Saturday, May 30, 2009

Normal kah?

Tahun depan umor aku bakal cecah 3 series... Kalau BMW memang saspek lah kan.. huhuhu.. tapi walaupun dah berusia aku rasa aku masih tak paham dengan perangai encik bernama adam.. eh.. kaum adam la.. takde kena mengena dgn org bernama adam ye... terima kasih.

Izit normal sekiranya 'chenta' anda tiba2 hilang tanpa kabar berita? Langsung tidak dapat dikesan. Aku tak boleh fikir di mana salah dan silapnya sbb kami tak pernah bergaduh pun. Setakat tak puas hati dgn pendapat masing-masing tu biasa lah.. dan takdelah sampai bertekak bagai (hmm.. mungkin sbb aku tak pandai bergaduh agaknya).

Orang lelaki mmg takot ke kalau kita bukak cite about future? Pada pendapat aku.. takot dan problem mikior about future boleh di atasi... with good communications. Tapi macam mana nak selesai if u simply blah. Mungkin ada sesengah tu fikir.. apa yg aku hadapi sekarang ni perkara remeh jer. Aku je yang fikir bukan2. Dia kat sana ntah-ntah sedang mengalami masalah yg lebih besar dan dasyat drpd komitmen dia to our relationship. Huh.. im tired of being a positive thinker.. aku bosan dan letih berada dalam keadaan yang tak pasti..

I miss my single life (ecehhh statement.. skarang pun serupa mcm single juga maaa.. hahaha kompius dgn status diri sendiri). Tak semak fikiran. Cuma sunyi je lah.. tapi.. aku bebas nak berangan pasal apa benda pun. Hahaha..

Tapi sampai bila mahu single? Sampai bila mahu takut dengan opposite gender? Bila aku cuba memberanikan diri.. 'dia' pulak yang takot. Dah la 'awak' tu jauh beribu ribu ribu ribu batu. Kalau dekat lain cite lah.. bleh 'belai-belai' tanya apa masalah ko sebenornye yeop..

*sigh* saya keletihan.. i want to move on.. tapi setiap kali.. aku dipaksa to move backward or stuck at the same place.. kalo muda-muda dulu at least aku ada kekuatan nak 'keluar' drpd 'tempat' tu.. hmmm..

Mungkin saya kena kuatkan semangat untuk 'berhenti berharap' selepas ini ;) maybe it's better.

2 comments:

jijah montel said...

hmm.. mai.. soal jodoh di tangan tuhan.. maybe hati si dia belum terbuka lagi.. tapi kita boleh usaha.. doa bnyk2.. rajin.. solat la hajat tiap2 hari lepas maghrib minta hati dia dibukakan.. insya allah.. :)

cik-zura said...

Syahdu seketika. Anyway, aku pun dh malas nk fikir sgt. Letih sebenarnya.

tq for the comment my pren. muaccchhss!!