Ikutkan hati... aku malas nak komen. Dalam pada warga Cameron Highlands duk sibuk buat persiapan untuk keberangkatan DYMM Sultan Pahang.. tetiba keluar pulak berita camgitu. Terus tuanku tak tak jadi datang. Ada 2 hari je lagi patutnya dia sampai. Kesian tengok persiapan yang berjalan lancar.. 90% dah siap.. tetiba tak jadi. Hmmm takpe lah.... ada la hikmah lain pula disebaliknya kut.
So.. selepas isu air sungai tercemar ni reda.. baru laaaa nih aku nak komen sket. Letih juga kawan-kawan duk telefon, ym, sms dan email bertanya "eh boleh ker pi Cameron Highlands sekarang ni? ada air ker?"
Astaga.. yang dilaporkan tercemar adalah air sungai... bukannya kualiti air minum. Mari kita petik kata-kata ucapan YH Dato' YDP Majlis Daerah Cameron Highlands dalam meeting semalam...
"Kualiti air minum di daerah Cameron Highlands adalah terkawal dan selamat untuk diminum kerana ianya adalah air yang telah dirawat dan loji rawatan air di Kuala Terla sering dipantau untuk menjaga kualitinya"
Jadi, kepada semua bakal-bakal pelancong yang berhajat untuk bercuti ke Cameron Highlands tidak perlulah risau berkenaan dengan isu pencemaran air sungai tu yer. Tindakan-tindakan oleh jabatan yang berkenaan untuk atasi isu tu pun dah berjalan.
Terima kasih juga la pada TV3 sebab kita ni menegur menunjukkan kita sayang pada yang ditegur. Cuma orang-orang yang tidak berkenaan janganlah mensensasikan isu tersebut sehingga kebersihan air wuduk pun dipertikaikan. Yang pi amik wuduk tepi sungai tu kenapa? Gunalah air paip yang disediakan... ;)
No comments:
Post a Comment