Wednesday, May 20, 2009

Mesreeeeeeeee...


Sudahkah anda menukar kad anda? Saya sudah!!! Cehhh tetiba dah jadi cam iklan anti dadah plak rasanya. Kah kah kah.. Kelmarin pi malam2 hari nak buat penukaran kad ni depa kata tak bleh. Siang sahaja. Aik.. So semalam waktu lunch hour. Aku mengambil kesempatan ke stesen petronas Brinchang.

Memula tu petronas hantar surat kat alamat surat-menyurat aku kat KL. Hokehhh.. nanti saya tukar ye encik. Tapi ada klausa dalam syarat-syarat penukaran tu.. camne ntah ayatnya.. lebih kurang gini.. "mata ganjaran yang diperolehi daripada kad mesra petronas sahaja yang layak dipindahkan ke kad yang baru"..

So, mati-mati la aku ingat.. hanya point yg dapat masa isi minyak kat stesen petronas je bleh ditransfer. Point yang kita dapat masa guna di kaunter2 real rewards (cth : carrefour) tak akan ditransfer.

Itu la yang menyebabkan aku mcm malas nak tukar ke kad baru. Tapi kalau tak tukar.. semua point yang ada tu burn cam gitu jer. Jadi untuk mendapat kepastian, aku tanya la kat adik kaunter penukaran kad tu. Adik tu cakap, klausa tu bermaksud "semua point yang kita dapat menggunakan kad lama yang kaler oren ni tak kira la petronas ke real rewards ker akan ditransfer ke kad baru tapi mengambil masa sehingga 90 hari untuk proses transfer"...

Oooooooo... kisahnya. Dengan sengih2 menyedari kebongokkan diri sendiri.. maka aku pun sign aje la borang untuk tukar kad yang baru. Oyya.. actually ada option satu lagi untuk penukaran nih iaitu menebus mata ganjaran kat kaunter2 real rewards. Tapi takpelah.. aku sendiri pun tatau berapa dah point yang aku dapat.

Kalo ikutkan.. dah beribu2 agaknya. Sejak mula beli kereta tahun 2005. Bleh dikira dengan jari berapa kali aku isi minyak selain daripada petronas. Membeli-belah di carrefour pun aku duk swipe jugak.. hehehehe... bior ler. Lagi 90 hari bleh la nak check brape point yg aku ada. Mungkin boleh check di mana-mana... cuma aku je malas nak cari kat mana tempat nak check. Lantak lah!!

Kata-kata terakhir... support-lah barangan / jenama buatan Malaysia. Ceeewaahh!!

.

.

.


Update!!! 15 June 2009

Few days back.. tetiba aku received call dari sorang pompan ni. Dia kata dia dari real reward dan skang tgh promo real reward card holder yg ada 5000 points and above utk aktifkan insurance. Katanya setiap real rewards card holder ada insurance ni cuma blom aktif je lagik.

Aik.. aku agak kekompiusan nih. So aku cakap.. aku dah transfer point kad real reward mesra to petronas mesra. Yes!! Dia agreed. Tapi katanya tak semua point pegi ke kad petronas mesra yang baru. Aku ada balance 6000 point utk real rewards. Kalo aku bersetuju untuk aktifkan that insurance under apebenda nama insurance company tu ntah.. maka dia akan deduct 5000 point dari real reward card which I dont have.. dan aku dikehendaki add up RM78 to make the activation.

Hoh!! sangat2 kompius gini. So, kad real reward petronas itu masih boleh digunakan ker? The lady ckp dia akan email brochure about insurance activation tu. Sampai ke sudah takde apa2 email yg aku terima. Huhuhuhuhu..

It makes me wonder if ni semua adalah agenda insurance company sahaja. Tapi curious gak.. about real rewards point tu. Arghhh!! Lantak lah.. point real rewards tak bleh di bawa mati...!! Biorkan aje lah..

No comments: