepasang sebulan, bermakna aku boleh berbaju baru sebulan sekali juga ;) smart girl eh? Walaubagaimanapun, sehingga ke hari ini aku masih belum berkesempatan untuk mengumpul kain pasang berhelai2 untuk dijahit. Hajat dihati nak ke Nilai 3. Tapi hajat cuma tinggal hajat. Selepas dibebel oleh cik puan tailor maka aku ke Carrefour Wangsamaju. Memang pun nak ke sana membeli groceries untuk dibawa balik ke tanah tinggi esok. Sedang eloklah aku singgah ke nagoya seketika. Tapi kesuntukan masa dan mmg resmi tak pandai memilih kain pasang. Selalunya kak long atau faze akan ikut aku time shopping kain ela. Hentam ajelah. Sudahnya aku membeli 2 pasang kain sahaja. Tak sempat pun nak menjajah melihat2 baju kurung siap yg melambak2 di sekeliling carrefour tersebut. Tak mengapa.. diharap ujung minggu ini aku boleh balik KL lagi sempena public holiday Nuzul Quran pulak.
Jadi itu sahaja aktiviti aku selama 3 hari di tanah rendah ini. Memang tak banyak aktiviti sbbnya:-
1. Letih. Letih memandu. Letih bekerja. Letih melayan anak buah yang akan ulang 20 kali setiap ayat yang dia cakap. Letih menlaundry baju yg maha banyak. bla bla bla bla..
2. Rehat. Dan takde la ketiduran di waktu siang dengan amat dasyat sejak tua menjelang bangka nih. Cuma bersantai dibilik dan melayan 'chenta' yang masih lagi tak tido2 di sana. Ntah ape dibuatnya ntah kat sana. Minum kopi byk sgt kah? Puasa ke idak nih? Haihhhh!!
Itu aja. Esok pagi2 baru bertolak ke tanah tinggi semula. Saban hari semakin malas nak drive. Nasib la labu..
No comments:
Post a Comment