So hari ni lepas tgk world cup repeat Chile lawan Spain aku pun siap la nak keluar. Tiba2 abah dan mummy sampai. Huhuhuu... biasa la dapat kunjungan hormat cam gini... takkan tiba-tiba aku main blah keluar je kan. Layan borak la dulu. Planning nak pi Seremban esok. Counsin abah kawinkan anak. Ayah cousin abah tu adik beradik lain mak dgn arwah Uwan Yam. Alaaaa... mcm abah dgn Pak Long Jamal la... tapi abah satu mak lain ayah. Ada paham?? Pening? Ada aku kisah ko pening? kah kah kahhhh
Ok sambung... Faze bg sms bgtau dia pegi IOI dulu. Nanti jumpa kat sana lah. Oriet. Mo mantai. Lepas abah dgn mummy balik, aku pun merempit terus ke IOI. Sampai kat IOI aku pun call la dia. Tiba-tiba ko tau dia kat mana? Kat Jusco Taman Equine!!!!! Ayyooo.. apasal ko tak bgtau aku tipahh.... kalau aku tau tadi... baik aku ddk rumah je. Hampeh btul. Mamakkkkkkkk!!!! Hati panas satuuuuuu!!!!
Dah tu nak buat apa kat IOI sorang-sorang nih? Grrrrrrrrr..
Tarik napas kuat-kuat... Hembusssss... Inhale.. Exhale... Inhale.. Exhale.. sampai tingkat 2 Jusco.. ladies department. Tiba-tiba aku terbeli 5 helai t-shirt. Bagusss... terapiiiii minda... terapi lah sangat..wakaakaka
Lama aku tak pi IOI ni. Sejak benti keje swasta dan masuk keje gomen ni bleh bilang dgn jari la bape kali aku jejak kaki kat sini. Rupa-rupanya ruang lantai IOI dah bertambahhh!!!!!!!! Aritu lalu depa tengah construction lagik... dah siap rupanya new wing IOI nih :D suka suka suka... aku terlupa plak Faze pernah cerita pasal TGIF IOI. Sure la kat new wing kan... dulu mana ada TGIF. Tapi aku tak singgah pun kat mana-mana kedai mkn di new wing. Masuk Kenny Rogers jugak. hahahaha.. Depa buh dadah ke dalam mac & cheese depa hah? Hantu betul.. Ada promo baru... 1/4 meal + garden salad harga mcm beli 1 je. Hehehe... gila sayur kan.. order satu. Time nak bayar.. aku tengok ada discount 10% utk rhb cc holder. Ape lagi.. 10% bersamaan rm1.25 pun aku berkira. Kiasu la katakan. tapi cik cashier tak perasan cc aku tu rhb. Dia caj macam biasa. Tak kira!!! Aku nak bil baru. Kelip-kelip adik waiter tu pi ke cashier semula sementara aku ketuk-ketuk pen kat meja macam orang kaya. Poooorahhhh... hahahahahah..
Perut dah kenyang.. aku pi la ukur new wing. Uuuuu ada MNG di IOI.. kehkehkeh... jakun. Dulu cody-cody je kedai kat IOI nih. Bagusss.. ada peningkatan. Terjumpa satu belt yang mcm best kat situ. Sebbaik sedar diri. Maka tak jadi rembat. Baik ko keluarrrr dari MNG tu sekarangggggggggg..
Naik escalator.. nampak kamdar. Wahh.. mmbr aku cakap kain cotton murah kat sana. Jenguk jap.. hmmm... ada diskaun rm6.25/meter. Bleh tahan gak. Belek-belek.... Kembang-kembang bijik mata. Uwaaa.. semua pun cantik. Camne nih?? Menyampah btul shopping kain ela sorang-sorang. Jiwa rapuh. Tak bleh buat keputusan dengan tepat. Hahahahaha.. Sudahnya aku tak beli apa-apa... lalalala
Then 'ter'singgah ke GSC. Tengok movie list. Aaaaa karate kid. Jeling jam. Pukul 430. Show pukul 530. Hmmm... ushar keadaan kaunter. Bleh tahan tak berlingkar sangat nak beratur. Hiyarghhhh!!! Masuk barisan!!! Yeyyyy.... karete kid pukul530 satuuu...
Ada byk masa lagi ni. Kita nak buat apa? Popular! Dulu kat IOI ada kedai buku popular. Bukan ke 1 level dgn GSC? Errr tu kat old wing. GSC kat new wing ni kat level 4. Old wing kat level 3 kan? Aku turun balik tingkat 3. Haaa tekaan ku benar.. popular masih wujud kat situ. Mcm biasa... masuk kedai buku kita terjah fiction section. Scan novel-novel yang ada di pasaran. Hmmmm tak menarik. Lately aku naik menyampah baca novel melayu. Jalan cerita lebih kurang aje. Cintan cintun remaja.. masalah rumah tangga... antara dua darjat.. klise aje semua. Bukan takde yang best.. tp dengan lambakan novel klise cam gitu buat aku muak je. Aku cari penyendal buku. Nak sendal buku-buku yang makin bertambah kat ofis tu. Comel je gambar siput kaler biru. Yup! Blue snail. Huhuhu.. Tapi cam tak best plak beli seketul benda tu aje kan. Last-last aku beli gak novel melayu sebuah. Ape tajuk ntah. Lupa dah.. nanti kita buh dalam stack novel yang belom baca / habis baca tu ek ;-) tambah lagik... bilanya nak baca woi?
So amcam karate kid? Movie ni remake kan? Tapi aku dah lupa la karate kid dulu tu camne. Lupa nak ulangkaji dulu. Takpelah. Layankan aje. Jaden Smith berlakon. Dulu tengok dia berlakon rambut kembang dgn bapak dia dalam movie 'Persue Your Happyness'. Hehehe... banyak kali aku tengok movie tu masa crush dgn mamat broker saham dulu. Now si Jaden tu dah beso. Rambut dah pled cantik-cantik.
Aku tak reti nak buat review kan... tapi ada few things yang aku notice about this movie...
- Tukang jaga projector GSC IOI ni bikin hati panas. Time iklan okey je. Movie dah start baru ko nak ejas-ejas itu projector. Crowd dah jerit suruh ulang balik.. tapi depa buat bodow je. Dulu ada sekali... lampu lupa padam. Dah suku movie baru nak padam. Eeeeee patut la aku dah lama tak tengok wayang kat IOI ni pasal operator cam tah pape.. tapi manusia mudah lupa kan... thats why laaa..
- Si Jaden ni bagus berlakon. Tak sesia mak-ayah pun pelakon.
- Bila ada Jackie Chan... jadik lawak gak movie nih. Tapi 1st time tengok Jackie Chan nangis. Touching gak ar.
- Aku belajar perkataan baru hari ni.. xiao = little
- Masa scene Xiao Dre lawan final dgn si Cheng.. bukan setakat crowd dalam screen je bersorak... crowd luar screen pun bersorak tepuk tangan. Hahahaha... teruja gak aku. Actually scene lawak yang menjadi pun depa tepuk tangan beramai-ramai gak. Huhuhuhu... bersatu hati ke apa nih? Ada hidden camera rakam audien ke? Wakakakaka..
Tatau kenapa... almost everytime aku tengok wayang... kak long akan sms aku. Wakakakaka... suratan atau kebetulan? Padahal dia bukan tau aku pi tengok wayang pun. Isk.. Kali ni dia pesan KFC plak. Layannnn... mak buyung mmg macam-macam..
Woi... dah pukul 1 pagi!!!!!!!!! Esok nak bangun pagi.. laundry baju before pi Seremban. Aku mo tido dulu lah. Guten Natch!!!
2 comments:
huhuuh tahniah dh dpt p tgok karate kid!! ada satu lg movie baru ni tajuk dia "knightDay" best lah lakonan tom kurus dgn cameron diaz!!! hahahaha baru gak tgok smlm on 27jun. layan....
hehe tq. eh tersama hari plak tgk wayang ek. haaa knight & day. mmg nampak kat list. best ka? mcm tak berapa kena je si ketot dgn si tinggi. hahahaaha
Post a Comment