Wednesday, May 6, 2009

Alahai Handphone-ku

Adeh.. semakin menjadi-jadi penyakit gila handphone aku nih. Nak unlocked keypad pun dia bleh 'hang'. Serabut kepala hotak sungguh lah. Nak ke boleh baca 1 sms yang baru masuk pun punya la payah. Beberapa kali 'hang' baru la bleh baca.

Tengah-tengah sedap bercakap pun dia suka 'hang' dan mematikan diri sendiri. Kesian juga pada orang yang ditelepon atau menelepon tu. Tangan aku ringan je nak campak handphone ni ke dinding. Baru jer berkhidmat 4 tahun dah meragam buat perangai. Dah sampai time untuk dilupuskan ker? Hisk!!

Since aku tak mengikuti perkembangan gadget terkini... aku kurang pasti handphone ape yang ok skang nih.. Budget pulak tak berapa nak ada la pulak. Nak tambah serabut kepala aku bila bulan ni sampai la bulan Jun jadual mmg packed dgn keje-keje opis. Hisk hisk..

FYI, Maxis 3G baru je buat testing di Cameron Highlands. Punya la teruja manusia-manusia disini tetiba muncul urup 3G kat handphone. Hahahaha.. tp aku nak teruja apanya.. mmg handphone aku tu tak support 3G. Nak testing maxis broadband plak dah berbulan pulak tak bayo.. mmmm.. duit lagik tuh. Adeh..

Cukup la cerita pasal penderitaan handphone meragam nih. Org kata org pompan nih materialistik. Masalahnya.. kalo ada duit dah lama aku beli handphone baru dan mengurangkan tekanan perasaan menghadap handphone gila yang menyakitkan hati dan jiwa raga nih. Nak buat keje call sana-sini pun mudah. Bukannya guna telefon opis itu tidak mudah.... tetapi nak menunggu operator sambungkan ke nombor yang kita hendak tu... bleh makan setengah hari tau!!! Huh... sakit akallllllllll!!!!!!!!!

4 comments:

Sharulazlan said...

beli e71...bagus utk org seperti cik nie...sangat berguna :)

cik-zura said...

ooo ye ke.. nnti aku tgk preview dia. kahkahkah..

insan said...

oit...aku dh beli hp baru...lama dh x cite dgn ko..ko pun tukar gak laa...sian betul aku tgok..hset tu yg masa ko keje kt opis lama ke??klu betul, mmg dahsyat la ko...hahahaha

cik-zura said...

iye.. masih handphone yang sama. biasa la.. alah membeli menang memakai.. kita pakai sampai lunyai.. sampai wosak.. baru le tuko baru ;) tp skang tak bleh tuko lg la.. fulus yilek.. tunggu sebulan dua lg kut. perghh punya la lama.. hhaha