Sunday, August 16, 2009

about time

ting tong.. aku masih lg di KL pada tika dan saat ini.

Apasal tak blk CH lg? Tak penat ke sesudah sahur esok baru nak bertolak blk sana? Adeih... its about time yang aku rasa betul2 letih nak balik ke tempat ceruk rantau sana. Terasa tersangat jauh Cameron Highlands dari KL. Padahal baru 230km sahaja. Pergilah merantau sejauh mana.. rumah keluarga juga yang dikenang2. Walaupun tinggal di Cameron Highlands kawasan peranginan, cuaca sejuk berkabus-kabus, pegi-balik keje langsung takde traffic jammed, sayur2 sume gemok segar2, blh mkn stoberi bila2 masa sesuka hati... tp kehidupan di KL juga yang best walaupun tak sebest mana pun. Hmmm... pernah dgr kata-kata ni kat mana ntah.. "tinggallah walau dimana sekali pun.. kalau tak pandai mencorakkan.. maka hambarlah ia.." hmm.. betul juga ek ;) berilah bermacam alasan.. hehehehe... mmg aku tak pandai nak warnakan kehidupan sendiri. Usah diharap padi seberang bah..

Minta maaf pada readers (aku ada reader ker? hmm.. ).. ape punya merapu..

Owh.. entry trip to Kuala Lipis part 2 3 4 5 6.. (eh byk gila part.. huhuhu... tatau la akan ada sampai brape part) sedang dlm proses pembikinan. Mungkin sampai part 3 sahaja bergantung pada tahap kerajinan. Penyakit malas dah datang semula. Tak sembuh2 dari kecik sampai ke tua!

Tade mood nak siapkan entry2 tersebut sbb desktop di ofis masih blom ada capaian internet. Laptop yg tgh pakai ni pun aku igt dah sihat betul. Rupanya si Mel lupa nak betulkan webcam yg tak bleh view tuh.. manjang gelap gulita. Huh! Nampaknya boleh la aku menangguhkan pembayaran utk servis si Mel. Kena hantar semula ke kedai dia untuk betulkan cabling utk webcam ni plak. Andai aku reti.. dah lama aku buat sendiri. Haih..

Satu lg yg aku malaskan ialah.. aku tak install lg picasa kat desktop office tuh. Dah entry2 aku semuanya tak bergambar. Huhuhu.. baca suratkhabar pun ada gambar tau!!

Merenung jam, baru pukul 11 malam. Aku dah hentam tido sepanjang ptg td. Bgn bila nak berbuka. Yey.. two days to go ;) bagus juga training puasa camnih. Hmm.. ada harapan ke nak turunkan beberapa kg bg sesi puasa utk thn nih? We'll see ok ;)

Korang paham ape yg aku merapukan nih? Aku sendiri pun tak paham buah butirnya. Yang pasti.. sangat malas nak drive balik CH esok :(

Bagaimana cara terbaik untuk menghilangkan letih? Iye.. aku letih. Umur blom 30 tahun tp dah mcm nenek kebayan letihnya. Letih otak.. takkan nak doa dapat amnesia plak kot supaya takyah fikir pape. Hmm.. tidur 300 tahun mcm asyhabul kahfi? Menyesal pulak nnti bila sedar dari tidur badan dah tua kerepot... tak dan dah nak buat apa2 selain memohon mati.

Hmm.. resmi manusia... apa pun tak pernah puas (aku la tu..) dan kaya dgn alasan (aku juga la tu..)

Tolonglah.. aku letih..

2 comments:

jijah montel said...

aku pun sama.. kadang2 tuh rasa mcm dunia tak adil lah.. tak aci lah.. sebenarnya diri sendiri yg tak pernah rasa cukup walhal tuhan dah beri mcm2 rezeki dan rahmat..

cik-zura said...

huhuhu.. alhamdulillah... ada juga manusia lain yg faham.. meh muachhx sket pipi tembam ko tu lisz.. wakakakakkak