Dah 4 hari kita menjalani ibadah puasa. Tahun ni hari permulaan puasa jatuh pada hari sabtu hari tak bekerja. Tapi atas dasar nak menyiapkan kerja.. aku ke office juga hari sabtu dan ahad lepas.
Hari Sabtu aku sudahkan minit mesyuarat. Siapkan mana yang patut. Tapi hari ni juga baru settle semuanya termasuk minit, cabutan minit dan edaran surat makluman keputusan mesyuarat.
Hari Ahad aku bongkar balik susunan fail permohonan. Before ni kitorang susun ikut keputusan mesyuarat. Kalau permohonan tu diluluskan letak di satu kabinet. Kalau ditolak pulak letak di satu kabinet lain. Kali ni.. aku susun semula ikut turutan nombor permohonan. Haaa lagi senang nak cari. Cuma kena rajin selak buku daftar la kalo nk check status satu-satu permohonan. Kalau tak update buku daftar camne? Mampos kering la disitu kena selak fail tersebut dan cari status terkini. Ala.. tade la susah mana pun. Kertas minit kan adoooo ;)
Hari Isnin dan hari ni pun lebih kurang gitu lah ceritanya. Walaupun aku kepala kantor dan fasilitator untuk Zon Aster nih.. tapi yg byk main peranan adalah Ketua Zon sendiri. Tapi kitorang tak byk buat perubahan pun. Ketua Zon sibuk dengan tugasan hakiki. Kalau tak buat.. aku jugak yang bising. Hahaha.. so nak kluar arahan pada anak buah utk kerja overtime tiap2 malam rasanya mcm tak patut pulak. Di bulan Ramadhan yang mulia ni lah kita nak mengerjakan solat terawih dan rebut fadhilatnya. Hmmm..
Hari Jumaat ni Audit Dalaman 5S akan bermula. Aiyokk!!! Ofis kitorang berterabur fail atas lantai. Masih tunggu perabot / rak yang di tempah custom made hari tu. Memang tade harapan nak dapat markah byk lah rasanya.
Owhh.. ape kena mengena dgn sejuk?
Yes.. musim sejuk sudah kembali ke Cameron Highlands. Ddk kat ofis pun pakai stokin. Dah la kat ofis unit aku ni kawasan larangan memakai kasut. Pedulik la pejabat kerajaan ke rumah persendirian ker... cuma di kawasan unit kami sahaja.. unit/jabatan lain kami tatau dan di kawasan kaunter unit aku nih sahaja kawasan bleh pakai kasut. Pintu masuk ofis dan pintu masuk ke kaunter lain-lain. So.. seems takde masalah la kan ;)
Tengahari mcm ni baru la ada matahari menjenguk sebentar. Lepas tu kembali menyembunyikan diri. Tatau la brape darjah celsius kt luar tu. Dah la kami mmg takde heater. Sebbaik juga takde salji kat Cameron Highlands ni. Kalau idak.. sure aku dah jadi beruang... tido berhibernasi ketika winter. Huhuhu..
Berpuasa dalam cuaca sejuk ni cepat lapar.. tp lapar boleh di kawtim. Yang bestnya.. tak dahaga!! Lain la kalau berpuasa dalam cuaca panas terik mcm other parts in Malaysia. Adeh!! Tapi kat bawah sinun besttt!!!! Malaysia sangat kaya dengan aneka macam makanan yang terdapat di merata Bazar Ramadhan. Tapi di Cameron Highlands ni.. bazar nya tidaklah semeriah di tempat-tempat lain. Sangat boring dan sangat MAHAL!
Kalau gerai kuih... kuih-kuih yang dijual lebih kurang sama jer di antara gerai-gerai tersebut. Ayyo.. dah 3 kali aku berpuasa di sini. Patut lah setiap kali puasa kami lebih suka memasak sendiri masakan yang tak seberapanya.
Tahun ni belum sempat untuk memasak lagi. Alasan utama : saya lupa nak ke pasar membeli bahan-bahan untuk di masak. Peringatan! Di Cameron Highlands ni pasar basah hanya dibuka sehingga pukul 12 tghari sahaja. Kedai-kedai runcit tak jual ikan segar mcm kedai-kedai runcit kat tempat lain.
Ayam atau daging sejuk-beku tu adalah dijual dibeberapa kedai runcit terpilih. Maknanya, pilihannya terhad. Dah la sejuk... tambah pulak duduk dalam freezer tatau berapa lama.. biru-hijau dah aku tgk ayam tu. Hahaha..
Macam mana pun, berpuasa di tanahair should be masih tak byk beza. Suasananya lebih kurang sama. Lainlah kalau berpuasa dan beraya di negara orang. Hujan emas di tempat orang, hujan batu di tempat sendiri, lebih baik di tempat sendiri. Entah... aku tak pernah berpuasa dan beraya di negara orang. Hahaha.. pada yang ada pengalaman tu sila jawab.
2 comments:
ko masak ke beli? tiba2 cam teringin mkn cendawan goreng CH... huaaaa
kdg2 beli juga ;) TERpaksa masak sbb bazar ramadhan kat sini mahal2 la. mulai harini dah start memasak.. siap buat menu dan budgetting lg.. hahaha tak larat nak beli lauk hari2..
Owh cendawan goreng.. nyumm... tu org buat snek mkn petang2 mcm pisang goreng..
Post a Comment