Monday, July 27, 2009

major service

I'm at produa service right now. Kalau ikutkan kata hati mmg malas nak turun dari katil pagi tadi. Nama pun sedang bercuti. Bercuti dari karenah pejabat seketika.

Actually I'm online from Dasuki Motors Perodua Service Centre kat sebelah Zoo Negara. Memang selalunya aku servis kereta disini setelah banyak service centre lain yg aku try. More comfortable here I guess. Hence ada wireless juga disini ya ;) me likeyyyy... terjaga juga pokok tanam maya aku tuh bila dapat online.. dan laju juga connectionnya... me likeyyy some more.. hehehe..

So.. aku dah terskip service utk 75000 km. Bukan skip ape pun.. skip sbb aku pegi servis kete kat kedai lain. Tak buat kat perodua.. huhuhuhu.. so kali ni dah 83000km baru nak buat major service. Nevermind.. saya mmg jahil pasal kereta.

Tadi mekanik tu panggil since aku ckp ada bunyi menciutkan bila maintain 100 - 130kmj kat highway. Lain pulak yang dia jumpa.. dia kata oilsealed kat gear box tu leaking. Absorber belakang kiri-kanan pun leaking jugek. Haiyooohhh.. sangat mensusahkan hati.. estimate harga dalam RM900++ uwaaaaa...

Apelagi.. penasihat negara pun ditelefon. Pedulik apa dia bz kat pejabat. Hehehe.. paling mudah.. aku suh aje along bercakap sendiri dgn mekanik tu. Teknik biasa yg aku buat setiap kali pegi worksyop berseorangan. Haih.. bila ntah mau berdua dgn manusia yg jua tere hal2 begini..

Along call semula dgn estimate harga di worksyop lain. Yey lebih murah.. tp tak bermakna aku nak suh mekanik kerjakan oilsealed tu bulan ini juga. Bil utk major service ini pun akan dileret dgn duit plastik juga. Ikutkan hati mmg takmo buat service pun mengenangkan baki dalam bank. Tapi takpe lah.. untuk keselamatan aku jugak yg memandu kesana kesini.

Incik maxis ni duk telefon aku berkali2.. suh bayar bil agaknya. Aku dah suspend pun sibuk suruh byr juga. Mampus kau lah.. huh.. ini yg orang kata perempuan mata duitan? Kalau takde duit macam mana nak teruskan kehidupan? Nak bercucuk tanam sayur-sayuran dibelakang rumah yang bersimen? Hanya mampu bercucuk tanam di alam maya menerusi game 'farm town', 'farmville' atau 'barn yard' sahaja. Dapatlah beribu-ribu coins menjual hasil tanaman. Huhuhuhu...

Apakah motif entry ini? Owhhhh kegemaran terbaru.. menulis entry tanpa hala tujuan. Eh bukankah mmg itu tujuan blog neh diwujudkan? Bermonolog... menulis semborono tanpa batasan. Mengelak menulis mengenai isu semasa, politik, atau apa sahaja yg boleh diperolehi di sumber2 yg maha banyak untuk digoogle.

Blog yang selfish.. cerita berkisar aku aku aku aku aku dan aku sahaja. Selit juga mengenai org lain. Aktiviti yg aku buat. Hal2 yang aku baru tau dan alami. Pokoknya cuma aku saja. Apa ini tiba2 berbicara bahasa indonesia. Huh.. ini si harry kawan chenta punya pasal lah nih ajak aku ngomong ama dia bahasa indonesia.

Tinggal dulu dong.. mau pergi test drive bentar..

No comments: