Wednesday, May 20, 2009

Seminar Anti Dadah

Lepas bekfes pagi td.. tgk ofis jd lengang.. Aik!! Mana semua org pegi? Ooooo ada Seminar Anti Dadah bersama ADK Daerah Batang Padang, Perak yang dibuat kat Dewan Jubli Perak, Tanah Rata. Boleh tahan la encik tu bg talk. Tak ingat plak namanya sapa. Takde la ngantuk sangat. Cuma boring jer. Tup tup dah 2 jam dia bercakap rupanya.

Baca risalah yang dorang bagi pasal jenis-jenis dan nama dadah. Isk.. buat aku kompius aje. Satu jenis dadah.. ada macam2 nama timangan. Sebbaik aku bukan keje polis bahagian narkotik. Mampos nak kena ingat semua nama-nama pelik tu. Hahaha.. Rupa antara jenis dadah pun aku tak berapa nak cam. Meth aje la yg senang nk igt sbb dia cam rumput kering kaler ijo bulat2.

Lepas abeh seminar, dorang panggil nama untuk Ujian Air Kencing. Dulu masa perhimpunan bulanan dorang dah buat dah separuh kakitangan. Skang ni sesapa yg tak dipanggil sesi pertama tu.. di panggil pada sesi ni termasuk la nama Aku.

Jeng.. jeng.. jeng.. mula la terpikir dalam kepala.. "Eh aku skang mmg amik ubat (drugs) under medication".. LOL nak susah hati tu kenapa??? Kan doktor ada bg surat perskripsi ubat. Kah kah kah..

So.. selepas beratur mengikut nama... Sampai la giliran aku. Untuk Urine Test, pegawai-pegawai dari ADK akan tunggu kt pintu tandas semasa korang buang air. Malu gak... tapi dorang ngadap ke pintu lah. Hahaha.. saspen je...

The result is clean.. walaupun encik yang membuat test tu muka berlagak nak mampos bila aku tanya ape fungsi kertas kaler2 yang dia guna untuk celup dalam botol tu. Ada masalah ke kalo dia ckp.. "yg ni utk ganja.. yg ni utk heroin.. yg ni utk sekian-sekian..". Sebbaik aku tak tanya soalan mencabar minda yang lain pada encik tu. Huh!!

Selesai Urine Test... urusetia seminar ada sediakan makan tengah hari.. mari kita serbulah walaupun perut kenyang. Ahaks..

Meh buat iklan jap...

Update 18 June 2009

Memandangkan ramai sangat yang eksiden masuk ke entry ni nak cari info pasal Seminar Anti Dadah atau perkara2 berkaitan dengan jenis-jenis dadah etc etc etc. Serta... aku pun malas dan tak kuasa nak upload segala isi kandungan pamplet dan brochure berkenaan dengan dadah yang aku dapat masa ikut seminar nih.

So.. klik aja di sini okeh ;) ada macam2 info kt situ.

No comments: