Ok.. sambung balik pasal "Zoom Malaysia Banyak Untuk Dilawati Banyak Lagi Untuk Diterokai" ke Pangkor Island last weekend.
Lepas bersiap2 dan bergambar depan chalet sementara menunggu Pakcik Din.. kitorang pun ke Teluk Nipah Beach. Yay dah nampak pun Pulau Giamnya or also known as Coral Island. Memang tak jauh dari pantai. Naik bot kecik 2 kali trip sbb kami ramai 6 orang campo Pakcik Din dah 7 org.
Sampai kat Pulau Giam tu kemain ramai orang bersnorkeling. Air laut ada sket bergelora so tak nampak sangat ikannya dari atas bot. Amek gambar pun tak guna sbb silau dgn matahari. Kalau air tenang... InsyaAllah bleh nampak ler ikan kaler2 berenang2 dengan gembira.
Kami pegi kat sebalik pulau.. kat situ ada banyak coral.. ikan kaler2 tak banyak sangat. Kiranya manusia pun tak ramai sgt la kat sini. Senang Pakcik Din nak ajar kami berenang. Al-maklum.. masing2 pandai berendam jer.. berenang kami tak reti.
Masa kat Pantai Teluk Nipah lagi Pakcik Din dah betulkan safety jacket kami setiap sorang. So, orang yang pertama Pakcik Din ajar adalah Sue. Mula2 Pakcik Din suh kitorang pakai google dan belajar bernafas guna mulut. Kelabu2 google dibuatnya sbb nak bernafas ikut hidung gak. Kah Kah Kah.. Lepas beberapa minit baru la bleh biasakan diri. Lepas tu Pakcik Din ajar terapung badan meniarap. Rilek jer.. jangan keraskan badan okeh. Lepas tu belajar kuak tangan. Kaki menten jer takyah gerak2 pun. Kejap je Pakcik Din ajar. Lepas Sue, turn Aku, Sal, Ina, Fatin dan last sekali Nurul.
Yey... muka sengih2 jangan cakap la sbb berjaya mengatasi takut air masuk telinga. Hahaha.. aku suka sbb bila nafas ikut mulut automatik la air tak masuk telinga kan... mata dgn hidung plak mmg tak kena air sbb ada google. Hahaha.. saya sangat jakun!!!
Lepas memasing pandai... Pakcik Din bawak kitorang ke air yang dalam tempat ada coral tu. Wahhh cantiknya..!! Mungkin pada yang dah biasa tgk coral.. tak cantik mana pun coralnya. Tapi pada 1st timer mcm kitorang ni mmg jakun la kaedahnya.
Kemain seronok nampak ikan belang2 kuning hitam putih yang sama2 Nemo kat dalam akuarium kat klinik dentist tuh. Hahaha.. owh ikan belang2 oren cam Nemo tu tak nampak plak. Tapi adik beradik dia kaler biru kuning tu ada banyak la. Tapi aku tidak ketahuan la nama ikan2 tersebut. Nak tanya Pakcik Din mana bleh bercakap kalo dah pakai google. Tapi kitorang ni mmg spesis takbleh berhenti bercakap. Paling ketara sekali si Sue lah. Wakakaka.. pakai google pun sibuk nak ajak sembang. Hahaha..
Lama juga perabih masa kat situ. Yang bestnya Pakcik Din siap nyelam amik coral yg dah mati tu utk kitorang tgk. Manyak syok.. baru la aku paham kenapa ada orang bleh suka sgt dgn laut ni sbb mungkin depa pandai berenang dan banyak aktiviti yg boleh kita buat selain berendam dalam air laut. Huhuhu..
Dah pandai.. Pakcik Din kasik can pi terjun kat bahagian sebelah sana. Tapi dia pesan ddk dalam kawasan pelampung aje tau.. Kat situ ada banyak ikan. Yey.. tibalah masanya untuk upacara bagi ikan makan roti. Memula tu tensen gak sbb tangan aku tak kuat nak kuak. Asik duk terapung tang tuuuuu je. Terpisah jauh sket dr budak2 nih. Nampak dari jauh Pakcik Din duk ajar budak2 ni camne nk bg ikan2 tu makan roti. Dengan berusaha bersungguh2 akhirnya dapat gak aku join dorang semua bg ikan makan roti. Tersangat la jakunnya bila roti dah abeh dan ikan2 tu duk kerumun plastik kat tangan aku. Hahaha.. tapi ingat!!! Jangan pegang ikan2 tu.. Pakcik Din cakap nanti bleh terkencing kena duri ikan. Uik... btol ka? Isk jangan melawan ckp cikgu.. nanti derhaka!! kah kah kah..
Hari dah nak gelap baru teringat nak naik darat. Menggigil habis masing2. Sejuk woo.. tapi sempat lagi order burger. Ada orang menjual burger kat tengah Pulau Giam tu. Memang lapar main air nih tau. Dah la kami semua tak makan tengah hari. Baham burger mcm pirahna. Seminit je dah tinggal plastik.
Pakcik Din ajak balik. Macam tadi gak.. bot datang angkut kami 2 kali trip. Dengan tak sabar nak baliknya.. tengah panjat nak masuk bot.. tetiba hampir terbalik. Hahahaha.. habis masuk air laut dalam bot. Mamat yg bawak bot tu namanya Murad. Terpaksalah Murad timba air tu. Wakakakaka... sayang tak sempat nak videokan kejadian tersebut. Memang kelakar tak ingatlah. Siap tersangkut kaki kt bot.
Trip yang kedua takde pape kejadian yang berlaku. Terus bergegas balik chalet. Pada sesiapa yang duduk kat Sunset View Chalet ni.. tiap2 petang pukul 6.30, Pakcik Din akan bagi Burung Enggang makan (Hornbill feeding). Bukan belaan pun, burung tu liar.. tp dorang suka dtg kat chalet tu. Orang dari chalet sebelah2 pun kemain ramai yg datang. Free jer.. sesapa pun bleh dtg tgk. Tapi kalo ada DSLR lg best la tembak gambo. Ni digital camera biasa mcm kitorg ni tak berapa best lah gambarnya sbb camera selo.
Selepas "kelapa dan orked... baik untuk rambut", kami bersiap2 untuk pi dinner. Kitorang ajak Pakcik Din pi dinner sekali. Kali ni tak jalan kaki. Tapi naik motor. Motor ada 2. Driver ada 4. Passanger ada 3. Gilir2 gak la sudahnya. Kitorang makan kat Kedai Mak. Lapar cam rimau. Order ikan bakar 2 ekor. Ikan Aji-Aji dengan Gegeruk. Eh mmg sedap la ikan aji-aji nih... tak tipu punya. Sotong red chili pun sedap. Sotong ni jer yang berjaya di ambil gambar. Yang lenlain.. licinnn!!!! Tak sempat ambik gambar.. tinggal tulang jer.
Lepas makan, kitorang sembang2. Banyak cite kelakar masa snorkeling td keluar balik. Meja kitorang la yg paling meriah sekali. Gelak tak cover punya. Time ni baru la badan mula terasa sengal2. Mata pun layu jer. Dari bertolak pagi2 td sampai ke tengah malam kitorang blom berehat lagi. Kedai dah nak tutup baru kitorang beransur balik chalet.
Mata asik nampak tilam jer. Bleh plak Pakcik Din ajak bersembang lg utk aktiviti besok. Yang herannya.. ada 14 bilik kat Sunset View Chalet tu sebenonya. 3 kosong. 10 bilik yg lain ni sume penuh, 6 daripadanya penuh dgn budak2 lelaki dari Damansara. Siap bawak motor naik feri ke Pangkor. Kami plak amik 2 bilik. 3 bilik lagi group dari mana ntah (depa kurang bersosial). Dalam ramai2 tu... kami berenam kat bilik 9 dan 10 ni jer yg Pakcik Din entertain mcm tu. Hahahaha... mungkin sbb kami pompan kut ;) *wink* *wink*
Ahha.. sambung sembang2 kat tempat karaoke chalet. Pakcik Din tunjuk ikan buntal dia yg dah diconvert jadi lampu. Huhuhu.. cantik la. Tempurung kelapa yg diukir2 pun dia buat jd lampu gantung kt syiling. Dia sempat lagi show off coral collection dia. Chait..!!! Culik coral2 tu buat brooch kang baru tau..
Kepala dah tersengguk2 tahan ngantuk.. Pakcik Din tanya kalau ada sesapa yg rajin nk buat sandwich sardin utk breakfast esk pagi. So takyah la membazir duit bekfes kt kedai. Dengan lajunya masing2 geleng kepala. Kami semua malas!!! Hahaha.. kami letih la pacikkkk!!!!! Kami nak tido sampai tgh hari esok!!! Kekekekeke..
End of Part 2... to be continue at Part 3 ;)
No comments:
Post a Comment