Tuesday, May 12, 2009

Pantai Tg.Sepat

Kelmarin kitorang ada program lawatan ke MD Pekan. Pi jalan-jalan melawat tempat orang untuk belajar pasal 5S. Ape benda 5S? Alaaa yang Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke tu la. No idea? Pi la google sendiri. Maleh aku nak explain.. kah kah kah..

Kitorang sampai Kuantan hari Ahad petang naik kereta pejabat. Staff aku semua naik satu kereta lah. Penuh 6 orang termasuk sorang staff unit COB. Urusetia booking bilik kat Hotel Grand Continental Kuantan. Pukul5 terus ke Megamall amik tiket wayang. Hahahaha.. awal2 lg dah booking tiket wayang.. tgk cite Wolverine. Fuhhhh mmg lawa lah body dia. Eh???

Lepas tengok wayang.. siap2 untuk ke program Kursus Kesedaran 5S plak. Encik yang sama bg talk semasa kursus 5S haritu bagi talk sekali lagi. Huwarghhh ngantuk sbb slide yang sama dan 'cerita' pun lebih kurang.

Dalam kul11 kitorang keluar lagi.. kali ni pi cari Satay Zul. Alamak.. sate dah abeh la kak. Kitorang stretttt ke Pantai Teluk Cempedak yang takde pokok cempedak pun kat situ. Haha lawak tak kelakar ;) perut dah lapar gila nih. Singgah makan kat gerai2 yg banyak kat situ. Huh.. makan nasik putih, tomyam campur dan lauk2 standed untuk 4 orang.. kena paku sampai RM61!!! Cekik darah betul lah!!!

Besoknya bertolak ke MD Pekan. Sampai ngam-ngam kul 9.30. Ada taklimat sket dan buat lawatan ke jabatan-jabatan berkenaan lah. Huhuhuhu.. saya mmg suka. Cantik dan comel2 je tempat keje dorang. Amik gambar pape yang patut dan kumpul idea camne nak implement kat opis kitorang plak.

Lepas abis tour ofis MD Pekan, lunch dan bertolak balik. Kitorang patah balik ke Kuantan nak beli keropok losong dan sata kat Tg.Lumpur. Kali ni ikut jalan kampung dan lalu area Pantai Sepat. Memang cantik la tempat dia. Sunyi je tadak orang. Maybe hari kerja kut.. tengah hari buta plak tu.

Ada beberapa gambar aku sempat snap ;) enjoy!

opss pembetulan...
bukan keropok losong la.. keropok sagu nama dia.. kompius betul la.. kehkehkeh.. sumenye pun sama jer.. ikan juga..

1 comment:

jijah montel said...

pantai tanjung sepat?.. cantik la weh.. nama je dekat tanah air sendiri tapi.. tak pernah tahu.. by the way.. wolverine? memang mantop si logan tu kan.. hensem betul badan dia.. ngeehnegehhh...