So.. what's up with gula? Limited 2kg per family. SO WHAT? Ni aku bercakap dari segi penggunaan gula kepada family biasa okey.. tokey2 kedai makan, kedai mamak, kopitiam, warung2 tepi jalan, peniaga kuih-muih dan segala mcm bentuk PERNIAGAAN yang menggunakan gula sila duduk sana diam2.
Pada hemat perempuan yang jarang berasap dapur nya inihhhh... ngehehe..
Kita tak perlu banyak stok gula pun dirumah.
Ko masak kari, gulai lemak cili api, asam pedas sume tu dengan gula ke?
Aku agak hairan juga kenapa nak marah2 dgn arahan kerajaan limit pembelian gula kepada 2kg per family? Ok ok ok... maybe pasal lifestyle aku tak sama mcm typical malaysian yang lain KOT..
Tu la... nak buat teh tarik... ko guna gula ke? Bukan ke ko buat teh pekat campo dgn creamer atau susu pekat? Ko buat kuih manis untuk makan petang2 tu tetiap hari ker? Sekali sekala buat la cekodok masin pulak... bubuh jagung ker.. lagi sedap.. hahahah..
Apa alasannya untuk simpan stok berkilo2? Aku sangat tidak faham... Kat rumah aku nak mengabehkan sebalang gula tu punya la lama..
Kalo tengok pada pola pemakanan (eh dah bunyik cam profesor nih) rakyat malaya.. rata-rata masakan yg kita masak menggunakan gula ialah kuih-muih manis, kek, pastri dan sebagainya. Apa yang aku nak tekankan disini ialah... makanan2 ni semua adalah makanan sampingan. Kalau dah tau gula mahal.. kurangkan makan benda2 manis nih.. Kalau nak ikut tekak.. mmg la semua pun nak ditelan tiap2 hari.. nak pulak dapat bini surirumah yg sangat terer masak pelbagai kuih dan kek tiap2 petang mcm Nigella Lawson... perghhhhhh... anak2 pun montel je.. baru darjah 3 dah dapat kencing manis.. lepas tu ko risau belanja ubat, belanja sekolah, belanja groceries (including gula AGAIN)..
Okey.. isu pasal gula ni mmg tak abis2. Aku malas nak amik pot.. cuma hairan aje dgn perangai orang yg merungut2 harga gula naik. Tak mati de kalo dikurangkan amount gula tu wei.. Kitorang satu family dah bertahun minum teh o takdak gula.. tak mati2 pun lagi..
Cadangan kerajaan nak kurangkan subsidi gula mmg elok. Kurang subsidi bermakna harga gula akan naik. Bila dah mahal... takde la hantu2 ni nak pi seludup jual kat sempadan.. maka bekalan gula domestik pun takde la lesap entah ke mana. Rakyat pun takde la bising2 bekalan gula dah licin di pasaran.
Dalam hal ni (subsidi gula dihenti atau dikurangkan) bermakna duit lebihan yg kerajaan ada tu... boleh diguna semula untuk rakyat. Ko ingat nak turap jalan depan rumah ko tu free? Ko ingat ko dah bayar cukai tiap2 tahun gives u credit utk dapat segala benda yg ko nak?
Ini aku cerita dari pandangan rakyat marhaen sahaja okey. Walaupun aku keje kerajaan tapi aku pun rakyat biasa jugak. Mintak maaf lah kalau aku tak sebulu dengan rakyat jelata yg lain yang hingar-bingar marah pasal kenaikan harga gula.
Just my two cent.
- Aku malas nak bercerita pasal isu semasa kat blog nih... tp aku tulis jugak.. hehehe -