Saturday, September 26, 2009

7 Syawal

Tade ape berita gempak pun nak diceritakan sebenarnya. Hari ni aku ke bank mengorek2 baki duit yg ada. Lega hati bila hutang2 bank dapat dibayar mengikut masanya.

Singgah di McDonalds Pandan Indah berhadapan Hospital Ampang. Apa?? Traffic jammed di McDonalds? Huhu.. tgk jam dah pukul1.30 tgh/hari. Oooh patutlah. Ramai yang nak mengejar McLunch agaknya. Aku yg hanya berhajat nak tapau McFlurry Oreo tiba2 terorder Double Cheesburger. Cuaca panas.. elok sgtlah kita menjamu aiskrim. Nyummm!! Dalam pada melayan jammed di kaunter DrivetHRU tersebut, aku baru perasan ada construction apartment kt sebelah tu. Dah 80% siap pun. Isk! Isk! Memerap sgt dirumah sampai tatau pembangunan sekeliling. Hehehe..

Settle urusan di bank. Aku terus ke car wash. Memang patut sgt pun. Dah berbulan kete tak berjaga. Sejak eksiden tahun lepas.. aku dah semakin malas nak jaga kereta sendiri. Kereta yang dibeli dengan duit keringat sendiri. Baru perasan ada beberapa tompok kecil cat dah terkopek. Mungkin kesan asid taik burung agaknya. Sedih juga dibuatnya. Nasib baik cat hitam. Takde lah perasan sgt.

Balik rumah. Melayan Along berborak. Katanya dah bosan keje bank. Aku layankan aje. Buat2 paham. Tak layan kang derhaka pulak. Huhuhu..

Yang pasti.. ingatan pada chenta tak hilang2. Dah nama pun chenta.. siapa boleh lupa? Ye tak? Masih cuba mencari cara termurah menelefon dia disana. Selalunya dialah yang rajin menelefon sbb kadar panggilan dari sana ke tanahair lebih murah berbanding aku yang menelefon dia. Bersembang online bukan pilihan kami sbb serasa mcm tak puas bercakap. Lain benar rasanya kalau bersembang ditelefon. Lebih dekat dan lebih ... hmm apa ya? Ntah. Hard to explain. Terasa lambat sgt hutang telekom ni nak dilangsaikan. Boleh la menyambung talian fixedline semula di rumah. Hmm.. tp aku tak tggl di KL kan? adei..

Dalam pada tu, sempat juga aku berborak di YM dgn ME. Dia dah sampai PA dengan selamat dari AK. Ddk di Walnutport dengan kawannya. Minggu depan baru dpt arrange interview kerja. Tapi katanya.. hati dia dh ddk kt AK. Hahahaha.. aku layankan aje. Dua-dua tmpt tu pun aku susah nak bayang mcm mana bentuknya. Tinggal di mana shj pun tak kisah ME. Asalkan ko happy ;) aku pun tumpang happy juga. Kesian dia. Kucing kesayangan si kitty dah mati. Masa tu dia masih di Alaska. Tersedu-sedu dia dicorong telefon sebulan yg dulu. Dengan aku-aku sekali ikut menangis. Aku faham.. sbb kucing itulah 'kawan' dia semasa tggl di sana.

Oyya! Aku terjumpa Pn Amna di facebook. My beloved bahasa teacher. Huhuhu.. terkejut juga. Langsung saja aku add dia. Kali terakhir berita aku dengar dia dah mengajar di sekolah lain. Itu 10 tahun dulu rasanya. Banyak gambar2 yg budak2 ni upload masa zaman sekolah. Rata-rata mereka ckp muka aku nampak lain. Mungkin dulu aku kurus sekarang dah montel.. atau mungkin dulu comot aje sekarang dah comel? Hua hua hua.. mungkin dulu gelap sekarang dah terang? Hah??? Berkat whitening treatment bersama clarins! Hahahaha.. tp sekarang aku tatau nk teruskan treatment atau tidak. My beautician dah nak resign this coming Oct. Hmm.. takpelah. Mungkin facial treatment di beauty suite boleh berehat sebentar. Err merehatkan poket pun iye jugak kot. Tapi serum, losyen, scrub, mask dan sunblock jgn ditinggalkan. Masih berbotol2 stok dalam simpanan. Memang aku kedekut nak habiskan sbb harganya mahal. Sampai my beautician pernah tegur... "Simpan2 nak buat apa? Nanti bila dah habis tarikh luput langsung tak boleh pakai." Gulp! Saya berazam untuk meneruskan rutin tersebut walaupun masyaAllah malas. Hehehe.. nk cantik tak boleh malas tau! Orang yg dah sedia cantik tanpa perlu penjagaan khas mungkin boleh bermalas2. Tapi kalo muka ko tu setakat biasa-biasa.. sket2 kusam.. sket2 kering.. sket2 berbelak2.. silalah gagahkan juga tak kira walau betapa malasnya anda ;) dan jangan harap resultnya boleh dilihat dalam masa 2 minggu!!!!

eh yg aku nak marah2 tak tentu fasal ni kenapa? Hah? Nak cari gaduh ke? Eh emosi pulak. Mintak maaflah. Saya terlupa nak makan ubat hormon 2 hari ni. Bukan terlupa nk makan. Tapi terlupa nk bawak balik sebenarnya. Tertinggal di rumah abah. Terpaksalah ubat yg aku dapat free di Hospital Kerajaan tersebut di beli di farmasi. Nak tunggu abah dan mummy balik esok mungkin makin memudaratkan pulak. Tak elok main2 kalau dah amik pil hormon ni. Yang ko pi amik pil hormon tu kenapa? Dah doktor pakar yg suruh makan. Bukan aku suka-suki nak makan ubat tu.

Ya Allah.. main teruk sakit jiwa budak nih. Makin hari makin kuat dia merapu dan membebel sorang kt blog nih. Dah la.. pi la buat keje lain yg lebih berfaedah. Ciao!!

5 comments:

jijah montel said...

oiitttt... selamat ari raya!!!.. aku pun pening jugak baca entri ko kali ni.. too much information.. ehheheee.. maaf zahir batin..

cik-zura said...

eh byk sgt information kah? sampai ko pun naik pening.

Oooo tuan tukang tulis pun sama pening je dgn si tukang baca..

terima kasih tetap sudi baca ek.. wakakaka..

klraidos said...

Memang laa bohsan... Ooo.. buat2 paham ye... hem... bagus.. bagus...!

klraidos said...

Oooo... buat2 paham ye... hins... hins... thanks anyway krn sudi mendengar... he... he... he...

cik-zura said...

along!! kang tanya banyak2 kang tensen plak... wakakakakakaka... projek baaaaaikkkkkkkk punya tu ape cite?