Semalam hari yang sibuk dan kelam kabut. Hari Isnin hari pertama dalam seminggu hari pertama bekerja selepas seminggu away dari office.
Roomate-ku yang kecik molek demam. Aku mengoffer menghantar dia ke Hospital CH since aku sendiri ada appointment dgn gynea. Dalam kad tulis appointment kul8 pagi. Tapi pukul 8.30 aku baru terhegeh2 nak pi amik Akmar kat rumah. Pegi ke Hotel Titiwangsa Brinchang sbb ada taklimat anjuran JPBD Pahang. The taklimat actually special for Ahli Majlis dan Ahli Jawatankuasa OSC since dorang ni adalah penggubal dasar kepada Cameron Highlands City Council. Aku sebahagai setiausaha Jawatankuasa OSC pun bagi support lah. Orang JPBD yang arrange taklimat ni pun ex-classmate sendiri masa bach. deg.
Ok. Register kehadiran. Yang ambil kedatangan is our own staff. Lepas sign2 aku rempit balik ke Tanah Rata straight to Hospital. Akmar di pesakit luar. Aku pulak di Dewan Bersalin. Hahhh??? Oooo cuma kat lobi Dewan Bersalin. Nama bilik tu LDS. Keliling satu hospital juga aku mencarinya. Hahahaha..
Register pula nama utk jumpa doktor. Nombor 19. Selama ni aku ke hospital mmg malas nk bawak GL. Setakat bayar RM1 atau RM5 tu buat letih jer kalau nak isi GL Form sampai 3 salinan. Tak kira masa aku nak gi kejar bos yang tak selalu ada kat office utk tandatangan borang tu lagi.
Tapi kali ni, the nurse 'malas' nak issue bil / receipt. Dia insist aku pi balik ofis buat GL. Ayyo.. takpelah.. aku isi aje borang2 tersebut dan suruh S.U sign walau sepatutnya Dato YDP yang perlu sign. Hmmm.. hentam aje lah. Nurse tu ckp, pi la minum2 makan2 breakfast dulu sbb aku punya giliran lambat lagi. Doktor akan habis2kan check2 ibu2 mengandung dulu. Yang selain daripada tu kemudian2 pun boleh. Ler.. baik takyah amik nombor.. baik bg aje nombor last sekali yg ada dalam list appointment hari nih. Hiskkk..
Dengan borang GL 3 helai.. aku ke Hotel Titiwangsa semula. Ngam2 pukul10.30, dah settle pun pembentangan paperwork pertama.. masa untuk break. Hehehe.. pekena mee goreng dan kuih2. Layan paperwork kedua. Eh presenter ni mcm ku kenal. Siapa ek?
Ooooo... incik pegawai undang-undang kat MBKT rupanya. Aku pernah hadir kursus undang-undang anjuran JPBD tahun lepas. Mamat ni juga lah yang jd speaker. No wonder la mcm kenal.
Bila bukak cerita pasal OSC, jd glemer lah kejap since I'm confidence to answer any questions about OSC. Dah 2 tahun aku buat menda alah nih. Takkan tak tere-tere lagi ye tak?
Kononnya pukul11.30 nak ke Hospital semula. Akmar call, katanya dia balik rumah sendiri (ada kwn ambik.. sorry.. akak bz lah Akmar). Sedar2 pukul12 telefon berdering. Nurse call suh mai jumpa doktor. Kahkahkahkahkah!!!!!! I'm wonder.. kat hospital tempat lain ada tak servis sampai mcm nih? Huhuhuhu..
Pengakhiran 2nd paperwork aku terus rempit semula ke Tanah Rata. Sangat teruja berjumpa doktor. Aik... sejenis penyakitkah? Aku sendiri tak pernah jumpa manusia lain yang teruja berjumpa doktor atas sbb sakit. Kalo sbb bf/gf dia doktor tu kompom la teruja nak jumpa ye tak?
So.. I met Dr. Tham again. Dr Ramesh dah blah pi mana tatau. Haih.. main2 sungguh. My 1st visit mmg aku jumpa Dr. Tham. 2nd visit tukar doktor, Dr. Ramesh. Dia tukar ubat aku dari Dianne-35 to Marvelon. 3rd visit jumpa Dr. Ramesh lagi. Dia tukar balik ubat aku ke Dianne. This 4th visit, kembali bersembang2 dgn Dr. Tham. Hai tuan doktorrr...
Soalan pertama dia tanya.. "How's your husband?" Erk!!
Adeh.. lemah lutut sungguh la soalan sedemikian. Dia ingat nak cari suami mcm membeli ikan di pasar atau memilih kicap yang tersusun di rak pasaraya terdiri daripada pelbagai jenama agaknya.
Dia pun memulakan bebelan makcik-makcik like. Senyummmm!!! :) senyum jer... sedekah. Keputusannya, amik Dianne lagi for another 7 months. Aku buat special request to review apa yang tertera dalam ultrasound aku back at year 2003. Dr Ho said my left ovary is big and bulky. The result for current ultrasound and after medication for 18 months... my cyst is gone!!! Yippiii!!!!! Sangat senang hati.. Alhamdulillah syukur.
Dah lepas dapat perscription letter.. Dr Tham pesan lagi suh kawen cepat2. Uwaaaa.. ni yg emo nih.
Lepas amik ubat kat farmasi.. rempit semula ke Brinchang. Settle sudah 3rd paperwork. Dalam sesi soal-jawab. Huhuhu.. dah abeh taklimat.. tak sedo diri join peserta2 lain lunch sama2. Dah kenyang baru balik office.
Sesi menyudahkan keje tertunggak seminggu dimulakan. Chaiyok!!! Chaiyokk!!
No comments:
Post a Comment