Pagi-pagi hari Sabtu.. malas kemain nak celik mata. Letih sesangat rasanya. Pukul 7 lebih Ina ketul pintu suh bersiap. Siap2 dan jalan kaki ke Terminal Freesia Tanah Rata. Tunggu punya tunggu pukul 8.30 budak2 ni tak datang lagi. Aik.. tak jadi nak pi jalan2 ka? Semalam janji nak pi naik bas jer ke Lumut. Ingatkan boleh la ddk rilek dan enjoy the trip tanpa mikirkan pasal jalan mana nak ikut, minyak kete dan keletihan driving.
Last2.. tetiba ckp pi naik kete. Kete aku dan aku pulak tu kena drive. Perghh bikin gua bengang pagi-pagi buta nih. Ikutkan ati.. aku dah malas nak ikut dah. Planning tah apa2 budak2 nih.. baru la terpikir kalo naik bas pukul bape nak sampai Ipoh lepas tu kul bape plak nk sampai Lumut.. blablablabla..
Aku drive folo blakang Kancil. Saja drive slow gila. Padan muka. Nak cepat sampai ye? Kah kah kah..
So.. Pukul 8.45 la kiranya bertolak dari Tanah Rata. Ikut jalan Simpang Pulai - Batu Gajah - Seri Iskandar - Lumut. Jalannya stretttttt jer. Lalu la Universiti Petronas dengan UiTM Seri Iskandar tu hah. Berhenti sekali je kat petronas Bandar Universiti pi toilet.
Sampai di Lumut pukul 12. Parking kete kat Tempat Letak Kereta Bertingkat. RM10/day depa charge. Hampir penuh parking tuh. Last2 ada parking kosong kat tingkat 3. Kunci kete. Berbondong-bondong pi ke jeti. Depa sibuk amik gambar aku tadak mood. Bengang tak abeh lagi. Geram btul pada organizer. Tak pepasal gua kena drive. Ingat tak letih ker? Huh!
Beli tiket feri. Ada 3 feri yg boleh dipilih. Mesra Feri, Duta Pangkor dan Pan Silver Ferry. Kitorang amik yg Mesra Feri. Pekerja dia pakai uniform kaler oren. Tiket RM10/person pergi balik, sama je harganya memana feri pun. Naik feri pukul 12.45. Kitorang ddk tingkat atas. About 20 minutes je dah sampai Pangkor Island. Dalam intenet beriya cakap 45 minit ke sejam baru sampai. Pening lalat gak la ddk dalam feri nih. Huhuhu.. ok, memula feri akan benti kat jeti Kg.Nelayan tau. 2nd jeti baru la untuk tourist dan turun feri. Ohhh jeti tgh renovate, so tak dapek la nak amik gambo cecantik.
Kat luar jeti, terus cari Teksi Pink. Kitorang sewa sebuah teksi terus. Suh dia bawak kitorang pusing-pusing Island. Dia charge RM10/person. Memula dia bawak kitorang pi Dutch Port (Kota Belanda). Tempat ni kubu pertahanan Belanda, dah tinggal bahagian belakang je sbb kena bom masa zaman jepun.. eh ye ke.. hahaha pepandai aku je reka cerita.. sebenonya aku pun lupa apa abang teksi tu terangkan. Korang main percaya je la apa aku ckp ek.. hahahahah.. Ala kalo nk tau lelebih lg korang baca la kat info board dia tuh. Aku ada amik gambo dia.
Lepas amik gambar dan masih mood tak elok. Dengan matahari panas teriknya. Dengan lupa bawak sunblocknya. Kitorang meneruskan perjalanan ke Mini China Great Wall. Apa motif dorang bina mini tembok besar Cina ni tak dapat dipastikan. Tapi dorang ada bela ikan Arapaima 3 ekor kat dalam kolam dia. Masalahnya ketiga-tiga ekor tak nak timbul. Ampeh btul.
Lepas sesi amek gambar, kitorang melepak makan aiskrim dulu. Saja amik masa lelama sket... gunakan sepenuhnya masa yang sesuai dgn charge RM10 tu.. hahahaha.. abang teksi tu cakap Pangkor dah 3 minggu tak hujan. Memang best makan aiskrim time panas2 gini kan..
Ok. sambung lagi perjalanan ke Kilang Memproses Makanan Laut. Kilang Cina tapi pekerja semua Melayu. Borong macam2 gak kat sini. Murah sket la sbb terus dari kilang. Bleh nampak kat pintu sebelah tu dorang tengah proses ikan2, sotong2, udang2 semua jadi makanan kering. Tapi aku lupa ambik gambar dorang sbb masih mood bengang. Perabeh RM37 kat sini sahaja.
Dah kenyang makan sample.. kita teruskan perjalanan. Lalu Kg.Nelayan dan nampak bot separa siap. Wahhh.. bestnya buat bot sendiri. Jalan lagi pusing Island ikut jalan hutan dan berbengkang-bengkok. Keluar kat Teluk Dalam, lalu airport kecik dan akhirnya sampai ke Teluk Nipah. Encik teksi tu hantar betul2 depan pintu Sunset View Chalet. Budak2 ni dah book daripada hari Rabu lepas. 2 chalet utk kami berenam. Bilik 9 dan 10. Aku, Ina dan Sue kat Bilik 9. Sal, Fatin dan Nurul kat Bilik 10.
Jam dah pukul 3.15 pm. Nak pi makan tengah hari.. perot tak berapa lapar since dah belasah sample keropok ikan, sample sotong kering dan macam2 sample lagi kat kilang tadi. Sembang2 dgn Pakcik Din The Owner of the Chalet. Tanya dia mcm mana kalo kami nak pi snorkeling. Ecewah! Besar hajat di dalam hati nak pi snorkeling. Padahal kami berenam sorang pun tak pandai berenang. Hahahahaha..
So, pakcik Din cakap.. small matter kalo tak reti berenang. Pi tukar baju dan bersiap. Barang kemas jangan pakai dan bawak air mineral. Beg duit dan handphone kitorang tinggalkan kat opis chalet. Pakcik Din bagi kitorang google sorang satu, chalet punya.. so takyah sewa lagi dah (jimat belanja disitu). Jalan kaki ikut pintu belakang dan tunggu kat gerai goreng pisang. Aku cuma bertshirt hitam kartun tazmania dan tracksuit nipis adidas lusuh.
Tunggu punya tunggu, sekali tersalah gerai goreng pisang. Kitorang berenti kat gerai goreng pisang yang pertama kitorang jumpa. Hahaha.. Pakcik Din bawak sendiri kitorang pi Pualu Giam tempat snorkeling tu under Horizon Water Sports. Memang best la Pantai Teluk Nipah ni. Macam-macam aktiviti ada. Nak pi snorkeling ka, nak naik bot pusing2 pulau ka, nak kayak ka, main jetski, naik banana boat, nak naik speed boat etc or simply berendam dalam ayaq laut. Laut pun biruuuuuuuuuuuuu saujana mata memandang.
Ok.. aku sudahi dulu entry nih.. bersambung part 2 ;) tungguuuuu!!!
No comments:
Post a Comment