Hoihhh... apecite?
S : Ni saya nak bertanya berkenaan dengan projek gereja di Tanah Rata tu dah luluskan?What was that??????
M : Iye Dato, mmg dah diluluskan oleh Jawatankuasa.
S : Ni saya nak tanya pasal surat awak ni.. awak tulis surat kelulusan akan dikeluarkan kemudian.. macam mana ntah awak tulis... jap.. "surat kelulusan rasmi akan dikeluarkan sedikit masa lagi oleh Jabatan Kejuruteraan dan Kawalan Bangunan".
M : Iye Dato, saya cuma keluarkan surat makluman keputusan mesyuarat kepada pemohon dan Jabatan Bangunan majlis akan keluarkan surat kelulusan rasmi.
S : Awak tak boleh lah tulis surat macam ini. Dah sebulan lebih keputusan tapi pemohon cakap masih belum terima apa-apa surat kelulusan.
M : Minta maaf Dato sebab saya tak mengeluarkan surat kelulusan rasmi. Saya cuma mengeluarkan surat makluman keputusan mesyuarat.
S : Iye.. saya tau bukan awak yang keluarkan surat kelulusan. Tapi awak kena lah pantau bila surat kelulusan tu nak dikeluarkan. At least bagi tempoh sekian-sekian haribulan surat akan dikeluarkan. Janganlah lepas tangan macam ni.
M : ????
M : Baiklah Dato, saya akan betulkan surat saya.
S : Bila awak nak ambil tindakan?
M : Selepas letak telefon ni saya akan maklumkan kepada Jabatan berkenaan untuk ambil tindakan.
S : Nanti telefon saya semula. Pemohon ada dengan saya sekarang ni.
M : Baik Dato.
Tidak lain dan tidak bukan... ORANG LAIN YANG TAK BUAT KERJA MEREKA.. AKU YANG KENA JAWAB KENAPA MEREKA TAK BUAT KERJA MEREKA... wtf!
Tapi macam mana aku nak jawab sbb aku bukan mereka... "eh kenapa ko tak buat keje ko hah? bongok ke apa?"
Terang-terang dalam surat aku tu.. kalau ada papehal nak tau pasal surat tu samada nak tanya bila surat tu bleh dapat.. sila berhubung dgn jabatan berkenaan. Kenapa masih call aku?????? Sbb aku yang sign surat tuh?
Hello..!!! Terang-terang dalam job description aku cuma setakat itu sahaja kerja aku. Unit aku ditubuhkan oleh Perdana Menteri bukan untuk mengambilalih semua tugas di PBT. Aku cuma uruskan hal2 yang dikatakan remeh mcm penerimaan permohonan, asing2kan ikut kategori, hantar pada jabatan teknikal utk dapatkan ulasan, pantau bila jabatan teknikal nak keluarkan ulasan, dah cukup tempoh.. angkat ke mesyuarat utk dipertimbangkan, maklum keputusan mesyuarat pada pemohon, buat minit, angkat keputusan ke fullboard utk endorse. That's it!!! Hal2 teknikal semuanya masih diuruskan oleh jabatan bangunan atau jabatan perancangan kat PBT tu sendiri.
Takde istilah ambil-alih pun. Itu yang 90% manusia yang berurusan dengan PBT tak paham. Padahal peranan aku dan staff aku dan unit aku adalah seragam pada di semua PBT di semenanjung Malaysia.
So dissappointed :(
Huh... hari ni mmg aku tak rasa bersalah langsung pos surat pertukaran ke HQ. Biar mampuslah orang-orang di cameron highlands nih buat kerja mereka sendiri. I don't care anymore..
Orang baik pun lama2 bleh jadi jahat kalau asyik kena tindas.
Dengan segera aku call incik engineer ketua jabatan bangunan. Dia ada kat KL la pulak. Dengan nada garang nak mampos aku bagi arahan tentera suh dia siapkan surat kelulusan tuh. Hahahaha.. bagus juga dia mmg takot dgn pompan rimau nih. Esok jugak dia janji nak siapkan surat tuh. Bagussss!!! Kalo ko buat keje dn cepat dan cekap dan dengar cakap aku yg bijak nih... sure ko tak kena marah selalu dengan aku tau. Aku peduli apa jawatan ko sama level dgn aku atau tidak. Kena marah sket merah2 muka. Hangin btul aku dengan jantan cam gini. Mengorat staff aku pandai pulak. Bukan aku kecik ati ko tak mengorat aku. Tapi aku sakit ati ko lembab sangat nak settlekan keje ko sendiri. Balik2 aku jugak kena back up. Bosannnnnnnnnnnnn!!!!!!
Now.. tade bagi muka dah. Ko dan jabatan ko ambiklah balik keje2 ko nih.
Dulu bos ko beriya taknak terima aku, staff aku dan unit aku kat ofis kecik ko tuh. Sekarang ni bila nampak sendiri yang kitorang ni berguna... byk memberi kebaikkan pada ofis... dah nak kena panggil semula dgn HQ.. baru lah nampak yang kitorang ni bagus.. terbaikkk...
taik lah!!! mmg kali nih betul2 terpalit. Sure my reputation pun hancus. Bayangkan Dato SUK actually call and talk to you by himself. Bukannya dia suh staff dia yg ckp atau pakai surat. Arghhhhh!!!!!!!
Ya Allah Ya Tuhanku.. kasihanilah orang-orang yang teraniaya ini *sob*
No comments:
Post a Comment