Saturday, July 11, 2009

PCOS treatment

Pagi-pagi Sabtu ni aku dah bengang. Pukul 10 aku bersiap-siap untuk ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom nama baru Hospital Cameron Highlands untuk appointment gynea kali ketiga.

Terang2 dalam kad hospital tu tulis 11/07/2009.

Sampai2 kat tempat biasa (kat Jabatan Pesakit Luar) gelap takde orang. Hmm.. mungkin kat Klinik Pakar kat sebelah Wad Kecemasan tu kut. Aku pun pi la sana. Pun tadak orang gak. Aik.. ini sudah mendatangkan keanehan. Selalunya hospital akan call aku kalau ada pertukaran tarikh pada appoinment.

Terserempak dengan sorang nurse ni. Aku pun tanya la apa cerita nih sebenonya? Dengan muka hairan dia pun pi la bertanya dengan nurse-nurse yang lain kat dalam. 1-2 minit kemudian dia keluar semula. Katanya mmg takde klinik doktor pakar hari nih. Aihhhh... wat telah happen?

Ayyooo... aku dah kena tipu dgn spital nih. Ikutkan planning nak pi Pangkor minggu ni tp aku cepatkan sbb minggu ni ada appointment dgn incik doktor. Fuhhh... biru hijau merah muka aku kat situ. Nak marah tapi orangnya takde kat situ nak dimarahkan. Nurse tu pun ulangkali mintak maaf dan aku diminta ke kaunter pendaftaran hari Isnin nanti to figure out bila tarikh sebenar doktor pakar datang ke Cameron Highlands.

Kita tunggu hari Isnin.....

Update on 14 July 2009
Semalam aku gi hospital semula. Takde sape pun yg nak mengaku salah. The actual date was on 6th July. Dah terlepas pun dan aku menghabiskan masa 3 jam untuk dapatkan new appointment date which is only happen on 3rd of August. The particular staff nurse yang handle patient registery tatau pi mana or aku tak kenal yang mana satu orangnya.

No more puji-pujian kepada kakitangan Hospital Cameron Highlands atau nama barunya Hospital Sultanah Hajjah Kalsom. Because of one event, korang dah menyusahkan aku. Kalau tak disebabkan appointment tak jadi tu.. ada byk keje lain aku bleh buat kat rumah. Kalau tak disebabkan appointment tak jadi tu.. aku tak membuang masa pada hari bekerja untuk menunggu 3 jam untuk dapatkan advise yang tak sampai 5 minit.

2 comments:

jijah montel said...

PCOS tu ape? haihhh.. sampai ati diorg tipu ko.. tak patut..

cik-zura said...

PolyCystic Ovarian Syndrom.. bahasa mudahnya ovari yg pemalas. hahahahaha..