Monday, June 28, 2010

Seremban

Hari ni aku sefamily pi Seremban seperti yang dijadualkan. Ecewah.. banyak la ko punya jadual. Pukul 11 kitorang beramai-ramai pakai baju cantik-cantik pi hantar kak long pi keje. Hahaha.. lepas tu strettttttt ke Seremban ikut highway baru. Sejak testing highway baru tu masa balik dari JB ari tu... kitorang kinda jatuh cinta gak la dgn highway tuh. Punya la seronok nampak signboard Kuala Pilah. Hahaha.. lengkali takyah menderita ikut jalan hutan simpan Kuala Klawang sana nak balik kampung. Errr macam la tiap2 bulan balik kamgung kan. Selagi tak raya takde la nampak muka kat kampung tu der.

Okay.. jumpa abah & mummy kat petronas sebelah giant saujana impian sana. Lepas tu konvoi bersama-sama lah. Abah tunjuk map dalam kad kawen tersebut.
Taman Rasyibah Indah, Jalan Sikamat, Seremban.
Nampak macam tau.. macam tak tau pun ada gak. Takpe lah... kita redah je. Ada 2 exit utk ke Seremban. Satu namanya ape ntah dah lupa... satu lagi Ampangan. Abah kat kete depan dah kompius nak keluar exit yg mana satu. Hahaha.. kitorang kat belakang mengekor aje lah. So bila keluar aje kat exit Ampangan tu... kitorang dah macam tercangak-cangak. Where the hell are we? kah kah kah... mintak mahap oghang somban... den ni namo yo beghanak sanun tapi bumin dibuek eh.. ontah mano toboh eh ni..

Dah sampai ujungggggggg baru la perasan... eh ni rumah kak cik dulu ni. Hahaha... yey sampai simpang jalan Seremban-Kuala Pilah. Abah pi kiri nak ke Paroi. Jalan ni mmg aku familiar sgt la sbb sempat la kerja 3 bulan kat paroi selepas grad. Eh... sehari selepas hantar thesis. Blom confirm grad lagi pun. Nostalgia ek?

Drive punya drive... eh kat mana UiTM Seremban? Kem Sikamat? Adehhhh.. Ini sudah salah jalan daaa.. aku try call Ujang. Classmate aku dulu. Tak pickup call plak. Hantu betul. Akhirnya terpaksa la aku call Has minta nombor tepon Jimi. Ex ofismate masa keje kat paroi dulu lah. Maka dia pun bg la direction ke jalan yang benar. Punya la happy nampak signboard Jalan Sikamat dan signboard kem sikamat. Kitorang pun bagi signal kanan.. masuk ke Jalan Sikamat. Amik ko... sikit punya panjang jalan tu. Langsung tak nampak landmark di dalam peta. Aku dgn along dah maki gila-gila dah kad jemputan kawen tu. Sudah nya berenti tepi jalan tanya kat makcik jual goreng pisang. Dia kata patah balik... jumpa traffic light belok kanan. Jumpa masjid belok kanan lagi. Kitorang pun ikut la saranan beliau. Huh... terus sampai Kolej Tafe. Hahahaha... taman taman taman taman tiba2 jumpa kolej kat ceruk tuh. Gila kesian kalau budak2 tu nak menapak keluar carik bas.

Masalahnya... blom jumpa gak lagi signboard Taman Rasyibah Indah. Takpe... kita test pi terus sampai traffic light kat depan kem.Try belok kanan. Haaaaa jumpa signboard kecik "Nina & Alie". Lahabau betul.

Kitorang pun ikut la signboard kecik tu. Baru la jumpa landmark-landmark di dalam peta kat kad jemputan. Tapi still tak puas ati sbb kedudukan landmark dalam kad tak sama langsung. Sebbaik ada signboard kecik tu. Sebbaik kitorang nampak signboard kecik tu. Serius! Memang kecik.

Akhirnya sampai la ke rumah yang dituju. Itu pun tak sama gak kalau tgk dalam peta kad jemputan. Along cakap apa tau "aku yg bukan town planner ni pun lagi pandai lukis map kut". Haaa amik. kekekekekek pakkan la tuan rumah ni pangkat tok saudara. Kalau kawan-kawan... dah lama kitorang bahasa kan aje. Rasanya selama ni tak pernah pun mengalami kesukaran mencari rumah pengantin walau macam mana simple pun peta nya. Along berasap kepala bila dimaklum kepada tuan rumah... lps tu atok aku tu ckp ape tau.. "ala somban pun sosek"... eeee sebbaik la ni pertama kali aku jumpa ko. hahahaha.. anyway.. saudara mara sebelah abah ni mmg ramai yg kitorang tak kenal. Abah kenal la sedara mara dia. Tapi aku & along mmg 'checkmate' abis la. Bila tanya abah.. dia pun tak reti nak terangkan susur galur sendiri. Mummy pulak tolong jawab padahal dia pun sama mcm kitorang... tak pernah jumpa gak. hahahaha.. abah den..

Kitorang sampai sama time dengan pengantin berarak kompang bagai. Sesak sket lah. Serbu makanan la kan... perut dah kelaparan. Lauk agak best. Aku sempat snap lauk gulai umbut ni je. Suka plak si Aqil makan umbut. Sedap kut.

Lps makan baru la sampai sesi beramah-mesra bersama pelanggan saudara-mara. Rupanya bukan kami aje yang sesat barat. Pak long and geng pun sesat sampai ke Senawang sana. Itu pakai GPS tu. Wakakaka.. Taman Rasyibah Indah takde dalam GPS kut. Yang dah kat senawang tu bukan ke Taman Rasyidah Utama? Huuhuhuhu ntah. Jangn tanyo kek den.

Lagi yang best masa along salam dengan pengantin yang tengah makan beradab.
Pengantin : Terima kasih bang, sudi datang.
Along : Sama-sama, tapi nak bgtau.. saya ni pangkat anak saudara. Tahniah ye pak cik.
Pengantin pun melopong sebentar. Wakakakakaka..

** macam biasa... gambar ditepek kemudian.

Sunday, June 27, 2010

karate kid

Tengah hari semalam aku ke rumah Faze.. kebetulan mak dia mai KL nak uruskan pertukaran adik Faiz ke kolej kat kedah.. Borak punya borak aku terjual 10 pack toxic patch dan 2 helai anak tudung kat mak dia. Muakakaka.. punya la happy. Lepas tu adik Faiz ajak pi shopping.. dia nak beli 2-3 lai tshirt. Aik! Ajak aku? huhuhuhu aku layankan aje.. sure la pegi dgn Faze skali kan..

So hari ni lepas tgk world cup repeat Chile lawan Spain aku pun siap la nak keluar. Tiba2 abah dan mummy sampai. Huhuhuu... biasa la dapat kunjungan hormat cam gini... takkan tiba-tiba aku main blah keluar je kan. Layan borak la dulu. Planning nak pi Seremban esok. Counsin abah kawinkan anak. Ayah cousin abah tu adik beradik lain mak dgn arwah Uwan Yam. Alaaaa... mcm abah dgn Pak Long Jamal la... tapi abah satu mak lain ayah. Ada paham?? Pening? Ada aku kisah ko pening? kah kah kahhhh

Ok sambung... Faze bg sms bgtau dia pegi IOI dulu. Nanti jumpa kat sana lah. Oriet. Mo mantai. Lepas abah dgn mummy balik, aku pun merempit terus ke IOI. Sampai kat IOI aku pun call la dia. Tiba-tiba ko tau dia kat mana? Kat Jusco Taman Equine!!!!! Ayyooo.. apasal ko tak bgtau aku tipahh.... kalau aku tau tadi... baik aku ddk rumah je. Hampeh btul. Mamakkkkkkkk!!!! Hati panas satuuuuuu!!!!

Dah tu nak buat apa kat IOI sorang-sorang nih? Grrrrrrrrr..

Tarik napas kuat-kuat... Hembusssss... Inhale.. Exhale... Inhale.. Exhale.. sampai tingkat 2 Jusco.. ladies department. Tiba-tiba aku terbeli 5 helai t-shirt. Bagusss... terapiiiii minda... terapi lah sangat..wakaakaka

Lama aku tak pi IOI ni. Sejak benti keje swasta dan masuk keje gomen ni bleh bilang dgn jari la bape kali aku jejak kaki kat sini. Rupa-rupanya ruang lantai IOI dah bertambahhh!!!!!!!! Aritu lalu depa tengah construction lagik... dah siap rupanya new wing IOI nih :D suka suka suka... aku terlupa plak Faze pernah cerita pasal TGIF IOI. Sure la kat new wing kan... dulu mana ada TGIF. Tapi aku tak singgah pun kat mana-mana kedai mkn di new wing. Masuk Kenny Rogers jugak. hahahaha.. Depa buh dadah ke dalam mac & cheese depa hah? Hantu betul.. Ada promo baru... 1/4 meal + garden salad harga mcm beli 1 je. Hehehe... gila sayur kan.. order satu. Time nak bayar.. aku tengok ada discount 10% utk rhb cc holder. Ape lagi.. 10% bersamaan rm1.25 pun aku berkira. Kiasu la katakan. tapi cik cashier tak perasan cc aku tu rhb. Dia caj macam biasa. Tak kira!!! Aku nak bil baru. Kelip-kelip adik waiter tu pi ke cashier semula sementara aku ketuk-ketuk pen kat meja macam orang kaya. Poooorahhhh... hahahahahah..

Perut dah kenyang.. aku pi la ukur new wing. Uuuuu ada MNG di IOI.. kehkehkeh... jakun. Dulu cody-cody je kedai kat IOI nih. Bagusss.. ada peningkatan. Terjumpa satu belt yang mcm best kat situ. Sebbaik sedar diri. Maka tak jadi rembat. Baik ko keluarrrr dari MNG tu sekarangggggggggg..

Naik escalator.. nampak kamdar. Wahh.. mmbr aku cakap kain cotton murah kat sana. Jenguk jap.. hmmm... ada diskaun rm6.25/meter. Bleh tahan gak. Belek-belek.... Kembang-kembang bijik mata. Uwaaa.. semua pun cantik. Camne nih?? Menyampah btul shopping kain ela sorang-sorang. Jiwa rapuh. Tak bleh buat keputusan dengan tepat. Hahahahaha.. Sudahnya aku tak beli apa-apa... lalalala

Then 'ter'singgah ke GSC. Tengok movie list. Aaaaa karate kid. Jeling jam. Pukul 430. Show pukul 530. Hmmm... ushar keadaan kaunter. Bleh tahan tak berlingkar sangat nak beratur. Hiyarghhhh!!! Masuk barisan!!! Yeyyyy.... karete kid pukul530 satuuu...

Ada byk masa lagi ni. Kita nak buat apa? Popular! Dulu kat IOI ada kedai buku popular. Bukan ke 1 level dgn GSC? Errr tu kat old wing. GSC kat new wing ni kat level 4. Old wing kat level 3 kan? Aku turun balik tingkat 3. Haaa tekaan ku benar.. popular masih wujud kat situ. Mcm biasa... masuk kedai buku kita terjah fiction section. Scan novel-novel yang ada di pasaran. Hmmmm tak menarik. Lately aku naik menyampah baca novel melayu. Jalan cerita lebih kurang aje. Cintan cintun remaja.. masalah rumah tangga... antara dua darjat.. klise aje semua. Bukan takde yang best.. tp dengan lambakan novel klise cam gitu buat aku muak je. Aku cari penyendal buku. Nak sendal buku-buku yang makin bertambah kat ofis tu. Comel je gambar siput kaler biru. Yup! Blue snail. Huhuhu.. Tapi cam tak best plak beli seketul benda tu aje kan. Last-last aku beli gak novel melayu sebuah. Ape tajuk ntah. Lupa dah.. nanti kita buh dalam stack novel yang belom baca / habis baca tu ek ;-) tambah lagik... bilanya nak baca woi?

So amcam karate kid? Movie ni remake kan? Tapi aku dah lupa la karate kid dulu tu camne. Lupa nak ulangkaji dulu. Takpelah. Layankan aje. Jaden Smith berlakon. Dulu tengok dia berlakon rambut kembang dgn bapak dia dalam movie 'Persue Your Happyness'. Hehehe... banyak kali aku tengok movie tu masa crush dgn mamat broker saham dulu. Now si Jaden tu dah beso. Rambut dah pled cantik-cantik.

Aku tak reti nak buat review kan... tapi ada few things yang aku notice about this movie...

  1. Tukang jaga projector GSC IOI ni bikin hati panas. Time iklan okey je. Movie dah start baru ko nak ejas-ejas itu projector. Crowd dah jerit suruh ulang balik.. tapi depa buat bodow je. Dulu ada sekali... lampu lupa padam. Dah suku movie baru nak padam. Eeeeee patut la aku dah lama tak tengok wayang kat IOI ni pasal operator cam tah pape.. tapi manusia mudah lupa kan... thats why laaa.. 
  2. Si Jaden ni bagus berlakon. Tak sesia mak-ayah pun pelakon. 
  3. Bila ada Jackie Chan... jadik lawak gak movie nih. Tapi 1st time tengok Jackie Chan nangis. Touching gak ar. 
  4. Aku belajar perkataan baru hari ni.. xiao = little
  5. Masa scene Xiao Dre lawan final dgn si Cheng.. bukan setakat crowd dalam screen je bersorak... crowd luar screen pun bersorak tepuk tangan. Hahahaha... teruja gak aku. Actually scene lawak yang menjadi pun depa tepuk tangan beramai-ramai gak. Huhuhuhu... bersatu hati ke apa nih? Ada hidden camera rakam audien ke? Wakakakaka.. 

Tatau kenapa... almost everytime aku tengok wayang... kak long akan sms aku. Wakakakaka... suratan atau kebetulan? Padahal dia bukan tau aku pi tengok wayang pun. Isk.. Kali ni dia pesan KFC plak. Layannnn... mak buyung mmg macam-macam..

Woi... dah pukul 1 pagi!!!!!!!!! Esok nak bangun pagi.. laundry baju before pi Seremban. Aku mo tido dulu lah. Guten Natch!!!

Friday, June 25, 2010

secret agent miss oh

Ni nak cerita...

Hari senin lepas semasa channel-hopping kat astro... aku sampai kat KBSW channel 303. Stesen tv korea. Tak pasti la korea belah mana. hahaha... aku bukan la peminat tegar movie atau drama atau penyanyi made in korea atau jepun. Tapi kalau cerita kelakar.. mana-mana drama/movie dalam apa-apa bahasa pun best.. huhu..

Like i said.. mana-mana yang best semuanya aku layan. Best pada pendapat aku ler... tak semestinya best pada korang gak.

So.. kisahnya.. aku terlayan 1 korean drama neh. Tajuknya Secret Agent Miss Oh. Lawak bangang tak ingat. Biasanya antara indikator penentu aku bleh melayan satu-satu movie atau drama ialah tahap kehenseman/kecantikan pelakon utama. kah kah kah.. indikator tak bleh blahhhh

Kalo tak ensem pun bleh gak layan kan.. bergantung pada jalan cerita gak. Tapi skang ni aku nak cerita pasal drama baru nak melayan ni. Tak pasti lah kalo drama ni pernah keluar sebelum ni. Kebetulan aku tertengok 1st episode.. tu yang teruja tu. Kah kah kah...

Cite dia pasal pompan nama Oh Hana nih.. dia low-ranking police officer. Dia guna status dia sbg polis utk pinjam duit dgn ah long. Hahaha.. karakter dia pun mcm gila-gila sket. Pastu mak dia plak kaki judi... asik perabih duit... lps tu pantang tgk kawan2 ada itu ini dia pun nak gak.

Satu hari dia ngendap mak dia pi satu club nih. Mak dia pi jumpa mamat jual pil kurus. Kebetulan dia kenal mamat tu sbb puak-puak ah long yang dia selalu jumpa tuh. Rupanya mamat tu punya bos lagi jahat mcm2 bisnes ada.

At the same time.. ada mamat polis secret agent ni duk follow kes dadah melibatkan bos besar kpd mamat yg jual pil kurus tu. Haaa cite selanjutnya... korang pi download sendiri... eh?? pi tgk sendiri lah.

KBSW hari isnin dan selasa pukul 9 mlm. terima kaseyyyyy

channel-hopping

Hello blog..

Aku mmg suka tgk tv. Tengok wayang pun aku suka. Tapi aku takde la menjurus kepada mana-mana genre. Sama juga dengan muzik. Rasionalnya... dulu kecik2 aku pernah obses dgn 1 band muzik nih. Errr bleh ke guna perkataan obses tu ek.. tatau lah.. yang pasti.. mmg minat gila lah kekdahnya..

Masa tu budak kecik.. mana ada duit sangat kan. Tapi sanggup kumpul duit belanja sekolah (please noted that zaman aku primary school belanja sekolah adalah 30 sen sehari) untuk beli setiap majalah yang ada story about this particular group band. Jenuh tuuu nak kumpul fund. Huhuhuh.. then siap buat mcm scrap book utk depa. Dapat pulak geng yang sekepala.. mmg best lah.

But at the end of UPSR. I'm start realising that.. it's not worth it at all. I give so much passion and love.. sanggup buat macam2 semata nak beli kaset and their merchandise tapi at the end apa yang aku dapat? Nothing. Depa tetap tak kenal aku gak. Hahahaha..

So sampai sekarang lah aku takde particular interest in anything. Err almost anything lah.

I like what i like. 

:D

Ape daa berjeda-jeda mukadimah. Mood dah ok skit kot. Huuhuhu.. Kisahnya, aku ada sejenis hobi or rather say habit... which is channel-hopping (ada ke perkataan nih? bantai lah) atau org negeri sembilan kata.. gila remote control. wakakakakakaka.. Same thing kalau dengar radio dalam kereta. Aku akan channel-hopping gak.. mostly every 1-2 minutes bergantung kepada tahap kesedapan lagu yang tgh on-air. Tapi aku cuma pick a few channel/radio station yang aku suka and keep on switching among them lah. Tatau la nak kata bad habit ke apa kan.. drive sorang2.. tengok tv sorang2.. aku punya suka la nak picit-picit remote tu.

Dah tu apa masalahnya?

Tade menda.. aku tade idea nk tulis apa sebenonya... KAH KAH KAH

(Cisss.. buang masa aku je baca... wakakkaakak)

Wednesday, June 23, 2010

banjir trafik

Semuanya gara-gara entry mari kita check saman trafik semalam. Tiba-tiba kemain ramai orang masuk blog nih. Aik!! What the....

Rupanya entry tersebut telah dilinkkan dalam blog lain. Terkejut gak lah. Ditelek2 isi blog tersebut. Tengok2 blog picisan politikus untuk menghentam kerajaan. Aik... kes aku merungut sorang-sorang pun jadi sensasi ek.. isk isk isk.. kesian betul.. takdak bahan nak tulis kah? Atau adakah kerana aku pinjam gambo orang tak minta keizinan? Muakakakakakak...

Untuk makluman... saya bukan pro kerajaan... saya juga bukan berdiri dihaluan kiri mahu pun kanan. Aku cuma rakyat biasa. Yang kebetulan bekerja dengan kerajaan. Aku tulis tanpa berdasarkan fakta konkrit pun. Cuma merapu je lebih seperti rakyat marhaen yang lain. Aku tak pedulik pun sapa yang duduk atas sanun. Aku tak pedulik pun kalau tak ramai yang jenguk blog ni.

Tapi bengang jugak lah tiba2 entry blog ni di politik kan. Bikin gua temper satu badan je. Fuhh kombang kompih lubang idung den tarik napas. Sabarun minnal imannnn..

Tuesday, June 22, 2010

maxis new sms rate

Tengah syok2 buat keje.. masuk 1 sms.
From : Hotlink
RM0. Kadar SMS antarabangsa akan diubah mulai 23/6, kecuali untuk negara Thai, Singapura, Indonesia & Nepal. Info di laman web maxis atau m.maxis.com.my/iosms
Selalunya, hotlink rajin hantar sms promotion suh subscribe buletin la, infolawak la, gossip artis la.. macam2. Biasanya aku delete je sms2 sampah sedemikian. Kali ni... dengan rajinnya aku menyahut saranan dan terus type url yang tertera di muka chrome.

Sayugia diberitakan...
Thank you for your continued support for Maxis services. We now have new rates for International SMS:
RM 0.50 / sms - All International destinations excluding Thailand, Nepal, Indonesia & Singapore.
RM 0.20 / sms - Thailand, Nepal, Indonesia & Singapore.
Arghhhhhh!!!! Hantu raya betul lah. Kiri kanan depan belakang duk asak duit gaji aku yang seciput ittew. Hmmm nampaknya makin kurang la kuantiti sms yg akan dihantar ke luar negera selepas ini. Semoga dia memahami. Dan semoga aku tak lupa terus pada beliau untuk dismskan walaupun sekali-sekala... hahahaha.. dan juga semoga aku tak jiwa kacau dengan hantar sms bertubi-tubi carik gaduh dan akhirnya dia pun turut jiwa kacau bersama-sama.

sabar aje lah................................

Monday, June 21, 2010

mari kita check saman

Hmmm... its been a while aku tak check saman trafik... apatah lagi membayarnya.. muahahahah... So tadi... aku cuba buka myeg.com.my tu seperti entry mari kita bayar saman dulu tuh..

It's turn out yang depa dah upgrade the website.. so you have to register first.. then only you can check your saman. Lol... with registration form.. u need to fill almost everything about your personal details which aku tak berapa gemar sgt..

So... aku cuma nak check aje.. bkn nak bayar pun.. kalau kena bayar pun mmg tak ikhlas.. hahahaha sbb aku speeding bukan cecah 150km/j pun.. setakat 130km/j dgn kereta standard tu ape la sgt kalau nak banding dgn kereta beso milik orang kaya-kaya yang sure boleh pecut 170-200km/j kat highway. So I don't really bother to pay the summon. Senang la ko nak bercakap.. dah buat salah tu bayar aje la kan.. hmmm pendapat masing2.. ni blog aku.. aku tulis pendapat aku aje lah.. takyah nak marah2 tak tentu pasal ok..

Tiba2 datang angin nak mengcheck saman ni sbb depa kata kalau tak bayar saman ekor tak boleh renew road tax? Hmmm.. menyusahkan betul..

Sudahnya aku pun tanya la kat pakcik google camne nak check saman without registration bagai. Maka sampai lah daku ke website kenasaman.com

Mudah aje nak check saman. Guna sms ke DAPAT. Kalau dengar radio channel klfm mcm abah aku... sure selalu dengar pasal sms information ke DAPAT. Susah btul nak igt nombor sms DAPAT nih... 32728.

Errr perlu ke aku tulis step by step mcm entry bayar saman tu? Tak perlu la kut.. korang klik aje kat klik yg aku dah bagi tu. Anyway tu khas utk check saman aje tau. Kalau nak bayar saman online... masih boleh guna step by step tersebut... cuma tambah 1 lagi step iaitu registration kat website myeg.com.my tersebut. Ada paham?

Berbalik pada isu check saman tersebut. Check punya check.. di dapati saman ekor terkumpul kekal kepada 7 dengan jumlah pembayaran tertunggak ialah RM2,000.00. liau! Takkan ko expect aku utk bayar 2k selepuk gitu? Penganiayaan sungguh pada rakyat jelata. Saman orang kaya sudah la. Depa banyak duit. Iskk..

Tu la... sapa suh luluskan dasar pemilikan kenderaan persendirian banyak2? Kunun nak support dasar pembuatan kenderaan buatan tempatan. Sudahnya makin ramai org drive kereta sendiri. Makin sesak jalanraya. Bila sekali sekala terlepas ke highway. Kita pecut lah walaupun bergegar stereng tak ingat dunia. Asyik stuck dalam jam tiap2 hari la katakan.. huhuhu..

Lepas tu pakcik polisi pun dengan setia menjalankan tugas. Tembak ini semua kereta yang pecut laju2 nih dengan niat saman ekor akan mengurangkan kadar kemalangan walaupun tak dapat mengurangkan kadar kemalangan maut. Walaupun sukar nak tembak kereta beso yang laju2 nih.. dapat tembak kereta kurang kuasa kuda ni pun jadi lah. Janji ada orang yang diekorkan. Lepas tu orang yg kena tembak mcm aku ni pun bising2 dalam blog persendirian. Ape pun tak berguna lagi. Hahahaha..

Luahan perasaan nih.. maklum lah... sejak pindah semula ke KL dan jatuh miskin nih... aku sangat berkira pasal duit. Stress pun ada gak dibuatnya. Tapi takpe lah... orang tua2 cakap... duit boleh dicari..

____________________#_#___________________

update:
tiba-tiba entry ni di link di blog anti-kerajaan. ada juga yang link ke email rakan taulan. hahahaha.. luahan perasaan aku bermonolog sorang2 dipolitikkan? ape daaaaaaaaaaa....  

Sunday, June 20, 2010

3D again?

Semalam aku ke Mid V... appointment facial pukul 11.30 sampai pukul 1. Sangat best facial kali ni. Mana taknya... aku redeem point utk facial mahal.. muahahaha..

Lepas facial... aku ke tempat2 wajib seperti MPH, MNG, Watson, Gurdian, Speedy dan singgah makan kat tenpanyaki. Ada lagi tempat2 wajib yg aku tak terpegi seperti body shop, vincci dan RHB bank. Hahahaha... kenapa RHB bank? Pegi bayar hutang la kat cash depo machine tu.. tp disebabkan belom tarikh gaji.. maka jeling pada signboard bank tersebut pun aku tak sudi tau. huhu

Kaki dah lenguh gila.. aku pun blah. Memandangkan langit masih cerah.. aku pun terpegi ke Galaxy Ampang bersama Wan Jay terchenta. Hajat dihati nak tengok karate kid yang diberitakan sangat best.. tapi dah penuh.. lama sangat nak menunggu the next movie so aku pun terbeli tiket Toy Story 3 - 3D.

Serius beb!! Memang terhibur. Aku gelak mcm pawagam itu bapak aku yg punya. Kah kah kah.. especially masa si Buzz tu tertukor mode Spanish. Terburai perut nak tergelak. Sangat lawak okey. Yang buat lagi best tu sbb apa tau... aku baru je khatam ulangkaji Toy Story dan Toy Story 2 kat disney channel. Yeehaaa!!! Kali ni dorang tambah lagi toy baru. Toy jahat pulak. Kalau Toy Story 2 dulu pasal si Al yang nak jual Andy as collector item kat jepun. Bila fikir balik pasal toy yang memberontak sampai jadi jahat ni... agak2 mcm ni la perasaan toy2 aku masa kecik2 dulu kut.. hmmm.. bukan manusia, haiwan, pokok dan menda-mende hidup yang lain je ada perasaan.. toy pun ada? huhuhu..

Aku suka tgk cite kartun.. korang suka tak? Especially anime from pixar dan 1 lagi anime studio tu ape ke nama nya ntah.. lupo lak den. Anyway aku termiss cite Up tu :( dah mula tayang kat disney channel tp termiss pulak. Ntah bila nak ulangtayang ntah. Anyway kartun yang bersiri ni kureng sket la aku nak layan. Tak tau la kenapa... anime jepun pun aku tak berapa nak layan. Maybe pasal jalan cerita dia kut?? Pasal kungfu la.. pasal nak cari batu hikmat lah.. pasal dunia dah nak terbalik lah... pasal alien lah.. boring gila pada pendapat aku. Tak kisah la kan.. masing2 ada citarasa sendiri kan.. ikut sukati la nak suka atau tak suka ape benda pun.. aku tak kacau ko.. ko tak kacau aku kan.. huhuhu.. ape benda ntah aku mengarut..

Akhir kata... bukan kanak-kanak je yang teruja tgk kartun.. aku pun sama.. *blush*

Friday, June 18, 2010

home alone

Aku tunggu selama 3 hari utk buat entry nih.. actually dah 3 hari aku home alone kat rumah. Along, kak long dan kanak-kanak pi cuti-cuti Malaysia ke Cherating. Mak ngah tak dapek ikut sbb mak ngah banyak keje ok. Hari ni depa balik dah la..

Punya la heaven duduk rumah sorang walaupun kadang2 trauma gak la. Dulu masa perampok pecah masuk rumah... aku tinggal sorang2 gak time tu. Bleh selak kat entry belakang2 pasal perampok tersebut. Actually it's not good bgtau online yang ko tinggal sorang2 kat rumah skang. Tak kira la sekadar tulis kat status fb or tweet about it. Tapi orang jahat ni kalau dah jahat depa tak kira pun ada ke takde orang kat rumah.. ye tak? Anyway... langkah berjaga-jaga ;-) penyamun kan dah high tech skang nih.

Bila along & family pi bercuti bermakna bibik pun turut bercuti la kan ;) takpe... I don't care. So balik keje aku pun campak2 bahan spagetti sos dalam periuk sambil2 layan bola kat tv. Aku sorang je yg nak makan tapi masak seperiuk buat stok utk 3 hari. So tiap2 hari ko makan spagettttiiiiiii aje tau!! hahaha.. time takdak orang aku mmg malas nak makan. Bosan juga makan nasik tiap hari kan. Lagipun dah lama tak memasak kan. Ni la hasilnya... tabur cheese sket... nyummmm...

Korang tau tak.. ada sejenis perempuan ni, jika ada perempuan yang lain di dalam rumahnya yg mempunyai reputasi pandai memasak.. dia akan tiba2 tak reti memasak. Haaaa aku la tuh. Sama jugak time guide arah jalan. Kalau dalam kereta yang sama ada orang yg lebih pandai.. tetiba jadi blur nak cari jalan sendiri. Padahal kalau drive sorang2 tu terror plak. Tak sesat pun.. huhuhu..

Cerita pasal sesat jalan.. aku ke Taman Medan sorang2 malam tadi. Mula2 mintak maaf dulu pada warga penduduk Taman Medan. Anyway.. aritu aku ikut along pi rumah kawan dia pi amik stok 'toxic patch'. Alaaa yang tampal kat kaki time tido tu... sok pg ko bukak patch tu itammm sbb dia kuarkan toxic dlm badan..

Disebabkan along takdak... tiba2 aku dapat arahan tentera pi amik stok lagi kat rumah kawan dia tu. Aku pun call la akak tu mintak alamat. Hmmm... korang tau aje la kawasan PJS tu kan padat. Panik gak kalau salah simpang ke ape ke kan..

Tapi malam td dengan terlepas game Argentina lwn Korea Selatan aku pi amik stok tu. Ampeh btul. Sebbaik tak sesat barat. Huhuhu..

Eh dah la.. aku dari nak cerita pasal masak pegi ke sesat jalan pegi ke world cup. Wakakaka.. esok dah sabtu.. enjoy your weekend ok ;-) esok aku ada berlegar2 di Mid Valley. Jom!!!

Monday, June 14, 2010

kenduri kawen - JB

Sabtu dan Ahad lepas aku ke JB gi kenduri kawen cousin aku si Amir. Majlisnya di Dewan Alumni UTM since pak teh aku tu keje kat PSZ.

Petang sabtu... aku, along & family dah bertolak ke JB. Konvoi dengan abah kat RnR Seremban. On the way tu kitorang ikut putrajaya & Nilai. Dah jimat suku perjalanan bertol. Huhuhu..

Mcm biasa... highway jammed kat Seremban. Lepas aje Senawang dah ok dah sampai ke JB. Since grad, boleh kira dgn jari kekerapan aku ke JB. Byk betul memori. Ada yang best ada yang ampeh. Kak long dah book Hotel Naza Talyya. Tengok google map macam tak berapa nak cam lokasinya. Dekat stulang ke?? Takpe.. nanti kita pusing2 la mencari jalan yang benar.

Exit di Skudai menyusuri jalan kenangan. Ecewah!!! 6 tahun rupanya aku duduk kat JB ni. Ahaks! Sengaja ikut jalan tepi laut. Masuk pusat bandar and headed ke stulang. Tengok kat google map tu mcm dekat2 dgn kastam. Hmmm... masa datang kenduri kawin CeqLeen dulu tu kak nor yang bawak kereta. Pening jugak sbb banyak flyover baru. Kali ni along drive dgn penuh panik dgn aku sekali panik kat belakang... rupanya takde ape sgt yang nak dipanikkan pun. Jalannya masih sama... cuma ada pertambahan pembangunan dan upgrade jalan.

Akhirnya sampai di hotel yang dimaksudkan tanpa sesat jalan. Yay!! Check in cepat2 dan keluar semula ke stulang. Pekena seafood. Isk! Memori lagi. Walaupun aku tak pernah berdating kat JB nih (masa belajar dulu mmg tak pandai bercinta.. eh skang pun sama je kan? poyo betul statement.. hahaha) tapi dkt duty free ni mmg tempat org bertenet pun.
Singapore - The view you get from Stulang. Ape benda ntah ni. Power plant agaknya.
Kami parking dan berbondong2 pi kedai makan berdekatan. Kecewa sket sbb takde ikan bakar. Tukang bakar ikan tu cuti kot.. hahaha.. yang bestnya Irfan mintak air ciku... ada dijual siot!!! Dia baru belajar mengeja... c untuk ciku.. c.i.k.u ciku. Tiba2 order jus ciku.. ada plak.. best best... tak pasal kena pow dgn aku dan ayah beliau.. huhuhu..


Dekat tengah malam juga baru nak balik ke hotel semula. Nasib baik la tak berapa jauh kan. Parking lot yang mulanya lengang dah mula penuh. Aqil dah terlena. Eh kita snap gambau dulu ;)
Sampai kat booth tiket tiba2 pelik... eh kita nak bayar kat mana nih? Lol... rupanya autopay parking. Autopay machine tu pulak punya la jauh kat duty free sanun. Along yang kekenyangan berpeluh2 menapak pi bayar tiket parking. Hahaha..

Hari kenduri....

Check out pukul 12. Dengan berbaju kurung.. kitorang tersinggah Danga Bay dulu. Hahaahahahaha... sian kak long... nak tengok tambak johor. Masing2 pun agak menyesal sbb tak bawak passport nak masuk Singapore. Mummy pun bagi cadangan bernas.. nanti bila semua orang dah hidup passport kita gi la ramai2 ;) fuhhh best best.. mula2 kita snap gambar dulu..
Ni la keretapi yang Danish duk ngongoi kan nak naik pusing Danga Bay

Encik Aqil atas keretapi yg dingongoikan dek abang Irfan dan abang Danish. Lain kali kita naik keretapi ek.. kita nak pi kenduri.. Hajat dihati ok je kalau nak berlama-lamaan kat situ. Tapi kita ada wedding to attend kan..
Yatch For Sale. Ada sapa nak beli? Sempat lg aku buat promotion ek. Hehe..
Kejap je kat Danga Bay. Kebetulan cuaca agak mendung. lepas snap2 gambar lebih kurang kitorang pun meneruskan perjalanan ke UTM. Aku pulak kena drive kan..

Kebetulan masa parking tu tersama timing dgn mak ceqleen dan kak nor. Lol.. terus salam2 cium2... setahun lebih dah tak jumpa. So jalan sama2 masuk dewan. Majlis bertema biruuuuuu. Gila lama tak jumpa cousin aku dua beradik nih. Abangnya dah selamat bernikah. Adiknya pulak tunggu giliran. Diberitakan si Amir dah tak kerja consultant kat Cheras lagi dah. Dia dah masuk PTG plak kat Nusajaya. Adik Mus pulak tetiba dah join PTD, now dia kat JPM. Lol..gomen jugak... huhuhu..

Tengah riuh2 ambik makanan kat buffet... tetiba... eh... macam ku kenal perempuan ini. Ini budak ofis aku!! Apa pulak dia buat kat sini? Terus la bersembang kat situ.

Astaghfirullah.... rupanya kami saudara berpupu pupu... wakakakakakak... sama macam kes ceqleen la lebih kurang. Tapi ceqleen belah ayah pengantin. Isteri abang kpd ayah pengantin sebenarnya cousin dgn ayah ceqleen.

Yang staf kat ofis aku bernama Hana ni pulak belah mak tiri pengantin. Kebetulan bukan Hana sorang... rupanya staf SSM yang aku selalu duk telefon masa nak apply pertukaran ke KL tu rupanya adik-beradik dgn mak tiri pengantin. Si Hana pulak anak buah dia. haaa pening??? peningg?? peningggg?? Korang nak aku lukis salasilah keluarga ke? Kah Kah Kah...

Sampai hari ni aku macam blur sket... kecik betul dunia ek ;-)

Tema Biruuuuu
* mcm biasa... gambar aku tepek kemudiang..

Friday, June 11, 2010

Installing Husband

hahahaha... sedutan dari facebook nisha..

A woman writes to the IT Technical support Guy


Dear Tech Support,

Last year I upgraded from Boyfriend 5.0 to Husband 1.0 and I noticed a distinct slowdown in the overall system performance, particularly in the flower and jewellery applications, which operated flawlessly under Boyfriend 5.0.

In addition, Husband 1.0 uninstalled many other valuable programs, such as Romance 9.5 and Personal Attention 6.5, and then installed undesirable programs such as NEWS 5.0, MONEY 3.0 and CRICKET 4.1.

Conversation 8.0 no longer runs, and House cleaning 2.6 simply crashes the system.

Please note that I have tried running Nagging 5.3 to fix these problems, but to no avail.

What can I do?

Signed,
______ _________ _________ _________ _________ _________ _________

Reply

DEAR Madam,

First, keep in mind, Boyfriend 5.0 is an Entertainment Package, while Husband 1.0 is an operating system.

Please enter command: ithoughtyoulovedme. html and try to download Tears 6.2 and do not forget to install the Guilt 3.0 update.
If that application works as designed, Husband1.0 should then automatically run the applications Jewellery 2.0 and Flowers 3.5..

However, remember, overuse of the above application can cause Husband 1.0 to default to Silence 2.5 or Beer 6.1.
Please note that Beer 6.1 is a very bad program that will download the Snoring Loudly Beta.

Whatever you do, DO NOT under any circumstances install Mother-In-Law 1.0 (it runs a virus in the background that will eventually seize control of all your system resources.)

In addition, please do not attempt to reinstall the Boyfriend 5.0 program. These are unsupported applications and will crash Husband 1.0.

In summary, Husband 1.0 is a great program, but it does have limited memory and cannot learn new applications quickly.
You might consider buying additional software to improve memory and performance.
We recommend: Cooking 3.0 and Hot Looks 7.7.

Good Luck Madam!
IT SUPPORT DESK
Aku bukan orang IT tapi rasanya semua orang pun boleh faham cite kat atas tu. Hmmm mungkin tak kena mengena dengan aku sbb nak install application Boyfriend 7.0 ni pun kadang2 error. Nanti nak kena check camne nak troubleshoot masalah nih.

Korang ada idea?

karenah

Aku baru berada di RnD ni selama hampir 5 sengah bulan.

Bermakna sudah 5 bulan sengah juga la printer kat ofis ni menjadi ahli keluarga RnD. Printer sediada pun lega mendapat kawan baru yang muda dan bertenaga sbb dia pun mmg dah uzur benar... masih boleh printing tapi rupa luarannya mmg mcm dah nak lerai sangat dah. Semua warga RnD 2nd floor ni sangat seronok sbb dapat printer baru daripada KPKT.

Tapi.. panas yang diharap hingga ke petang... rupanya hujan di tengah hari. Tak sampai 2 bulan.. printer tu kehabisan toner dan cartridge ekoran penggunaan habis-habisan. Maklum lah... RnD division... mcm2 report tebal2 nak diprint, dibelek, dikelek, ditelaah. Pegawai yang bertanggungjawab pun pi la buat laporan kepada stor untuk ambil stok toner dan cartridge yang kehabisan. Malangnya takdak stok sbb printer tu tersangat baru dan jenis toner & cartridge tu takde history kat stor. So, prosedur mohon bekalan pun dilakukan. Buat sementara waktu kitorang semua terpaksa print hitam putih kat printer laser jet yang kecik tu. Kalau nak print kaler kena pi tumpang kat RnD tingkat 3.

Seminggu kemudian follow-up. Encik kewangan yang menguruskan stor kata kena buka tender. Ok. Bos senyum kelat bila dimaklumkan.

Sebulan kemudian. Encik kewangan kata baru nak keluar surat tawaran sebutharga. Hmm ok. Bos dah tak senyum.

Sebulan sengah kemudian. Encik kewangan kata baru nak finalised sebutharga dari pembekal. Bos dah muncung.

Dua bulan kemudian. Encik kewangan kata sebutharga dah settle.. tengah tunggu bekalan. Bos dah cegil biji mata.

3 bulan kemudian. Encik kewangan kata dia akan cuba dapatkan bekalan daripada KPKT (mak printer tu). Kepala bos dah keluar asap.

Wakakakaka... semalam mmg dah meletup 1 RnD. Encik kewangan pun ikut berasap kepala. Tiba2 toner & cartridge yang dimohon rupanya dah ada kat stor.. tapi dalam proses nak tunggu pengesahan daripada pihak HP samada bekalan tu original atau tidak.

Hmmmm... prosedur error? human error? pembuat printer yang sangat pandai merekacipta? ada sapa nak komen?

Monday, June 7, 2010

Qada' puasa ramadhan

Encik Irfan dan Encik Danish takde. Depa pi Alor Setar ikut Uwan & Atuk pi kenduri kawen semalam. Patut la laju gila aku sampai ofis hari nih. Tade kanak-kanak nak di hantar ke sekolah. Tadaa... jalanraya lengang pagi nih... tak pasal2 pukul7.30 aku dah sampai ofis. Awal sejam!!! Ni nak tunggu 5.30 ni ikhlas ke idak nih? huhuhu..

Hari Isnin yang mulia ni... aku memulakan sesi qada puasa. Ada xx hari untuk dilangsaikan kewajipannya. Sekarang dah bulan Jun tau.. pejam celik pejam celik tiba2 dah masuk bulan Ogos pulak. Terus kantoi plak nanti.

So sesi ulangkaji... begini lafaz niatnya..

نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى

Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala

Alhamdulillah, takde masalah besar sgt pun untuk mengganti puasa. Nauzubillah, kenapa lah aku melenggahkan yang wajib nih. Since aku mmg tak mkn lunch kan. Isk.. manusia lalai.

So kawan2.. mari kita qada puasa (jika ada) hehehe ;-)

Wednesday, June 2, 2010

tie

Tiap2 pagi.. aku adalah supir menghantar anak saudara ke sekolah. Orangnya baru darjah satu. Adiknya pulak sebaya dengan sinchan - 5 tahun. Adiknya pergi sekolah naik van sekolah provided by tadika.

Sebulan pertama persekolahan.. ayahnya yang hantar ke sekolah. Masa tu aku tak berani hantar dia pergi sekolah sbb pernah terjadi sekali tu... lepas turun keluar dari kereta.. dia tercongok aje kat situ.. hahahaha... nasib baik aku perasan.. cepat2 jerit kat dia suh masuk ke kelas... Pada masa tu, anak saudara aku yg bernama Irfan ni mcm blur. Mungkin dia takut sbb tak nampak muka kawan2 dia.

So skang dah masuk bulan Jun. Maknanya dah 4 bulan aku jadi supir. Tak kisah la.. alang2 aku gi keje awal kannnn..

Tapi hari nih.. dah sampai sekolah dah nih... dah salam peluk cium sume.. aku dah nak blah dan bagi peluang kat org lain turun kan anak juga..

Tiba-tiba.... "mak ngahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!! tie Irfan mana!!!!!!!!!!"

Eeeeeekkkk.... tekan break. Hah??? Rasa mcm terjojol bijik mata aku. Mana pergi tie dia????? Hampeh betullllll... ni yg rasa mcm nak marah orang nih..

Aku suruh dia tunggu kat pintu pagar sekolah tu sementara aku patah balik rumah amik tie dia. Mula la pagi2 aku dah buat onar kecoh kat pintu gate rumah panggil bibik ambilkan tie Irfan.

Adoi la.. dah terbuang 10 minit utk itu aje.. nasib baik punch gunalan card aku tak merah hari nih.. grrrr..