Selama 5 hari aku berkampung di Kuala Lipis Bandar Warisan Sejarah memeriahkan Kejohanan Sukan Kerajaan Tempatan.
Pagi Jumaat minggu lepas bertolak beramai2 dengan bas. Tak pasal aku jadi Ketua Rombongan Cik Kiah sbb aku sorang jer officer yang naik bas. Ampeh! Officer lain sume naik kereta jabatan. Hahaha.. takpe lah.. aku pun tak pernah merasa turun - naik Cameron Highlands naik bas ;) Janji nak bertolak pukul10 pagi tapi akhirnya kami berangkat pukul10.45 pagi.
Awal2 dah cop nak duduk depan belakang pemandu. Luas pemandangan dapat mengurangkan efek mabuk kenderaan. Alhamdulillah... tade simptom2 mabuk sepanjang perjalanan turun ke Tapah. Singgah di RnR Tapah ngam2 waktu makan tengahari.
Perjalanan ke Kuala Lipis dari Cameron Highlands ikut jalan Tapah - Highway Utara Selatan - Sg.Buloh - Gombak - LPT - Bentong - Raub - Lipis mengambil masa 8 jam sahaja. Hahahaha.. ikut jalan lama nak ke Lipis ni sungguh nostalgia. Teringat zaman kecik2 sebelum sekolah dulu. Kami sekeluarga sempat bermastautin di Lipis dan Raub, mengikut arwah mak yang bertugas dengan Felda.
Sampai di Lipis, kontijen Majlis Daerah Cameron Highlands di tempatkan di Hotel Valley Inn kat Jalan Bukit Bius. Bertentang dengan driving range dan sejalan menghala ke Zoo Lipis. Atau nak lebih mudah lagi.. Hotel Valley Inn ni hotel terbaru di bandar Kuala Lipis ni. Lokasinya di Bangunan UMNO. Kami disambut oleh Setiausaha MD Lipis.. lupa pula namanya.. comel je orangnya. Sebenarnya hotel ni belum pun mula beroperasi. Semasa kami sampai.. urusetia yang awal2 dh turun ke Lipis tengah sibuk duk agihkan tuala, cadar, bantal etc. Aku ditempatkan di bilik biasa di tingkat 3 bersama dengan Sue dan Sal.
Serbu bilik dan terus bersiap2 untuk makan malam di Rumah Kelab yang disediakan oleh urusetia sukan kontijen MD Cameron Highlands. Semuanya lauk-pauk kampung yang penuh sepinggan aku cedok. Hahaha.. kelaparan bahh!
Right after dinner, pengurus-pengurus pasukan bagi semua games ada meeting. Cuak juga sbb aku ni pengurus yang tak tau pape pasal ping pong. Hentam aje lah. Angguk-angguk geleng-geleng je la jawabnya ;)
Lepas meeting.. budak2 ni ajak jalan kaki balik hotel atau pi pasar malam. Eh.. pukul 11 malam pasar malam ada lagi kah? Chait!! Bas dan kereta2 jabatan semuanya terkandas tak boleh keluar dr kawasan Rumah Kelab tersebut... kena block dgn kereta2 yang hadir meeting kemudian2. Haiya!!! sudahnya.. kami jalan kaki balik ke hotel. Sebbaik dekat jer.
Badan dah letih.. mata pun dah ngantuk.. bahang udara panas dah mula terasa bagi orang Cameron. Alhamdulillah air-cond bilik kami berfungsi dgn baik. Dimaklumkan ada beberapa bilik yang tido berpanas berpeluh sbb air-cond rosak. Hotel ni nama je baru beroperasi (eh belum beroperasi dalam erti kata sebenar) tapi banyak kemudahan2nya adalah kemudahan lama.
2 comments:
selamat datang ke kuala lipis. It is my hometown, although I am now living in KL.
The town brings back the sweet memories of the days in schools
Joha
kuala lipisblogger
hello mr.joha, thank you very much for your comment..
Post a Comment