Wednesday, July 29, 2009

terpalit

Baru lepas mandi bila handphone berbunyik. Nombor area kuantan yg call. Segera lah aku angkat. Tengok2 panggilan daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.... dan ada panggilan daripada Dato Suffian YB Dato Setiausaha sendiri.

Hoihhh... apecite?
S : Ni saya nak bertanya berkenaan dengan projek gereja di Tanah Rata tu dah luluskan?

M : Iye Dato, mmg dah diluluskan oleh Jawatankuasa.

S : Ni saya nak tanya pasal surat awak ni.. awak tulis surat kelulusan akan dikeluarkan kemudian.. macam mana ntah awak tulis... jap.. "surat kelulusan rasmi akan dikeluarkan sedikit masa lagi oleh Jabatan Kejuruteraan dan Kawalan Bangunan".

M : Iye Dato, saya cuma keluarkan surat makluman keputusan mesyuarat kepada pemohon dan Jabatan Bangunan majlis akan keluarkan surat kelulusan rasmi.

S : Awak tak boleh lah tulis surat macam ini. Dah sebulan lebih keputusan tapi pemohon cakap masih belum terima apa-apa surat kelulusan.

M : Minta maaf Dato sebab saya tak mengeluarkan surat kelulusan rasmi. Saya cuma mengeluarkan surat makluman keputusan mesyuarat.

S : Iye.. saya tau bukan awak yang keluarkan surat kelulusan. Tapi awak kena lah pantau bila surat kelulusan tu nak dikeluarkan. At least bagi tempoh sekian-sekian haribulan surat akan dikeluarkan. Janganlah lepas tangan macam ni.

M : ????

M : Baiklah Dato, saya akan betulkan surat saya.

S : Bila awak nak ambil tindakan?

M : Selepas letak telefon ni saya akan maklumkan kepada Jabatan berkenaan untuk ambil tindakan.

S : Nanti telefon saya semula. Pemohon ada dengan saya sekarang ni.

M : Baik Dato.
What was that??????

Tidak lain dan tidak bukan... ORANG LAIN YANG TAK BUAT KERJA MEREKA.. AKU YANG KENA JAWAB KENAPA MEREKA TAK BUAT KERJA MEREKA... wtf!

Tapi macam mana aku nak jawab sbb aku bukan mereka... "eh kenapa ko tak buat keje ko hah? bongok ke apa?"

Terang-terang dalam surat aku tu.. kalau ada papehal nak tau pasal surat tu samada nak tanya bila surat tu bleh dapat.. sila berhubung dgn jabatan berkenaan. Kenapa masih call aku?????? Sbb aku yang sign surat tuh?

Hello..!!! Terang-terang dalam job description aku cuma setakat itu sahaja kerja aku. Unit aku ditubuhkan oleh Perdana Menteri bukan untuk mengambilalih semua tugas di PBT. Aku cuma uruskan hal2 yang dikatakan remeh mcm penerimaan permohonan, asing2kan ikut kategori, hantar pada jabatan teknikal utk dapatkan ulasan, pantau bila jabatan teknikal nak keluarkan ulasan, dah cukup tempoh.. angkat ke mesyuarat utk dipertimbangkan, maklum keputusan mesyuarat pada pemohon, buat minit, angkat keputusan ke fullboard utk endorse. That's it!!! Hal2 teknikal semuanya masih diuruskan oleh jabatan bangunan atau jabatan perancangan kat PBT tu sendiri.

Takde istilah ambil-alih pun. Itu yang 90% manusia yang berurusan dengan PBT tak paham. Padahal peranan aku dan staff aku dan unit aku adalah seragam pada di semua PBT di semenanjung Malaysia.

So dissappointed :(

Huh... hari ni mmg aku tak rasa bersalah langsung pos surat pertukaran ke HQ. Biar mampuslah orang-orang di cameron highlands nih buat kerja mereka sendiri. I don't care anymore..

Orang baik pun lama2 bleh jadi jahat kalau asyik kena tindas.

Dengan segera aku call incik engineer ketua jabatan bangunan. Dia ada kat KL la pulak. Dengan nada garang nak mampos aku bagi arahan tentera suh dia siapkan surat kelulusan tuh. Hahahaha.. bagus juga dia mmg takot dgn pompan rimau nih. Esok jugak dia janji nak siapkan surat tuh. Bagussss!!! Kalo ko buat keje dn cepat dan cekap dan dengar cakap aku yg bijak nih... sure ko tak kena marah selalu dengan aku tau. Aku peduli apa jawatan ko sama level dgn aku atau tidak. Kena marah sket merah2 muka. Hangin btul aku dengan jantan cam gini. Mengorat staff aku pandai pulak. Bukan aku kecik ati ko tak mengorat aku. Tapi aku sakit ati ko lembab sangat nak settlekan keje ko sendiri. Balik2 aku jugak kena back up. Bosannnnnnnnnnnnn!!!!!!

Now.. tade bagi muka dah. Ko dan jabatan ko ambiklah balik keje2 ko nih.

Dulu bos ko beriya taknak terima aku, staff aku dan unit aku kat ofis kecik ko tuh. Sekarang ni bila nampak sendiri yang kitorang ni berguna... byk memberi kebaikkan pada ofis... dah nak kena panggil semula dgn HQ.. baru lah nampak yang kitorang ni bagus.. terbaikkk...

taik lah!!! mmg kali nih betul2 terpalit. Sure my reputation pun hancus. Bayangkan Dato SUK actually call and talk to you by himself. Bukannya dia suh staff dia yg ckp atau pakai surat. Arghhhhh!!!!!!!

Ya Allah Ya Tuhanku.. kasihanilah orang-orang yang teraniaya ini *sob*

Tuesday, July 28, 2009

kuat tido

Tadaaaaaaaaaaaaa...!!! silalah tatap wajah encik Aqil..

kahkahkah.. inilah dia orangnya yang disebut2 ittew.. tgk gambar atas tu.. sebijik cam danish masa kecik2 kan? Kalau dia bukak mata... kemain beso mata dia. Ntah ikut mata sapa...

Sangat kuat tido.. maklumlah baby baru lahir mmg resminya begitu. Melalak tak berapa menyakitkan halwa telinga. Kalau my future child nangis cam gini.. harus ibunya lena sampai ke pagi.. kahkahkah.. adoi.. harap2 bakal mak mertua tidak terbaca blog inih.. *finger cross*

buffalo

Okay.. saya baru pulang dari lowyat dengan menjinjing beg plastik.. Hmmmmmmm...

Setelah cakap2 dgn incik Mel tadi. Maka aku decide utk beli external hdd dan transfer everything kat dalam tu.. and then bg Mel uruskan dengan Highpoint. Yess.. it still takes time depend on tahap kerosakanlah.

It's ok.. terlupa kat ofis ada sebuah lg desktop lebih. About presentation... pakai la laptop ofis.. apehal asil nk pakai harta persendirian? Kerajaan tak suruh pun pakai harta benda sendiri tau!! Sekiranya takde laptop utk digunakan utk presentation dlm meeting... its none of my bussiness ya. Janji meeting on ;)

Akhirnya setelah bertahun cakap-cakap nak beli external hdd akhirnya ku beli jua.Kaler merah tadak stok. Haihh... sure cun ek..

Owh ada org tanya apsal tak tunggu pc fair minggu depan? Minggu depan warranty saya dgn acer abehhhhhhhhhh.. that's why lor...

Adalah lagi org tanya apsal tak beli beso sket.. eh sukati aku lahhhh... banyak tanya betullahhhh...

choices

Bangun pagi ni.. teragak2 nak pegi ke Highpoint atau tidak. Laptop yg sedang digunakan ini hanya ada 2 masalah.

1st, webcam not function (the error said.. webcam not connected) which there was wiring problem I guessed.

2nd, touch mouse is not function also. Lambat perasan masalah tersebut since asik menggunakan external mouse sahaja.

See? Takde masalah besar sebenarnya. Aku get tru forum tadi. Ada yang punya bigger problem than mine. The worst part is they also faced problem when dealing with Highpoint. Bayangkan nak settlekan satu-satu problem took up until 4 months!!! Ayyo.. apasal teruk sangat? Sapa keje technician kat acer sila angkat tangan!!!

So sekarang saya sedang berbelah bahagi mau pergi atau tidak. Aku try call Mel (my other IT advisor), tak berjawab plak. Haihhh!!!

Kakak plak sedang training ngak bisa diganggu... kalo call pun confirm tak jawab juga.

Dear readers, I need your help :(

Anak Incik Potter

Masa test drive tadi.. tiba2 incik Wan Jay sangat bersopan santun didepan mekanik. Huh! Langsung takdak bunyik yg menggerunkan. Sangat berhemah walaupun mekanik duk tekan laju gila atas highway baru DUKE.

Ooookay.. takpe.. baguslah kalau everything is ok. Maybe becos dorang dah tuko belting dgn gear oil.. maybe.. maybe..

Dah tengah hari jumud baru settle everything. Terus balik rumah. Lapar sebenarnya walaupun teringin nak benti kt drivetru selang 2 saat dari service centre tersebut.. muahahaha...

Sampai umah.. layan lunch dpn tv sambil tgk P.S I Love You.. again! Movie yg mampu melelehkan airmata-ku yang tak berapa mahal neh. huhuhuhu.. very the touching.. sangat pandai mereka melakonnya sehingga terkesan dilubuk hati... arghhh kalau dah jiwang karat tuh mengaku aja dong! bwekkk!!!!

Usai lunch.. mari kita melawat website gsc dan tgv. Bleh plak lupa username gsc.. hahahaha... aiyokk.. makin lama aku makin lupa jd org KL. Built-in GPS dalam kepala pun makin kabur-kabur.. hiskkk... susah hati gak dibuatnya..

So... menonton wayang Harry Potter 6.. The Half Blood Prince. Since aku tak baca buku-buku dia.. so I guess the movie is ok... cuman ending kurang memberansangkan. Dan dumbledore mati di akhir movie.. tak cukup sedih garapannya... Itu aja kok..

Yup.. saya menonton sendirian. Perlu belajar ngak bisa berteman. Owhhh.. bukankah sudah tersangat biasa? Udah sampai ke tahap expert gitu. Hihihih..

Planning utk esok? Mahu ke Highpoint Berjaya Times Square... acer service centre since laptop ini webcamnya ngak boleh on. Warranty ada lagi beberapa hari.. elok sgt jika digunakan ketika ini.. lagipun kalau tak pergi esok.. bila lg ada kelapangan nk ke kawasan segitiga emas yang seboleh mungkin dielak dek kesesakannya?

Dan juga mau ke pejabat pos renew lesen memandu. Sangat sangat sangat lupa.. expired on July 7th. Dah lepas pun.. sebbaik tak kena tahan polis ke jpj ke...

Juga mau menonton public enemy (*love* johnny depp).. Faze ckp.. "apasal tak ckp awal2.. lepas training aku bleh teman ko gi tgk wayang".. ecehhhh.... daripada minggu lps aku duk ckp nk ajak dia tgk wayang tp asik aja dgn aral.. ahaks.. takpelah.. aku tidak lagi sama dgn org lain yg punya tanggungjawab lebih.. don't jealous at me because I'm single ;)

Monday, July 27, 2009

major service

I'm at produa service right now. Kalau ikutkan kata hati mmg malas nak turun dari katil pagi tadi. Nama pun sedang bercuti. Bercuti dari karenah pejabat seketika.

Actually I'm online from Dasuki Motors Perodua Service Centre kat sebelah Zoo Negara. Memang selalunya aku servis kereta disini setelah banyak service centre lain yg aku try. More comfortable here I guess. Hence ada wireless juga disini ya ;) me likeyyyy... terjaga juga pokok tanam maya aku tuh bila dapat online.. dan laju juga connectionnya... me likeyyy some more.. hehehe..

So.. aku dah terskip service utk 75000 km. Bukan skip ape pun.. skip sbb aku pegi servis kete kat kedai lain. Tak buat kat perodua.. huhuhuhu.. so kali ni dah 83000km baru nak buat major service. Nevermind.. saya mmg jahil pasal kereta.

Tadi mekanik tu panggil since aku ckp ada bunyi menciutkan bila maintain 100 - 130kmj kat highway. Lain pulak yang dia jumpa.. dia kata oilsealed kat gear box tu leaking. Absorber belakang kiri-kanan pun leaking jugek. Haiyooohhh.. sangat mensusahkan hati.. estimate harga dalam RM900++ uwaaaaa...

Apelagi.. penasihat negara pun ditelefon. Pedulik apa dia bz kat pejabat. Hehehe.. paling mudah.. aku suh aje along bercakap sendiri dgn mekanik tu. Teknik biasa yg aku buat setiap kali pegi worksyop berseorangan. Haih.. bila ntah mau berdua dgn manusia yg jua tere hal2 begini..

Along call semula dgn estimate harga di worksyop lain. Yey lebih murah.. tp tak bermakna aku nak suh mekanik kerjakan oilsealed tu bulan ini juga. Bil utk major service ini pun akan dileret dgn duit plastik juga. Ikutkan hati mmg takmo buat service pun mengenangkan baki dalam bank. Tapi takpe lah.. untuk keselamatan aku jugak yg memandu kesana kesini.

Incik maxis ni duk telefon aku berkali2.. suh bayar bil agaknya. Aku dah suspend pun sibuk suruh byr juga. Mampus kau lah.. huh.. ini yg orang kata perempuan mata duitan? Kalau takde duit macam mana nak teruskan kehidupan? Nak bercucuk tanam sayur-sayuran dibelakang rumah yang bersimen? Hanya mampu bercucuk tanam di alam maya menerusi game 'farm town', 'farmville' atau 'barn yard' sahaja. Dapatlah beribu-ribu coins menjual hasil tanaman. Huhuhuhu...

Apakah motif entry ini? Owhhhh kegemaran terbaru.. menulis entry tanpa hala tujuan. Eh bukankah mmg itu tujuan blog neh diwujudkan? Bermonolog... menulis semborono tanpa batasan. Mengelak menulis mengenai isu semasa, politik, atau apa sahaja yg boleh diperolehi di sumber2 yg maha banyak untuk digoogle.

Blog yang selfish.. cerita berkisar aku aku aku aku aku dan aku sahaja. Selit juga mengenai org lain. Aktiviti yg aku buat. Hal2 yang aku baru tau dan alami. Pokoknya cuma aku saja. Apa ini tiba2 berbicara bahasa indonesia. Huh.. ini si harry kawan chenta punya pasal lah nih ajak aku ngomong ama dia bahasa indonesia.

Tinggal dulu dong.. mau pergi test drive bentar..

rilex

Ahha.. lama rasanya tak tido petang time panas2 cam gini.. muahahaha.. balik KL je mmg lalok semacam. Ngantuk gegila.. tamo tido dlm bilik ada aircond.. nak jugak lepak kt ruang tamu ngadap tv. Sedor2... movie Free Willy tgh on-air..

Hari ni mmg rilek sahaja. Cadang nak gi 'mkn buah' kat jengka terpaksa cancel bila terperanjat tgk bank account balance sendiri mlm td. Ahaks! Ni yang berdebar hati kalau transfer semula ke KL. Sengkek manjang je lah guwe. Haihhh!!

Semalam.. cam biasa ler.. appointment facial. Berazam takmo beli produk lagi.. tapi terbeli jugek new product from Clarins.. dari range hydra-quench. Iye lah.. my skin kinda tensen sbb pertukaran cuaca. Thats why aku suka ddk cameron bcoz its neutralise my oily skin (KOT). Bila blk KL je muka jd berminyak2 cam harem. Nak tgk muka sendiri pun takot :D ngeee..

Semalam juga.. aku berjalan2 satu mall.. sampai kat type R kengkonon nk beli ipanema baru since kasut yg baru pakai tu buat kaki aku sakit. Sekali adik promoter kedai tu cakap.. kalau aku trade-in selipar jenama ipanema or grendha, aku bleh dpt 25% off. Wah!!! Kalau selipar or kasut jenama lain.. dia bg 15% off.. gulp!! mencabar iman sungguh lah. Sayang selipar ipanema ku yg dah nk lerai tu dalam kete.. kete plak bapak la jauh parking kt gardens. Huh.. tensi!!

Aku suh adik tu simpan selipar ipanema tu.. new design.. kaler ijo yg cantik.. konon2 aku nk gi amik selipar yg kt kereta. Tapi bila sampai kat kete... aku terus blah jer.. kwang kwang kwang.. maleh aku nak menapak balik pi tingkat 5 Mid V tuh. Dan magic gila bila smlm aku sampai rumah semula pukul5.30 petang!!! huwahahahaha.. selalu tu selagi tak malam selagi tu blom balik. Ntah ape yg aku ukur kat Mid V tu ntah... kalo beramai tu ok la jugak.. ini sensorang.. hahahaha resmi org bujangan.. mmg gitu kot.. takde ape yg nak dikejarkan..

Hari nih.. aku ke carrefour Ampang.. tolong kak long beli barang2 utk baby dan anak2nya. Si along melayan motornya. Balik dari carrefour.. along nak masak ikan dori.. eh btul ek ejaan? dori.. iyer lah kot.. huhuhuhuh.. jd omputeh celup kejap... kang aku tepek gambo chef mukhridz sedang memasak ikan dori.. tp aku jugak yg peram.. chett.. kira aku assistant chef la ek? bleh laa..

Selalu tu hari ahad ialah hari ulangkaji pelajaran untuk matapelajaran CSI. Sbb aku selalu terbabas hari selasa dan rabu. Iyelahkan.. pengurus pingpong yg berdedikasi.. mlm2 pi tgk anak buah praktis ;) tapi hari ni malas gila nak tukor channel ke AXN.. si Irfan cam biasa... nak main game kt enpon makngah la.. nak tgk disney channel la.. homework takmo buat.. huh.. si danish plak cam kekurangan kasih sayang.. asik nk berkepit je ngn aku.. conteng2 or lukis2 atas kertas.. 2 saat kemudian tunjuk kat aku walaupun aku tatau ape yg dia lukis.. muahahahaha.. kira cantik je lah tu.. but i'm suprise bila Irfan actually can draw. Ohh draw mcm budak2 la.. comel jugak elephant, monkey dan crocodile yg dia lukis walaupun elephant tu cacat takde ekor.. hahaha..

Tadi.. lepas tgk movie kat starworld.. teralih ke ESPN.. aik motorgp? Haaa... sudah lama tak layan motorgp. Tgk motorgp sorang2 takbest sbb walaupun minat tp aku bkn kenal semua rider or team or motor yg digunakan. Segeralah mamat yg sedang repair motor kat ittew dipanggil utk turut serta memeriahkan suasana hari raya.. ahaks..

Race di dornigton park circuit.. betul ke eja? Arghh malas nak google.. kira betul je lah tuh.. Rossi kat petak nombor 1.. yay!! Kat sana hujan.. track basah. Iskk.. mmg sungguh lama tak tgk motorgp since astro aku kat CH takdak sports channel. Rugi jer pun kalau ambik sbb aku cuma tgk motorgp sahaja. Budak2 lain langsung tak layan sukan even bola sepak. Hmm..

So.. kali ni Incik Rossi tergolek di lap 20. Dari nombor 1 kat depan Dovioso (betulkah ejaan dan sebutan? hantam lah) terus kt tempat 11. Mmg saspek la bila dia dpt ended race kat tmpt nombor 5. Eh.. ada pulak yg tanya camne aku bleh terjebak dlm motorgp? Hmmm.. where to start? Since primary school kot. When u have only one sibling and happened to be a brother who enjoyed stuff like that.. sket sebanyak ko akan terikut gak.. dia beli majalah roda-roda (ada lagi ke majalah nih?) aku pun ikut baca especially part dorang pi tour europe naik motor. Masa ni la aku falling in love dgn The Alps and Switzerland *blush* sangat cantik!!! Walaupun tak berpeluang nak pergi dan tgk sendiri tempat tuh. Sket sebanyak aku tau la sket2 kalo korang cite pasal randy de puniet ka (ensem siot).. pasal chris vermulen ka (mmg sebijik cam penyanyi yassin tuh kan).. atau collin edward ka... marco melandri ka.. dani pedrossa ka.. eh casey stoner tu apehal keciciran? Erk.. mampos entry ni kena serang dgn bebudak gp kang... ampunn... saya mmg penyokong 46!!!!! Bukan 52.. kahkahkah..

oK.. dah la.. dasyat sangat merapu kali nih.. guten nacht!!

Tuesday, July 21, 2009

cuti

Berdasar pada rekod cuti.. aku ada baki 35 hari cuti rehat untuk tahun 2009. 7 akan luput pada tahun dpn. Wahhh kira banyak lah tuh ;)

Selak2 airline website.. mcm best jer kalau cuti panjang hujung tahun nanti >:)

Nak gi mana? Frankfurt? Paris? Zurich? Sydney? New York? Bandung? Muahahaha... book ajer lah nak gi memana pun. Tapi ada satu jer masalah.. nak cekau duit tang mana? :P bwekkk poyo betul lah...

ssiibbuukk

Taktau nak letak title apa untuk entry kali nih. Entry takde arah tujuan? Hahaha.. apa yang pasti takde ape yang menarik nak dibebelkan pun. Lately aku tersangat bz. Busy2 pun sempat lagi la aku 'bercucuk tanam' dan 'bermafia war' kat facebook. Muahahaha.. ampeh.. pengaruh rakan sebaya btul. Eh jgn lupa jd my farm's neighbour tau.. or sila add diri anda sbg mafia guwe..

So... apa yang ko busykan sangat tu? Keje gomen kan takde keje... rilek goyang kaki jer. A'ah... Banyak la korang punya goyang kaki. Meh tgk agenda bln julai. Bulan ogos blom cite lg tau...

Agenda Kesibukkan Bulan Julai....

1) Audit dalam
Selaku ketua audit dalam yang takde pendedahan berkenaan dengan MS ISO, mmg payah la nak buat. Tapi takpe.. kalo tak tau.. TANYA!!! huhuhuhu.. alhamdulillah berjaya juga memujuk orang atasan untuk menguruskan bengkel audit dalam sekali lagi dengan consultant yang lain. Aku mmg agak bengang dengan consultant yang dulu tuh. Tak paham ape benda. Tapi entahlah.. sbb masa tu kita tak cuba buat lagi. Now dah cuba mengaudit.. dah cuba nak tulis NCR.. dah cuba nk tulis report.. so sket sebyk ko dah paham sket2.. bleh la bertanya mcm2. Kalo dulu masa mula2... penceramah tanya "paham takkk??" kita jawab jer "pahammmmm".. walaupun tak paham ape benda pun. Hehehe..

Eh.. besok auditor luar nak datang tau. Patut ler busy semacam ek ;) alhamdulillah.. report aku dah siap dan dah dibetulkan. Tinggal nak fotostet jer.

2) 5S
Kalo ikut kan.. buat 5S dulu baru buat ISO. Takpe la terbalik sket.. alhamdulillah masalah budget utk zon aku dah disettlekan bila s/u masuk campur. Kalau tidak.. duk tang tu jer lah zon kami. Makin byk idea kreatif daripada staf2 sekalian. Tak berapa risau sbb aku cuma fasilitator jer. Ketua zon yg banyak main peranan sebenonya. Sebbaik ketua zon yang dilantik ialah orang yg paling byk berckp dlm unit aku.. si Sue la sapa lagi.. wakakakaka..

Walaupun zon aku ada sket ketinggalan sbb masalah budget tuh.. harap2 selepas pembelian barang2 selesai.. kitorang boleh mula rancak dgn program 5S nih. Macam arituh... idea mmg ada gila hebat lah.. tapi nak start tak bleh sbb takde peruntukkan.

3) Sukan PBT
Sejak dilantik jadi pengurus pasukan pingpong.. tiba2 dengan aku2 sekali lah kena belajar byk hal pasal pingpong. Sebbaik jadi pengurus sahaja.. kalo tetiba pengurus merangkap jurulatih.. tak ke haru biru jadinya nanti. Muahahaha.. sukan2 mcm ni actually is not my thing. Bukan pasal apa.. saya menyedari tahap keupayaan diri sendiri.

Tiap2 malam walaupun aku tak reti main pingpong... tetap jua memunculkan diri tgk anak buah praktis. Bagi semangat la kononnya... padahal aku sibuk bukak laptop buat keje... hahahaha..

Yang ni pun ada problem sket bila ada pulak player yg bg nama untuk game lain.. mohon untuk tukar dan join team pingpong. Tuko suka sama suka dgn budak team aku plak tuh. Masalahnya pengurus team dia takmo bg dia tukor.. kalo tanya aku.. aku suka la dia masuk team aku sbb dia pandai main pingpong. Iskkk... letih btul jd org atasan nih.. bila aku buat keputusan takmo dengo.. nak suh kita plak dgr keputusan deme. Karate kang.. Last2 aku juga yang kena settlekan dengan pengurus deme. Dah la pengurus kamu tu (*&%$#@!#Yang ni pun ada problem sket bila ada pulak player yg bg nama untuk game lain.. mohon untuk tukar dan join team pingpong. Tuko suka sama suka dgn budak team aku plak tuh. Masalahnya pengurus team dia takmo bg dia tukor.. kalo tanya aku.. aku suka la dia masuk team aku sbb dia pandai main pingpong. Iskkk... letih btul jd org atasan nih.. bila aku buat keputusan takmo dengo.. nak suh kita plak dgr keputusan deme. Karate kang.. Last2 aku juga yang kena settlekan dengan pengurus deme. Dah la pengurus kamu tu (*&%$#@!#$&*(()_)_)___(*%$#@@!) sencored!
amp;*(()_)_)___(*%$#@@!) sencored!

4) Mesyuarat OSC
Tujuan utama aku tercongok kat pejabat ni adalah kerana jawatan di OSC ni lah. Suka tak suka setiap bulan kena buat 2x meeting OSC. Sbg urusetia kena arrange everything untuk pastikan meeting berjalan lancar. Sbg s/u jawatankuasa.. saya juga lah kena buat minit mesyuarat. Sbg ketua unit.. saya jugalah kena keluarkan surat keputusan mesyuarat. Bila dah beratus kali buat benda yang sama.. anda pun jadi naik boring. Takpe... surat permohonan pertukaran baru je hantar last week ;) tgk jer la apa yg bakal berlaku. Syyyy.. jgn kecoh2...

5) Seminar / Taklimat
Ada 3 jemputan seminar untuk bulan Julai nih. July 1st haritu aku pi Ipoh untuk Taklimat Data Online dengan NAPIC. Yang ni pun kelakar sbb taklimat tu untuk PBT seluruh Perak, tetiba Cameron Highlands sorang2 tersesat dari Pahang. Haahaha.. sbb data untuk pembangunan tanah dihantar ke pejabat NAPIC Ipoh.. bukan NAPIC Kuantan sbb Ipoh lg dekat dengan berbanding Kuantan. Sebbaik la pi taklimat tu ada juga muka2 yang aku kenal. Puan Kamariah yg approach aku tu actually Pengarah JPPH Perak. Minta maaf puan. Saya igt puan ni pegawai biasa level saya jer. Minta maaf ye..

Next ada seminar bandar selamat di Temerloh. Kak Lia sibuk ajak pi sekali. Tapi aku maleh nak pi sbb tajuk cam tak menarik jer. kahkahkah.. lagi pun maleh nak apply peruntukan claim kat Jabatan sinun ;)

Last sekali, next week. Seminar CCC kat Kuala Kangsar. Yang ni kompom pi. LO sume dah dapat.. hotel pun dah booked. Cuma mileage jer aku tak pasti bleh claim ke idak sbb aritu igtkan nak naik kete jabatan je. Memandangkan saya berhajat nak cuti next week.. dan berhajat nk pi KK stret dr KL. Hmmm... nnti kena tanya dgn Jabatan sinun dulu (kena la tanya sbb aku akan claim guna vot depa *ahaks*)

******

Tak sibuk pun kan? Bwekkkkkkk!!!!

Friday, July 17, 2009

empty

2-3 hari ni bangun pagi.. terasa dunia sangat kosong. Segala-galanya sunyi sepi. Bukan senang nak happy dan bukan susah nak berduka nestapa.

The one I care is down. It suck. Kalau boleh I want to be there and console him. But I was never there.

Bila difikirkan balik.. I think he is just lucky. At least ada juga orang nak ambil tahu about him while he was down and awful at this moment (okkayy.. walaupun via phone dikira ambil tahu juga kan?).

Tapi aku? I don't think there's other person would do that to me. *sigh* so unfair kan? Well, this is life. Need to be tough even I am tired by doing so.

Thursday, July 16, 2009

Muhammad Aqil Hafiz

Alhamdulillah...

Orang yang ditunggu keluar juga akhirnya. Ya.. saya sedang bercerita mengenai anak buah saya yang selamat dilahirkan semalam. Cucu ketiga kepada abah dan mummy. Namanya Muhammad Aqil Hafiz. Alhamdulillah kedua-dua ibu dan anak sihat walafiat.

Lahirnya 15 Julai 2009, 3.42 kg, 10.42pagi di Hospital Pusrawi. Kalau ikutkan due date nya.. akan dilahirkan pada 23hb akan datang. Actually daripada aku balik ujung bln lepas lg kak long dah menunggu hari. False alarm pun tatau lah berapa kali. Dengan high BP nya lagi.. macam2 lah.. tu yg lega rasanya bila everything dah selamat.

Along hantar mms tadi.. kemain bulat mata si Aqil. Hehehe.. tak puas tgk gambar dlm handphone. Takpe.. nanti esok ptg lps keje mak ngah balik gomol aqil ye... mmmmuuaacchhhh!!!

Saturday, July 11, 2009

PCOS treatment

Pagi-pagi Sabtu ni aku dah bengang. Pukul 10 aku bersiap-siap untuk ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom nama baru Hospital Cameron Highlands untuk appointment gynea kali ketiga.

Terang2 dalam kad hospital tu tulis 11/07/2009.

Sampai2 kat tempat biasa (kat Jabatan Pesakit Luar) gelap takde orang. Hmm.. mungkin kat Klinik Pakar kat sebelah Wad Kecemasan tu kut. Aku pun pi la sana. Pun tadak orang gak. Aik.. ini sudah mendatangkan keanehan. Selalunya hospital akan call aku kalau ada pertukaran tarikh pada appoinment.

Terserempak dengan sorang nurse ni. Aku pun tanya la apa cerita nih sebenonya? Dengan muka hairan dia pun pi la bertanya dengan nurse-nurse yang lain kat dalam. 1-2 minit kemudian dia keluar semula. Katanya mmg takde klinik doktor pakar hari nih. Aihhhh... wat telah happen?

Ayyooo... aku dah kena tipu dgn spital nih. Ikutkan planning nak pi Pangkor minggu ni tp aku cepatkan sbb minggu ni ada appointment dgn incik doktor. Fuhhh... biru hijau merah muka aku kat situ. Nak marah tapi orangnya takde kat situ nak dimarahkan. Nurse tu pun ulangkali mintak maaf dan aku diminta ke kaunter pendaftaran hari Isnin nanti to figure out bila tarikh sebenar doktor pakar datang ke Cameron Highlands.

Kita tunggu hari Isnin.....

Update on 14 July 2009
Semalam aku gi hospital semula. Takde sape pun yg nak mengaku salah. The actual date was on 6th July. Dah terlepas pun dan aku menghabiskan masa 3 jam untuk dapatkan new appointment date which is only happen on 3rd of August. The particular staff nurse yang handle patient registery tatau pi mana or aku tak kenal yang mana satu orangnya.

No more puji-pujian kepada kakitangan Hospital Cameron Highlands atau nama barunya Hospital Sultanah Hajjah Kalsom. Because of one event, korang dah menyusahkan aku. Kalau tak disebabkan appointment tak jadi tu.. ada byk keje lain aku bleh buat kat rumah. Kalau tak disebabkan appointment tak jadi tu.. aku tak membuang masa pada hari bekerja untuk menunggu 3 jam untuk dapatkan advise yang tak sampai 5 minit.

Pangkor : Part 3

Eh apasal sejuk gila tak ingat nih? Ok. Kipas speed 4. Percubaan untuk off aircond. Isk payah la pulak remote control nih. Last2 aku switch off je. Hmm tgk jam baru pukul 3 pagi. Sambung tido lagi..

Sedar-sedar dah pukul8.20 pagi!!!! Hahahaha.. tapi hairan di dalam hati. Apesal kat luar tu mcm pukul 7? Tak puas hati.. aku buka tingkap. Hujan baru berhenti daaaaa.. oooo patut la sejuk gila pagi td. Tak kedengaran pun bunyi hujan ribut di luar. Sah ler masing-masing tido keletihan tak sedar diri. Tiba2 aku teringat Encik Teksi Pink ckp smlm yg Pangkor dah 3 minggu tak hujan.

Pukul8.30 pagi. Tak bleh jadi. Memang badan penat.. tp dah tak bleh sambung tido lg. Aku pun kacau budak2 ni suh bangun. Kalo ikutkan planning smlm... pagi ni pukul9 Pakcik Din ajak pi snorkeling lg.

Bangun, siap2 dan kejut orang-orang di bilik sebelah. Memandangkan kita nak gi terjun laut maka acara mandi ditangguhkan seketika. Disebabkan hujan mlm td.. baju dan seluar basah smlm kembali basah kena air hujan. Kitorang pinjam washing machine Pakcik Din utk spin sluar baju tersebut. Masing2 bawak baju cukup2 utk balik je.

Sebbaik aku pakai tracksuit nipis. Cpt ler keringnya. Jalan kaki ke Teluk Nipah Beach. Makan breakfast dulu. Makan nasik lemak lauk ayam goreng. Sambal ikan bilisnya meriah dgn ikan bilis. Biasanya kita beli nasik lemak.. sambal dia ada la 2-3 ekor ikan bilis je kan? Agak kagum la disitu sbb mmg patut la kat pulau ada byk makanan laut. Tapi kalo korang2 ke Cameron Highlands dan order lauk yg sepatutnya banyak sayur... jgn terkejut kalau sayurnya seciput sahaja. Memang tak padan dgn title pengeksport sayur. Huhuhu.. (kondem tempat sendiri nampak? No komen..)

Ok. Lepas brekfes.. kitorang pegi pusing area Coral Island dulu. Kali ni naik bot besar sbb tak muat kalau nk naik bot kecik, si Fatin dan Nurul takmo pi snorkeling. Takpelah.. kita gi pusing2 pulau dulu.

Memula Pakcik Din tunjuk Monkey Beach. Pantai ni Taiwan ke Korean yg empunya ntah. Tade ramai org la kat situ. Lepas tu tunjuk Pangkor Laut. Nampak sayup-sayup je chalet atas air dia. Pangkor Laut tu kat separate island tau. Nak masuk suka2 kena bayar dlm RM60/head. Bilik dia dalam RM800/night. Tu Pakcik Din ckp la. Betul ke idak pi la google sendiri ek ;)

Lepas tu Pakcik Din tunjukkan 'Batu Ikan Paus'. Memang bentuk mcm whale. Siap ada pokok kecik kat atas batu tu bentuk mcm air keluar kt atas ikan paus tu. Batu ni kat pulau ape ek namanya.. sebelah Pulau Giam. Lepas tu kitorang ke Pulau Giam tgk ikan. Mcm smlm.. air bergelora.. susah nk amik gambar dr atas bot. Kat Pulau Giam ni juga ada 'Batu Buaya'.

Dah settle pusing island. Kitorang turun utk sambung snorkeling. Sal dan Ina belum pi kat area coral beso2 tu lagi. Tu yg bersemangat nk pi walaupun badan sakit2. Huhuhuhu..

Aku dan Sue... hari ni Pakcik Din nk ajar kitorang berenang pakai 'kaki itik'. Dua-dua pinjam chalet punya. Mcm biasa... dimulakan dengan Sue. Eh mcm senang jer. Time ni budak2 lelaki yg sama chalet dgn kitorang pun sama terjun utk snorkeling. Tapi dorang lelaki dan pandai berenang. So, Pakcik Din tak layan dorang sgt la. Kekekekeke...

Ok.. dah pandai kayuh kaki mcm kayuh beskal. Pakcik Din suh buka safety jacket. Dia ikat safety jacket tu kat lengan kitorang. Ayyoo...!! Baru 2 hari belajar dah suruh berenang mcm ikan ka. Cuak jgn cite la. Tapi Pakcik Din suh rilek jgn neves. Kalo rasa nak tenggelam. Terapungkan badan dan tarik nafas selo2. Pegang safety jacket.

Waaaaaaa.. jakun sekali lagi la. Bila pakai kaki itik tu laju sket nak berenang. Kalo mcm semalam main kuak pakai tangan jer mmg aku ddk tang tuuuu je lah. Kali ni selamba je pi kat area coral yg air dalam tuh. Ecewahhh... tp bila teringat kedalaman air.. tetiba neves datang balik. Kena cpt2 tenangkan diri anda lah.

Selam punya selam.. pukul1 lebih baru balik chalet. Si Murad buat aksi pecah bot. Dia tekan enjin laju2 terus naik atas pantai. Kalo laju sket lagi bleh naik terus atas jalan kut. Ampeh betul.. tapi best!! Hahahaha.. Sue siap record lagi dengan digicam. Ada time aku upload ek.

Patutnya check out pukul12. Tapi kitorang check out pukul2. Pakcik Din call kan teksi pink untuk bawak kitorg pi Pekan Pangkor. Dia recomment satu kedai ni utk beli barang2 makanan hasil laut. Kitorang duk borong la. Abeh lg duit aku. Kat kedai sebelah.. aku borong tshirt Pangkor dan seluar pendek yg cantik. Ahaks! Beli tshirt juga utk Along, KakLong, Irfan dan Danish.

Dah maleh nak buat collage. Main tepek je gambo.
Pukul5 baru naik feri ke Lumut. Sempat snap2 gambar sekejap before feri jalan. Perjalanan ke Lumut dipenuhi dgn aktiviti tidurrr. Tapi aku je tak bleh tido. Pening kepala aku nak tidur dalam feri.

Sampai Lumut perut dah lapar. Pakcik Din ckp kat jeti tu ada byk kedai makan. Yang kitorang jumpa banyak tutup. Terus aje amik kete dan pusing2 kejap area Jeti Lumut ni. Masa bayar tiket parking, Encik Attendace tu ckp ada kedai makan kat selepas Shell. Kitorang pun beriya la cari selepas Shell. Rupa-rupanya sebelum Shell tu ada kedai makan. Main u-turn tah berapa kali kami 2 kereta.

Mcm biasa... pirahna dapat makanan. Tapi kali ni dah warning jgn serbu dulu. Bg aku amek gambar dulu okeh. So... enjoy!!!
Perjalanan pulang ke Cameron Highlands takde pape halangan. Cuma mcm orang mabuk bawak kereta. Pegang stereng tp terasa mcm terapung kat dalam laut. Ayyo kemabukkan laut kah aku? Bawak kete agak slow. Penat jgn cerita. Budak-budak ni dah bising nk cuti esok. Aih.. takkan aku yg bos ni nak cuti sama? Oooo tade tade... esok kita masih dtg ofis.. tp dibenarkan tido bwh meja kalau sudi. Hahahahaha..

Hari dah gelap.. kena hati-hati baca signboard. Mata awak tu dah la rabun. Si Sal sebbaik tak terlepas ke Ipoh. Hahaha.. Singgah isi petrol pun sekali je. Sampai di Tanah Rata pukul11.30 malam.

Maka berakhirlah trip to Pangkor Island. Pengalaman yang gila best. Reasons are :-

1. Tak salah pilih chalet.. alhamdulillah juga kitorang deal direct dgn chalet's owner and not via agent. Cuma nak share info.. budak2 yg bilik sebelah kitorang yg tak bersosial tu sebenonya kena tipu dgn agent atau dorang yg tipu agent. Ceritanya... agent charge dorang RM110/room. Agent ckp bilik ada 1 double bed dan 1 tilam sbb memula tu dorang ckp nk dtg 3 org je. Tu pasal agent suggest bilik kat chalet tu. Last2.. bila dah sampai... depa sampai 5 org dan ckp bilik kecik. Hmmm.. sapa salah?

2. Lagi satu pengalaman yg paling berharga adalah belajar berenang dan snorkeling. Berlagak nauzubillah la lepas ni. Tu blom belajar diving lg... hahaha. Alhamdulillah kitorang berjumpa dgn instructor yg baik iaitu our Pakcik Din. Dia sabar ajar kitorang step by step.. sorang demi sorang sampai pandai.

3. Holiday 2D1N dengan 2 bilik chalet, 2 kali makan besar, 2 kali snorkeling, 2 buah kereta, 2 kali naik feri (pergi dan balik) only cost us RM150/person. Kalah Destinasi Budget kalo cam gini. Hahahaha..

4. Berpeluang tengok Hornbill dekat2. Sebbaik tak cukup dekat dan tak cukup jinak untuk dibelai2.

Happy reading y'll. Terima kasih pada yg tersesat masuk ke blog ni dan membaca bebelan aku yg tak seberapa ni. Terima kasih juga pada sesapa yg sengaja masuk ke blog aku untuk membaca pape yg tertulis.. tidak kira di mana jua anda berada. Eh syahdu plak tetiba...

Ok lah.. aku nak wat keje plak. Asik membebel sorang2 mcm org takde kerjaan.

Thursday, July 9, 2009

Pangkor : Part 2

Sori lah.. daku keletihan tak dapat mengupdate blog. Selasa aritu ada meeting. Semalam bz nak buat minit la.. nak buat preparation utk perlawanan bersahabatan dengan MD Pekan yang datang melawat.. dan juga bz diaudit. Dapat 3 NCR... adeh.. takpe la.. tu prosedur audit dalam... prosedur unit aku takde NCR ;) cayalah den..

Ok.. sambung balik pasal "Zoom Malaysia Banyak Untuk Dilawati Banyak Lagi Untuk Diterokai" ke Pangkor Island last weekend.

Lepas bersiap2 dan bergambar depan chalet sementara menunggu Pakcik Din.. kitorang pun ke Teluk Nipah Beach. Yay dah nampak pun Pulau Giamnya or also known as Coral Island. Memang tak jauh dari pantai. Naik bot kecik 2 kali trip sbb kami ramai 6 orang campo Pakcik Din dah 7 org.

Sampai kat Pulau Giam tu kemain ramai orang bersnorkeling. Air laut ada sket bergelora so tak nampak sangat ikannya dari atas bot. Amek gambar pun tak guna sbb silau dgn matahari. Kalau air tenang... InsyaAllah bleh nampak ler ikan kaler2 berenang2 dengan gembira.

Kami pegi kat sebalik pulau.. kat situ ada banyak coral.. ikan kaler2 tak banyak sangat. Kiranya manusia pun tak ramai sgt la kat sini. Senang Pakcik Din nak ajar kami berenang. Al-maklum.. masing2 pandai berendam jer.. berenang kami tak reti.

Masa kat Pantai Teluk Nipah lagi Pakcik Din dah betulkan safety jacket kami setiap sorang. So, orang yang pertama Pakcik Din ajar adalah Sue. Mula2 Pakcik Din suh kitorang pakai google dan belajar bernafas guna mulut. Kelabu2 google dibuatnya sbb nak bernafas ikut hidung gak. Kah Kah Kah.. Lepas beberapa minit baru la bleh biasakan diri. Lepas tu Pakcik Din ajar terapung badan meniarap. Rilek jer.. jangan keraskan badan okeh. Lepas tu belajar kuak tangan. Kaki menten jer takyah gerak2 pun. Kejap je Pakcik Din ajar. Lepas Sue, turn Aku, Sal, Ina, Fatin dan last sekali Nurul.

Yey... muka sengih2 jangan cakap la sbb berjaya mengatasi takut air masuk telinga. Hahaha.. aku suka sbb bila nafas ikut mulut automatik la air tak masuk telinga kan... mata dgn hidung plak mmg tak kena air sbb ada google. Hahaha.. saya sangat jakun!!!

Lepas memasing pandai... Pakcik Din bawak kitorang ke air yang dalam tempat ada coral tu. Wahhh cantiknya..!! Mungkin pada yang dah biasa tgk coral.. tak cantik mana pun coralnya. Tapi pada 1st timer mcm kitorang ni mmg jakun la kaedahnya.

Kemain seronok nampak ikan belang2 kuning hitam putih yang sama2 Nemo kat dalam akuarium kat klinik dentist tuh. Hahaha.. owh ikan belang2 oren cam Nemo tu tak nampak plak. Tapi adik beradik dia kaler biru kuning tu ada banyak la. Tapi aku tidak ketahuan la nama ikan2 tersebut. Nak tanya Pakcik Din mana bleh bercakap kalo dah pakai google. Tapi kitorang ni mmg spesis takbleh berhenti bercakap. Paling ketara sekali si Sue lah. Wakakaka.. pakai google pun sibuk nak ajak sembang. Hahaha..

Lama juga perabih masa kat situ. Yang bestnya Pakcik Din siap nyelam amik coral yg dah mati tu utk kitorang tgk. Manyak syok.. baru la aku paham kenapa ada orang bleh suka sgt dgn laut ni sbb mungkin depa pandai berenang dan banyak aktiviti yg boleh kita buat selain berendam dalam air laut. Huhuhu..

Dah pandai.. Pakcik Din kasik can pi terjun kat bahagian sebelah sana. Tapi dia pesan ddk dalam kawasan pelampung aje tau.. Kat situ ada banyak ikan. Yey.. tibalah masanya untuk upacara bagi ikan makan roti. Memula tu tensen gak sbb tangan aku tak kuat nak kuak. Asik duk terapung tang tuuuuu je. Terpisah jauh sket dr budak2 nih. Nampak dari jauh Pakcik Din duk ajar budak2 ni camne nk bg ikan2 tu makan roti. Dengan berusaha bersungguh2 akhirnya dapat gak aku join dorang semua bg ikan makan roti. Tersangat la jakunnya bila roti dah abeh dan ikan2 tu duk kerumun plastik kat tangan aku. Hahaha.. tapi ingat!!! Jangan pegang ikan2 tu.. Pakcik Din cakap nanti bleh terkencing kena duri ikan. Uik... btol ka? Isk jangan melawan ckp cikgu.. nanti derhaka!! kah kah kah..

Hari dah nak gelap baru teringat nak naik darat. Menggigil habis masing2. Sejuk woo.. tapi sempat lagi order burger. Ada orang menjual burger kat tengah Pulau Giam tu. Memang lapar main air nih tau. Dah la kami semua tak makan tengah hari. Baham burger mcm pirahna. Seminit je dah tinggal plastik.

Pakcik Din ajak balik. Macam tadi gak.. bot datang angkut kami 2 kali trip. Dengan tak sabar nak baliknya.. tengah panjat nak masuk bot.. tetiba hampir terbalik. Hahahaha.. habis masuk air laut dalam bot. Mamat yg bawak bot tu namanya Murad. Terpaksalah Murad timba air tu. Wakakakaka... sayang tak sempat nak videokan kejadian tersebut. Memang kelakar tak ingatlah. Siap tersangkut kaki kt bot.

Trip yang kedua takde pape kejadian yang berlaku. Terus bergegas balik chalet. Pada sesiapa yang duduk kat Sunset View Chalet ni.. tiap2 petang pukul 6.30, Pakcik Din akan bagi Burung Enggang makan (Hornbill feeding). Bukan belaan pun, burung tu liar.. tp dorang suka dtg kat chalet tu. Orang dari chalet sebelah2 pun kemain ramai yg datang. Free jer.. sesapa pun bleh dtg tgk. Tapi kalo ada DSLR lg best la tembak gambo. Ni digital camera biasa mcm kitorg ni tak berapa best lah gambarnya sbb camera selo.


Selepas "kelapa dan orked... baik untuk rambut", kami bersiap2 untuk pi dinner. Kitorang ajak Pakcik Din pi dinner sekali. Kali ni tak jalan kaki. Tapi naik motor. Motor ada 2. Driver ada 4. Passanger ada 3. Gilir2 gak la sudahnya. Kitorang makan kat Kedai Mak. Lapar cam rimau. Order ikan bakar 2 ekor. Ikan Aji-Aji dengan Gegeruk. Eh mmg sedap la ikan aji-aji nih... tak tipu punya. Sotong red chili pun sedap. Sotong ni jer yang berjaya di ambil gambar. Yang lenlain.. licinnn!!!! Tak sempat ambik gambar.. tinggal tulang jer.

Lepas makan, kitorang sembang2. Banyak cite kelakar masa snorkeling td keluar balik. Meja kitorang la yg paling meriah sekali. Gelak tak cover punya. Time ni baru la badan mula terasa sengal2. Mata pun layu jer. Dari bertolak pagi2 td sampai ke tengah malam kitorang blom berehat lagi. Kedai dah nak tutup baru kitorang beransur balik chalet.

Mata asik nampak tilam jer. Bleh plak Pakcik Din ajak bersembang lg utk aktiviti besok. Yang herannya.. ada 14 bilik kat Sunset View Chalet tu sebenonya. 3 kosong. 10 bilik yg lain ni sume penuh, 6 daripadanya penuh dgn budak2 lelaki dari Damansara. Siap bawak motor naik feri ke Pangkor. Kami plak amik 2 bilik. 3 bilik lagi group dari mana ntah (depa kurang bersosial). Dalam ramai2 tu... kami berenam kat bilik 9 dan 10 ni jer yg Pakcik Din entertain mcm tu. Hahahaha... mungkin sbb kami pompan kut ;) *wink* *wink*

Ahha.. sambung sembang2 kat tempat karaoke chalet. Pakcik Din tunjuk ikan buntal dia yg dah diconvert jadi lampu. Huhuhu.. cantik la. Tempurung kelapa yg diukir2 pun dia buat jd lampu gantung kt syiling. Dia sempat lagi show off coral collection dia. Chait..!!! Culik coral2 tu buat brooch kang baru tau..

Kepala dah tersengguk2 tahan ngantuk.. Pakcik Din tanya kalau ada sesapa yg rajin nk buat sandwich sardin utk breakfast esk pagi. So takyah la membazir duit bekfes kt kedai. Dengan lajunya masing2 geleng kepala. Kami semua malas!!! Hahaha.. kami letih la pacikkkk!!!!! Kami nak tido sampai tgh hari esok!!! Kekekekeke..

End of Part 2... to be continue at Part 3 ;)

Monday, July 6, 2009

Pangkor : Part 1

Pagi-pagi hari Sabtu.. malas kemain nak celik mata. Letih sesangat rasanya. Pukul 7 lebih Ina ketul pintu suh bersiap. Siap2 dan jalan kaki ke Terminal Freesia Tanah Rata. Tunggu punya tunggu pukul 8.30 budak2 ni tak datang lagi. Aik.. tak jadi nak pi jalan2 ka? Semalam janji nak pi naik bas jer ke Lumut. Ingatkan boleh la ddk rilek dan enjoy the trip tanpa mikirkan pasal jalan mana nak ikut, minyak kete dan keletihan driving.

Last2.. tetiba ckp pi naik kete. Kete aku dan aku pulak tu kena drive. Perghh bikin gua bengang pagi-pagi buta nih. Ikutkan ati.. aku dah malas nak ikut dah. Planning tah apa2 budak2 nih.. baru la terpikir kalo naik bas pukul bape nak sampai Ipoh lepas tu kul bape plak nk sampai Lumut.. blablablabla..

Aku drive folo blakang Kancil. Saja drive slow gila. Padan muka. Nak cepat sampai ye? Kah kah kah..

So.. Pukul 8.45 la kiranya bertolak dari Tanah Rata. Ikut jalan Simpang Pulai - Batu Gajah - Seri Iskandar - Lumut. Jalannya stretttttt jer. Lalu la Universiti Petronas dengan UiTM Seri Iskandar tu hah. Berhenti sekali je kat petronas Bandar Universiti pi toilet.

Sampai di Lumut pukul 12. Parking kete kat Tempat Letak Kereta Bertingkat. RM10/day depa charge. Hampir penuh parking tuh. Last2 ada parking kosong kat tingkat 3. Kunci kete. Berbondong-bondong pi ke jeti. Depa sibuk amik gambar aku tadak mood. Bengang tak abeh lagi. Geram btul pada organizer. Tak pepasal gua kena drive. Ingat tak letih ker? Huh!

Beli tiket feri. Ada 3 feri yg boleh dipilih. Mesra Feri, Duta Pangkor dan Pan Silver Ferry. Kitorang amik yg Mesra Feri. Pekerja dia pakai uniform kaler oren. Tiket RM10/person pergi balik, sama je harganya memana feri pun. Naik feri pukul 12.45. Kitorang ddk tingkat atas. About 20 minutes je dah sampai Pangkor Island. Dalam intenet beriya cakap 45 minit ke sejam baru sampai. Pening lalat gak la ddk dalam feri nih. Huhuhu.. ok, memula feri akan benti kat jeti Kg.Nelayan tau. 2nd jeti baru la untuk tourist dan turun feri. Ohhh jeti tgh renovate, so tak dapek la nak amik gambo cecantik.

Kat luar jeti, terus cari Teksi Pink. Kitorang sewa sebuah teksi terus. Suh dia bawak kitorang pusing-pusing Island. Dia charge RM10/person. Memula dia bawak kitorang pi Dutch Port (Kota Belanda). Tempat ni kubu pertahanan Belanda, dah tinggal bahagian belakang je sbb kena bom masa zaman jepun.. eh ye ke.. hahaha pepandai aku je reka cerita.. sebenonya aku pun lupa apa abang teksi tu terangkan. Korang main percaya je la apa aku ckp ek.. hahahahah.. Ala kalo nk tau lelebih lg korang baca la kat info board dia tuh. Aku ada amik gambo dia.

Lepas amik gambar dan masih mood tak elok. Dengan matahari panas teriknya. Dengan lupa bawak sunblocknya. Kitorang meneruskan perjalanan ke Mini China Great Wall. Apa motif dorang bina mini tembok besar Cina ni tak dapat dipastikan. Tapi dorang ada bela ikan Arapaima 3 ekor kat dalam kolam dia. Masalahnya ketiga-tiga ekor tak nak timbul. Ampeh btul.

Lepas sesi amek gambar, kitorang melepak makan aiskrim dulu. Saja amik masa lelama sket... gunakan sepenuhnya masa yang sesuai dgn charge RM10 tu.. hahahaha.. abang teksi tu cakap Pangkor dah 3 minggu tak hujan. Memang best makan aiskrim time panas2 gini kan..

Ok. sambung lagi perjalanan ke Kilang Memproses Makanan Laut. Kilang Cina tapi pekerja semua Melayu. Borong macam2 gak kat sini. Murah sket la sbb terus dari kilang. Bleh nampak kat pintu sebelah tu dorang tengah proses ikan2, sotong2, udang2 semua jadi makanan kering. Tapi aku lupa ambik gambar dorang sbb masih mood bengang. Perabeh RM37 kat sini sahaja.

Dah kenyang makan sample.. kita teruskan perjalanan. Lalu Kg.Nelayan dan nampak bot separa siap. Wahhh.. bestnya buat bot sendiri. Jalan lagi pusing Island ikut jalan hutan dan berbengkang-bengkok. Keluar kat Teluk Dalam, lalu airport kecik dan akhirnya sampai ke Teluk Nipah. Encik teksi tu hantar betul2 depan pintu Sunset View Chalet. Budak2 ni dah book daripada hari Rabu lepas. 2 chalet utk kami berenam. Bilik 9 dan 10. Aku, Ina dan Sue kat Bilik 9. Sal, Fatin dan Nurul kat Bilik 10.

Jam dah pukul 3.15 pm. Nak pi makan tengah hari.. perot tak berapa lapar since dah belasah sample keropok ikan, sample sotong kering dan macam2 sample lagi kat kilang tadi. Sembang2 dgn Pakcik Din The Owner of the Chalet. Tanya dia mcm mana kalo kami nak pi snorkeling. Ecewah! Besar hajat di dalam hati nak pi snorkeling. Padahal kami berenam sorang pun tak pandai berenang. Hahahahaha..
So, pakcik Din cakap.. small matter kalo tak reti berenang. Pi tukar baju dan bersiap. Barang kemas jangan pakai dan bawak air mineral. Beg duit dan handphone kitorang tinggalkan kat opis chalet. Pakcik Din bagi kitorang google sorang satu, chalet punya.. so takyah sewa lagi dah (jimat belanja disitu). Jalan kaki ikut pintu belakang dan tunggu kat gerai goreng pisang. Aku cuma bertshirt hitam kartun tazmania dan tracksuit nipis adidas lusuh.

Tunggu punya tunggu, sekali tersalah gerai goreng pisang. Kitorang berenti kat gerai goreng pisang yang pertama kitorang jumpa. Hahaha.. Pakcik Din bawak sendiri kitorang pi Pualu Giam tempat snorkeling tu under Horizon Water Sports. Memang best la Pantai Teluk Nipah ni. Macam-macam aktiviti ada. Nak pi snorkeling ka, nak naik bot pusing2 pulau ka, nak kayak ka, main jetski, naik banana boat, nak naik speed boat etc or simply berendam dalam ayaq laut. Laut pun biruuuuuuuuuuuuu saujana mata memandang.

Ok.. aku sudahi dulu entry nih.. bersambung part 2 ;) tungguuuuu!!!

Friday, July 3, 2009

Bz = Merapu

Apa mo tulis? Aiyoo sejak dua menjak ni aku bz btul. Tak sempat nk fikir pasal masalah peribody pun. Minggu terakhir bulan Jun.. aku bz dengan Bengkel Audit Dalam (sekali lagi). Hahahaha.. ada tak org gi kursus audit dalam 2 kali? Adaaaa... kitorang lah org itteww *sengih-sengih*

Tapi saya memberi puji-pujian tinggi melangit la kat consultant yang bagi talk sepanjang kursus nih... alhamdulillah kesengalan saya dah beransur pulih. KAH KAH KAH.. sengal rupanya minah nih.

Bukan apa.. ilmu yang baru diperolehi nih senang masuk dalam kepala dan senang pulak untuk difahami. Alhamdulillah... dengan harapan tinggi menggunung agar saya dapat menjalankan tanggungjawab sbg Ketua Audit Dalam di Majlis Daerah Cameron Highlands ini dengan lebih baik. Tade la mcm thn lepas punya sesi audit... blur kabur-kabur dan tak pasti apa benda yg aku buat.

Ok. Ilmu dah dapat.. sampai time nak praktikkan pulak. Jangan time kursus semua nya ok. Time nak buat tu mula la tanya itu-ini. Hahaha... tp sedaya upaya la buat mana yang termampu. Nak NCR ke tak NCR ke tu blkg kira. Hasilnya, next week aku dah organize sbg minggu audit dalam. Tercabut wayar otak aku dibuatnya nak bahagikan kumpulan audit. 4 auditor aku terpaksa keluarkan daripada list auditor sbb :-

1. 2 orang tu tak berminat nak jadi auditor
2. Sorang tu plak nak benti keje dpt job naik pangkat kt tempat lain.
3. Sorang lagi tu time kursus dia tak dapat hadir sbb cuti pi obesi ( can't blame him sbb dia dah apply cuti daripada awal tahun aritu lg)

Dalam pada sibuk audit dalam ISO... sambung plak dengan kursus audit dalam 5S. Kursus 2 hari tp aku pi sehari je sbb aku pi taklimat NAPIC kat Ipoh. Pun sekali lg aku dilantik jd auditor since aku juga fasilitator 5S. Sekarang ni dah masuk bulan SAPU. Tapi unit aku SUSUN pun blom settle. Pada sesapa yang tatau.. jabatan aku ni diimport daripada KPKT dan diposting ke semua Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Labuan yang dikenali sebagai Unit Pusat Setempat (One Stop Centre).

Maknanya, korang pegi la memana majlis daerah sekalipun.. korang akan jumpa unit OSC ni untuk berurusan berkaitan dengan submission pelan pembangunan. Bilangan staf berlainan di antara majlis la sbb tiap2 majlis berlainan workload keje atau berlainan tahap pembangunan dia. Macam kat Cameron Highlands ni pembangunan tade la rancak mana sbb developer pun maleh nak buat pembangunan kat sini since seluruh daerah tertakluk pada Akta Pembangunan Tanah Tinggi. Leceh.. macam2 dokumen nak kena buat. Dan lagi, kat sini dah tak banyak lagi dah kawasan rata yang boleh dibangunkan. Mesti touch slope Kelas III dan IV punya.

Eh.. ni apehal aku melalut panjang2 cite pasal keje nih? Korang paham ker?

Aku nak cite pasal apa sebenonya tadi? Haa.. pasal ofis.. 5S ye? Ok. disebabkan jabatan aku ni semua stafnya diimport termasuk la dengan aku-aku sekali.. so kitorang takde vot atau akaun perbelanjaan sendiri. Bila program 5S ni berjalan... setiap zon diberikan certain amount of money lah utk digunakan. Ye la nak hias ofis.. nak susun fail dalam kabinet nak buat tagging2 tu semua.. nak print atas kertas kaler2 bg lawa dan nak tampal menampal sure kena guna gam yg byk kan.. tapi masalahnya.. budget yg dijanjikan masih belum diperolehi sbb prosedurnya budget tu kena dalam kelulusan majlis melalui Fullboard dan kemudian kena dapat kelulusan peringkat negeri plak. So.. itu yg duk tunggu bilanya MB dan konco2 nya nak bersidang???

Bila jadi cam gini... unit aku je la yg masih ddk rilek takde byk perubahan. Takde kisah sgt pun sbb kitorang br 2 thn beroperasi. Perabot pun ada byk KPKT duk hantar. Again.. Buat aje la kut mana yg termampu. Bila aku suarakan masalah kitorang ni pada koordinator 5S ni dia kata.. zon dorg pun pakai duit sendiri dulu. Ye la... korang bleh guna vot korang. Unit aku ni nak korek duit tang mana? Duit gaji sendiri ada lah.. kitorang pun bukanlah patriotik sgt sampai berkorban harta benda sendiri untuk mendapatkan pensijilan 5S. Memang dikatakan boleh claim semula... tp dibuatnya kang tak bleh.. apa macam? Sapa nak tanggung kerugian? Duit gaji kita tu kita guna utk diri kita dan keluarga kita.. Bleh ke aku angkut bawak balik segala usaha yg aku dah buat utk ofis tu ke rumah?

Ok lah.. cite sket2 je la pasal kebengongan yang melanda. Dalam dilema pun ada.. rasa cam diperkotak-katikkan pun ada. Last2 skang ni aku wat bodo aje lah. Jadualnya pensijilan 5S tu nak didapatkan lepas raya. Tapi kalo budget tu dapat lepas raya jugak... maknanya lepas raya la baru aku dan staf2 aku start nak SUSUN dan SERAGAM had mana yg sewajarnya. Lantak la sijil ke tak sijil ke... Selagi orang atas tak amik pot.. aku pun tak amik pot. Kalo ko nak marah aku disebabkan zon aku tak buat 5S sbb tarak duit.. aku bleh marah ko balik lah sbb bongok sangat.

Oooo bahasa kasar ye... rilek la. Tak lama lagi staf aku pun akan kembali ke KPKT. Tinggal aku berdua dengan despatch. Kalo majlis tamo bg aku staf.. aku berenti aje la keje kat sini. Apply pertukaran ke Federal jugak. Contoh surat apply pertukaran pun aku dah dapat. Hahaha... tinggal mo alter2 sket dah bleh hantar.

Tapi sebelum tu... aku jugak bz nak buat penyelarasan gaji. Selagi ada peluang up gaji.. kita buat la... hahaha.. cuma skang tgh tunggu penyata kira-kira kwsp zaman tok kaduk aku memula keje. Dah la aku pi kaunter branch kwsp.. depa kata penyata tu takbleh amek kt kaunter. Ampeh btul. Kena tulis surat ke kwsp HQ. Nanti depa hantar penyata tu by post.

Wutever... contoh surat mintak penyata kwsp tu pun dah dapat. Tukar nama & alamat semua dan dah selamat dipos tadi. Wait n see je lah.

Letih dah aku merapu. Main type jer. Ape arah tujuan entry ni pun sukar dikenalpasti. Sapa suka membaca sila la teruskan bacaan anda. Owh bacaan termometer di Cameron Highlands semakin baik. Hari tu panas.. skang dah start nk turun mcm biasa. Eh lari topik lagi?

Dah la.. maleh dah nak tulis. Nak balik packing2 bag. Esok nak gi zoom malaysia... banyak untuk dilawati banyak lagi untuk diterokai. Jom cuti-cuti malaysia ke PANGKOOOORRRR!!!!!!