Monday, June 28, 2010

Seremban

Hari ni aku sefamily pi Seremban seperti yang dijadualkan. Ecewah.. banyak la ko punya jadual. Pukul 11 kitorang beramai-ramai pakai baju cantik-cantik pi hantar kak long pi keje. Hahaha.. lepas tu strettttttt ke Seremban ikut highway baru. Sejak testing highway baru tu masa balik dari JB ari tu... kitorang kinda jatuh cinta gak la dgn highway tuh. Punya la seronok nampak signboard Kuala Pilah. Hahaha.. lengkali takyah menderita ikut jalan hutan simpan Kuala Klawang sana nak balik kampung. Errr macam la tiap2 bulan balik kamgung kan. Selagi tak raya takde la nampak muka kat kampung tu der.

Okay.. jumpa abah & mummy kat petronas sebelah giant saujana impian sana. Lepas tu konvoi bersama-sama lah. Abah tunjuk map dalam kad kawen tersebut.
Taman Rasyibah Indah, Jalan Sikamat, Seremban.
Nampak macam tau.. macam tak tau pun ada gak. Takpe lah... kita redah je. Ada 2 exit utk ke Seremban. Satu namanya ape ntah dah lupa... satu lagi Ampangan. Abah kat kete depan dah kompius nak keluar exit yg mana satu. Hahaha.. kitorang kat belakang mengekor aje lah. So bila keluar aje kat exit Ampangan tu... kitorang dah macam tercangak-cangak. Where the hell are we? kah kah kah... mintak mahap oghang somban... den ni namo yo beghanak sanun tapi bumin dibuek eh.. ontah mano toboh eh ni..

Dah sampai ujungggggggg baru la perasan... eh ni rumah kak cik dulu ni. Hahaha... yey sampai simpang jalan Seremban-Kuala Pilah. Abah pi kiri nak ke Paroi. Jalan ni mmg aku familiar sgt la sbb sempat la kerja 3 bulan kat paroi selepas grad. Eh... sehari selepas hantar thesis. Blom confirm grad lagi pun. Nostalgia ek?

Drive punya drive... eh kat mana UiTM Seremban? Kem Sikamat? Adehhhh.. Ini sudah salah jalan daaa.. aku try call Ujang. Classmate aku dulu. Tak pickup call plak. Hantu betul. Akhirnya terpaksa la aku call Has minta nombor tepon Jimi. Ex ofismate masa keje kat paroi dulu lah. Maka dia pun bg la direction ke jalan yang benar. Punya la happy nampak signboard Jalan Sikamat dan signboard kem sikamat. Kitorang pun bagi signal kanan.. masuk ke Jalan Sikamat. Amik ko... sikit punya panjang jalan tu. Langsung tak nampak landmark di dalam peta. Aku dgn along dah maki gila-gila dah kad jemputan kawen tu. Sudah nya berenti tepi jalan tanya kat makcik jual goreng pisang. Dia kata patah balik... jumpa traffic light belok kanan. Jumpa masjid belok kanan lagi. Kitorang pun ikut la saranan beliau. Huh... terus sampai Kolej Tafe. Hahahaha... taman taman taman taman tiba2 jumpa kolej kat ceruk tuh. Gila kesian kalau budak2 tu nak menapak keluar carik bas.

Masalahnya... blom jumpa gak lagi signboard Taman Rasyibah Indah. Takpe... kita test pi terus sampai traffic light kat depan kem.Try belok kanan. Haaaaa jumpa signboard kecik "Nina & Alie". Lahabau betul.

Kitorang pun ikut la signboard kecik tu. Baru la jumpa landmark-landmark di dalam peta kat kad jemputan. Tapi still tak puas ati sbb kedudukan landmark dalam kad tak sama langsung. Sebbaik ada signboard kecik tu. Sebbaik kitorang nampak signboard kecik tu. Serius! Memang kecik.

Akhirnya sampai la ke rumah yang dituju. Itu pun tak sama gak kalau tgk dalam peta kad jemputan. Along cakap apa tau "aku yg bukan town planner ni pun lagi pandai lukis map kut". Haaa amik. kekekekekek pakkan la tuan rumah ni pangkat tok saudara. Kalau kawan-kawan... dah lama kitorang bahasa kan aje. Rasanya selama ni tak pernah pun mengalami kesukaran mencari rumah pengantin walau macam mana simple pun peta nya. Along berasap kepala bila dimaklum kepada tuan rumah... lps tu atok aku tu ckp ape tau.. "ala somban pun sosek"... eeee sebbaik la ni pertama kali aku jumpa ko. hahahaha.. anyway.. saudara mara sebelah abah ni mmg ramai yg kitorang tak kenal. Abah kenal la sedara mara dia. Tapi aku & along mmg 'checkmate' abis la. Bila tanya abah.. dia pun tak reti nak terangkan susur galur sendiri. Mummy pulak tolong jawab padahal dia pun sama mcm kitorang... tak pernah jumpa gak. hahahaha.. abah den..

Kitorang sampai sama time dengan pengantin berarak kompang bagai. Sesak sket lah. Serbu makanan la kan... perut dah kelaparan. Lauk agak best. Aku sempat snap lauk gulai umbut ni je. Suka plak si Aqil makan umbut. Sedap kut.

Lps makan baru la sampai sesi beramah-mesra bersama pelanggan saudara-mara. Rupanya bukan kami aje yang sesat barat. Pak long and geng pun sesat sampai ke Senawang sana. Itu pakai GPS tu. Wakakaka.. Taman Rasyibah Indah takde dalam GPS kut. Yang dah kat senawang tu bukan ke Taman Rasyidah Utama? Huuhuhuhu ntah. Jangn tanyo kek den.

Lagi yang best masa along salam dengan pengantin yang tengah makan beradab.
Pengantin : Terima kasih bang, sudi datang.
Along : Sama-sama, tapi nak bgtau.. saya ni pangkat anak saudara. Tahniah ye pak cik.
Pengantin pun melopong sebentar. Wakakakakaka..

** macam biasa... gambar ditepek kemudian.

No comments: