Thursday, November 3, 2011

peniruan

Dah lama aku tak membebel kat dalam blog nih. Malas sesungguh.
Banyak perkara dah terjadi since last July.
Perlu ke buat summary? Haha..

Anyway.. now aku nak cerita about status di facebook.
Aku jarang buh apa-apa pun kt my status tu melain ada perkara penting or bizzare things happened..atau tersangat-sangat-sangat-sangat bosan. Segala status bertema "laporan harian" akan sedaya-upaya untuk dielakkan.

So.. I don't consider myself as popular among friends. Aku berpendapatan.. less information u give on your profile.. less umpatan yang ko terima.. ye tak?

Nak jadi cerita.. semalam aku bosan dan mengantuk sesangat kat opis. Al-maklum.. sejak baru balik dari holiday cum crash-course selama sebulan kat negara matahari terbit sana.. I felt a lil bit down. Err tu dah cerita lain tu.

Ape aku nak cerita ni about facebook status. Focus.. focus..

So semalam aku buh status nih..

Standard aje bunyi nya kan..

Lepas tu.. balik rumah.. dating dengan chenta aje.. tak tgk facebook dah..

Hari ni.. masuk ofis.. aku pun scroll lah news feed.. saja update dgn cerita kawan²..
tetiba terpandang status sorang "kawan" aku nih..
Aik.. sama? Peminat kah? wakakakaka..
Actualy "kawan" yang ni aku tak berapa kenal pun.. aku rasa budak² kerani kat HR sana kot.. ramai beno keraninya.. mana nak cam yang mana satu kann..

So.. benda kecik aje.. peniruan status..
pedulik kan lah..
sian korang kena baca entry takdak modal gini ek?
wahahaha *gelakjahat*

Monday, July 11, 2011

MRT logo contest

Selingan......

For all you know, hasrat Malaysia untuk mempunyai MRT adalah 100% kompom. Dah mula meninjau tapak laluan dengarnya. Huhuhu.. bagus lah. Walaupun aku tak pernah naik MRT (please take note that MRT dan LRT adalah dua benda yg berbeza) tapi tetap teruja lah... ntah mcm mana pulak rupanya ya... adakah hensem ala futuristik atau klasik mcm gerabak KTM? hahaha... sama-sama kita nanti kan..

Tiba-tiba.. kelmarin dapat sms from one of the bosses kat ofis tu. Rupa-rupanya belio telah menyertai MRT logo contest dan memohon jasa aku yang baik lagi comel ini untuk mem'vote' logo belio. Ooooooo... ada logo contest rupanya. Aku ni tangan pengkor.. tak kreatif nak design-design logo nih. Tukang komen pandai lah.

The contest started on 3rd July and will ended on 3rd August 2011. Sapa-sapa pun buleh join. T & C bleh baca kat sini [klik]. Info lanjut plak bleh baca di sini [klik].

Fuhhhh... to-date.. dah ada 1,000 +/- penyertaan yg dah upload walaupun pertandingan baru bukak seminggu. Macam-macam gaya ada. Ada yang hebat dan canggih gila... ada yg sempoi ya amat.. ada yg mcm zaman 80an pun ada.. ada yg mcm kanak-kanak rebina punya lukisan pun ada...

Jadi... jika anda mmg kaki contest dan mmg superb designer.. marilah beramai-ramai join contest nih!! Hadiahnya bleh tahan.. RM10,000!!! fuyoooo!!! hahahaha.. createlah seberapa banyak logo yang terdaya then upload. Kalo comel.. aku bleh tolong vote. Hahaha..

Diantara logo yg aku rasa bleh blah lah..
and ada banyak lagi yg aku sendiri pun dah lupa yg mana satu aku vote. wakakakakakaka... rambang mata dah bila tgk ada byk yg cantik-cantik.. ngeeeee..

marilah vote beramai-ramai di sini [http://www.kvmrt.com.my/contest/]... undi adalah sangat tidak rahsia!!! hahahaha.. sila jangan undi logo yg tidak cantik dimata anda kerana anda sudah pasti tidak mahu MRT di negara anda mempunyai logo yg buruk.. hihihihi..

good day everyone!

Bandung 2011 - part 3

Percutian 4D3N ni kami hanya lepak di Bandung sahaja walaupun arrival dan departure di Jakarta. Arrival on 28th June dan check-in di Hotel Cemerlang. Fyi, hotel ni terletak kat tengah bandar, bersebelahan dengan Hotel Hilton dan sangat dekat dgn HQ Kartika Sari bakery yang famous ittew. Rate bilik untuk 3 org + 1 extra bed adalah dalam Rp650,000 per day.

Dalam entry terdahulu aku ada ckp pasal reservation hotel ni bukan kami yang buat. Semuanya dibuat oleh pihak agent a.k.a supir kami Inchek Marsel tersebut lah. Call or fb or email him.. and then he will reply with reasonable package which include accommodation and transport. Semua deal ini dibuat oleh cik puan Faze sbb dia pernah deal dgn mamat ni masa ke Bandung last two year. Aku cuma keluarkan ongkosnya sahaja.

Hotelnya sederhana.. 3 bintang. Selesa aje walaupun berhimpit 4 org. Lantak lah.. nak tido aje pun. Siang-siang penat shopping.. malam-malam kami lawan berdengkur lah! Huhuhu..
Pandangan depan
the lobby
the reception counter
ruang makan - breakfast
lift yang dirasakan mcm jauh..
last2 kitorang turun naik pakai tangga aje..
About food and other facilities pun ok aje. Sarapan pagi agak sedap. Disebabkan kami ada extra bed 1. Maka kami kena purchase 1 extra coupon for breakfast lah. Mahal jugak.. Rp75,000 per head. Food nya alhamdulillah.. boleh diterima dek tekak Malaysian. Hari pertama, main coursenya nasi goreng + mee goreng + sayur cendawan + ayam goreng. Hari kedua dia tuko lauknya. Hari ketiga pun dituko lagi. Ok la tu kan? Daripada ko hadap menu yg sama hari-hari. Food yang lain pun ada jugak such as porridge, pastry, dessert, buah-buahan. Yang ini aje tak berubah.. tiap-tiap hari ada. Errr roti dia berubah-ubah jenis kut. Tak perasan plak.

the room aku tak sempat amik gambar rupanya.. hahahaha..

Anyway.. apa yg bestnya.. tiap² hari kitorang pi spa.. alaaa selang 3 bilik aje dari bilik kami. Itu pun disebabkan ramai.. staf spa tu yg mai bilik kami buat urut dan sebagainya. Tak payah susah² keluar bilik pun. Ratenya.. sangat la murah. Pakej paling mahal pun dalam Rp200k +++ aje. Urutan jawa yg bleh tahan sakit jugak untuk kami yg tak biasa mengurut nih. Ngehehehe..

Tuesday, July 5, 2011

Bandung 2011 - part 2

Alhamdulillah kami telah selamat sampai di Bandung. Terus makan lunch.
Rumah Makan Simpang Raya @ Jalan Dago - makanan padang
atas meja ada bekas kecik air basuh tangan.
jangan berebut. dapat sorang satu..
silakan... ngapppp
ni ayam pop kesukaan ramai.. tiap kali datang RM masakan padang mesti mau order!!!
Buat cicah ayam pop.. nyumm..
gulai otot lembu.. mama makan tapi kitorang tgk aje.. huhu
ulam pucuk ubi @ singkong.. sayuran wajib sbb depa tak hidang sayuran lain..
aku plak tak bleh kalo tak makan sayur.
cicah dengan sambal hijau.. nampak aje cili padi tapi tak pedas pun..huhu
So.. itu ler makanan padang.. tiap-tiap lunch kami serbu restoran atau disebut RM = Rumah Makan masakan padang. Mudah dan murah. 2 hari berturut kami makan tengah hari di RM Simpang Raya ni. Hari ketiga kami lunch di Kampung Daun. Nanti aku blog pasal Kampung Daun di entry lain. Dan sekali makan dinner hari ketiga di RM Sederhana (juga masakan padang.. RM Sederhana ni ada banyak branch.. kami pergi yg tak jauh dari Rumah Mode).

Pasal makan aje aku bleh buat 2-3 entry agaknya. Wakakakaka.. tu belum cerita hotel dan shopping. Hehehe.. tunggu ye ;) petang-petang skit aku tulis pasal hotel plak.

Monday, July 4, 2011

Bandung 2011 - part 1

Dah lama rasanya tak enjoy pi vacation puas-puas. Selalunya pegi outstation aje..which tak berapa nak syok sgt sbb pergi utk bekerja. Vacation pun kebetulan aje sbb alang-alang dah pi outstation kan? hihihi..

Tapi kali ni.. mmg betul-betul plan nak pi holiday. Idea nak pi holiday ni dah berkumandang daripada awal tahun lagi. Tapi lagi sebulan nak pi baru dapat confirmkan tarikh. Kelam-kabut juga nak apply cuti luar negara (applied to every gov.servant).. Alhamdulillah.. sungguh bernasib baik sbb dapat kelulusan 2 hari before flight tanpa bersusah-payah follow up tetiap hari.

Vacation kali nih pergi berempat dengan Faze, Mama Faze dan adik faiz. Kami book tiket ke Jakarta via Garuda Airline. Murah! RM359 return tickets tax included. Hehehe.. About hotel and transport.. kami book dgn Pak Marsel dari MMtranscorp. 4D3N termasuk airport transfer Jakarta-Bandung-Jakarta.

Hehehe.. so teruja tak nak pi holiday? Kalau ada sesiapa yang bertanya apa agaknya persediaan yang perlu dibuat in advance.. so here's the list..

  1. Passport - check! Passport renewal sejak tahun lepas lagi. RM100 for 32 pages.
  2. Flight ticket - check! Garuda Airlines - RM359 return/person. Tax included.
  3. Hotel+transport - check! Approximately Rp 1.2 million/person.
  4. Itinerary - Check! Berbeza dgn holiday 1st time dulu.. kali ni aku tak surf sgt virtualtourist or tourguide online. Lagi pun tujuan kali ini hanyalah untuk shopping+shopping+shopping+shopping. Safari ke, angklung ke, trans studio ke, tangkuban perahu ke.. semuanya tolak tepi.
  5. Cash - Check! Kali ni dapat rate 357. huhuhu sila tukar ikut ikut ukuran poket masing-masing ya..
  6. Comfort shoe - Check! Terpaksa beli kasut baru. Baru sekarang dapat terima kenyataan hush puppies ku hilang.
  7. Sling bag - Check! I prefer sling bag rather than handbag or shopping bag. My current sling bag dah berumur 6 tahun. Beli masa nak pi Umrah 2005 dulu. Leather good, simple cutting dan masih hensem digunakan dengan lasak.
  8. Luggage - Check! Aku bawak sebuah beg medium size aje. Hanya diisi dengan baju tidur, "adik-adik" untuk 4 hari dan toiletries shj. Akibatnya - pegi beg kosong.. balik beg kembong tak muat siap terpaksa tumpang beg org. Hahahaaha..
  9. Camera - Check! Benda wajib bawak walaupun tua-tua ni aku malas snap gambar.
  10. Mischievous - Check! Benda-benda remeh yang aku selalu terlupa nak bawak seperti Universal Plug Converter, handy plus, berus gigi, ubat gigi, etc.
Ok. Ada apa lagi yang tertinggal? Pandai-pandai korang lah fikir apa lagi nk bawak dikala travel. Mostly aku tak beli benda baru pun untuk travel kali ni kecuali kasut. Gatal tangan juga nak cari sling bag baru. Tapi niat jahat tersebut berjaya dihalang. Lebih baik duit tersebut digunakan untuk kerja-kerja shopping di FO nanti. Wahahaha...

Flight kami pukul 800 pagi waktu Malaysia. Pukul 12 tgh mlm aku sampai di rumah Faze. Lena beberapa jam dan chenta tolong kejutkan pukul 430 pagi. Bersiap-siap dan pukul 6 macam tu dah sampai KLIA. Terus check-in dan breakfast di McD. Ini buktinya.....
Sucinya muka di dinihari. Huhu..
Alhamdulillah flight departure on time. Layan sarapan omelette+videoclips+zzzz.. al-maklum.. bangun pukul 4 pagi. 1st time sampai di Soekarno-Hatta Airport. Blur sket. Imigresen tak banyak songeh. Dia tanya "urusan apa di Indonesia?" dengan suara lemah-gemalai mcm bercakap tak buka mulut. Sampai aku tertonggeng-tonggeng mcm gila iseng kat celah cermin tu nak bagi clear ape dia tanya. Inchek imegresen tu bleh tersenyum simpul and cop-cop.. settle. Huhuhu..

Pak supir a.k.a tourist guide kami muda aje orgnya. Single lagi. Kalo ada sapa berkenan bleh la add friend kt fb sambil berkenalan..wakakakaka.. Dia bawak suzuki APV. Selesa untuk kami berempat. Perjalanan Jakarta-Bandung via highway adalah sedikit scary dengan highway 4 lane jadi 6 lane! Punya la sesak dengan kenderaan. Nak pulak esoknya hari libur (public holiday) Isra' Mikraj. Kiranya ramailah yang bercuti membuatkan perjalanan keluar dari Jakarta macet banget. Anyway... walaupun sesak.. kami selamat sampai di Bandung setelah 3 jam perjalanan. Perut lapar ya rabbi. 
kelaparan sampai jadi bengong seketika..huhu
muka baru bangun tido
pemandangan kota bandung dari atas highway..sket lagi nk masuk pusat bandar
waduh.. kapan sampainya macet begini.. tua dijalan nampaknya..
layan roti keras lebihan breakfast dlm flight tadi
cool grafiti
Okay.. kita dah nak sampai ke destinasi. Aku sambung kat part 2. Wassalam.

Thursday, June 9, 2011

angry birds

Skang ni kat mana-mana org ckp pasal angry birds. Burung marah? gagagagagaaga

At first aku pun tak peduli sangat.. sbb ianya sejenis games app yg boleh dibeli/didownload/diinstall ke dlm iphone/ipad/ipod/android/etc which I don't have any of them, hahaha.

Then, aku cuba google kut2 bleh install kt pc plak kan.. hmm takdak jugak. Tapi aku ada jumpa website yg ko bleh main angry birds tu online. Layan juga la time boring tu duk lastik2 kepala-babiijo-sampai-pecah.. tapi gambonya kecik dan space nk lastik tu mcm tak berapa nk best.

Tapi sekarang anda tidak perlu risau lagi sekiranya kemaruk nk main angry birds tapi takdak gadget yg sepatutnya. Haaaaaaaaaa... semalam baru aku perasan benda alah tu. Arakian, ternampak promo dkt chrome. Yup.. saya mmg suka google chrome. The best so far lah pada pendapat aku. Instead of senang nk bukak google (dah tentu la namanya pun google chrome!).. now depa buat chrome web store pulak. Wahhhh! Ada mcm2 game dan apps kt dlm tu. Setakat nak main angry birds tu bleh install dgn senang hati. FREE plak tu! Mana2 pengguna chrome samada win/mac pun bleh guna chrome web store tersebut.

Memula aku igt bila dah Install Success tu depa install dlm pc. Rupa2nya teeeedaaaakkkk!!! Everytime nk main... ko kena online dulu.. lps tu bukak chrome.. then baru ko bleh klik kt apps tu.. macam niiiiiii...


Ok paham?

btw, cantik tak wallpaper chrome aku? kate spade youuuuuuuuuuuuu!! ahaks!

Oriet.. selamat melastik ok ;) ailapyu lah!!

Wednesday, June 8, 2011

down

I feel down lately. Lebih-lebih lagi bila masuk bulan Jun nih. Sampai chenta pun duk tertanya-tanya. Tapi berat mulut rasanya to tell him the truth. Actually, bulan Jun ni ada 3 majlis walimatulurus. 2 antaranya ialah perkahwinan adik sepupu. Both perempuan. Takde masalah besar sgt pun sebenarnya. Bukannya tak biasa pergi kenduri kawin dan usually takde siapa pun yang bermulut kurang manis tanya 'that killer question' to me anymore.. (or are there people asking and I professionally forgot about it?) Hahaha..

1 lagi tu plak is my ex-boyfriend's wed. Selamba aje dia tag dekat fb. Hmmm patut la sebulan dua ni dia rajin ajak sembang-sembang di fb chat. Yes. He's the only my ex-bf become friends. Ntah kenapa bleh jd gitu. Maybe sebab aku kesian atau baik hati sangat atau dia yang muka-tebal-gila-nak-mampos-siap-mintak-aku-tolong-carikan-dia-kerja. Haaa..

Anyway, disebabkan dia dah nak kawen dan sepupu yg jauh lebih muda pun ikut buat kenduri.. tetiba aku rasa down ni kenapa? Still have feeling for him ke? Errr nope! I'm very much happy with my chenta. Aku down bukan sbb aku tak happy dgn kegembiraan org lain. Bukan juga disebabkan aku dengki. Hmm dah tu apa?

Susah nak explain lah!

One more things yg aku rasa macam tak best ialah perasaan down itu turut membuatkan low self-esteem dan mengganggu kerja sedikit sebanyak. Mood utk menulis merapu kat blog pun takdak. Mood nak makan pun takdak. I tried to get over it with gym, reading, movies, etc.. so far I only manage to get back 10% of my medium-old self. Mana taknya.. kalo baca novel loving2.. aku blk yg stress lepas tu.. then kalo tgk movie loving2 pun the same effects occurs.

Sigh!

Where's the laugh?? Hmmm nasib baik ada chenta yg rajin call and makes my day. Itu pun bukannya boleh berbual lama2. Mahal sgt bil nya nanti. Ya Allah.. please help. Semoga kau permudahkanlah segala urusan kerana kau maha mengetahui segala sesuatu.

Tuesday, June 7, 2011

sms languages

I'm happy to add-chat-meet a lot of niece(s), nephew(s), cousin(s) via facebook. I love to menyibuk in their lives and gives comments at their status. Hahhaha.. but one thing sometimes borders me so much. SMS languages!

Kalo depa setakat chat/sms dgn kawan2 sebaya dan setiap 2 saat tulis luahan perasaan di status facebook dgn bahasa tersebut.. aku tak heran sgt. Lantak depa lah! Asalkan bahagia. Tapi mata-aku-berbulu-rasa-macam-nak-bagi-khutbah-Jumaat bila anak-anak buah ini turut menggunakan bahasa yang sama ketika berbual dgn aku!! TRUELY ANNOYING!!!

Please imagine..

Fruitchild: salam­ ­ mk ngh­ ­, ngh wt peW. bU kmslm.

Yeah.. I have nothing against the languages. I also use the languages kalo bersms dgn kawan². Tapi ketika ber'sms', ber'chatting' dgn saudara-mara yang berpangkat lebih tua dan tentunya berumur lebih tua, maka sedaya upaya aku akan tulis in proper word, meskipun aku tahu dorg bleh baca dan faham sekiranya aku tulis dlm short form ala sms language.

Makanya... itu budak sudah kena sound dgn aku..

Aku : Dear Fruitchild, next time don't write sms word to me ok. tulis elok2 dgn perkataan yg betul.. bknnya mak ngah tak faham apa ko tulis.. but please do respect when talking/chatting/sms with people older than your age.

Lepas tu terus dia sentap menangis mengongoi cakap kat mak dia yang aku buli dia. Erk! Ok aku tipu. Hahahahaha.. aku ni bukan la pakar bahasa berjiwa bangsa. Kadang-kadang BM aku pun kelaut gak. But at least aku elak utk guna sms language dgn mak saudara.. melainkan mak saudara ko umur sebaya atau lg muda tu lain cerita lah..

dah la.. malas aku nk membebel.. kang panjang berjela mcm2 topik plak yg masuk kang.. hahahaha.. aku ada lg sejam nk chowcincau balik rumah ni.. yeahhh!!!!

Monday, May 30, 2011

speechless

Hahaha.. murai dah jadi pendiam kah?

Tak caya?

Ok cuba tengok kat belah kanan tu.. berapa entry aku bebelkan tahun ini?
Wakakakakaka... tiba-tiba terasa lawak.

Anyway.. I'm in a state of otak-blank-tak-tau-nak-tulis-apa-tapi-banyak-benda-nak-tulis-lepas-tu-lupa-apa-aku-nak-tulis.. haaaaa.. sangat kronik okey..

Nak kata takde benda nak ditulis.. ada banyak!!!! Macam-macam boleh tulis sbb blog nih takda restriction. Suka hati aku aje nak tulis apa-apa pun. Nak kata banyak keje.. rasanya minggu sudah aku banyak kerjakan cityville aje. Disamping menghabiskan membaca 2 buah buku pada waktu kerja tanpa rasa bersalah. Ouch!!

Banyak event yang berlaku sebenonya and I don't know where to start (tu la.. padan muka.. tinggalkan banyak sangat potential-new-entry sampai terlupa dan memory jadi tak terurus.. hahaha ada ke kejadian tersebut? memori-tidak-terurus...hentam lah!)

Sekarang ni banyak aktiviti yang aku buat dikala lapang. Baca buku, beli buku (note disini: buku ialah novel fiksyen ok), menonton wayang (yeah.. catching up with my old hobby), layan dvd dramaseries-korea-lama-70-episod-yang-tak-tahu-bila-nak-abis-tengok, aktiviti lanun mp3, chatting and dating secara maya.. hahaha dan beberapa lagi aktiviti yang tak begitu berfaedah tapi seronok dilakukan seperti membuang masa di shopping complex (my other old hobby..hihi).

Kenapa bersusah-payah nak tulis perkara tak berfaedah ini? Eh.. suka hati aku lah!!! I'm in a good mood!!!! Hahahaha..

Dah tu apa yang speechless nya? Hahahaha sukati la aku nak tulis entry tak berkaitan dengan tajuk!!! wakakakkakakaka...

Monday, May 9, 2011

goodreads reading challenge

ahaks!

Sebenonya agak lama jugak aku jadi 'ahli tidur' dalam goodreads tu. Aku masuk pun sbb suka tengok depa berforum dan menyakat secara ilmiah gitu. Tak dapek den nak folo. Dapat jadi pemerhati pun dah cukup seronok. Hehehe..

Salah satu aktiviti group goodreads Malaysia adalah Cabaran Membaca 50 Buku Setahun!

Cuba korang tengok book list depa. Fuhhh.. dasat dasat.. kalo korang tengok list aku pulak... wakakakakakakak... semuanya NOVEL!!!! Takde satu pun yang bersifat akademik.. semua pun hiburan sajos!! *grin*

Ok lah tu.. at least aku cuba juga membaca thick books dan tidak keterlaluan mengulit novel bertema cinta yang bersepah di pasaran. Bukan aku tak baca novel cinta.. tp pilih-pilih jugak lah. Muak juga membaca novel berlainan tetapi jalan ceritanya hampir sama!

So.. tahun ini aku baru membaca 13-14 buku. Kalau tengok susunan buku kat tepi dinding tu.. bleh tahan tingginya. Ada harapan cecah 50 agaknya. Kalau mood membaca itu ada.. akan dihabiskan jua buku-buku tersebut. InsyaAllah...

Bersempena seronok sorang-sorang melayan buku.. aku buh gadget baru kat sebelah kanan tu. Nampak tak? Kalo tak nampak.. lagi 2 kali Jumaat lah jawabnya! Huhuhu..

Thursday, April 21, 2011

nur kasih

adoyai..
lemau btol nak sembang sorang-sorang mcm selalu..
keje byk weh.. hehe alasan.. alasan.. alasan..
aku mengalami writer's block agaknya.. ecewah.. writer la sgt kannn!!!
sampai birthday sendiri pun aku malas nk buat entry.. whoa!!!

so sejak internet kat opis ni jadi laju...
aku duk melayan cityville aje kt fb.. haa kan dah kabo... itu yg dibusykan sebenonya.. haha
eh tak abis lagi..
aku duk melayan youtube dan mengembalikan zaman kegemilangan mendonlod lagu.. hihihi..
best.. best.. best..

kalo ari tu cite pasal hikayat merong mahawangsa..
ni aku nk cite pasal nur kasih the movie plak..
wahhhh.. jarang² btul aku melayan movie skang eh?
masa ada byk terluang.. tp pengisiannya dgn berlibur dirumah saja..
malas gila nk merayau sorang² mcm zaman muda² dulu..

ok berbalik pada nur kasih..
aku sebenonya idak la khatam abeh drama tuh..
kebetulan drama tu on-air masa aku kat CH..
lagi lah gila byk masa terluang masa kat sana kaannnnn..
di tambah pulak masa tu ada housemate yg rajin layan cite melayu..
dan ditambah dgn lakonan ustaz aidil yg mcm ensem dan best gile..
so ai folo je lewww..

next month katanya movie nur kasih nak release..
tgk trailer mmg best gila ah ding dong..
eee sonotnya..
moh kita tgk..

Tuesday, March 15, 2011

hikayat merong mahawangsa

Dah tengok pilem Hikayat Merong Mahawangsa? Baru je launching hari khamis lepas. Dah 2-3 minggu gak duk spin lagu anuar zain yg mendayu-dayu menusuk kalbu ittew.. Ahaks.. amik mood nk tgk movie yg ditunggu².

Malam tadi aku berkesempatan nak pi tengok. Aku pi ngan Faze. Kami pi tengok kat Signature The Garden. Uuuuu jakun youuuuuu... tak pernah aku masuk wayang mahal nih. ekekekeke.. Tapi walaupun mahal.. cerita yang ditonton tu sama je.. kerusi dan environment aje yg lain. Room 1st class mmg nampak impressive. Besar gila sampaikan screen nampak kecik (tetiba mcm tak best ek? huhuhu).. ok.. takpa la tu.. tengok kat mana tak penting sgt.. ye tak?

Movie start pukul 8.10pm. Aku pi stret dari ofis (jarang sebenonya aku nak keluar after office hour.. pada aku aktiviti selepas waktu keje adalah aktiviti yg memenatkan.. tp hikayat merong mahawangsa punya pasal.. ku turut kan jua lah ^_^ hehehe). Makan dinner dulu kat TGI Friday.

Seumur hidup.. aku mmg tak pernah baca buku Hikayat Merong Mahawangsa dan tak tahu pun cerita yang terkandung dalam hikayat tersebut. So, I didn't expect anything from the movie. Cuma bila tengok dari trailer ada part tentera rom yang agak tak pasti bagaimana bleh masuk dalam jalan cerita.

Setakat yang aku tahu.. Merong Mahawangsa nih merupakan raja Langkasuka yang pertama. Nenek moyang kepada Raja Bersiong. Peristiwa Merong Mahawangsa diangkat sebagai raja mewakili puak-puak di suatu tempat yang dikenali sebagai Semenanjung Emas itu ada dimasukkan ke dalam pilem tersebut. Menarik!! walaupun tidak digarap dgn umphh sgt..

Anyway.. dalam tempoh almost 2 hours.. ada scene yg agak meleret dan ada scene yang dibuat kurang kemas dan ada scene yang sangat menarik. I didn't care less pasal CGI effect (ecewah.. betul ke eja?) dalam movie nih. Kita kan biasa tgk pilem hollywood.. maka tak heran sgt la dengan efek² tersebut. Ahaks!

Meh nak list scene yang aku rasa kurang kemas atau meleret atau tak patut ada.. atau boring atau best gila etc. etc. yg mesti di'highlite'kan mengikut pendapat aku (kalo korang tak setuju.. ada aku kisah?!!)

1. Pemilihan tempat untuk menggambarkan tempat pertemuan wakil empayar rom dan china. Di mana pelabuhan nya? Jetinya? Kapal-kapal pedagang lain? Ok.. maybe depa berlabuh jauh sedikit dari jeti/pelabuhan. But stilllll... nampak mcm terlalu cetek airnya dan kurang logik kapal² besar dari kedua-dua empayar tersebut dapat berlabuh agak 'dekat' dgn pantai.

2. Scene Pak Kesum ketuk besi nak buat keris kureeennggg sket lah. Ape kejadah ketuk besi dgn tukul cenonet? Ketuk dgn lemah lembut plak tu. Macam tukang besi tak cukup makan aje layaknya. Props ketika scene itu pun agak kurang berjaya pada pendapat aku meskipun tidak mencacatkan jalan cerita. Buh la keris-keris lain yg dah siap atau separa siap atau aksesori lain untuk membuat keris mcm hulu keris ke.. sarung keris ke.. tak perlu tunjukkan yg dah siap cantik².. itu kan mcm bengkel.. lps tu buat la mcm itam² dinding atau kawasan sekeliling menandakan Pak Kesum yg tua tu dah lama mengusahakan keris tu. Dia kata keris tu keris hikmat dibuat dari besi ape benda ntah semata-mata nak lawan taji yg kebal tu.. gives the keris some kreadit lah.. bagi la dia nampak gah sket.. ye tak?

3. Props untuk menggambarkan akan berlangsung majlis perkahwinan di Semenanjung Emas tersebut agak kurang menjadi. Di mana laksamana-laksamana China yang lain? Tak kan hantar sorang laksamana sahaja yg bertanggungjawab melaksanakan acara perkahwinan? At least tonjolkan watak² assisstant laksamana atau sami² yang bersedia untuk bersiap² nak melaksanakan majlis perkahwinan diraja. Maharaja china dan kerabat diraja nak pergi makan pun kemain hebat props.. takkan nak kawin buat ala kadar aje? Tunjuk la sket hadiah-hadiah hantaran.. kalo takmo tunjuk.. cerita dgn terang dan jelas hadiah² dan hantaran atau persiapan akan dibuat sebaik sahaja rombongan Lycius tiba.

4. Sejak baca buku 'the last empress'.. the author bgtau seorang concubine ada begitu byk dayang² dan pekerja yang melayan seorang concubine. Itu cerita pasal concubine. Ini cerita pasal puteri tau.. the daughter of the great emperor of china. Takkan seorang puteri hanya dilayan oleh seorang dayang? Mana dayang² yang lain? Bawak wardrobe tuan puteri sampai 3 kapal.. tp dayang sorang je yg jaga dia? Hmmm..

5. Lagi satu.. adegan Embok hantar Merong Mahawangsa untuk pi belayar ke pulau kediaman puak Geruda. Adegan ini tidak perlu begitu meleret-leret. Jenuh nak tunggu bila la mamat ni nak naik kapal. Waaakakak.. Sorry kepada peminat Ummi Nazeera. I can't appreciate watak Embok yg tak begitu berkesan menunjukkan kesedihan sebelum berpisah dgn suami terchenta. Apa yang terkesan pada mata aku.. adegan tersebut lebih kepada 'marah' berbanding 'sedih'. Si suami pun sama gak.. aku gagal mengesan 'perasaan' berat hati meninggalkan isteri untuk pergi berjuang memerangi lanun durjana. Perasaan 'sayang' antara suami/isteri tersebut seperti kurang dihayati... Nampak 'kurang mesra' pada pandangan mata aku nih (~.~) aku idak la suruh depa bercium berpeluk.. tapi kalo body language' dah kelaut.. kureenggg la jawabnya scene tersebut..

6. Syabas dengan adanya scene Merong Mahawangsa serta rombongan perang masa dah sampai ke Pulau Lanun. Memberi kata-kata semangat kepada rakyat jelata yang ikut serta nak menyerang lanun. Good idea! Mmg patut menunjukkan ketokohan Merong sebagai raja yang diangkat oleh rakyat jelata. But again... I don't 'feel' the semangat. Ntah apa yg tak kena. Nada suara kah? Susunan ayat kah? Muzik latar kah? Cinematografi kah? Ontah.. yg pasti.. adegan ini boleh dibuat dgn lebih baik lagi. Biar penonton sama² tegak bulu roma terasa mcm nak pi berperang. Baru la ada umpphh! Tiba-tiba aku teringat pada movie 'master and commander'.. kapten bg speech menusuk jiwa.. terserlah kewibawaan watak kapten yg dibawa.. haaaa kualiti begitu la yg kita cari!!!

7. Semua scene perang dan lawan² mmg tabik lah!!! Nampak real walaupun tak sereal macam pilem omputeh. Takpalah.. bleh dimaafkan.. sekurang-kurang jauh lebih baik daripada pilem² tempatan sediada. Ahaks!! Bila tgk scene ni.. terdetik dalam kepala hutak aku nih.. mungkin enche pengarah meluangkan begitu byk masa menyiapkan adegan² perang ini berbanding scene² lain yang kureeeng here and there..

8. Haaa perasan tak.. askar² semuanya samada kurus kering ataupun gendut. Wakakakaka.. takdak pelakon tough² ke nak amik jadi askar memeriahkan suasana? Kesian aku tgk askar² rom dan china.. dua empayar besar yg terkenal dgn tentera yg hebat tp dilakarkan dgn pelakon kurus kering nmpk tulang. Hihihi.. belayar lama sgt kut atas kapal.. tak cukup makan. Hahaha..

9. Oyaaaaaaaa!!! Scene terbaek yg aku paling suka!!! Aku suka part puteri cina tu lari masuk hutan takmo kawin dgn putera raja rom.. lps tu mamat tu kejar sampai air terjun.. lepas tu sembang²... sangat comel dan cute masa depa duk sembang tu. Ahaks.. penonton (baca disini.. aku) berjaya mengesan perasaan 'jatuh cinta' masa tu. Sangat syahdu. Pandai pun 'capture' the moment yg sgt penting ini.. akan bertambah bagus kalo play score muzik abg nuar kat belakang.. sure meletopppp!!! tapi sayanggggg... lagu yg 'kuat' mcm tu takmo digunakan.. too badddd!!!

10. Last but not least... watak lanun si kemawas patut juga diberi pujian. Terserlah keganasan dan ketokohan beliau sebagai lanunnn. Mekap dan prop untuk watak-watak lanun tidak mengecewakan. Terbaek!!!

Ok lah.. penat aku melalut tah ape²..

Secara keluruhan.. aku tetap kagum dgn pilem ini. Jeti, khemah, kapal dan sewaktu dengannya tidak nampak fake. Selain daripada ketiadaan lagu nuar zain.. muzik score dpt pilem ni mmg bagus... sedang elok aje kat telinga aku nih. Still remark as the must watch movie for this year ^_^

Sebagai ending.. meh tgk official trailer omputeh. Bangga gak la depa nak tayang worldwide. Ahaks!! Sokong lah produk tempatan.. yiiihhaaaaa!!!



p/s: Faze ajak tengok lagi sekali. Hmmm.. ape pendapat korang?

emcee MC

Meskipun dua perkataan di atas mempunyai sebutan yang sama tetapi membawa maksud yang jauh berbeza. Ahaks! Yang memula tu bermaksud pengacara atau juruacara.. yang kedua pulak bermaksud medical certificate.. slip yg doktor bagi untuk tujuan bercuti sakit. Haaaaaaa..

So.. kisah bermula bila division aku dilantik sebagai penganjur perhimpunan bulanan Jabatan. Nak dijadikan cerita.. aku dah dilantik secara paksarela untuk menjadi emcee pada perhimpunan bulanan  bagi bulan Mac. Sebenonya.. the event dah lepas dah pun.. minggu lepas hari khamis. Saja malas nak tulis.. aku kan suka tulis entry² basi nih ;)

Sukacitalah nak dikhaborkan.. aku ni idok ler pernah menjadi emcee di mana-mana program formal. Sekali dua ada laa jadi emcee bidan terjun di acara-acara tidak rasmi.. mmg merapu ke mana hala aku bercakap kalo tak bersandarkan teks. Ala.. mcm ckp dgn kawan² aje kekdahnya. Informal la katakannnnn...

Arakian.. susah hati la daku apabila dipaksarela menjadi emcee.. maka.. dengan gagah perkasa.. aku pun meng'google' skrip² yang ada dipasaran untuk dijadikan panduan. Oleh itu.. suka lah aku berkongsi dengan tuan-tuan dan puan-puan skrip aku yang tidak seberapa ini. Dipersilakan.

sila klik sini (sharing is caring..hehe)

Sungguhpun begitu.. sukalah saya menerangkan bahawa.. skrip emcee tersebut pastinya bukanlah yang terbaik. Saya telah mencilok/ mengolah/ meniru/ mencantas daripada skrip² yang diboleh didapati di sini jua. Harap² sedikit sebanyak dapat membantu tuan-tuan dan puan-puan untuk menghasilkan skrip emcee yang lebih baik terutama bagi mereka yang pertama kali jadi emcee mcm aku nih. Kalut siot!!!

Eh.. tetiba ayat sudah kembali seperti biasa.. muahahahaha.. letih rupanya asik ckp secara formal tak benti² nih ek. Ngeeeeeeeeee.. korang pun sure horror campo meluat bila baca ayat formal dalam entry kali nih..

Haaa.. korang perasan tak.. kita cenderung nak buat ascent 60an bila kita baca ayat bahasa melayu  rasmi? kan? kan? kan? hmmmm

Friday, March 4, 2011

study - loan

To my understanding.... Batch aku adalah yg terakhir di tawarkan pinjaman pelajaran jpa. Tahun selepas itu semuanya kena apply ptptn. No more pinjaman by jpa. Biasiswa aje depa bagi. Ok.. fine with me. Tak faham pun prosedur atau peraturan yang membolehkan permohonan pinjaman anda diterima mahu pun ditolak. Apatah lagi prosedur atau peraturan pembayaran balik. Tak ada penerangan what so ever. Yang pasti.. semua yg hanto borang permohonan.. semuanya lulus dapat pinjaman. 

Lepas tu jadi lah anda student yang riang ria. Huhu..

Habis belajar. Aku terus dapat kerja. Bukan la hebat sgt pun (3 sem repeat thesis.. ape cer? wakakaka).. tapi alhamdulillah sbb aku tak pernah menganggur (I found the need to make a statement sbb ex-bf aku dulu beriya tak percaya aku bleh dpt kerja dgn mudah and I was dumped because of that stupid reason. Huh!)

So... aku pun apply utk kurangkan jumlah bayaran ansuran yg perlu dibayar. Alhamdulillah lulus!

Masalahnya.. gaji RM1300 utk hidup di KL ni. Cukup kah? Gedebak-gedebuk.. aku menangguhkan pembayaran tersebut. To my understanding.. bayaran balik pinjaman kerajaan takda interest!! Lex ar lu dowh!! Tak fikir langsung about the penalti or anything or I was just 'not informed'!!!

Sedar tak sedar.. membawa kepada 3 tahun. 

Aku dah tukar kerja masuk keje dgn gomen. Move to Cameron Highlands. Dulu celah hulu banat.. ada la duit lebih bulan². Nak buat standing order byr bulanan melalui bank.. akak kat bank tu cakap.. kena pi buat kt bank yg kita buka akaun. Lol.. kena balik KL baru bleh buat. The problem is aku balik KL weekend time bank tak bukak. Huhuhu.. 

By this time.. dah kecoh peminjam ptptn kena blacklist lah.. tak bleh fly oversea lah.. kena bayar interest (service charge) tinggi lah.. aku dlm hati bleh kesian je la kat depa.. 

Sedar tak sedar.. tertangguh lagi 3 tahun.

Aku bertukar semula ke tanahair.. err KL. 'Mudah' la sket nk 'lari' kejap ke bank. Dari bulan Januari membawa kepada bulan April. Hahaha.. Akhirnya berjaya la buat standing order.. starting from 1 Mei 2010. 

Tiba² datang surat dari Pejabat Peguam Negara.. menjadi wakil kepada JPA sbb aku tak bayar hutang. Aku buat selamba je la.. sbb dah buat standing order. 

Selang 4-5 bulan kemudian. JPA return cheque standing order tersebut. Bayaran tidak dapat diterima kerana fail telah dikemuka kepada peguam negara. I write a letter to peguam negara and end up I need to pay in full amount. Just because... you break the rules, you have to pay the price, in full.

Aku teringat dekat peminjam² ptptn tadi. Depa yg kena blacklist.. mulakan bayaran (bulanan seperti sepatutnya.. then keadaan kembali seperti biasa). But it doesn't apply to my case. My standing order instruction have NO VALUE. Sbb aku bayar kepada jpa and not Kerajaan Malaysia.

wtf!

Do you understand what's going on here? Because I don't!!!

Thursday, February 24, 2011

hangin satu badan

ALERT

Entry seterusnya merupakan entry emo




myeg suck big time!!!

Ada 4 hari lagi tarikh akhir rayuan nak bayar saman. Aku ada baki 3 lagi saman nak bayar. Total RM240 je pun.

Penat aku duk promote myeg kat SINI.. tapi tuba ko balas kat aku ya... ampehhh..

Masuk je website myeg.com.my tersebut... dah terpampang..


PDRM - ANNOUNCEMENT
PDRM servers are running at maximum capacity. If you are facing difficulties checking your summons details, please check after 6pm.
Lepas login, dah ready nk buat bayaran.. kat tepi tu dia tulis...
Fine lah.. proceed to payment.. nak buat bayaran pakai creadit card.. dah isi segala tok nenek details.. last2 dia kata..
WTF! Payment unsuccessful! Pale hutak.. 
Aku test plak nk bayar pakai meps.. dia akan link ke banking online punya website lah.. klik la memana bank yg korang guna.. perghhhhhhhhhhhhhhh... 4 jam pun tak login lagik!!
Hangin btul lahhhhhhh!!!!! 
Esok nak kena pi cari pos office atau tempat bayaran yang lain lah.. cilaka btul. 
Arghhh!!!

Monday, February 14, 2011

Maulidur Rasul 1432H

I know that we're not suppose to celebrate Valentine's Day for some reason (which I'm not going to explain about it here.. go google yourself). Anyway I'm not put much thought about these celebration either. The only thing yang best adalah "SALE" di merata shopping complex. Ahaks!

Entry kali ni takdak arah tujuan pun. Since I just realize that I am actually having 'weird relationship' with the same person for the last three years.. shocked myself. What!!!! Three years? How the hell it happen? Hahahaha.. menakjubkan okay!!! FYI, I'm never been in relationship with the same person for more than a year!! Feel my point? I'm barely believe it.

Jadi sempena hari yang barakah esok ni.. aku mohon dengan sangat agar ditetapkan hatiku, dipermudahkan urusanku, dilapangkan rezekiku, diringankan jodohku dan diperbaiki jodohku.. Amin..

Selamat bercuti ya.

Sunday, February 13, 2011

boring person

i think i am a boring person. i can easily makes others bored with me.
do u agree?

look at all my entries..
boring topic.. boringly written..
no info and no fun either..

hahaha typical old and pathetic lonely women.. ^_^

i'm bored.. bored.. bored.. bored..
is there anybody out there i can talk to?
someone as much bored as me.. lollllllllll..

i'm bored... i need you my friend..
please come back..

Wednesday, February 2, 2011

hello

Cak!

Lama tak nampak? Pe kabar? Dah lama buat keje nih?

Bwahahahaa.. sorry la.. dah lama tak tulis apa2... penghujung Januari diselimuti acara packing barang dan berpindah ke opis baru. Hahhhhh??? Pindah lagi?

Yup!!! Cuma kali ni.. bukan aku sorang aje yg berpindah.. tapi satu division di arah berpindah dan mencari ruang pejabat yang baru. Begitu lah kekdahnyaaaa....

Tiap minggu membuat kunjungan hormat ke pejabat mengemas harta kerajaaan yang ada. Walaupun takde la menolong sangat tapi tolong le jugak memana patut. Barang2 elektronik mcm desktop pc tu semua dibawah tanggungjawab pihak tuan. Sila angkut sendiri. Pengangkutan dan labours tidak disediakan. Sangap juga bawak turun dua bijik desktop yg diletakkan di bawah jagaan aku tu. Tapi ku gagahkan jua Jebat!!!!

Kemelut dan epic saga parking kete dan access card to main building masih ada bunyik2 lagi sehingga ke hari ini. Aku paksa rela je menghadapi situasi ini. Siap bertatih belajar semula menunggang motor kapcai power along yg suatu ketika dulu bahan rempit aku masa kat jb dulu... ahaks!! Mana la tau.. tetiba parking yg disediakan ini perlu "diserahkan semula" kepada mereka yg layak.. aku ni lower ranking sajosss.. maka aku dah masukkan 'new scooter" ke dalam senarai.. huhuhu.. kalo keadaan mendesak.. apa salahnya aku merempit semula.. ye tak?

so.. gitu la citenya.. perpindahan ke bangunan pejabat baru.. drama-drama selingannya toksah cakap lah.. lawak pun ada.. sedih pun ada.. nk marah pun ada..

papehal.. see u di ofis baru..



ciao

Wednesday, January 26, 2011

tester

Baru-baru ni aku ada terima satu kartu cantik bunga-bunga daisy dari cik Clarins.

Di dalamnya tertulis...

Ohhhh... an invitation to an exclusive preview sample of cik Clarins latest product. Waaaah..
Maka hari ni aku pun pi la my home Clarins counter to pick up the sample seperti yang dijanjikan. Hihihi..

Di dalam kotak berbunga daisy itu..

..disertakan Whitening Repairing Night Cream (15ml) dan Intensive Whitening Smoothing Serum (10ml)

Since I am using Clarins product religiously... maka invitation begini sangatlah disambut dengan hati yang penuh kegembiraan... yihaaaaaaaaaa...

Sila Like!
(ko ingat ini facebook??? cettttttt...!)

Anyway.. saja la nak habaq mai... clarins whitening range dah di enriched with sea lily extract.. now di'enriched' lagi dengan daisy extract plak.. from my understanding... daisy extract nih depa tambah dalam night cream plak supaya proses whitening dapat berjalan dengan lebih efisyen pada waktu malam (tido time).. hmmmm ape benda ntah.. korang paham ke? aku pun tak paham... bwahahaha..

Hentam la labu.. janji mak dapat sample free.. exclusive invitation lagik.. ahaks!!
Mari kita berperang sama parut hitam yg jelek!!!

Thursday, January 20, 2011

bendang hutan kampung

Baru aku perasan... dalam pada duk menceceh pasal pi jalan2 penang and alor star pi makan kenduri.. tp tak blog pun pasal kenduri tersebut.. Sebenonya.. kami semua menghadiri walimah anak murid mummy. Tidak lah daku kenal siapakah gerangan anak muridnya itu untuk dikhabarkan pada kalian. Pengantinnya comel berbaju songket biji kundang. Kami turut dijamu laksa kedah.. sllrruuuppps... takyah pening nak cari kat kedai.. hahaha...
laksaaaaaaaaa
Yang bestnya.. rumah pengantin diapit bendang. Maka teruja lah orang bandar yg tak berapa bandar dan orang kg yg tak berapa kampung nih.. Aku sendiri pun ingat2 lupa bagaimana gerangannya rupa pokok padi. Seronok gila dapat tengok sawah padi terbentang di depan mata.
cantikk... 
zoom in
sila interpremmmm... hehe
lalang pun nak interpremmm ;-)
Tetiba teruja jadi tersejat bila nampak fenomena ini....
uwwwaaaaa....!!! larriiiiiiiii..!!!!!!!
Wakakakaka... pucat lesi muka.. bila di amati.. rupanya ular mati terbalik.. berderau darah aje... hihihi..

Maka hari mendung dah bertukar rintik.. mmg patut sgt lah disergah dek bangkai ulau td.. segera ke kereta dan menyambung perjalanan pulang ke kl.. alhamdulillah.. perjalanan yang best....

Monday, January 10, 2011

Jaja & Din - Noor Suraya

di'pinjam' dari thesunshinesasyoudid.blogspot.com
Selepas membaca novel ini... hanya satu yg berlegar di dalam kepala "Saya mahu yang itu jugaaaaaaaaaaa!!!"

Ingat lg tak aku ada beli novel Jaja & Din hasil tulisan Noor Suraya. Sebenarnya aku sendiri tak ingat samada pernah baca karya lain penulis ini. Dan rasanya ini pertama kali membaca buku terbitan Jemari Seni setelah sekian lama mengelak daripada terjerumus ke lautan cinta leleh yang dasyat.

Entah kenapa aku bleh beli buku nih. Tapi alhamdulillah, tak menyesal pun. Berbaloi la kiranya.

Jalan ceritanya mengingatkan aku pada 'crush' diri sendiri pada anak ustaz jiran beberapa sela rumah. Cuma aku tidaklah sampai ke tahap 'meminang' jejaka tersebut yang sudah pun termaktub jodohnya. Yang pasti bukan dengan aku *sila senyum dengan ikhlas*

Jalan cerita ini juga mengingatkan aku pada 'crush' pada imam hensem yang mengepalai solat terawih ramadhan yg lalu. Hmm.. aku tidak segila dan bernasib baik seperti Jaja agaknya :) ketawa dan menangis bersungguh tenggelam dalam cerita. Bukan saja Jaja.. dengan aku sekali jatuh cinta sama 'Din' sambil mengenang 'crush' daku terdahulu.

Wahai perempuan berhati walang.. usah lah kau hanyut sebegitu rupa. Sesungguhnya setiap kejadian ada hikmahnya bukan? Belajarlah untuk menerima... sebelum memberi..

Tuesday, January 4, 2011

toy museum

Hangpa tau dak kat mana Toy Museum terbesaq dalam dunia?? Kat mana lagi.. kat Penang lah. Hehehe.. selepas pi Chowrasta haritu.. esoknya kami pi visit toy museum tu pulak. Dengan dress up baju kurung kami pi layan toy nooo.. hehehe.. sebenaqnya.. lepas checkout.. kami nk pi aloq staq pi makan kenduri.. tu pasal la siap berbaju kurung bagai.. tehehehe..

So.. okay... the museum memang penuh dgn toy or i would say.. miniature... errr.. tp ada juga gigantic miniature..  mmg kagum la dgn collection hamba Allah tersebut. Dari yang kecik-kecik, sampai la yang beso-beso.. mcm2 jenis ada..

entry ini akan dipenuhi dgn piccas... enjoy ya :)
posing dulu kat entrace
mummy tgh nego tickets
me and cik lara
eee alien ni ajak gaduh plak.. lesing kang
mcm-mcm ada
penuh susun dlm almari camni
card pun ada
ramainya chucky!!!
avatar pun ada.. tp blom ada banyak.. ini aje yg ada..
e.t phone home!!!!
darth vadder.. real siut..
hehehhe.. i love them both
spiderman
comelll!!! dua-dua pegang baby.. hahaha
aqil and alien from mars attack
abah & mummy
me and wall-e
kungfu panda pun ada
abg jack pun ada..
adei... lotih den nak tampal semua...

more picca available at facebook ya :)