Hari Jumaat lepas tetiba aku naik angin dengan big boss. Mula-mula... aku telah dilantik untuk menguruskan penyediaan buku cenderamata untuk APC secara paksarela. Fine! Berkhidmat untuk negara la katakan. Walaupun aku tak faham apa-apa pun proses menyediakan satu-satu buku tersebut. Blur sungguh la ni namanya. Unprepared and unaware ape benda yg telah di buat, sedang dibuat dan telah dibuat.
Daripada pengalaman senior staff kat sini takde banyak masalah. Design buku bagi aje kat syarikat cetak. Depa ada designer sendiri. Kita bagi konsep je.
So fine. Aku delegate pada senior staff yg biasa buat. Tup2... huru hara jadinya. Top management tak suka dgn cover yg designer buat. Padahal masa aku buat survey pada semua staff.. depa kata cantik. Naik maigraine aku dibuatnya. Dengan designer sekali naik mengamok. Ape lagi yg tak kena??
Sudahnya hari Sabtu aku 'keje overtime yang tak berbayar' and pergi ke ofis designer kat Sg.Buloh. Aku terangkan balik konsep mcm mana yg depa patut buat. Aku pun melangut la berdiri belakang designer tersebut tengok depa buat keje. Eh... dalam masa 2 jam dah boleh siap 4 alternatif. Boleh je siap. Yang bising2 membentak-bentak kat aku 'tak boleh buat' tu pasal apa? Hantu betul lah..
Pukul 12 aku blah... tatau nak pi mana. Sudahnya aku singgah ke MBO Galaxy Ampang. Nama je dekat dengan rumah.. tapi tak pernah pegi pun. Hangin punya pasal... aku pun singgah. Terus beli tiket tengok Ironman2. Haaaaaa... saya sangat sukaaaaaaaaaaaaaa sbb free parking dan sangat tak ramai orang. Wakakakaka....
Petang pun boleh berehat dgn aman. Siap bawak budak2 pi main basikal kat playground.
Esoknya... aku sibuk mengemas rumah. Ntah kena penyakit apa... rambut berguguran merata2. Sakit hati nak menyapu... last2 aku vacuum je semua. Tuko cadar, tuko langsir, dobi baju dan segala mcm lg lah. Keje itu sahaja dah sampai ke petang. Hahaha..
Bila anda susah hati... pergi lah menonton wayang sorang2..
Bila anda susah hati... kemas lah bilik anda..
Bila anda susah hati... get a good resttttt...!!!!
No comments:
Post a Comment