Setelah puas bertandang ke merata blog.. akhirnya aku berjaya merenew passport hari nih.. yeahuuuu..!!! Memula aku jumpa banyak blog yang tulis pengalaman yang elok2 saja ketika berurusan dgn pihak berkenaan. Tgk date tahun 2008 - 2009. Ok la tuh.. Lepas tu terjumpa pula yang berdepan dgn bad experience.. tgk date tahun 2010.. Erk!!
Sebenarnya aku ingat nak pi renew semalam. Weekday.. memandangkan ramai org duk blog about how efficientnya the new system named KIPPAS tuh.. left everything in an envelope kt dlm machine tu.. tunggu 1 hour.. then your passport is ready to be collected. Tapi aku sampai ke PBD tu ngam-ngam pukul12. Kalau tengok bussiness hour kat dlm website patutnya depa tutup pukul 1 kan... then jenguk kt dalam tu ada machine yg tengah terbukak... oooo ada keje-keje merepair lah kut. Maka tidak kesampaian hajat lah nak menggunakan KIPPAS tersebut. Di PBD tu cuma sempat ambik gambar pasport sahaja. Amik dkt booth betul2 sebelah pintu KIPPAS. Bagus budak tu.. 3 kali dia snap.. wakkaakka... so comel la sket gambar passport aku kali ni. Gambar yg dulu tu mmg huduh gila tak ingat.. hihihihi...
betapa tidak fotogeniknya aku :-) pay rm10 untuk 4 keping gambar.
So hari ni... dengan semangat berkobar.. bangun pagi pukul 6.30 macam nak pi keje je rasanya.. haha.. tapi aku melencong ke Kajang since semalam keadaan immigration office PBD yang sesak dgn manusia. Tak sanggup den. Sampai di Kajang dalam pukul 8.30. Rupanya immigration dah pindah ya? Bukan dekat Plaza Metro Kajang lagik. Rupanya dah pindah ke Komples Perhentian, Jalan Reko.. sket lagi nk masuk Bangi... or mmg dah masuk Bangi agaknya? Ntah..
Naik tingkat 3. Aik.. apasal gelapppppp je? Aku pun bertanya la dkt org kat situ. Lol!!!! Hari ni public holiday rupanya!!! Besdei Al-Sultan Selangor daaaa... %$_#%(_$^*%@
(translation = mana la aku tau hari ni Selangor cuti... aku org KL.. wakakkaak... bengong btul)... dan yang sedihnya bila tgk ada satu family ni duk ikut tercangak2 juga disitu.. depa pun bukan org Kajang / Selangor kah?
Aku turun semula dan duk temenung seketika dalam kete. Camno nih?? Now dah kul 9 plus. Nak rempit ke PBD.. terasa mcm jauh gila je dari Kajang. So aku decide untuk ke Putrajaya sahaja. Kompom tak cuti pasal putrajaya bukan duduk dalam Selangor. Aku tau pejabat tu lokasinya di Presint 15. Masalahnya presint 15 tu kat mana??? Ayyo... aku mmg 'cemuih' sket dgn putrajaya nih.. bukan pasal apa.. road direction signages dia byk yg mengelirukan... nak pi 1 tempat tu dia akan bawak ko pusing 1 putrajaya then only u find the correct path. Ok stop right there.... malas aku nk berceramah pasal signboard kt sana pulak. Maka aku pun call la staff aku yg ddk putrajaya.. bertanya ke mana arahnya nak pi presint 15? Jawapannya.... landmark adalah Alamanda!! Alamanda tu presint 14 la cik mai... Ooooo gitu ka...
And amazingly aku berjaya mencari presint 15 tersebut tanpa sesat barat. Ooooo rupanya dkt area maidin tu. Mula2 tu terlepas jugak sbb 'signboard tiba2 hilang begitu sahaja'... yang terang tertulis disitu adalah Dewan Seri Seroja dan Chansery Place. Alamak! Aku terlupa pulak nk bawak alamat immigration putrajaya
(sbb aku bkn nak pi ke sini in the first place.. mmm).. memandangkan kete² banyak parking kt tepi-tepi tu so aku agak disitulah kut tempatnya. Bismillah je lah.. parking dan tercangak-cangak sebentar. Tertulis kat situ 'Bahagian Passport' terletak di Blok B.. tapi all the banner tertulis 'passport 1 Malaysia' tergantung kt pintu masuk ke Blok A. Last2 pakgat kat situ tego... "nak buat passport ya? di sana.. kan dah ada gantung sini kiri kanan" sambil tuding ke pintu
(lorong) masuk ke Blok A. Ooooohhh... buat confuse aje. Mmmm nevermind!!
Terus aje jalan sampai ujung. Office tu berbentuk U. Divided into two wings. One wing for immigration, passport department... another wing for Jab. Pendaftaran. Masa ni jarum jam pukul 9.50.. beratur sekejap untuk ambil borang.. isi borang dan tampal gambar sekeping kat depan dan sekeping lg kt blkg borang. Sebbaik aku bawak gambar yg snap semalam. Eh!!! baru perasan!! Apasal gambar ni ada 6 keping? Ohhh rasanya kemain besar depa iklan kat situ semalam.. RM10 untuk 4 keping gambar and RM(tak ingat) untuk 6 keping gambar. Wallaaa.. huhhuu..
Lepas isi borang.. hantar semula ke kaunter 5. Nombor 1120.. jam di dinding pukul 9.53 pagi. Now nombor 1010 di kaunter 8 dan 1045 dikaunter 6. HAH??? oOOooo jangan panik.. kaunter 1-4 ialah kaunter utk submit borang + sewaktu dgnnya. kaunter 5 ambil nombor + pertanyaan. kaunter 6 bayaran. kaunter 7 & 8 tmpt ambil passport yg dh siap.
15 minutes later... nombor 1120 dipanggil.. proceed to counter number 4. Alahai comelnya officer. Muda-muda officer depa noo.. huhuhu.. submit the borang + old passport + photocopied ic + original ic + picit thumbprint on the machine + cop the thumbprint on the borang (using ink)... then wait.
Tik! Tok! Tik! Tok! Observing the area. Hmmm bleh tahan ramai orang.. Especially parents with kids lah. Understood lah now cuti sekolah. Ramai org nak pi bercuti bawak anak-anak agaknya. Maklumlah... now everybody can fly lah katakannnn...
45 minutes later.. nombor 1120 dipanggil lagi.. please proceed to counter number 6 untuk buat bayaran. RM100 for 32 pages passport with 2 years validity. Insist for the receipt. Keep the receipt.
Alright!! Now is the time to find out the real service as advertised. Depa kata..
passport akan disiapkan dalam tempoh sejam selepas pembayaran dibuat. Aku cuba tenggelam ke dalam buku yang sengaja di bawa.. just to kill time... tapi tidak selesa. Sekejap sekejap merenung angka² di papan elektronik. Sekejap sekejap merenung angka-angka dimuka jam di dinding. Sekejap sekejap terpaku mata ke cerita kartun barbie di tv. Hahaha.. entah kenapa.. setiap kali berurusan dgn kaunter² di jabatan kerajaan yang menghidangkan tv... setiap kali akan terpaksa menonton kartus barbie or fairy... huhuhu udah begitu waktu tayangannya.. pasrah je lah..
Tik! Tok! Tik! Tok! Akhirnya jam hampir tiba ke angkat 12. Bermakna sudah hampir sejam aku menunggu. Turut tertulis di kaunter 7 & 8 (kaunter serahan / pengambilan passport) some wording (aku tak ingat the exact words) yang bunyiknya bermaksud begini... "pengambilan passport boleh dibuat tanpa mengikut nombor giliran".. aaaa maknanya.. kalau agak-agak dah siap.. ko pi terjah je kt kaunter tu... hehe
Aku pun apa lagi... nombor blom panggil tp aku dah tercongok kt depan kaunter tu.. duk jeling-jeling kut ternampak nombor 1120 disekian banyak passport-passport yg dah siap :D Yeyyyyyyyyyyy!!!!! Finally!!!! Passport gua dah siappppppppppp!!!! Show the officer your number + receipt.. then he gave you your freshly new passport.. check all the details + sign the passport + sign the form + take your original ic + take your old passport + thank the officer + leave...
Phewww!!! SHOW THE HAPPY FACE PEOPLE!!!! Hahahaha..
|
so now.. am i cute or not? blaaaaaaaaaaaaaahahahhaah.. |