Friday, August 21, 2009

Ramadhan 1430H

Balik dari kerja petang semalam.. hujan menyimbah bumi Cameron Highlands. Kemain tebal kabus kat luar. Memang sejak dua menjak ni asik berkabus walaupun tak hujan.

Aku habiskan bacaan novel Mandatori - Ramlee Awang Murshid yang tak ingat kali berapa diulangbaca. Membaca sambil mendengar TV... err... mata kat buku tapi telinga kat tv kot. Huhuhu..

Al-maklum sewaktu hujan.. menonton 'services currently not available' ajelah kerjanya di Astro. Eh.. muncul ke anak bulan nih? Hmm diberitakan hari ni hari menyuluh anak bulan menentukan tarikh permulaan puasa utk tahun ni.

Aku tgk Ina. Ina tgk aku. Camne nak tau esok puasa ke idak?

Nak dengar radio. Radio pun takde. Sumber hiburan kat rumah ni bergantung sepenuhnya pada Astro. Ayya..!!

Tak semena-mena astro bersiaran semula menayangkan buletin utama. Baru seminit.. Encik Mohor Besar Raja-Raja pula ke udara. Pengumumam tarikh permulaan puasa yang ditunggu-tunggu pun diumumkan. Makanya, tarikh permulaan puasa bagi tahun 1430H ini jatuh pada hari Sabtu 22 Ogos 2009. Lusa lah tu. Esok dah start terawih!! Yeyy!!!

So.. mari kita ulangkaji pelajaran.

2 comments:

jijah montel said...

selamat berpose mai!! bestla ko.. puasa kat tempat sojuuukkk amannnn sepoiii angin bertiup.. ganung panasss... hohhhhoo.. statement tak sedo diri ni.. api neraka lagi panas kan..

cik-zura said...

selamat berpuasa cikgu!!! huhuhuhu... best puasa kat sini.. sejuk.. tak dahaga..