Friday, July 3, 2009

Bz = Merapu

Apa mo tulis? Aiyoo sejak dua menjak ni aku bz btul. Tak sempat nk fikir pasal masalah peribody pun. Minggu terakhir bulan Jun.. aku bz dengan Bengkel Audit Dalam (sekali lagi). Hahahaha.. ada tak org gi kursus audit dalam 2 kali? Adaaaa... kitorang lah org itteww *sengih-sengih*

Tapi saya memberi puji-pujian tinggi melangit la kat consultant yang bagi talk sepanjang kursus nih... alhamdulillah kesengalan saya dah beransur pulih. KAH KAH KAH.. sengal rupanya minah nih.

Bukan apa.. ilmu yang baru diperolehi nih senang masuk dalam kepala dan senang pulak untuk difahami. Alhamdulillah... dengan harapan tinggi menggunung agar saya dapat menjalankan tanggungjawab sbg Ketua Audit Dalam di Majlis Daerah Cameron Highlands ini dengan lebih baik. Tade la mcm thn lepas punya sesi audit... blur kabur-kabur dan tak pasti apa benda yg aku buat.

Ok. Ilmu dah dapat.. sampai time nak praktikkan pulak. Jangan time kursus semua nya ok. Time nak buat tu mula la tanya itu-ini. Hahaha... tp sedaya upaya la buat mana yang termampu. Nak NCR ke tak NCR ke tu blkg kira. Hasilnya, next week aku dah organize sbg minggu audit dalam. Tercabut wayar otak aku dibuatnya nak bahagikan kumpulan audit. 4 auditor aku terpaksa keluarkan daripada list auditor sbb :-

1. 2 orang tu tak berminat nak jadi auditor
2. Sorang tu plak nak benti keje dpt job naik pangkat kt tempat lain.
3. Sorang lagi tu time kursus dia tak dapat hadir sbb cuti pi obesi ( can't blame him sbb dia dah apply cuti daripada awal tahun aritu lg)

Dalam pada sibuk audit dalam ISO... sambung plak dengan kursus audit dalam 5S. Kursus 2 hari tp aku pi sehari je sbb aku pi taklimat NAPIC kat Ipoh. Pun sekali lg aku dilantik jd auditor since aku juga fasilitator 5S. Sekarang ni dah masuk bulan SAPU. Tapi unit aku SUSUN pun blom settle. Pada sesapa yang tatau.. jabatan aku ni diimport daripada KPKT dan diposting ke semua Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Labuan yang dikenali sebagai Unit Pusat Setempat (One Stop Centre).

Maknanya, korang pegi la memana majlis daerah sekalipun.. korang akan jumpa unit OSC ni untuk berurusan berkaitan dengan submission pelan pembangunan. Bilangan staf berlainan di antara majlis la sbb tiap2 majlis berlainan workload keje atau berlainan tahap pembangunan dia. Macam kat Cameron Highlands ni pembangunan tade la rancak mana sbb developer pun maleh nak buat pembangunan kat sini since seluruh daerah tertakluk pada Akta Pembangunan Tanah Tinggi. Leceh.. macam2 dokumen nak kena buat. Dan lagi, kat sini dah tak banyak lagi dah kawasan rata yang boleh dibangunkan. Mesti touch slope Kelas III dan IV punya.

Eh.. ni apehal aku melalut panjang2 cite pasal keje nih? Korang paham ker?

Aku nak cite pasal apa sebenonya tadi? Haa.. pasal ofis.. 5S ye? Ok. disebabkan jabatan aku ni semua stafnya diimport termasuk la dengan aku-aku sekali.. so kitorang takde vot atau akaun perbelanjaan sendiri. Bila program 5S ni berjalan... setiap zon diberikan certain amount of money lah utk digunakan. Ye la nak hias ofis.. nak susun fail dalam kabinet nak buat tagging2 tu semua.. nak print atas kertas kaler2 bg lawa dan nak tampal menampal sure kena guna gam yg byk kan.. tapi masalahnya.. budget yg dijanjikan masih belum diperolehi sbb prosedurnya budget tu kena dalam kelulusan majlis melalui Fullboard dan kemudian kena dapat kelulusan peringkat negeri plak. So.. itu yg duk tunggu bilanya MB dan konco2 nya nak bersidang???

Bila jadi cam gini... unit aku je la yg masih ddk rilek takde byk perubahan. Takde kisah sgt pun sbb kitorang br 2 thn beroperasi. Perabot pun ada byk KPKT duk hantar. Again.. Buat aje la kut mana yg termampu. Bila aku suarakan masalah kitorang ni pada koordinator 5S ni dia kata.. zon dorg pun pakai duit sendiri dulu. Ye la... korang bleh guna vot korang. Unit aku ni nak korek duit tang mana? Duit gaji sendiri ada lah.. kitorang pun bukanlah patriotik sgt sampai berkorban harta benda sendiri untuk mendapatkan pensijilan 5S. Memang dikatakan boleh claim semula... tp dibuatnya kang tak bleh.. apa macam? Sapa nak tanggung kerugian? Duit gaji kita tu kita guna utk diri kita dan keluarga kita.. Bleh ke aku angkut bawak balik segala usaha yg aku dah buat utk ofis tu ke rumah?

Ok lah.. cite sket2 je la pasal kebengongan yang melanda. Dalam dilema pun ada.. rasa cam diperkotak-katikkan pun ada. Last2 skang ni aku wat bodo aje lah. Jadualnya pensijilan 5S tu nak didapatkan lepas raya. Tapi kalo budget tu dapat lepas raya jugak... maknanya lepas raya la baru aku dan staf2 aku start nak SUSUN dan SERAGAM had mana yg sewajarnya. Lantak la sijil ke tak sijil ke... Selagi orang atas tak amik pot.. aku pun tak amik pot. Kalo ko nak marah aku disebabkan zon aku tak buat 5S sbb tarak duit.. aku bleh marah ko balik lah sbb bongok sangat.

Oooo bahasa kasar ye... rilek la. Tak lama lagi staf aku pun akan kembali ke KPKT. Tinggal aku berdua dengan despatch. Kalo majlis tamo bg aku staf.. aku berenti aje la keje kat sini. Apply pertukaran ke Federal jugak. Contoh surat apply pertukaran pun aku dah dapat. Hahaha... tinggal mo alter2 sket dah bleh hantar.

Tapi sebelum tu... aku jugak bz nak buat penyelarasan gaji. Selagi ada peluang up gaji.. kita buat la... hahaha.. cuma skang tgh tunggu penyata kira-kira kwsp zaman tok kaduk aku memula keje. Dah la aku pi kaunter branch kwsp.. depa kata penyata tu takbleh amek kt kaunter. Ampeh btul. Kena tulis surat ke kwsp HQ. Nanti depa hantar penyata tu by post.

Wutever... contoh surat mintak penyata kwsp tu pun dah dapat. Tukar nama & alamat semua dan dah selamat dipos tadi. Wait n see je lah.

Letih dah aku merapu. Main type jer. Ape arah tujuan entry ni pun sukar dikenalpasti. Sapa suka membaca sila la teruskan bacaan anda. Owh bacaan termometer di Cameron Highlands semakin baik. Hari tu panas.. skang dah start nk turun mcm biasa. Eh lari topik lagi?

Dah la.. maleh dah nak tulis. Nak balik packing2 bag. Esok nak gi zoom malaysia... banyak untuk dilawati banyak lagi untuk diterokai. Jom cuti-cuti malaysia ke PANGKOOOORRRR!!!!!!

4 comments:

jijah montel said...

waaaa... gi pangkor laa.. sepanjang aku duk sana.. aku smpt gi CH dengan shopping ipoh and manjung jek.. namun nak cross lumut ke pangkor tak pernah.. eheheh.. anyway.. tak buat coverage pasal wedding didi ke?

cik-zura said...

aku tak gi pun wedding didie.. maleh gi sorang2..

jijah montel said...

lahhh.. ye ke.. takde org gi ke? ooo..bai tgh pantang ek.. sue?.. takpela.. aku ingat semua org gi.. aku aje la yg terkontang kangting keje.. :)

cik-zura said...

bye pantang.. sue keje.. sham pun pantang.. nadie kt obesi.. ben pi sawak..

masa dorg reunion hr tu mmg ramai yg ckp nk pegi tp aku tatau sapa yg pegi pada hari kenduri didie tu.