Saturday, July 11, 2009

Pangkor : Part 3

Eh apasal sejuk gila tak ingat nih? Ok. Kipas speed 4. Percubaan untuk off aircond. Isk payah la pulak remote control nih. Last2 aku switch off je. Hmm tgk jam baru pukul 3 pagi. Sambung tido lagi..

Sedar-sedar dah pukul8.20 pagi!!!! Hahahaha.. tapi hairan di dalam hati. Apesal kat luar tu mcm pukul 7? Tak puas hati.. aku buka tingkap. Hujan baru berhenti daaaaa.. oooo patut la sejuk gila pagi td. Tak kedengaran pun bunyi hujan ribut di luar. Sah ler masing-masing tido keletihan tak sedar diri. Tiba2 aku teringat Encik Teksi Pink ckp smlm yg Pangkor dah 3 minggu tak hujan.

Pukul8.30 pagi. Tak bleh jadi. Memang badan penat.. tp dah tak bleh sambung tido lg. Aku pun kacau budak2 ni suh bangun. Kalo ikutkan planning smlm... pagi ni pukul9 Pakcik Din ajak pi snorkeling lg.

Bangun, siap2 dan kejut orang-orang di bilik sebelah. Memandangkan kita nak gi terjun laut maka acara mandi ditangguhkan seketika. Disebabkan hujan mlm td.. baju dan seluar basah smlm kembali basah kena air hujan. Kitorang pinjam washing machine Pakcik Din utk spin sluar baju tersebut. Masing2 bawak baju cukup2 utk balik je.

Sebbaik aku pakai tracksuit nipis. Cpt ler keringnya. Jalan kaki ke Teluk Nipah Beach. Makan breakfast dulu. Makan nasik lemak lauk ayam goreng. Sambal ikan bilisnya meriah dgn ikan bilis. Biasanya kita beli nasik lemak.. sambal dia ada la 2-3 ekor ikan bilis je kan? Agak kagum la disitu sbb mmg patut la kat pulau ada byk makanan laut. Tapi kalo korang2 ke Cameron Highlands dan order lauk yg sepatutnya banyak sayur... jgn terkejut kalau sayurnya seciput sahaja. Memang tak padan dgn title pengeksport sayur. Huhuhu.. (kondem tempat sendiri nampak? No komen..)

Ok. Lepas brekfes.. kitorang pegi pusing area Coral Island dulu. Kali ni naik bot besar sbb tak muat kalau nk naik bot kecik, si Fatin dan Nurul takmo pi snorkeling. Takpelah.. kita gi pusing2 pulau dulu.

Memula Pakcik Din tunjuk Monkey Beach. Pantai ni Taiwan ke Korean yg empunya ntah. Tade ramai org la kat situ. Lepas tu tunjuk Pangkor Laut. Nampak sayup-sayup je chalet atas air dia. Pangkor Laut tu kat separate island tau. Nak masuk suka2 kena bayar dlm RM60/head. Bilik dia dalam RM800/night. Tu Pakcik Din ckp la. Betul ke idak pi la google sendiri ek ;)

Lepas tu Pakcik Din tunjukkan 'Batu Ikan Paus'. Memang bentuk mcm whale. Siap ada pokok kecik kat atas batu tu bentuk mcm air keluar kt atas ikan paus tu. Batu ni kat pulau ape ek namanya.. sebelah Pulau Giam. Lepas tu kitorang ke Pulau Giam tgk ikan. Mcm smlm.. air bergelora.. susah nk amik gambar dr atas bot. Kat Pulau Giam ni juga ada 'Batu Buaya'.

Dah settle pusing island. Kitorang turun utk sambung snorkeling. Sal dan Ina belum pi kat area coral beso2 tu lagi. Tu yg bersemangat nk pi walaupun badan sakit2. Huhuhuhu..

Aku dan Sue... hari ni Pakcik Din nk ajar kitorang berenang pakai 'kaki itik'. Dua-dua pinjam chalet punya. Mcm biasa... dimulakan dengan Sue. Eh mcm senang jer. Time ni budak2 lelaki yg sama chalet dgn kitorang pun sama terjun utk snorkeling. Tapi dorang lelaki dan pandai berenang. So, Pakcik Din tak layan dorang sgt la. Kekekekeke...

Ok.. dah pandai kayuh kaki mcm kayuh beskal. Pakcik Din suh buka safety jacket. Dia ikat safety jacket tu kat lengan kitorang. Ayyoo...!! Baru 2 hari belajar dah suruh berenang mcm ikan ka. Cuak jgn cite la. Tapi Pakcik Din suh rilek jgn neves. Kalo rasa nak tenggelam. Terapungkan badan dan tarik nafas selo2. Pegang safety jacket.

Waaaaaaa.. jakun sekali lagi la. Bila pakai kaki itik tu laju sket nak berenang. Kalo mcm semalam main kuak pakai tangan jer mmg aku ddk tang tuuuu je lah. Kali ni selamba je pi kat area coral yg air dalam tuh. Ecewahhh... tp bila teringat kedalaman air.. tetiba neves datang balik. Kena cpt2 tenangkan diri anda lah.

Selam punya selam.. pukul1 lebih baru balik chalet. Si Murad buat aksi pecah bot. Dia tekan enjin laju2 terus naik atas pantai. Kalo laju sket lagi bleh naik terus atas jalan kut. Ampeh betul.. tapi best!! Hahahaha.. Sue siap record lagi dengan digicam. Ada time aku upload ek.

Patutnya check out pukul12. Tapi kitorang check out pukul2. Pakcik Din call kan teksi pink untuk bawak kitorg pi Pekan Pangkor. Dia recomment satu kedai ni utk beli barang2 makanan hasil laut. Kitorang duk borong la. Abeh lg duit aku. Kat kedai sebelah.. aku borong tshirt Pangkor dan seluar pendek yg cantik. Ahaks! Beli tshirt juga utk Along, KakLong, Irfan dan Danish.

Dah maleh nak buat collage. Main tepek je gambo.
Pukul5 baru naik feri ke Lumut. Sempat snap2 gambar sekejap before feri jalan. Perjalanan ke Lumut dipenuhi dgn aktiviti tidurrr. Tapi aku je tak bleh tido. Pening kepala aku nak tidur dalam feri.

Sampai Lumut perut dah lapar. Pakcik Din ckp kat jeti tu ada byk kedai makan. Yang kitorang jumpa banyak tutup. Terus aje amik kete dan pusing2 kejap area Jeti Lumut ni. Masa bayar tiket parking, Encik Attendace tu ckp ada kedai makan kat selepas Shell. Kitorang pun beriya la cari selepas Shell. Rupa-rupanya sebelum Shell tu ada kedai makan. Main u-turn tah berapa kali kami 2 kereta.

Mcm biasa... pirahna dapat makanan. Tapi kali ni dah warning jgn serbu dulu. Bg aku amek gambar dulu okeh. So... enjoy!!!
Perjalanan pulang ke Cameron Highlands takde pape halangan. Cuma mcm orang mabuk bawak kereta. Pegang stereng tp terasa mcm terapung kat dalam laut. Ayyo kemabukkan laut kah aku? Bawak kete agak slow. Penat jgn cerita. Budak-budak ni dah bising nk cuti esok. Aih.. takkan aku yg bos ni nak cuti sama? Oooo tade tade... esok kita masih dtg ofis.. tp dibenarkan tido bwh meja kalau sudi. Hahahahaha..

Hari dah gelap.. kena hati-hati baca signboard. Mata awak tu dah la rabun. Si Sal sebbaik tak terlepas ke Ipoh. Hahaha.. Singgah isi petrol pun sekali je. Sampai di Tanah Rata pukul11.30 malam.

Maka berakhirlah trip to Pangkor Island. Pengalaman yang gila best. Reasons are :-

1. Tak salah pilih chalet.. alhamdulillah juga kitorang deal direct dgn chalet's owner and not via agent. Cuma nak share info.. budak2 yg bilik sebelah kitorang yg tak bersosial tu sebenonya kena tipu dgn agent atau dorang yg tipu agent. Ceritanya... agent charge dorang RM110/room. Agent ckp bilik ada 1 double bed dan 1 tilam sbb memula tu dorang ckp nk dtg 3 org je. Tu pasal agent suggest bilik kat chalet tu. Last2.. bila dah sampai... depa sampai 5 org dan ckp bilik kecik. Hmmm.. sapa salah?

2. Lagi satu pengalaman yg paling berharga adalah belajar berenang dan snorkeling. Berlagak nauzubillah la lepas ni. Tu blom belajar diving lg... hahaha. Alhamdulillah kitorang berjumpa dgn instructor yg baik iaitu our Pakcik Din. Dia sabar ajar kitorang step by step.. sorang demi sorang sampai pandai.

3. Holiday 2D1N dengan 2 bilik chalet, 2 kali makan besar, 2 kali snorkeling, 2 buah kereta, 2 kali naik feri (pergi dan balik) only cost us RM150/person. Kalah Destinasi Budget kalo cam gini. Hahahaha..

4. Berpeluang tengok Hornbill dekat2. Sebbaik tak cukup dekat dan tak cukup jinak untuk dibelai2.

Happy reading y'll. Terima kasih pada yg tersesat masuk ke blog ni dan membaca bebelan aku yg tak seberapa ni. Terima kasih juga pada sesapa yg sengaja masuk ke blog aku untuk membaca pape yg tertulis.. tidak kira di mana jua anda berada. Eh syahdu plak tetiba...

Ok lah.. aku nak wat keje plak. Asik membebel sorang2 mcm org takde kerjaan.

No comments: