Tuesday, August 18, 2009

Trip to Kuala Lipis - Part 3

Hari Ahad hari pertandingan!!!!

Pagi2 Kak Raden sms.. utk team pingpong kami pihak pengurusan bagi sebijik Hilux sahaja utk ke Dewan Residen. Uik... mana muat kami 10 orang. Bengong btul. Sebbaik player aku si Mr. Wong offer naik kete Hilux dia juga. Mamat nih sebenarnya Ahli Majlis di Majlis Daerah Cameron Highlands nih. Satu2 nya Ahli Majlis yang cool gila join kitorang bersukan mewakili Cameron Highlands. Sorang lagi player aku pun Ahli Majlis juga.. tp last minute dia tak dapat join sbb kena amik anak dia kat sekolah disyaki ada simptom H1N1. Erk!! So jadinya kami berlapan lah. Dato YDP pun player aku jugak.. tp dia ddk kt hotel lain dan ada driver sendiri..

Bekfes kat tempat kejadian since kami dah chartered satu catering. Tapi team lelaki sume pi minum kat kedai juga nk pekena teh tarik. Hisk.. membazir btul.

Pukul9 pagi kitorang start lawan. MDCH dalam Kumpulan B bersama MD Pekan dan MP Temerloh. Mula2 lawan MD Pekan. Huhuhu.. bleh plak kalah 4-1. Mix double je kitorang menang sbb dua2 player org veteran. Eh tiba2 team Pekan ni jd ok plak ek. Hari tu buat perlawanan persahabatan depa kalah 1-4 dgn kitorang. Rasanya haritu depa tak turunkan pemain sebenar kut sbb yg lawannya kali ni muka lain. Hmm..

Lawan dengan Temerloh mmg la ketar lutut sbb mmg dah diketahui ramai yg depa mmg tere. Walaupun double pompan dorang kena sampai rubber set dgn si Sue dan Kak Nor yg baru sebulan belajar pegang bad pingpong. Huhuhu.. takde la hebat sgt ye tak? Tapi sudahnya... kami kalah juga 5-0. Hahaha.. psycho btul depa nih main. Takpelah... tade la harapan sgt pun sbb kami semua baru start berlatih sebulan yg lepas. Pasukan lain berlatih tiap2 hari gamaknya. Hehehe..

Lepas abeh lawan kalah mati. Kitorang mkn tgh hari nasik bungkus kt tepi kolam. Sempat lagi bergambar depan Dewan Residen tersebut. Panas terik gegila. Berteduh kat tepi padang. Bola sepak baru nak start lawan. Bola jaring dah berehat. Tunggu start lawan balik ptg kang. Beriya bg sokongan kat team Bola Sepak 9 sebelah Cameron Highlands. Dorang main 10 minit je setiap kali lawan. Lol... baru nk testing suara dah pritttttttttt masa tamat. Kahkahkah..

Bosan menunggu.. kitorang pi minum cendol kat Centrepoint. Pergghhhh tgh2 panas pekena cendol.. nikmat btul dunia. Melepak aje lah kejenya sbb kitorang dh settle lawan. Hehehe.. ape lg. Moh kita gi jalan2. Pi usya umah Siti ker.. wakakakaka.. Hajat di hati nak cari kedai makan ikan sungai bakar. Sampai ke simpang Sg.Koyan kitorang cari restoran. Hampa..

Sempat juga singgah di Kg.Tempoyang.. masih igt rumah yg arwah mak sewa masa kami tinggal di sini dulu. Landmarknya senang sgt... betul2 sebelah pencawang elektrik besar. Siap berhenti lg snap gambo nk tunjuk kat Along. Along ckp aritu yg umah tu dah takde. Ni bukti nih ;)
Patah balik ke Pekan Lipis. Tiba2 kami sampai ke gelanggang Petanque. Ada game lg ker? Baru je turun dari kereta.. s/u plak sampai. Oooo rupa2nya dia mai nak survey camne nk main Petanque nih. Malam karang.. dia dan Dato YDP dijemput sesi game khas Petanque utk VVIP. Kitorang pun apa lagi. Turut sertalah dalam kelas kilat cara2 utk bermain Petanque. Macam main guli.. tp ada strategi2 mcm mana nk kalahkan lawan. Hmmm interesting... jom try main sat. Pinjam bola dgn urusetia Petanque yg blom balik2 lg.

Caranya adalah melempar bola sedekat mungkin dgn penanda yg disebut 'jack'. Satu gelanggang ada 12 biji bola. Kalau main individu.. sorang 6 biji bola. Kalau main double.. sorang 3 biji bola per team. Kalau main triple.. sorang 2 biji bola per team.

Sangat menarik.. sampai nak gelap juga baru kitorang balik. Singgah makan kat tempat lunch smlm. Order lauk mcm nk makan 20 orang. Kahkahkah.. Mr.Wong dgn gentle nya nak belanja.. tp memandangkan duit tabung ada byk.. kita guna duit tabung aje la ek.

Malam tu.. kitorang duk lengah2 kt bilik. s/u dah call gegila suh kitorang dtg. Memang dh janji td nk bg sokongan kat team Cameron Highlands. Oooo rupanya dia register 2 team utk Cameron Highlands. 1 team lagi Nazuan dan Mr.Wong yg main. Aku malas sbb aku ngantuk gila. Memang sempat terlelap pun kat bawah khemah dlm pada duk sibuk bg sokongan tu. Kekekeke..

Sudahnya.. team s/u dan Dato YDP tere gila sampai masuk final. Tapi kalah dgn Pekan. Berpatutanlah kan sbb dua2 tu baru je belajar dan pegang bola Petanque tu ptg td. Banggalah kami anak-beranak dgn kejayaan tersebut. Pukul11.30 gak baru settle penyampaian hadiah. Nazuan dan Mr.Wong kalah. Tp still dapat hadiah cadar katil queen size. Dato dgn s/u dapat hadiah comforter. Hahaha...

Mlm tu tido mampos tak igt dunia keletihan.

Esoknya tade game. Bgn tido kena kerah poco-poco utk persembahan kontijen mlm karang utk Majlis Penutup. Dgn tak mandinya aku berpoco-poco dgn riang-ria. Masih igt lg step yg diajar masa BTN dulu. Sweet memory lah time tuh..

Tgh hari.. kami makan lunch nasi ayam kat Centrepoint. Bleh la tahan. Si ja'a sampai tambah 2 kali. Mlmnya Malam Penutup.. agak meriah juga. Kitorang aje yg berpakaian sukan sedondon kaler oren. Dari jauh nampak baju jer sbb masing2 dah rentung2 belaka. Hahaha...
Igtkan bleh menang la poco-poco tersebut tp still tak menang. Keseluruhannya.. kontijen Cameron Highlands hanya dapat tempat ke-empat utk Bola Jaring dan Bola Sepak 9 Sebelah. Game lain sumenya bungkus. Faktor cuaca kot semuanya lembik2 belaka. Macam sayur lah. Kat tanah tinggi segar bugar. Bawak turun tanah rendah... abeh layu.

Esoknya kami balik naik bas juga. Ketiduran sepanjang perjalanan.

No comments: