Sememangnya aku sangat suka pada insan berbulu yang diberi nama Kucing nih. Comel dan sungguh mententeramkan jiwa di saat menatap wajah kiut dia tuh.
Nak dijadikan cerita... petang hari Khamis lepas.. aku bertolak balik KL selepas kerja. Kali ni aku balik cepat sket dari biasa. Selalu tu.. pukul6 baru hegeh2 nk bertolak.
Biasanya mmg aku memulakan perjalanan ikut simpang Taman Royal Lily dan terus menghala ke Tapah. Depan aku ada dua buah kete iaitu sebijik 4wd dan sebuah kete lagi tak igt jenama apa... tiba2 sket lagi before nk sampai Bharat Tea.. si Fortuna tu berhenti tgh2 jln.
Aik? Pecite? JKR tutup jalan sbb tgh buat construction kt kawasan tanah runtuh kat Bharat Tea tu kah??? Bila dah bergerak semula... baru aku perasan... dpn kete merah tu ada seekor haiwan. Ingatkan anjing sbb mmg byk anjing bersepah2 di sepanjang jalan nak turun ke Tapah.
Kete merah tu pun benti takmo jalan.. rupanya ada seekor anak kucing. Sebbaik Fortuna tu tak lenyek dia. Sebbaik jugak anak kucing tu ddk diam2 masa kitorang lalu. Anak kucing kaler coklat kelabu tu nmpak mcm kompius dan ketakutan. Kemain lagi dia kembangkan bulu dia dan siap acah2 lagi kat kete yang lalu.
Sure dalam hati.. dia tgh panik, kompius dan takut gegila. Takde la beso mana anak kucingnya... dari kepala ke ekor tu panjang dalam sejengkal gitu. Aku nak berhenti tepi nak resque dia bawak ke tepi. Mungkin dia baru lepas kena buang kut. Tak pasan pulak ada plastic bag atau ape kt tepi dia.
Kat belakang aku ada 2 buah motosikal. 1 ada pembonceng... 1 takde pembonceng. Yang ada pembonceng tu berhenti dan aku nampak pembonceng dia turun. Mungkin nak alihkan anak kucing tu ke tepi jalan atau bawak dia ke tempat pembuangan yang elok sket misalnya pasar ke dpn umah orang ker..
Moral of the story.. kut ye nak buang anak kucing.. agak2 la tempat.. ini pi buang kat tengah jalan yang membelah hutan. Dia nak makan apa? Baby lagi... tak reti nak cari makan sendiri. Kesian la sket pada mahkluk tuhan yang lain :( poor kitten..
No comments:
Post a Comment