Wednesday, May 12, 2010

kotak



I'm in the mood menampal balik fwd email yg aku dapat. Walaupun kat hujung tak cakap pun suh fwd or panjangkan kpd orang lain... tapi tak pedulikkkk... nak tampal gak kat sini.. sila baca.
Apa itu thinking out of the box atau dalam bahasa Melayunya berfikir di luar kotak? Ia ialah satu pemikiran yang lain dari yang lain dari yang sepatutnya biasa orang fikir. Semasa kita menghadapi sesuatu masalah kita jangan terlampau gopoh untuk menyelesaikannya melainkan kita sudah membuat perancangan yang teliti dan dengan berfikiran di luar kotak dapat menjimatkan kos dan tenaga sehingga berjuta-juta seperti 2 kes di bawah ini.

Kes 1

Ketika NASA memulakan pelancaran angkasawan ke ruang angkasa, mereka
mendapati bahawa pen tidak akan berfungsi pada graviti sifar (dakwat tidak akan mengalir ke bawah)
Untuk mengatasi masalah ini, mereka membelanjakan USD$12 juta. Mereka membangunkan sebuah pen yang bekerja di graviti kosong, terbalik, dalam air, di hampir semua permukaan termasuk kristal dan dalam pelbagai suhu dari bawah titik beku kepada lebih daripada 300 darjah Celcius.

Tetapi apa yang Russia lakukan?

Mereka hanya membelanjakan RM0.35sen sahaja iaitu menggunakan sebatang PENSIL!
Kerana hanya ingin menulis di ruang angkasa.

Kes 2

Kisah di kilang kosmetik yang besar di Jepun kerana masalah yang mereka hadapi kerana terdapat kotak sabun yang kosong, sabun tercicir tak masuk dalam kotak ketika kerja operasi pembungkusan. Syarikat menerima aduan daripada pelanggan yang telah membeli kotak sabun yang kosong.
Pihak syarikat menganggap serius perkara ini dan pengurusan mereka meminta kakitangan untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan cepat. Jurutera bekerja keras untuk memasang mesin sinar-X dengan resolusi tinggi, monitor diawasi oleh dua orang untuk melihat semua kotak sabun yang berlalu di atas line.
Tapi ketika salah seorang pekerja di sebuah syarikat kecil menghadapi dengan masalah yang sama, dia tidak menggunakan komplikasi X-ray, dll tetapi sebaliknya keluar dengan penyelesaian lain.
Dia membeli kipas angin industri yang kuat dan menghalakannya pada line operasi pembungkusan kotak sabun itu. Ini bermakna setiap kotak sabun akan melewati kipas dan kipas itu akan menerbangkan kotak kosong keluar dari barisan!

Moral cerita:

Selalu lah mencari penyelesaian mudah. Merancang penyelesaian paling mudah yang menyelesaikan masalah dan
jangan menganggap masalah yang besar itu perlu diselesaikan dengan cara yang besar juga!
Huhuhuu... bagus kan? Masalah yang besar tak perlu di tangani dengan cara yang besar juga. Kita hanya perlu think out of the box dan capai penyelesaian mudah dengan cara yang murah. For me it's total victory ;-)

2 comments:

jijah montel said...

menarik!! should apply that in my class.. tq!

cik-zura said...

sila sila... sharing is caring kan.. aku pun amek daripada email..